HER GUARDIAN ANGEL

By afiadz

185K 15.9K 1.4K

"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
PROMOTE
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
EPILOG

BAB 41

2.6K 240 24
By afiadz

MATA Hannah terbuka apabila cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik tidur dia dan Rayyan. Di suatu sudut, Rayyan membuka langsir kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dia tidak boleh solat jadi sebab itulah Rayyan tidak mengejutnya bangun Subuh.

"Morning sunshine." Rayyan menghampiri Hannah sambil tersenyum manis sehingga lekuk di pipinya kelihatan.

Hannah duduk dan menyandarkan belakang tubuhnya ke kepala katil. Kepala yang berdenyut-denyut sakit dipegang. Pasti sebab dia menangis terlalu banyak malam tadi.

"Kenapa ni sayang? Sakit kepala?" Wajah Rayyan kelihatan risau.

"Berdenyut sikit," jawab Hannah perlahan.

"Sekejap, abang ambil minyak angin." Rayyan bingkas bangun lalu menuju ke luar bilik. Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan minyak angin di tangannya lantas melabuhkan punggung di sebelah Hannah.

Dia memperkemaskan ikatan di rambut Hannah lalu disanggulkan. Kemudian, Rayyan meletakkan beberapa titis minyak angin di tangan lalu diurut kepala Hannah perlahan-lahan.

"Dekat sini ke sakit?"

Angguk.

Selawat meniti di bibir Rayyan sambil tangannya mengurut kepala Hannah. Kemudian, tangan itu turun ke lehernya pula. Umpama ada magis, sentuhannya membuatkan sakit kepala Hannah surut sedikit demi sedikit.

Tanpa Rayyan sedari, Hannah memerhatikan setiap inci wajahnya. Wajah inilah yang sering menjadi dambaannya siang dan malam dahulu. Wajah ini jugalah yang dia tergila-gilakan. Lelaki ini jugalah yang dia sering berdoa kepada Allah supaya menjadi miliknya sehingga ke akhir hayat. Tapi kenapa sekarang dia tidak lagi merasakan semua itu?

"Sayang?"

"Sayang?" Rayyan menangkap mata Hannah memandangnya dalam diam.

"Ha?" Hannah tersedar daripada lamunan panjang dan wajahnya menjadi merah serta merta.

"Sakit lagi ke?" soal Rayyan. Dia mahu sahaja mengusik Hannah namun dia tahu wanita itu pasti tiada mood. Jadi dia memilih untuk membiarkan sahaja. Tunggulah Hannah sudah sembuh nanti, pasti tak kering gusi dia kerjakan Hannah.

"Dah kurang. Terima kasih." Tangan Rayyan dijatuhkan ke sisi. Kesiannya suami dia, pasti dia menjadi beban.

"Sama-sama. Jom makan," Bibir lelaki itu mengukir senyum manis lalu diambil dulang yang diletakkan di almari kecil di sisi katil. Dulang itu berisi bihun goreng bersama sebiji telur mata kerbau. Air milo suam juga turut disertakan sekali.

"Abang masakkan khas untuk sayang. Fateh tadi abang dah suapkan dia makan. Sekarang dia tengah main dengan maksu dia dekat halaman rumah," terang Rayyan panjang lebar. Diangkat pinggan yang berisi bihun goreng. Garfu diambil lalu disuakan ke mulut Hannah.

"Sayang, buka mulut."

"Saya tak ada selera." Hannah memejamkan matanya. Hendak telan apa pun dia tidak lalu.

"Sayang, penat tau abang masakkan untuk sayang. Rasa sikit," pujuk Rayyan. Tangannya yang sedang memegang garfu masih menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam mulut Hannah.

"Kalau penat tak perlu buat." Datar nadanya.

Rayyan agak terkesima namun dia pujuk hatinya, "Abang minta maaf kalau abang salah cakap. Tak penat pun, abang buat semua ini ikhlas. Sini abang suap sayang, buka mulut aaaa."

"Tak nak. Jangan paksa saya boleh tak?" Hannah memandang Rayyan geram. Dia tidak tahu mengapa dia bersikap begini tapi dia penat dengan dirinya sendiri dan dia penat kerana dia tidak sudah-sudah menyusahkan Rayyan. Bukankah Rayyan akan lebih bahagia jika dia berkahwin dengan wanita yang tidak menyedihkan seperti dirinya?

Rayyan sedikit keliru dengan kelakuan Hannah, sekejap dia elok, sekejap dia tidak. Namun dia tahu bahawa emosi Hannah masih belum stabil. Dia masih trauma dan belum terima apa yang menimpa dirinya sepenuhnya. Malam tadi dia meracau-racau semasa tidur dan tidak henti-henti memanggil daddynya.

"Nanti perut sayang masuk angin." Rayyan masih cuba memujuk.

"Tak nak," balas Hannah pendek. Tangan dipeluk ke tubuh.

"Satu suap je,"

"Please..." Dia mahu Hannah makan juga sebab Hannah tidak menjamah apa-apa sedari petang semalam. Dia risau andai perut isterinya masuk angin dan jatuh sakit.

Hannah memandangnya dengan riak wajah kosong.

"Please?" Suaranya merayu.

Hannah akhirnya membuka mulut dan satu suap bihun selamat ditelan. Kemudian dia mengangkat tangan tanda tidak mahu.

"Yeay, good girl. Abang letak bihun ini dekat tepi. Nanti kalau sayang nak makan, ambil saja. Kalau masih sakit kepala lagi, bagitahu je abang nanti abang bawa sayang ke klinik. Abang nak keluar sekejap." Rayyan bangkit lalu satu kucupan hangat singgah di ubun-ubun Hannah.

"Abang sayang sayang. Kalau ada apa-apa nanti panggil je. Jangan bergerak merata, kaki sayang tu tak sembuh lagi." Sempat Rayyan mengusap pipi Hannah sebelum dia bergerak keluar dari bilik. Sementara Hannah masih belum sembuh, dia memilih untuk tinggal di rumah keluarganya terlebih dahulu. Hannah mendapat MC selama 2 bulan, manakala dia pula perlu bekerja. Jadi sekiranya Hannah duduk di sini, adalah orang untuk tengok-tengokkan dia. Bibik ada, bonda dan adik bongsunya juga boleh tolong tengokkan Hannah. Mujurlah mereka semua faham dengan keadaan dan emosi Hannah yang kadang kala tidak menentu.

***

HANNAH berjalan perlahan-lahan menuju ke luar bilik. Dia dengar suara Fateh dan Rai bergelak ketawa di halaman rumah tetapi jauh sungguh untuknya hendak menapak ke sana dengan keadaan kaki yang patah dan bersimen. Dia berjalan hanya dengan menggunakan tongkat. Tinggal lagi beberapa minggu sahaja lagi simen di kakinya boleh dibuka dan dia dapat berjalan seperti biasa macam sebelum ini Tak sabarnya rasa! Hari-hari dia menghitung sementara menunggu hari yang dinanti-nantikan itu tiba.

Hannah memaksa dirinya untuk berjalan sehingga terasa kakinya mula sakit akibat dicucuk-cucuk. Doktor menyuruhnya agar banyakkan berehat tetapi dia sudah kematu duduk di dalam bilik dan tidak berbuat apa-apa. Selalunya petang-petang begini Rayyan akan membawanya bersiar-siar tetapi hari ini dia perlu ke pejabat dan belum pulang lagi.

Langkahnya penuh hati-hati. Andai dia tersilap langkah, pasti dia jatuh. Tidak mahulah dia perkara sebegitu berlaku. Seksa tahu! Nanti mahu ditambah tempoh untuk kakinya memakai simen. Sudahlah hendak bergerak pun susah, ambil wuduk lagilah. Belum campur lagi bila kawasan buku lalinya itu gatal, hampir menangis dia apabila kawasan itu gatal secara tiba-tiba. Tidak tahu bagaimana hendak digaru, tak akan mahu dicabut simen itu, garu kawasan tersebut kemudian dipasang semula. Parah!

"Assalamualaikum." Kelibat Rayyan muncul di muka pintu dan matanya membulat serta merta apabila melihat Hannah sedang berjalan menuju ke pintu utama. Ke manalah isterinya mahu pergi. Sudah dipesan jangan berjalan ke hulu ke hilir. Jika mahu apa-apa panggil sahaja bibik.

"Sayang," Segera dia berjalan pantas ke arah Hannah. Risaunya bukan kepalang.

Hannah yang terkejut apabila disapa oleh Rayyan secara tiba-tiba terlepas pegangan tongkatnya dan badannya menjadi tidak seimbang.

Hampir sahaja badannya jatuh menyembah bumi, namun Rayyan sempat menyambutnya. Rayyan menarik badan Hannah rapat ke dadanya. Hampir gugur jantungnya apabila melihat Hannah hilang keseimbangan badan. Tangan Hannah yang berada di dada Rayyan membuatkan dia boleh merasai degupan jantung suaminya yang begitu laju rentaknya. Keringat nipis mula kelihatan di dahi Rayyan. Hampir tidak bernafas dia.

"Kan abang dah cakap kalau nak apa-apa tunggu abang balik. Mujur sayang tak jatuh," Rayyan memapah Hannah lalu membantunya untuk duduk di sofa berdekatan. Didudukkan Hannah dengan penuh cermat dan berhati-hati.

"Saya nak keluarlah." balas Hannah bosan. Mulalah Rayyan hendak membebel. Dia tidak mahu mendengarnya.

"Tunggulah abang balik kalau macam itu. Nasiblah abang sempat sambut sayang. Sayang buat abang risau aje tau," kata Rayyan lantas dia menghembus nafas lega. Terkejut beruk dia tadi.

"Suka hati sayalah. Kalau semua benda nak kena tunggu awak, susahlah." Hannah mencebik bibir.

"Bukan macam itu." Semua benda yang dia cakap Hannah hendak salah faham. Dia kadang kala keliru dengan Hannah. Apa yang Hannah mahu dia cakapkan sebenarnya? Cakap itu salah, cakap ini salah. Semuanya tidak kena.

"Dahlah, saya nak masuk bilik." Punggungnya diangkat dengan susah payah. Panas pula dia berada di sini. Lagi lama dia di sini, lagi lancang mulutnya berkata-kata.

"Sini abang tolong." Rayyan berkata lalu pinggang Hannah diraihnya.

"Tak nak. Saya boleh buat sendiri." Badan Rayyan ditolak supaya menjauh. Dia rasa hendak menangis sekarang. Dia tidak tahu kenapa dia menjadi terlalu sensitif. Semua benda dia hendak marah. Setiap perkara yang Rayyan cakap dan buat boleh buatkan dia sakit hati.

Rayyan memerhati tingkah laku Hannah dalam masa yang sama dia memujuk dirinya untuk terus bersabar.

"Sayang, izinkan abang." Rayyan pantas mencempung tubuh Hannah lalu dibawanya ke bilik tanpa mempedulikan Hannah yang meronta-ronta dalam dakapannya. Biarlah Hannah marah dia. Dia cuma tidak mahu melihat Hannah sakit.

SILING direnung seperti hendak mahu tembus. Sudah sejam dia cuba tidur, Dipalingkan tubuh ke kiri dan ke kanan, namun matanya masih belum mahu terlelap lagi. Hari sudah larut malam, selalunya dia sudah tidur waktu-waktu begini. Entah apalah yang tidak kena malam ini. Seketika matanya ternampak coklat kegemarannya di atas almari pendek di sisi katil. Coklat Kinder Bueno sebanyak tiga batang diikat sekali bersama reben dengam begitu kemas sekali. Dia mengambil sekeping kertas yang terselit di celahan coklat tersebut.

"I am sorry, sayang. I love you so much." Begitulah bait-bait kata yang tertulis di sekeping nota itu. Tidaklah berpuitis tetapi cukup indah. Tidak lain dan tidak bukan, hadiah itu pastilah datang daripada Rayyan.

Rayyan dan sifat manis semanis gulanya berpisah tiada.

Hembusan nafas berat yang terlepas dari ruang rongga hidung Hannah kedengaran kuat. Mengapa hatinya begitu keras untuk menerima Rayyan?


Siapa nak lagi komen cepat ^^

Continue Reading

You'll Also Like

488K 19.2K 53
Cerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu...
2.2M 86.3K 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan...
281K 10.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
512K 22.3K 44
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos