HER GUARDIAN ANGEL

By afiadz

185K 15.9K 1.4K

"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
PROMOTE
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
EPILOG

BAB 45

2.9K 247 20
By afiadz

PULAU Langkawi menjadi destinasi berbulan madu kami. Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi awal pagi. Di sana, Rayyan sewa kereta untuk memudahkan pergerakan kami ke merata tempat.

Hannah berasa sangat teruja. Bukan dia tidak pernah menjejakkan ke sana, tapi inilah kali pertama mereka pergi bercuti dengan Rayyan setelah mereka sah menjadi pasangan suami isteri. Turun sahaja dari kapal terbang, ada kereta yang menanti mereka di tempat drop off penumpang.

Setelah mendapat kunci kereta dan memasukkan luggage ke dalam boot kereta, Rayyan mengambil tempat di tempat duduk pemandu manakala Hannah pula berada di sebelahnya.

Kereta dipandu ke hotel yang berada di kawasan Pantai Cenang untuk mereka check in dan kemudiannya meletakkan barang-barang yang dibawa ke situ. Masuk sahaja ke dalam bilik hotel, mulut Hannah terlopong.

"Abang..." Mulut ditekup kerana tidak percaya.

"Sayang suka?" Mata Rayyan merenung ke dalam mata Hannah. Sedari tadi dia perasan akan keterujaan isterinya itu.

"Suka sangat," ujar Hannah girang. Seketika pipi Rayyan dicium sekilas tanda berterima kasih.

Bilik itu sangat luas untuk dua orang. Di dalamnya ada katil, televisyen, peti sejuk dan turut dilengkapi dengan peti ais dan dapur. Katil itu dihias cantik dengan taburan bunga ros yang berwarna merah bersama-sama dengan dua ekor angsa yang bercumbuan di tengahnya. Hannah meneguk liur apabila dinding bilik airnya pula lut sinar. Sesuai untuk orang yang sedang berbulan madu.

Hannah mengorak langkah ke beranda. Pintu sliding door dibuka. Bayu laut menampar-nampar pipi Hannah. Pemandangan indah di hadapan mata membuatkan Hannah sangat gembira. Biliknya itu menghadap ke pantai.

Seketika pinggang Hannah dipeluk dari belakang. Bauan dan wangian Rayyan mencucuk segenap rongga hidungnya. Rayyan merehatkan dagunya di bahu Hannah sambil menarik isterinya itu lebih rapat ke arahnya.

"Sayang suka?" Diperhatikan wajah Hannah dari sisi. Indah! Bidadarinya itu sangat cantik. Pakaiannya cukup ringkas. Dress paras buku lalu berwarna kuning cair bercorak bunga-bunga kecil dipadankan dengan shawl cotton berwarna putih membuatkan isterinya itu kelihatan begitu anggun sekali.

"Saya suka sangat, abang. Thank you so much." Mata Hannah setia memandang ke arah pantai, menikmati keindahan yang terpampang di hadapan mata.

"Abang pun suka tengok sayang happy macam ini." Digeselkan pucuk hidung ke pipi Hannah sehingga membuatkan Hannah kegelian.

"Abang, gelilah." Ditolak badan Rayyan agar menjauh.

"Dah, jomlah. Kata nak pergi jalan-jalan." Hannah berdiri menghadap Rayyan.

"Ya, jomlah. Abang tunggu je sayang dari tadi. Ingatkan tak nak keluar bilik." Senyuman nakal merekah di bibir Rayyan.

"Lah, kenapa tak nak keluar bilik pula? Rugilah kalau dah sampai sini tapi kita tak keluar jalan-jalan." Hannah tayang muka blur.

"Mana tahu sayang nak ajak abang buat baby ke..." Matanya melirik nakal.

"Eh, abang ni..." Serta-merta darah merah menyerbu ke muka Hannah apabila Rayyan membangkitkan topik tersebut.

"Abang dah tak sabar-sabar dah ni..." Muka Rayyan semakin mendekat.

"Auch! Sayang..." Rayyan mengaduh sakit tatkala tangan ketam Hannah mecubit perutnya. Terletus tawa dari bibirnya saat melihat Hannah menjegilkan mata dengan pipinya yang sudah merah bak tomato.

"Jomlah! Jomlah! Kalau layan perangai gatal abang ni, sampai ke sudah kita tak pergi ke mana-mana." Hannah mengatur langkah ke pintu bilik sambil menarik tangan Rayyan. Dia mahu keluar berjalan-jalan.

