1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETE...

By Yasmyns_Dahlia

426K 32.6K 7.7K

Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz."... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
EPILOGUE
CHIT CHAT
Dendam Cinta 2

BAB 26

3.8K 279 3
By Yasmyns_Dahlia

"PENATNYA!" tercungap-cungap Marissa menyedut udara. Renek peluh mula mengalir perlahan menuruni dahi putihnya. Lantas, tuala yang terlilit di leher ditarik lalu Marissa mengelap keringat yang mengalir.

Langkah kaki diatur menuju ke bangku yang disediakan di taman itu. Udara segar pagi itu disedut dalam-dalam. Beginilah rutin hari minggu dia. Selepas subuh, Marissa akan keluar berjoging dengan Aini. Tapi tidak untuk pagi ini. Aini tidak mengikut serta kerana wanita itu masih terbongkang tidur. Letih katanya. Jadi, terpaksalah Marissa berjoging seorang diri.

"Agak-agak dia tengah buat apa eh sekarang ni? Hmm, entah-entah belum bangun lagi," omel Marissa. Telefon ditangannya dipadang. Nak call atau mesej?

Jari jemari mula menari di papan kekunci. Fokus Marissa menaip pesanan tersebut kepada Harraz. Seketika, perbuatannya itu terhenti. Mata meluaskan pandangan pada padang yang masih basah itu. Bibir pula bergerak-gerak kiri kanan.

"Taknaklah, nanti dia ingat aku ni terhegeh-hegeh dekat dia pula," getus Marissa lalu jarinya laju saja memadam pesanan yang belum sempat dihantar. Telefon ditutup dan diletakkan di atas bangku.

Sedang Marissa termenung melihat budak-budak kecil yang sedang berlari itu, terasa ada gegaran pada tempat duduknya. Apabila dilihat, telefonnya bergetar menandakan ada panggilan. Perlahan-lahan bibirnya naik mengoyak senyuman. Baru aje teringat pada Harraz, tup-tup lelaki itu terlebih dahulu menelefonnya.

"Hello?" Marissa terlebih dahulu bersuara.

"Good morning, sayang..." suara serak-serak basah Harraz menyapa di halwa telinga Marissa. Auch, seksinya suara!

"Sayang tengah buat apa tu?" Marissa menahan senyum. Harraz ni pagi-pagi lagi dah panggil dia sayang. Hati Marissa ni kalau terdengar aje panggilan itu, mulalah nak tergedik-gedik.

"Saya ada dekat taman ni... Baru lepas joging. Awak buat apa? Baru bangun tidur eh?" soal Marissa. Jari runcingnya dimainkan di atas bangku tersebut.

"Yalah, sayang... Hari cuti bangun lambat sikitlah... But, kalau ada bini, lagi lambat aku bangun..." Harraz di corong telefon sudah menyengih gatal. Perkataan bini itu ditekankan agar Marissa dapat menangkap maksudnya.

"Dahtu? Carilah isteri!" Marissa memutarkan bebola matanya ke atas. Nak bini konon!

Sesekali, Marissa menepuk lengannya yang dihinggap nyamuk. Jari mula menggaruk lengannya yang gatal.

"Kalau orang yang di sana tu dah on, yang di sini lagilah on sentiasa," sakat Harraz seraya dia gelak kecil dengan suara serak basahnya. Pasti tona wajah Marissa sedang memerah malu tika ini.

"Gatal! Kalau tak sabar sangat nak kahwin, pergilah cari perempuan lain. Awak tunggu saya buat apa?" cebik Marissa. Dia kemudian bangun dan mula berjalan perlahan. Matahari pun dah nak naik. Baik dia balik sekarang. Perut pun dah lapar meminta makanan.

"Because, I just want to spend the rest of my life with you. I choose you. And I'll choose you over and over. Without pause, without a doubt. I'll keep choosing you, sayang..." Harraz membisik perlahan. Ingin sekali dia menyebut sepasang nama ini, Marissa Jasmine. Sampai bila wanita itu mahu sorok akan identiti dirinya?

Lidah Marissa kelu. Walaupun kata-kata itu hanya diucapkan dari corong telefon, namun Marissa dapat merasakan keikhlasan Harraz ketika mengungkapkan bait-bait ayat tersebut.

