Tuhan, Izinkan Aku Menyintain...

By AizaAidir

445 72 17

Cinta Hartini dipermainkan dalam diam oleh Saiful dan sahabat baiknya sendiri iaitu Adila. Hatinya luka parah... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
Bab 13
Bab 14
BAB 15
BAB 16
Bab 18
BAB 19
BAB 20

Bab 17

11 1 0
By AizaAidir


Irfan mundar mandir di luar rumah. Hatinya cukup gelisah biarpun malam itu terasa sejuk sekali. Sesekali telinganya dapat menangkap suara ketawa kerluarganya yang masih berkumpul di ruang makan. Hatinya tidak tenteram. Sukar mahu memulakan kata dihadapan keluarganya untuk menyatakan hasrat di hatinya untuk melamar gadis kesayangannya. Argh... bagaimana jika keluarganya tidak bersetuju? Seperti tahun-tahun sudah, kesemua pilihannya ditolak mentah-mentah oleh keluarganya. Pilihannya sebelum ini terlalu banyak kekurangan atau piawaian yang ditetapkan mama dan papa yang terlalu tinggi? Bingung dia mahu memikirkannya. Sudahlah mahu menawan hati Hartini tertalu sukar, sekarang apabila sudah dapat... Tak mungkin dia mahu melepaskannya begitu sahaja?

Baginya berjaya memiliki cinta Hartini merupakan anugerah terindah yang pernah dia miliki. Walaupun dia sedar, dia sebenarnya tidak layak langsung untuk menawan gadis tersebut tetapi dia tetap percaya terhadap jodoh yang telah ditentukan oleh tuhan. Dia masih percaya, jodohnya memang tertulis bersama Hartini.

Gadis itu terlalu istimewa di matanya dan juga dihatinya. Hatini tidak terlalu cantik malah dia merasakan jika mahu dibandingkan Hartini dengan bekas teman wanitanya sebelum ini, Hartini memang jauh ketinggalan kebelakang. Tetapi, hati gadis itu terlalu cantik! Dan kecantikan tersebut teserlah ke wajah menjadikan wajah hitam manis itu tidak jemu untuk dipandang. Semakin dipandang, semakin damai rasa hatinya dan semakin membuatkan jiwanya tidak keruan. Lambaklah seramai mana jelitawan di hadapan matanya sekarang tetap tidak dapat membuatkan matanya beralih arah daripada wajah Hartini. Aduh! Sungguh parah perasaan cinta yang dialaminya sekarang. Belum pernah dia rasakan sebegini seumur hidupnya.

"Irfan"

Encik Farouk menegur. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tingkah Irfan sejak akhir-akhir ini. Biarpun hubungan mereka berdua tidak terlalu rapat tetapi sebagai seorang ayah, dia dapat merasakan ada sesuatu yang meresahkan jiwa anak terunanya itu.

"Pa..." Lemah Irfan menjawab.

"Irfan ada masalah?"

Wajah anaknya ditatap. Jelas kelihatan anaknya bagaikan sedang menanggung masalah yang sangat berat.

"Pa...Irfan ada perkara penting nak bincang dengan papa"

"Apa dia? Irfan cakap...papa dengar" Encik Farouk mahu menenangkan jiwa anak lelaki bujangnya itu.

"Irfan...Em...Nak kahwin pa..."

"Kahwin?"

Irfan mengangguk. Matanya tajam merenung anak mata Encik Farouk. Mahu mencari jawapan daripada pandangan mata papanya itu.

"Kali ni kamu betul-betul serius Irfan?"

Sekali lagi Irfan mengangguk. Laju.

"Emm...Siapa?"

Encik Farouk cuba mengawal rasa terkejut yang menyerang. Dia cuba mencari kesungguhan di wajah Irfan dengan apa yang telah dilafazkan sebentar tadi. Bukan tidak percaya dengan perubahan dilakukan Irfan sejak akhir-akhir ini tetapi dia harus berwaspada. Takut jika sejarah lalu kembali berulang. Dia tidak mahu anak lelakinya memusnahkan masa depan mana-mana wanita yang didampinginya.

"Hartini pa..." Perlahan nama itu dilafazkan tetapi bibirnya seakan tersenyum tatkala sebaris nama itu muntah daripada bibirnya.

"Hartini? Yang pernah datang melawat kamu waktu kamu demam?"

Irfan mengangguk.

"Family dia sukakan kamu?"

"Suka pa... Irfan ni anak angkat ayah Tini..."

"Pandai anak papa... Nak ambik hati anak, curi hati ayahnya dulu"

Terdengar ketawa daripada Encik Farouk. Irfan hanya tersengih. Hilang rasa janggal yang selama ini seringkali menganggu hubungannya dengan Encik Farouk.

"Tapi pa..." ayat Irfan mati di situ.

"Tapi?" Encik Farouk mengulangi apa yang dilafazkan Irfan.

"Family Tini susah pa...Tini bukan anak Dato'...Bukan anak Tan Sri..."

Encik Farouk menggeleng kepala mendengar penjelasan anak terunanya itu. Masakan perkara sekecil itu telah menggangu hubungan mereka??

"Irfan menilai cinta berdasarkan harta benda? Papa tak pernah didik anak-anak papa pentingkan material..."

"Eh! Bukan pa!"

"Apa yang bukan??" Encik Farouk bingung.

"Irfan terima Tini seadanya pa... Malah, dalam ramai perempuan yang Irfan jumpa, hanya Tini yang tak pernah nak ambik tahu soal kewangan Irfan pa! Dia terima baik buruk Irfan. Irfan hanya risau kalau-kalau family kita tak dapat terima family Tini. Irfan sayangkan ayah Tini dan adik-adik Tini pa... Irfan nak sama-sama susah dan senang dengan keluarga Tini. Pa...Irfan tak pernah seikhlas ni pa!"

Encik Farouk terkejut. Dalam masa sama, dia memanjat kesyukuran pada Ilahi... Doanya selama ini telah dimakbulkan tuhan. Bagai mahu menitik air matanya mendengar pengakuan Irfan. Selama ini, anak yang seorang itulah yang selalu memeningkan kepalanya. Tidur malam isterinya tidak pernah lena melihatkan tingkah Irfan yang seakan sudah jauh daripada landasan sebenar.

"Pa...tolong Irfan... Sampaikan hasrat Irfan pada mama dan adik beradik yang lain. Irfan nak kahwin pa.. tolong pa...Irfan tak nak kehilangan Tini"

Encik Farouk mengangguk. Dia mengusap perlahan bahu anaknya itu. Besar sungguh sayang Irfan kepada gadis bernama Hartini. Sebesar perubahan yang dilakukan gadis itu terhadap anaknya.

"Irfan... Family kita tak pernah ketepikan Irfan... Selama ni, hanya Irfan yang menjauhkan diri daripada kami semua. Irfan tahu tak... Selama lima tahun Irfan berada di luar negara, siang dan malam papa berdoa agar Allah bukakan pintu hati Irfan untuk kembali kepada keluarga kita. Maafkan papa dan mama kalau-kalau selama ni kami berdua salah dalam mendidik Irfan..."

Air mata Irfan bergenang. Dia teringat kata-kata Hartini padanya sikit waktu dulu... hanya dia yang menjarakkan diri dengan keluarga, dia terlalu menjaga ego seorang lelaki.

"Maafkan Irfan pa..."

Irfan memeluk erat Encik Farouk. Sudah terlalu lama tubuh itu tidak didakap. Sudah terlalu lama juga kehangatan kasih papa tidak meresap masuk dalam jiwanya lalu menjadikannya seorang yang naif dalam berkasih sayang.

"Papa tak sangka anak papa yang paling degil ni dah nak jadi suami orang..." Encik Farouk menutup rasa sedihnya dengan nada bergurau. Irfan tergelak. Sesungguhnya dia rindukan saat-saat indah bersama papa sewaktu dia kecil dahulu. Saat dia masih tidak tahu apa itu erti kebebasan, memberontak dan melawan kata. Andailah waktu dapat diputarkan kembali, dia mahu menjadi anak yang baik, yang taat kepada kedua orang tua...

Malam itu,Irfan tenang bercerita kepada Encik Farouk tentang kehidupannya di rantau orang... Perasaanya selama dia menjauhkan diri daripada keluarga dan bagaimana dia berjumpa dengan Hartini. Dikejauhan, ada beberapa pasang mata mengesat airmata terharu...Tidak menyangka Irfan telah kembali kepada mereka...

.......................................................................................................................................

Hartini tenang menyusun buku-buku pada rak-rak yang telah dikhaskan. Berhati-hati dia melakukan rutinya itu, bimbang jika tersalah susun, akan memberi masalah kepada pelanggan yang mahu membeli. Dalam sibuk menyusun buku, dia kembali teringat pada masaage yang diberikan Irfan kepadanya tepat jam 12.00 malam....

'Tini, family saya dah setuju... Minggu depan saya datang merisik awk...Opss,bukan saya...Family saya akan datang...'

Dia cuma membalas 'ok'... malam tadi tidurnya tidak lena. Puas dia bertanya pada hati dimana letaknya nama Irfan di situ. Dia juga ingin pastikan nama Saiful memang betul-betul sudah terpadam dalam hatinya. Benar, sesekali bukan tidak datang menjengah kenangan bersama Saiful dalam ingatannya tetapi dia cuba mengusir segalanya pergi. Dia tidak mahu lagi mengingati lelaki yang telah mencalarkan hatiya itu. Beginikah akhirnya? Hati ini... Sanggupkan dia pertaruhkan sekali lagi kepada kaum adam? Atas dasar apa... Cinta? Simpati? Atau memang benar-benar sayang tetapi dia tidak menyedarinya?

Argh..!!! Runsing seketika fikirannya apabila memikirkan perkara tersebut. Tanpa sedar, buku yang berada di dalam tanganya terjatuh lalu menyembah bumi. Namun, belum sempat dia mahu mengambil buku tersebut, ada huluran tangan lain yang terlebih dahulu bertindak sebelumnya.

