Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 32

195 16 8
By mynameismas

Seluruh pelusuk kerajaan Darmenta berduka dengan khabar kemangkatan Raja Metheus. Khabar balasungkawa yang diwar-warkan dengan pukulan genta tembaga tujuh kali berturut-turut itu cukup membuatkan setiap warga di sekitar ibu kota menghentikan apa sahaja pekerjaan yang sedang dilakukan lalu berdiri tegak. Bertafakur seketika bagi menghormati pemergian Raja Metheus.

Lalu tanpa perlu diarahkan dan masing-masing telah tahu adat resam istana,tanglung berwarna-warni yang menghiasi setiap sudut rumah-rumah tumpangan ataupun kedai biasa diturunkan.Semua dekorasi berwarna-warni di setiap pelusuk ibu kota digantikan dengan kibaran kain putih menandakan setiap warga kerajaan Darmenta sedang berada dalam keadaan berkabung. Rumah-rumah kedai ditutup serta-merta dan lorong pejalan kaki juga sunyi mendadak.

Di istana,suasana muram menyelubungi.Daripada para petinggi kerajaan sehinggalah kepada para dayang pembantu semuanya mengenakan pakaian khas berkabung yakni persalinan daripada kain kapas yang kasar dan berwarna putih. Tidak ada hiasan-hiasan khusus para dayang pembantu melainkan mengikat sanggulan rambut dengan kain pengikat berwarna sama.

Langsir-langsir istana yang selalunya merupakan helaian baldu mewah berwarna merah keemasan bertukar wajah. Bahkan panji-panji kerajaan juga dikibarkan separuh tiang sementara di setiap bucu atap istana dinaikkan panji putih.Segalanya menggambarkan seluruh istana dan rakyat jelata berdukacita atas kemangkatan Raja Metheus.

Permaisuri Aerya,Putera Amadeus dan Putera Ardius duduk sugul dengan wajah sembap menghadap jenazah Raja Metheus.Sama seperti yang lain-lain, tidak ada pakaian kebesaran istana menyarung tubuh mereka.Pakaian kapas, tidak mengenakan sebarang perhiasan dan baginda permaisuri tidak mengenakan solekan. Bau setanggi menyeruak di mana-mana dalam suasana hening.Sementara para petinggi istana berdiri tegak tetapi menundukkan kepala masing-masing.

Hari itu -tepat ketika hari kelima dalam minggu kedua musim luruh-Kerajaan Darmenta kehilangan tonggak utamanya. Raja Metheus yang selama ini mengemudikan bahtera kerajaan menghembuskan nafas yang terakhir akibat menderita sakit yang sudah lama bersarang di dalam tubuhnya.

Untuk dua hari berikutnya, istana akan mengadakan upacara khas bagi menghormati jenazah baginda. Ruang hadapan balairong seri akan dibuka bagi membolehkan para menteri dan wakil setiap jajahan memberikan penghormatan terakhir kepada baginda sebelum upacara pemakaman dilangsungkan.

Namun, sebelum upacara pemakaman bermula-detik paling penting dalam sejarah kerajaan akan dilaksanakan iaitu majlis pertabalan raja yang baru di hadapan jenazah Raja Metheus. Majlis yang akan menobatkan pemerintah baru kerajaan Darmenta. Saat paling genting bagi seluruh kerajaan.

Tuan Ares sesekali mengerling kelibat Putera Amadeus yang berdiri di sebelah kanan keranda dengan tatapan nanar. Dia tahu fasa peralihan kuasa merupakan satu detik yang amat penting dalam kesinambungan kuasa dan pengusaan Keluarga Ares ke atas istana tetapi sehingga kemangkatan Raja Metheus, rancangan mereka untuk menjatuhkan putera mahkota selalu sahaja gagal.

Entah kerana Putera Amadeus memang selalu bernasib baik ataupun ramalan Marius tentang hal tersebut mulai memperlihatkan kebenaran tetapi yang jelas dia tidak akan membiarkan putera mahkota tersebut menguasai tampuk pemerintahan. Walau apa sekalipun, kuasa pemerintahan akan tetap dipegang oleh blok keluarga mereka dan untuk itu, Putera Ardius perlu dilantik sebagai putera mahkota.