"Sayang? Pengsan ke?" kedengaran tawa mengusik di hujung ayat Harraz. Yalah, dari tadi dia menunggu balasan daripada Marissa. Tapi hampeh, gadis itu memilih untuk senyap. Memang Harraz kerap memanggil Marissa sayang. Ini semua disebabkan lelaki itu tak selesa untuk memanggil Marissa sebagai Orkid. Bukan dia saja-saja, tapi ada sebabnya yang tersendiri.

"Dahlah awak ni! Suka sangat buat saya tersengih macam orang tak betul kan?" getus Marissa geram. Pipinya ditampar agar tidak terlalu hayal dengan bisikan Harraz tadi.

Buat seketika, kaki Marissa berhenti daripada melangkah. Pagar autogate rumahnya terbuka selepas dia menekan punat remote.

"Malulah tu kan? By the way sayang, aku nak keluar hari ini. Kau ada nak pergi mana-mana tak?" Harraz bertanya lembut. Sliding door balkoni biliknya dibuka. Terang benderang bilik itu disinari dengan cahaya matahari yang mula naik. Udara segar dihirup dalam. Jam yang terlekat pada dinding kelabu cair biliknya dikerling. Baru pukul 7.30 pagi.

"Tak kut... Awak nak pergi mana?" pintu rumah dibuka. Masuk saja ke dalam, semerbak bau nasi goreng belacan menusuk ke dalam hidung Marissa. Perut dah berkeroncang lapar. Punahlah harapan dia nak diet! Baru aje lepas joging, Mak Kiah dah siapkan sarapan yang mampu menggoda iman Marissa.

"Aku ada hal dekat luar," jelas Harraz. Secara tiba-tiba, ada ketukan di muka pintunya. Terjengul wajah seorang gadis manis di sebalik daun pintu.

"Oh, kalau macam tu tak apalah. Saya pun nak naik atas dulu ni. Erm take care. Hati-hati bawa kereta tu," pesan Marissa lalu menggigit bibirnya. Aduh, apasal dia pergi pesan dekat Harraz macam tu tadi? Dah tak pasal-pasal lelaki itu ingat dia caring pula!

"Sayang..." Marissa tidak menjawab. Sebaliknya, dia menanti ayat yang bakal keluar daripada bibir Harraz.

"I love you..." sambung Harraz. Tidak menunggu lama, panggilan dimatikan setelah dia pasti Marissa tidak akan membalas lagi.

Rentak jantung mula berirama tidak sekata. Marissa pelik dengan dirinya. Rasa ini seakan sudah lama wujud dalam diri dia. Nak kata dia pernah bercinta dulu, tak ada pula. Apatah lagi nak jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Atau sebenarnya Marissa pernah jatuh cinta, tapi dia sendiri yang lupa? Entahlah, Marissa tak ada jawapan.

•••

SAMPAI saja di mall, Marissa terus menarik troli. Dia dan Aini bercadang untuk membuat kek coklat hari ini. Disebabkan itu, mereka keluar mencari bahan. Kebetulan, bahan mentah di rumah sudah habis. Jadi, mereka sekali jalan aje mencari barang-barang yang hendak dibeli.

"Aku nak pergi cari sayur. Kau tunggu dekat sini tau!" Aini bersuara. Jajan yang berada di tangannya diletakkan ke dalam troli.

"Yalah..." balas Marissa tidak menghiraukan Aini yang sudah pergi. Mata dia melingas mencari barang-barang yang perlu dibeli. Nota kecil yang dibawanya tadi kembali dibuka. Marissa meneliti satu persatu barang yang telah disenaraikan oleh Mak Kiah.

"Kau dah jumpa belum barangnya, Ris?" Aini menegur dari belakang. Sayur kangkung yang sudah ditimbang diletakkan ke dalam troli. Laju tangan Aini merampas kertas nota di tangan Marissa selepas gelengan daripada gadis itu yang menjawab pertanyaannya.

"Okey, lepas ni kita cari sabun pula. Lepastu nanti baru kita pergi kedai kek. Kat sini tak banyak barang kek sangatlah, Ris." Aini menutur kata lalu troli ditolaknya ke bahagian sabun dan alatan mandi.