Saiful!

Dia menjerit dalam hati. Kenapa lelaki ini tidak pernah jemu untuk mengucar kacirkan kehidupannya?

Huluran buku daripada Saiful tidak dia endahkan. Meluat sungguh dia mahu memandang wajah itu lagi. Melihatkan tiada tindakan daripadanya, Saiful meletakkan buku tersebut di atas kotak yang tidak jauh daripada kakinya.

"Lunch?"

Hartini hanya mengenggilkan matanya. Tanda dia terkejut dengan perlawaan yang tidak disangka.

"Awak memang tak reti bahasa kan?!"

"Tini, saya datang dengan cara baik...Bukan nak cari gaduh dengan awak!"

Huh! Meluatnya...

"Masalahnya sekarang ni...Saya memang tak nak berhubung langsung dengan awak! Saya tak nak tengok muka awak dah dan saya memang benci awak!"

Hartini berlalu daripada rak-rak buku yang memisahkan mereka daripada ruang kedai. Ruang sempit di situ makin menyempitkan dia rasakan dengan adanya saiful di situ.

"Tini...Wait..."

Hartini terkejut. Terasa pergelangan tangannya dipegang Saiful. Kurang ajar!!!

"Kau nak apa???!!!"

Hampir bertempik dia disitu. Kesabarannya benar-benar teruji. Mujurlah tidak ada seorang pun pelanggan yang datang ke kedai pada waktu-waktu begini. Mungkin pelanggan tahu, kedai akan ditutup bagi waktu rehat sebentar lagi.

"Tini, please... jangan macam ni. Jangan dera perasaan Epul"

Gila! Ya Allah....Aku hampir gila melayan karenah Saiful seperti orang yang sudah kehilangan akal. Tolong Ya Allah...Jauhkan insan ini dari hidup aku.... Aku merayu...

"Tini...-"

"Lepaslah! Apa hak kau nak pegang-pegang tangan aku? Eh..Tak malu ke?"

Hartini merentap kuat tangannya daripada gemgaman tangan sasa milik Saiful.

"Tini, kenapa tak nak maafkan Epul..."

"The game it's over!!!"

Hartini menjarakkan langkah daripada Saiful yang makin mendekat. Entah mengapa, pandangan mata Saiful amat menakukannya. Belum sempat dia mahu bergerak ke arah pintu utama kedai, Saiful terlebih dahulu berlari ke situ. Pintu itu dikuncinya. Hartini cuba berlagak tenang walaupun hakikatnya hanya tuhan yang tahu betapa takutnya dia saat ini.

"Apa kau nak?"

Hartini bersuara setenang yang mungkin. Fikirannya berserabut tetapi dia sedaya mungkin mahu berlagak biasa. Dalam masa sama, dia tidak putus-putus berdoa agar majikannya segera datang ke kedai dan menyelamatkannya daripada apa jua tindakan yang mahu Saiful lakukan terhadapnya.

"Tini...Epul...Epul menyesal Tini...Epul sebenarnya masih cintakan Tini dan Epul tak dapat terima yang Tini dah ada orang lain..."

Saiful berjalan perlahan-lahan menghampiri Hartini yang seakan terpaku di situ.

"Ya Allah....Epul!" Hartini menjerit apabila Saiful sudah mula memegang wajahnya. Tangannya menggeletar. Tubuhnya juga sudah seram sejuk...

"Epul...Tolong ingat Allah! Tolong jangan apa-apakan Tini...." Suaranya antara keluar dan tidak.

"Tini, kahwin dengan Epul..."

Drama apakah ini? Hartini menggelengkan kepala. Tanpa sedar ada juraian airmata yang mengalir. Ya Allah...terlalu murahkan maruah aku di hadapan Saiful? Datang dan pergi dalam hidup aku sesuka hatinya... Aku menerima ketetapan yang tertulis dalam takdirMu Ya Tuhan. Aku belajar untuk menerima dia bukan milik aku lagi, aku berusaha untuk mejadikan rasa pasrah kepada ikhlas. Dan sekarang, apabila hati yang telah dikoyak olehnya semakin pulih...Mengapa kau hadirkan kembali dia dalam hidup aku? Tetapi dengan cara menakutkan seperti ini...

"Tini, dengar tak apa yang Epul cakap? Tolong terima Epul kembali..."

Hartini menggeleng. Dia cuba menjauhkan diri daripada Saiful dengan bergerak pantas ke arah deretan rak yang penuh dengan buku. Dia sudah kehilangan punca. Ketakutan yang menggila dalam hati membuatkan fikirannya buntu untuk bertindak. Apa yang dia tahu sekarang ini adalah lari daripada Saiful.

"Jangan lari dari Epul..."

Saiful sudah mula menarik tudung Hartini. Pegangan tangan Saiful juga semakin kejap.....

.......................................................................................

Continue Reading

You'll Also Like

82.3K 7.2K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
125K 11.4K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
915K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...