Mana mungkin dia membiarkan anak daripada permaisuri yang dimakzulkan itu menggantikan Raja Metheus?

Perlantikan Putera Amadeus sebagai raja baru kerajaan Darmenta bermaksud Keluarga Hemera telah menewaskan Keluarga Ares dalam satu pertarungan yang panjang.Dia tahu satu hal yang pasti. Dengan perlantikan tersebut, seluruh blok Keluarga Ares akan berada dalam situasi yang sangat bahaya.

Bukan sahaja kerana kebarangkalian gelaran permaisuri akan dikembalikan kepada ibu Putera Amadeus bahkan lebih besar daripada itu, blok berkecuali yang terdiri daripada keluarga besar dan para menteri akan mulai memihak kepada Keluarga Hemera dan ia akan membuatkan keluarga tersebut bertambah kuat dan berkuasa.

Namun demikian, walaupun Putera Amadeus tidak disukai oleh majoriti pertinggi kerajaan kerana keperibadian dan tingkah lakunya yang langsung tidak menggambarkan kualiti seorang raja yang baik-untuk menidakkan secara terang-terangan perlantikannya sebagai raja kerajaan Darmenta yang baru bukanlah satu hal yang patut dilakukan.

Bukan sahaja kerana seluruh kerajaan masih berada dalam keadaan berdukacita tetapi juga sebarang tindakan sedemikian akan dianggap sebagai satu penderhakaan dan hukuman bagi penderhakaan tidak main-main.

Hal itu sebenarnya sudah lama diperhalusi mereka sebagai rancangan susulan jika mereka tidak berjaya menjatuhkan Putera Amadeus dalam siri perancangan licik dan rapi Keluarga Ares.Dalam pertempuran maya sedemikian, tidak salah untuk berundur buat seketika dalam usaha untuk mempersiapkan jentera peperangan yang lebih hebat.

Ketika satu demi satu rancangan mereka untuk memakzulkan Putera Amadeus gagal entah mengapa dan bagaimana, pilihan terakhir Keluarga Ares adalah dengan memberikan sokongan kepada Putera Amadeus sebagai raja kerajaan Darmenta yang baru.

Anak hingusan itu bukanlah siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan Keluarga Ares. Dia hanya putera mahkota yang manja, tidak berkebolehan dalam satu apa pun bahkan sejak dari kecil lagi dia langsung tidak pernah mengambil tahu tentang hal ehwal politik dan pemerintahan. Hampir seluruh hidupnya dihabiskan dengan berhibur dan menikmati hidangan mewah serta berfoya-foya mengumbar kepingan perak sesuka hatinya.

Senyuman Tuan Ares senget sendiri. Menduduki tampuk pemerintahan tidak bermakna jika tidak memiliki kebolehan.Bila sampai masanya kelak ketika mereka menggulingkan Putera Amadeus, tidak akan ada alasan untuk keluarga lain menyalahkan Keluarga Ares malahan akan menganggap Keluarga Areslah yang telah menyelamatkan Kerajaan Darmenta daripada terus dirosakkan oleh raja yang tidak berkebolehan seperti Putera Amadeus.

Dan ketika itu, siapa lagi yang boleh mempersoalkan tindakan Keluarga Ares?

Di tangan orang yang tidak berkebolehan, takhta dan kuasa hanyalah racun yang akan membunuh bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang di sekeliling.

Kini, Keluarga Ares sedang menghulur umpan paling menggoda dan akan merentap mata kail pada waktu yang sesuai nanti.

Dan sehingga hari itu tiba, terus sahajalah menjadi raja boneka wahai Putera Amadeus !

+                 +                +

Genta tembaga dipalu lagi menjelang hari ketiga dan segenap rakyat jelata tahu ketika itu sedang berlangsung majlis menabalkan raja Kerajaan Darmenta yang baru sebelum jenazah Raja Metheus dimakamkan di kawasan permakaman diraja.

Tidak seperti kelaziman tatkala rakyat jelata meraikan perlantikan raja yang baru, dengung genta tembaga di atas menara paling tinggi istana kota disambut dengan cemuhan.Para cendekiwan dan wakil setiap permukiman yang memenuhi dataran hadapan istana mulai berbisik tidak setuju dengan perlantikan tersebut.

Di ibu kota, tanyalah siapa sahaja pasti mengatakan satu hal yang sama iaitu Putera Amadeus tidak layak langsung untuk dilantik sebagai raja bagi menggantikan Raja Metheus.

Sementara itu, masih dalam pakaian khas berkabung-Putera Amadeus yang baru sahaja ditabalkan menjadi raja baru bagi Kerajaan Darmenta tampak gementar ketika puluhan pasang mata di balairong seri tersebut menatapnya. Singgahsana keemasan tersebut bagaikan mulut naga yang siap sedia untuk menelannya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya ke situ.

Permaisuri Aerya di sebelah kiri yang terlindung oleh tabir sutera yang nipis. Putera Ardius yang menempati singgahsana kecil khusus untuk putera mahkota lalu kepada deretan para petinggi istana di bawah sana. Segala-galanya tidak menyenangkan.

" Beta tahu masih terlalu banyak hal yang beta perlu pelajari untuk menjadi seorang raja yang melindungi kerajaan dan juga rakyat jelata. " Demikian ucapan Putera Amadeus dengan suara yang tergagap-gagap dan ia senyap-senyap menghantar senyuman samar pada bibir Tuan Ares.

" Oleh yang demikian, dengan ini beta mengumumkan bahawa beta akan melantik seorang pemangku raja daripada kalangan menteri dan petinggi kerajaan dan akan menjalankan tugas sebagai penasihat utama dalam hal-hal pentadbiran "

" Tuanku. " Tuan Hemera tampil selangkah ke hadapan lalu tunduk hormat " Patik mohon agar tuanku pertimbangkan dulu perlantikan penting tersebut dalam keadaan begini. "

Lelaki tersebut mengeraskan suara bagi mengatasi suara-suara daripada semua menteri dan petinggi istana yang berada di balairong seri tersebut. Pengumuman mendadak itu membuatkan mereka kecoh dengan pendapat yang berbeza-beza sehingga menimbulkan perdebatan sesama sendiri.

" Ianya satu keputusan yang terbaik, tuanku. " Tuan Andrios pula mencelah pantas.

" Benar, tuanku. "

Tuan Ares menatap wajah Putera Amadeus yang termangu-mangu bingung dengan percanggahan pendapat tentang cadangannya itu.

Hadapilah itu anak hingusan tidak tahu diri! Bisiknya dalam hati.

" Keputusan beta muktamad. Siapa yang beta lantik akan diumumkan selepas berakhirnya tempoh berkabung! "

Sombong. Tidak mendengar kata. Tatapan mata Tuan Ares jatuh pada bingkai wajah Tuan Hemera yang jelas tegang kerana bantahannya langsung tidak didengari oleh Putera Amadeus.

Teruskan begitu wahai tuanku!!

" Selamat bertakhta wahai Raja Amadeus" Tuan Ares mengambil peluang untuk mencelah dalam keriuhan tersebut. " Daulat tuanku!! "

" Daulat tuanku!  Selamat bertakta wahai Raja Amadeus "

+                 +               +

Continue Reading

You'll Also Like

25.8K 2.3K 77
Kitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam...
153K 17.8K 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari ba...
24K 1.8K 53
Fakta kawan baik kau🐤 Dalam setiap geng akan ada jenis-jenis kawan kau macam dalam buku ni👌😑 Rank: #3 in bestfriendforever #2 in fact #5 in fact #...
728 9 1
꧁ this game will never paused ꧂ Beberapa orang gamers dituduh terlibat di dalam kes pembunuhan? Seperti tidak dapat disangka. Sebuah pasukan yang pa...