Selesai mengambil sabun, mereka menuju ke kaunter pembayaran. Marissa mengerutkan dahi. Aduh, masa-masa macam ni jugalah dia hendak membuang air.

"Aku nak ke tandas. Kalau aku lambat, kau tunggu aku dekat parking lot!" ucap Marissa lalu kakinya dilajukan menuju ke tandas. Dia dah tak tahan sangat dah ni!

Dek kelam-kabut, Marissa terlanggar seorang gadis. Mengaduh sakit gadis itu apabila bahunya dilanggar kasar oleh Marissa.

"Allahu, sorry dik! Akak tak perasan awak tadi," gelabah Marissa dibuatnya. Bahu gadis itu disentuh. Hilang terus rasa nak terkencing tadi. Lagi satu, suka hati Marissa aje panggil gadis itu adik. Yalah, dah badan macam budak sekolah, takkan Marissa nak panggil makcik pula?

"Eh, tak apa kak. Saya pun tak perasan akak tadi," balas gadis tersebut. Wajahnya diangkat memandang Marissa. Senyuman kecil dilemparkan.

"Sorry again ya? Alamak, akak pergi dulu ya? Ada rezeki, kita jumpa lagi," ujar Marissa dan terus lesap pergi dari situ. Nampak tak tahan sangat dahtu!

Gadis tadi menggeleng seraya ketawa kecil. Melihat ragam Marissa yang sedikit kelam-kabut tadi, membuatkan hatinya tercuit suka.

•••

"KAU masuk dalam kereta dululah, Aini. Aku nak pergi kedai runcit tu jap. Nak beli aiskrim, kau nak tak?" Barang-barang untuk buat kek Marissa letakkan di tempat duduk belakang. Aini yang sudah membuka pintu kereta hanya mengangguk.

Kedai runcit dituju Marissa. Teruja betul dia melihat peti aiskrim yang berada di luar kedai. Usai membuat pembelian, Marissa kembali melintas ke seberang jalan. Namun, belum sempat untuk dia melintas, matanya jatuh pada sepasang pasangan yang sedang galak ketawa. Dia kenal lelaki itu. Harraz dan...gadis yang dia terlanggar masa di mall tadi?

Seakan tidak percaya, Marissa menenyeh matanya pula. Tepat tekaannya, gadis itu bersama Harraz. Bukan itu saja, lengan Harraz dirangkul erat. Memang jelas mereka kelihatan seperti pasangan kekasih.

Sakit. Hati dan matanya sakit melihat kemesraan mereka. Apatah lagi melihat gadis itu melentokkan kepalanya pada bahu Harraz. Terasa tubir mata mula panas. Tanpa sedar, butiran jernih mengalir turun. Marissa ketap bibir menahan rasa. Ah, dia benci rasa ini! Sakit ini seolah pernah dia lalui dulu. Matanya mengikut gerak langkah Harraz dan gadis itu sehingga bayang-bayang mereka hilang disebalik dinding kedai.

Jadi, ini hal yang dikatakan Harraz tadi? Bertemu dengan si kekasih hati? Patutlah lelaki itu bertanya jika dia ingin keluar atau tidak hari ini. Rupa-rupanya, Harraz ada agenda lain? Lelaki itu tidak mahu keberadaannya dihidu Marissa? Sekarang ini, semua sudah jelas. Tersangat jelas. Tidak ada apa lagi yang mahu disangkal. Semuanya dah terbentang di depan mata.

"Kau kenapa Ris? Muka kelat semacam aje?" pelik Aini menyoal. Yalah, masuk-masuk je dalam kereta, muka camberut Marissa menarik perhatiannya.

"Tak ada apalah, jalan cepat. Kepala aku sakit," balas Marissa dengan suara yang perlahan. Hujung matanya dilap. Bodoh! Kenapa dia harus menangis? Bukankah itu perangai sebenar Harraz? Kenapa dia harus terkejut dan bersedih pula? Serta merta hatinya bergelora marah. Dia benci akan penipu! Kata-kata manis Harraz hanyalah untuk mempermainkan perasaannya saja! Sedangkan lelaki itu langsung tidak ikhlas! Ya, dia terpedaya dengan permainan Harraz.

Continue Reading

You'll Also Like

582K 36.9K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...
2.6M 240K 85
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
332K 14.8K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
342K 18K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...