"Abang gatal dengan sayang je tau..." Sempat Rayyan menjawab sebelum akhirnya dia hanya mengikut langkah Hannah.

Destinasi pertama mereka adalah Gunung MaChincang yang berada berdekatan dengan Pantai Kok. Apa yang menarik di situ adalah kereta kabel Langkawi yang turut dikenali sebagai Panorama Langkawi.

Ada tiga jenis gondola yang disediakan. Ada gondola biasa, VIP dan juga gondola berlantai kaca. Ramai yang beratur di barisan gondola biasa. Hannah dan Rayyan tidak terlepas juga.

"Kita naik yang lantai kaca, nak tak sayang?" Sesaat suara Rayyan mengetuk gegendang telinga Hannah.

"Tak mahu. Saya gayat." Dia menggeleng-gelengkan kepala. Gila ke apa nak naik gondola berlantai kaca? Mahu dia tutup mata sahaja sepanjang berada dalam kereta kabel tersebut.

"Sayang nak takut apa? Abang, kan ada." Sebelah kening dijongket tinggi.

"Karang saya pengsan kat atas tu, naya je awak nanti." Memanglah Rayyan ada. Tapi nanti kalau dia rasa pening ke, nak muntah ke, haru jadinya.

"Tak apa, kalau sayang pengsan, abang sanggup angkat sayang bawa balik sampai ke hotel."

"Dahlah, malas nak layan awak." Hannah memutarkan bebola matanya ke atas. Rayyan kalau tak merepek, tak sah.

Rayyan tergelak kecil. Dia bahagia.

Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya giliran mereka pun tiba. Kebetulan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam gondola tersebut.

Hannah apa lagi, sukalah dia. Bebaslah dia hendak melompat ke, menjerit teruja ke apa ke.

Sedari tadi, Hannah hanya memerhati keindahan alam sekeliling. Dari dalam gondola tersebut, dapat dia lihat keindahan alam semula jadi di bawah sana. Gunung-ganang yang menghijau dan pantai yang luas terbentang. Langit yang kebiruan membuatkan Hannah memuji kebesaran dan kekuasaan Sang Pencipta di dalam hati. Kadang kala, kereta kabel tersebut menembusi lapisan kabus yang tebal. Seperti masuk ke alam lain pula tatkala itu.

Jika Hannah sibuk menikmati keindahan alam sekitar, Rayyan pula sibuk menikmati keindahan wanita yang melengkapi tulang rusuk kirinya.

Hannah tenggelam dalam keseronokannya sendiri, jadi dia tidak perasan yang sedari tadi Rayyan asyik merenung dirinya.

My lady is so beautiful. Ngiaw!

Bulu roma Rayyan meremang sendiri. Hannah tak buat apa-apa pun dia sudah tergoda. Haih, angau!

"Abang," panggil Hannah. Kepala dipusingkan menghadap ke arah Rayyan yang berada di sebelahnya. Namun dia terkejut apabila muka Rayyan berada begitu dekat dengan mukanya.

"Ya, sayang." Rayyan melorek senyuman manis. Terkejut dia apabila Hannah yang leka memerhati alam sekeliling berpaling ke arahnya secara tiba-tiba. Kantoi tenung tak lepas!

"Cantik, kan Pulau Langkawi ni. Saya rasa macam nak tinggal terus di sini," luah Hannah. Berada di tempat ini, dia merasakan suatu ketenangan yang sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Sungguh berbeza sekali dengan suasana hiruk-pikuk di kota yang kadang kala menyesakkan kepala.

"Abang pun suka tempat ni. Cantik." Tangan Rayyan yang sedari tadi memeluk pinggang ramping Hannah kini beralih ke bahunya pula. Menarik tubuh Hannah rapat ke dadanya.

"Tapi cantik lagi sayang abang ni." Menyempat!

"Abang ni... Betul-betullah..." Hannah mencebikkan bibir. Hisy, banyak main Rayyan ni.

"Betullah." Sengihan lebar muncul di bibir Rayyan.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di Top Station di mana stesen itu merupakan stesen paling atas. Dari situ, para pengunjuung boleh menikmati keindahan Pulau Langkawi secara pandangan panorama. Top Station itu bersambung Skybridge yang terletak di puncak Gunung MaChinchang. Skybridge ini terkenal sebagai the longest free span and curve bridge in the world.

Puas Hannah dan Rayyan bergambar di sana. Awal-awal lagi mereka sudah membawa tripod. Jadi tidak perlulah mereka menyuruh sesiapa untuk mengambil gambar mereka.

Pelbagai gaya dan posing yang mereka buat. Sekejap Rayyan memeluk pinggang Hannah, sekejap mereka membuat gaya peace, sekejap mereka berpura-pura gelak untuk mendapatkan gambar candid.

"Abang, tangkap gambar saya seorang pula." Lalu Rayyan pun menurut arahan Hannah.

"Cepat, sayang. Satu... Dua... Tiga..."

Hannah membuat gaya peace.

"Lagi... Lagi... Satu... Dua... Tiga..."

Kali ini dia mendongakkan kepala ke atas sambil meletakkan tangan di dahi, kononnya seperti menghalang cahaya matahari daripada terkena mata.

"Ini videolah, sayang. Lihat, sayang sudah kena prank," ujar Rayyan.

"Abang!" Hannah menghentakkan kaki ke lantai sambil mengembungkan pipinya. Sabar ajelah dengan Rayyan ni. Dalam sekumpulan kawan-kawan atau dengan pasangan, mesti ada yang bersikap begini, kan? Susah benar hendak serius.

"Okey, jangan merajuk. Kali ini betul-betul." Rayyan tertawa kecil. Seronok dia mengenakan Hannah. Cemberut sudah wajah isterinya. Comel!

Setelah beberapa puluh foto diambil, mereka pun turun ke kaki Gunung. Perut sudah pun berkeroncong minta untuk diisi. Jadi mereka pun singgah makan di kedai berhampiran. Kedai itu terkenal dengan sajian laksanya yang begitu menyelerakan. Selepas itu, mereka pergi ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat Zohor.

Pada petang itu, Hannah dan Rayyan memutuskan untuk bersiar-siar di tepi Pantai Cenang. Mereka berjalan di gigi air sambil menyulam jari antara satu sama lain. Bergelak ketawa tanpa mempedulikan orang di sekeliling. Seolah-olah dunia ini mereka berdua yang punya.

"Abang," panggil Hannah. Dia mendongak sedikit untuk merenung wajah Rayyan.

"Ya, sayang." Rayyan membalas renungan Hannah.

"Kita main kejar-kejar, nak tak?" cadang Hannah. Teringin pula dia mengajak Rayyan bergurau senda. Selalunya dia hanya tengok aksi-aksi begini dalam drama sahaja.

"Kalau abang menang, abang dapat apa?" soal Rayyan.

"Abang cakap je apa yang abang nak, saya akan bagi," balas Hannah tanpa memikirkan apa-apa.

"Betul ni? Apa-apa je?" Senyuman nakal merekah di bibir Rayyan. Dalam kepalanya sudah merencanakan sesuatu.

"Ya, betul." Hannah menagguk-anggukkan kepalanya tanpa mengetahui apa yang bermain-main di dalam minda suaminya itu.

"You promise me?"

"Yes, abang."

"Okey, jom!" Laju sahaja Rayyan bersetuju.

"Kalau abang dapat tangkap sayang, sayang tak boleh lari daripada abang dah tau," ujar Rayyan.

"Kejarlah kalau dapat," kata Hannah lantas dia meleraikan pegangan tangan mereka dan terus berlari di persisiran pantai.

Rayyan melajukan langkah untuk mengejar Hannah yang sudah jauh berada di hadapannya itu. Jika hendak dibandingkan dengan kaki Hannah, kakinya jauh lebih panjang. Sekejap sahaja dia sudah berada dekat dengan Hannah.

"Abang, jangan dekat." Hannah menegah Rayyan apabila melihat Rayyan yang tidak sampai beberapa langkah sahaja darinya.

"Tadi kata apa? Abang kejarlah kalau dapat, kan..." Rayyan mendekati Hannah perlahan-lahan.

"Sekarang, abang dah dapat sayang." Segera dia berlari ke arah Hannah lantas memeluk pinggang ramping Hannah dengan erat. Tawa terletus dari kedua-dua bibir mereka.

"Abang, saya geli." Hannah berusaha melepaskan diri daripada pelukan Rayyan. Kemain kuat Rayyan memeluknya.

"Okey." Rayyan melepaskan Hannah tetapi Hannah tidak dapat menyeimbangkan badan lalu dia terduduk di atas pasir. Ombak yang datang mendekat membuatkan baju Hannah basah.

Rayyan ketawa besar lalu dia turut mengambil tempat di sebelah Hannah. Mereka duduk di gigi air sambil menebarkan pandangan ke arah lautan biru yang luas terbentang.

Seketika sepi menghuni suasana. Bahu Hannah direngkuh oleh tangan kekar Rayyan bagi merapatkan kedudukan mereka.

"Abang, do you really love me?" soalan Hannah yang secara tiba-tiba itu membuatkan Rayyan berpaling ke arahnya. Merenung ke setiap inci muka isterinya, cuba membaca apa yang tersirat di hati wanita yang dicintainya itu.

"Terlalu, sayang. Abang sanggup korbankan apa sahaja untuk sayang," tutur Rayyan ikhlas.

"Macam mana kalau suatu hari nanti, perkahwinan kita diuji? Abang akan stay dengan saya sampai bila-bila ke? Atau abang akan tinggalkan saya seperti mana arwah mummy, daddy dan kakak tinggalkan saya seorang diri di muka bumi ini?" Sudah lama Hannah memikirkan soal itu. Dia terlalu sayang dan cintakan Rayyan. Tak pernah terlintas walau sekali pun yang Rayyan akan meninggalkan dirinya. Tapi dia tak boleh terlalu berharap. Cintakan dan sayangkan manusia, mungkin akan sakit pada akhirnya.

"Hei." Rayyan menarik dagu Hannah ke atas. Mata mereka saling bertatapan, mengalirkan rasa hangat yang boleh menghasilkan rasa euphoria.

"Kenapa sayang cakap macam ini? Abang tak sukalah. Selagi abang masih hidup, abang janji yang akan ada dengan sayang dan Fateh sentiasa. Andai perkahwinan kita diuji suatu hari nanti, abang harap sangat kita sama-sama kuat untuk laluinya. Apa yang penting, kita saling percaya antara satu sama lain. Abang tak akan pernah tinggalkan sayang sendiri," kata Rayyan. Dia akan pegang janjinya kepada Tengku Akbar dahulu bahawa dia akan jaga dan sayangkan Hannah dengan Fateh seikhlas hatinya.

"I do not want to lose you." Tanpa sedar, permata jernih menodai lekuk pipi Hannah yang mulus.

"Hanya ajal sahaja yang dapat memisahkan kita, sayang. Abang sayangkan sayang, dunia dan akhirat. Trust me." Diseka setiap air mata yang mengalir di wajah Hannah.

"Izinkan abang untuk bahagiakan sayang."

Hannah mengangguk.

Sesaat bibir Rayyan jatuh ke dahi Hannah sambil tangannya memeluk Hannah dengan erat seakan-akan tidak mahu lepas.

Lama mereka berada dalam keadaan sebegitu.

Dapat Hannah rasai betapa besarnya kasih sayang dan cinta Rayyan terhadap dirinya. Sekarang baru dia sedar bahawa Allah telah kurniakan dia sebaik-baik suami. Rayyan yang memahami, Rayyan yang penyabar, Rayyan yang penyayang, Rayyan yang boleh menerima kelemahan dan kelebihan dirinya.

Tak pernah sekalipun Rayyan mengeluh sepanjang perkahwinan mereka. Malah suaminya itu melayan dia dengan sangat baik dan penuh dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Dalam diam, Hannah berjanji dengan dirinya yang dia akan jadi isteri yang terbaik untuk Rayyan. Dia akan melahirkan anak-anak untuk Rayyan dan membesarkan mereka bersama-sama dengan suami tercinta.

Apabila pelukan dileraikan, mereka tenggelam dalam keasyikan menikmati keindahan alam. Fenomena matahari terbenam yang sedang disaksikan di hadapan mata saat ini membuatkan hati mengucap rasa syukur tanpa henti.

Oh, Tuhan. Terima kasih atas rasa yang cukup membahagiakan ini. Semoga perkahwinan yang terbina ini akan kekal sehingga ke Syurga.

"I love you, my bidadari," ucap Rayyan ikhlas.

"I love you too, forever and always my guardian angel," balas Hannah dan mereka saling berbalas senyum.

Bahagia.


Kalau nak lagi, sila komen dan vote! ^^ 

Continue Reading

You'll Also Like

512K 22.3K 44
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
279K 19.1K 53
Highest rank : #1 action Note : Cerita ni sedikit cringe as it is my first book series. EMIR ADDEN FATTAH - Seorang lelaki melayu kacukan korea. Dia...
610K 18.4K 75
[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi...