HER GUARDIAN ANGEL

By afiadz

185K 15.9K 1.4K

"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
PROMOTE
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
EPILOG

BAB 40

2.7K 242 7
By afiadz

JAM menunjukkan pukul 1.00 pagi, Hannah berjalan ke dapur dengan perlahan-lahan dengan bantuan tongkat kerana ingin membasahkan tekaknya yang haus. Mujurlah bilik dia dan Rayyan berada di tingkat bawah, kalau tak pasti dia sukar untuk bergerak ke sana ke sini. Fateh pula disediakan bilik yang khas untuknya bersebelahan dengan bilik Rai. Nasib Hannah sudah mengajar Fateh untuk tidur sendirian, jadi dia tidak merengek. Selepas menunaikan solat Isyak, mereka berdua sama-sama terbaring lesu di atas katil. Hannah terasa lukanya yang belum sepenuhnya sembuh kembali mencucuk-cucuk dan kakinya sudah berbisa sakit. Itu yang sesudah mandi dan solat, dia terus tertidur lena.

Hannah membuka pintu peti sejuk lalu dikeluarkan air mineral dan dituang ke dalam gelas. Dia duduk di kerusi, manakala tongkat disandarkan ke kaunter dapur.

Leganya! Nikmatnya!

Matanya dipejam dengan erat. Tubuh Hannah menggeliat untuk meregangkan sendi-sendi badan. Lenguh seluruh badannya apabila menjadi terlalu aktif. Sudahlah tulang pipinya dipaksa untuk senyum sepanjang hari di hadapan ramai orang.

Ingatannya kembali melayang ke kejadian pagi tadi dan tanpa sedar bibirnya tersenyum nipis. Tidak sangka yang dia sudah pun bergelar seorang isteri kenapa lelaki yang telah lama diminatinya. Cincin yang tersarung elok di jari manisnya ditenung lama, tanda ikatan perkahwinan yang terjalin di antara dua insan yang saling mencintai. Persiapan perkahwinan hampir sepenuhnya diuruskan oleh Rayyan, dia hanya mengikut sahaja arahan Rayyan. Apa yang disuruh buat, barulah dia buat. Jika tidak, dia hanya terbaring di katil untuk berehat.

Daddy...

Dadanya dihimpit rasa sebak. Jika arwah daddy masih hidup, pasti daddy yang akan menjadi walinya sewaktu akad nikahnya tadi. Jika daddy masih hidup, mesti dialah orang pertama yang akan tersenyum bahagia saat melihat anaknya dinikahkan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik hati.

Jauh di sudut hati, Hannah sangat rindukan Tengku Akbar. Dia rasa ingin meraung tetapi dia tahu perkara itu tidak dapat mengembalikan arwah daddy yang telah pergi dijemput Ilahi 2 minggu lepas.

Sewaktu itu dia sedang berbual-bual mesra dengan Tengku Akbar di dalam kereta. Jalan raya agak licin kerana hari hujan dan pemanduannya sedikit terganggu apabila dia hanya mampu melihat dari jarak dekat sahaja. Perjalanan lancar sahaja sehinggalah lori di hadapannya membrek secara mengejut dan Hannah cepat-cepat tekan brek dan keretanya hilang kawalan lalu menghentam divider lebuh raya.

Kejadian yang terjadi begitu pantas. Tahu-tahu dia sudah tidak sedarkan diri dan koma beberapa hari. Apabila bangun sahaja daripada lena yang panjang, dia diberitahu bahawa Tengku Akbar sudah meninggal dunia. Badannya pula penuh luka-luka dan kakinya patah kerana tersepit.

Saban hari Hannah menyalahkan dirinya sendiri kerana cuai memandu. Jika dia tidak menngambil daddy dia pada hari tersebut, jika dia tidak memandu sewaktu hujan, jika dia dapat mengawal sterengnya dengan baik dan tidak terbabas, jika dia sempat meminta maaf kepada daddy dia dan mengatakan bahawa dia amat sayangkan daddy dia, sudah pasti dia tidak akan menyesal dan dihimpit perasaan bersalah yang menggunung tingginya.

"Daddy..." Hannah menekup bibirnya yang mula teresak-esak kecil. Setiap malam dia akan menangis tanpa henti mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

"Daddy, adik minta maaf..." bisik Hannah perlahan dan dia mengharapkan daddy dia dapat mendengar ucapan maaf yang dia sebutkan.

"Adik sayang daddy..." Teringat betapa gembiranya Tengku Akbar memberitahu bahawa dia sangat sayangkan Hannah sewaktu kali terakhir mereka bertemu. Patutlah wajah itu tersenyum sepanjang mereka berbual, seolah-olah dia sudah tahu bila dia akan pergi.

Hannah tidak dapat menanggung sakit yang mencucuk-cucuk di dada. Dipukul dadanya berulang kali untuk menghilangkan rasa sakit yang tidak berpenghujung. Air mata yang keluar mencurah-curah tidak dipedulikan. Dia mahu rasa sakit ini hilang. Dia penat hidup seperti ini. Kenapa dia tidak mati sahaja bersama-sama daddy? Kenapa dia dibiarkan hidup dan perlu menanggung perasaan bersalah yang tidak berpenghujung? Kenapa? Kenapa?

"Sayang." Gemersik suara garau seorang lelaki menyapa halwa telinga. Tidak usah diberitahu siapa, sudah dapat diagak siapakah itu. Tubuhnya dipeluk dari arah belakang dan aroma Rayyan mencucuk-cucuk hidung. Bahu Hannah terenjut-enjut menahan esakan yang semakin menggila.

"Sayang, kenapa ini?" Perasaan risau bertandang di hati saat melihat tubuh isterinya tiada di sisi. Puas dicari di ruang tamu dan ruang makan, kelibat isterinya langsung tidak kelihatan. Apabila melihat lampu di dapur dibuka, kakinya laju sahaja melangkah ke arah sana. Sebaik sahaja dia tiba, esakan kecil milik Hannah mula menerpa ruang telinga.

Tubuh Hannah dipusingkan ke arahnya dan dia lihat air mata Hannah mengalir tanpa henti. Diangkat dagu Hannah supaya memandangnya namun Hannah melarikan anak matanya, "My lady, don't cry."

Hannah tetap diam namun dia masih belum berhenti menangis.

"Sayang lapar ke?" soal Rayyan lalu disambut dengan gelengan oleh Hannah.

"Haus?" soalnya lagi apabila melihat gelas berisi air sudah kosong namun Hannah tetap menggeleng.

"Sakit ke?" Geleng lagi.

"Shhh... shhh..." Ditarik tubuh Hanah ke dalam pelukan lalu diusap perlahan-lahan belakang badannya. Terenjut-enjut bahu Hannah kerana menahan esakan yang menggila di dada. Lalu Rayyan bertindak untuk mencempung Hannah lalu dibawa ke bilik tidur mereka. Dia membaringkan Hannah ke atas katil dan menyelimutkannya sebelum Rayyan turut sama baring di sebelah Hannah. Hannah tidak sedikit pun membantah tetapi dia berterusan menangis.

"Sayang, cuba bagitahu abang, kenapa ni?" Dipalingkan tubuh Hannah supaya menghadapnya. Air mata yang mengalir di pipi Hannah diusap pergi. Sudah berminggu-minggu lamanya Hannah tidak mahu bercakap dengan dirinya melainkan perkara penting sahaja. Sudah lama juga dia tidak melihat senyuman di wajah yang anggun itu kecuali sewaktu akad nikah tadi. Jika nyawanya boleh menjadi galang ganti untuk menghapuskan segala kesedihan Hannah, dia sanggup buat perkara tersebut.

"Awak..." Tersedu-sedu Hannah.

"Ya sayang," Rayyan mengusap ubun-ubun Hannah, menanti apa yang ingin dikatakan olehnya.

"Nak daddy," usai berkata, Hannah menekup mukanya ke dada Rayyan dan menangis semahu-mahunya.

"Saya nak daddy,"

"Saya rindu daddy." Suara Hannah seakan-akan tersekat di kerongkong.

Rayyan menarik rapat Hannah ke dalam pelukannya. Hatinya turut diruntun rasa hiba saat mendengar Hanah teresak-esak menangis seperti ini.

"Ceritalah sayang, abang nak dengar..." Rayyan cuba memujuk Hannah.

Hannah memejamkan matanya dan dia mula meluahkan segala yang tersirat di hati.

"Sewaktu hari kejadian, daddy minta tolong saya untuk ambil dia di hospital sebab kereta dia rosak. Kebetulan saya dalam perjalanan pulang dari kerja, saya pun pergi ke hospital. Daddy baru je habis kerja dia. Apabila saya sampai, daddy senyum saja bila nampak saya," Hannah terdiam sejenak mengingati semula detik-detik yang bahagia buatnya namun sewaktu itu dia masih belum tahu itulah kali terakhir dia akan melihat semua itu.

Rayyan setia mengusap belakang tubuh Hannah untuk memberikannya kekuatan.

"Di dalam kereta lagilah daddy nampak gembira dan ceria sangat. Dia bagi saya banyak nasihat walaupun saya acuh tak acuh je layan daddy. Daddy minta maaf dan daddy cakap daddy sayang sangat dekat saya dan Fateh, awak. Saya pun sayang sangat dekat daddy."

"Tapi awak nak tahu tak apa yang buatkan saya sedih dan menyesal sehingga ke hari ini?" Hannah memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Rayyan. Tangan Rayyan naik ke pipinya lalu mengusap air mata dia yang mengalir.

"Apa dia sayang?" Sudah lama Rayyan mengimpikan saat ini. Dia mahu berada di samping Hannah saat Hannah gembira atau bersedih. Dia mahu menjadi bahu untuk Hannah menangis. Dia ingin menjadi telinga yang setia mendengar segala luahan Hannah. Dia mahu menjadi mata yang sentiasa ingin memerhati wajah Hannah yang selalu kelihatan cantik saat dia tersenyum mahupun menangis. Dia ingin menjadi segala-galanya buat Hannah. Kegembiraan Hannah merupakan kegembiraan buat dirinya juga, manakala kesedihan Hannah turut memagut hari-hari bahagia dia.

"Saya tak sempat minta maaf dengan daddy." Tangisannya menjadi semakin lebat.

"Saya tak sempat cakap dekat daddy yang saya sayangkan dia." Hannah rasa seperti ingin meraung. Hannah berasa kesal kerana tidak menurunkan egonya. Tengku Akbar meminta maaf setiap hari kepadanya selepas dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya empat tahun lepas tetapi Hannah tetap membuat keras hati. Sebab memikirkan sakit hati dan ego, dia melayan Tengku Akbar acuh tidak acuh dan bersikap kurang ajar dengan daddy dia.

Tak sangka daddy dia pergi tanpa sempat dia mengucapkan kata maaf dan sayang. Tambahan itu, dialah punca semua itu berlaku. Jika dia tidak memandu pada hari tersebut, sudah pasti Tengku Akbar masih hidup sehingga sekarang.

"Saya bunuh daddy, awak..."

"Saya penyebab daddy meninggal dunia..." Hannah menangis semahu-mahunya di dada Rayyan. Sakitnya menanggung perasaan rindu yang tidak berpenghujung. Dia rindukan daddy, mummy dan kakak dia tetapi mereka semua sudah lagi tiada di dunia ini. Dia rindukan keluarganya.

"Kenapa Allah tak ambil sahaja nyawa saya sekali? Daddy, mummy dan kakak dah tunggu saya di alam sana. Kenapa Allah tak biarkan sahaja saya mati dalam kemalangan tersebut? Kenapa Rayyan? Kenapa?" Dia mepersoalkan takdir. Dia penat dengan ujian ini. Satu demi satu ujian datang dalam hidupnya sehingga dia merasakan yang dia sudah tidak mampu lagi menangggung.

Dulu ustazah dia pernah mengajar yang kita sebagai anak perlu taat dan sayang kepada ibu bapa? Tapi lihatlah dia. Hanya Islam di kad pengenalan namun langsung tidak dipraktikkan. Walau macam mana jahat sekali pun ibu bapa kita, kita kena taat kepada mereka kerana merekalah yang membesarkan dan menjaga kita sedari kecil. Tanpa mereka, dia tiada di dunia ini. Tanpa mereka, dia pasti tidak dapat membesar dengan sempurna.

Kejamnya dia kerana menghukum Tengku Akbar sedangkan dia sendiri tidak sempurna. Dia sendiri terlalu banyak dosa. Jika hendak dihitung betapa banyaknya dosa dia, pasti tidak mampu. Itulah manusia. Dia terlalu melihat dosa dan kesalahan yang orang lakukannya tetapi dia terlupa yang dia juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.

Kita manusia, kita pendosa.

"Sayang, look at me." Rayyan memegang kedua-dua belah pipi Hannah yang semakin tidak keruan.

"Listen here, sayang." Kucupan hangat singgah di dahi Hannah. Lama. Dia mahu Hannah merasakan bahawa dia tidak keseorangan. Dia mahu Hannah tahu yang dia sentiasa ada di sisi Hannah.

"Daddy tak mati sebab sayang. Allah dah tulis ajal daddy sampai di situ sahaja, semua itu sudah tertulis. Sayang tahu tak, rahsia kematian itu hanya Allah seorang saja yang tahu. Meskipun kita cuba menghalang kematian, jika Allah kata jadi maka jadilah. Tiada siapa pun yang punya kuasa untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku." Diangkat dagu Hannah lalu dikucup kedua-dua belah mata Hannah yang bersisa air mata.

"Kita tak boleh persoalkan takdir, seolah-olah kita menolak segala ketentuan hidup yang Allah telah tentukan untuk kita. Allah Tuhan yang satu. Dia Maha Pencipta dan Dia tahu segala yang tersurat dan tersirat di hati setiap hamba-Nya. Setiap apa yang tertulis untuk kita, itulah yang terbaik. Allah beri kepada kita apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Sebab hanya Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk kita,"

"Walaupun sayang tak nampak hikmahnya waktu sekarang, satu hari nanti pasti Allah akan tunjukkan hikmah setiap perkara yang berlaku."

"Saya penat," keluh Hannah namun hatinya sedikit terpujuk mendengar kata-kata Rayyan. Dia terlalu bersedih dan menyalahkan dirinya sehingga dia mempersoalkan segala ketetapan yang Allah tentukan untuknya.

"Sayang hebat sebab itulah Allah uji sayang dengan semua ini. Pernah dengar tak, Allah tak akan uji seseorang hamba melainkan apa yang termampu olehnya. Sebab sayang kuat, sayang mampu, sebab itulah Allah berikan semua ujian ini," Diusap kedua-dua belah pipi Hannah dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, berikanlah isterinya kekuatan.

"Abang tahu bukan mudah untuk sayang lalui semua ini. Sebab itulah abang yakin yang Allah hadirkan abang dalam hidup sayang supaya abang dapat bantu sayang untuk lalui semua perkara ini. Abang sayangkan sayang dan abang nak sayang tahu yang abang tak akan pernah tinggalkan sayang sendiri." Dahi Hannah dikucup berkali-kali. Hatinya sayu melihat Hannah dalam keadaan sebegini.

"Thank you, awak. Saya nak tidur, saya penat." Hannah tahu apa yang dikatakan oleh Rayyan benar-benar belaka namun dia masih belum mampu untuk menerima kenyataan.

"Saya perlukan masa untuk terima semua ini," jujur Hannah. Dia harap Rayyan faham dan tidak memaksa dirinya untuk kembali ceria seperti sedia kala.

"Kalau sayang nak luah apa-apa, abang sentiasa ada di sini. Abang dah jadi suami sayang sekarang jadi abang nak sayang tahu yang sayang tak keseorangan. Okay?" Matanya tunak memandang ke dalam anak mata Hannah.

Hannah mengangguk.

"Abang bacakan surah Al-Mulk supaya sayang mudah tidur. Sekejap ya," kata Rayyan lantas dia meleraikan pelukan lalu berjalan pantas ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk, naskhah Al-Quran yang terletak elok di atas almari tinggi dicapai lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Hannah. Rayyan menyelimutkan Hannah sehingga ke paras dada supaya dia selesa untuk tidur.

"Sayang ikut dalam hati supaya kita sama-sama dapat pahala dan kelebihan kerana membacanya," pesan Rayyan sebelum dia memulakan bacaan Al-Qurannya. Suara merdu Rayyan mengalunkan ayat suci Al-Quran berjaya membuatkan sekeping jiwa Hannah yang gundah gulana menjadi tenang serta merta. Dalam diam, cintanya kepada Rayyan semakin mekar.

Surah Al-Mulk terkenal dengan kelebihannya yang akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada setiap pembacanya. Afdhal membacanya di malam hari pada setiap hari.

Menurut riwayat al-Tirmizi, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur."

Continue Reading

You'll Also Like

240K 13.8K 58
AIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pen...
2.2M 86.2K 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan...
259K 17K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
50.9K 1K 50
[ C O M P L E T E ] [NON-EDIT] WASIAT? What will?!!!! . IZARA HALINA. Kehidupannya dijalankan dengan serba baik, sehinggalah satu wasiat yang perlu d...