KERANA DIA

Bởi cikfanaz

32.5K 686 127

Tya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih... Xem Thêm

CHIT CHAT WITH FN
Pencapaian
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
Surat Cinta Fanaz
BAB 21

BAB 15

1.7K 27 0
Bởi cikfanaz

Tauqif bermain-main dengan pennya. Sejak pengakuan babanya tempoh hari, hidup Tauqif tidak tenteram. Rasa bersalah terhadap Tya sering membelengu jiwanya. Segala tohmahan yang dilontar dan khabar angin berkaitan Tya sering menghantuinya. Tauqif rasa kepalanya sangat serabut dan terbeban. Andai sahaja baba tidak masuk campur dalam urusan cintanya, mungkin dia kini berada di tempat Nadzhan, bahagia disampai insan yang dicinta.

"Tya, Tya. Kenapa you tak pernah cerita benda betul pada I?"

Tauqif menggeleng seraya meraup rambutnya ke belakang. Foto Tya yang sentiasa terselit di dalam diary peribadinya dicapai dan dibawa ke dalam dakapannya. Sungguh, dia rindukan Tya. Dia rindu pada semua kenangan indah mereka dahulu.

Disaat Tauqif sedang hanyut dibuai perasaan, pintu biliknya diketuk seseorang. Cepat tangan Tauqif menyimpan semula foto Tya ke dalam diary dan diary itu disimpan di dalam laci.

"Masuk," arah Tauqif.

Arisya, pembantu peribadi Tauqif masuk sambil membawa buku catatan tebal berwarna hitam di tangan.

"Maaf mengganggu Tuan Syed tapi hari ni Tuan Syed ada lunch dengan COO A&D Holding, Daniel Irham."

"Oh ya, saya hampir terlupa tentang lunch tu. Thanks ya Isya."

Arisya menganggukkan kepalanya bersama senyuman

"Lagi satu Tuan Syed, tadi cik Nayli call. Dia tanya kenapa Tuan Syed tak jawab call dia dan dia suruh Tuan Syed call dia semula."

"Ok thanks Arisya for the information.Awak boleh keluar."

Arisya menurut kata, dia terus memusingkan badan dan berlalu ke arah pintu. Tauqif menghantar pemergian Arisya melalui lirikan matanya. iPhone di atas meja dikerling sekilas. Nayli Armani. Model yang baru mencipta nama dan anak kepada salah seorang kenalan baba pastinya. Tauqif menghela nafas panjang. Tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan untuk mengikut telunjuk babanya kali ini. Mungkinkah nasib Nayli akan sama seperti Amira? Dia sendiri tidak tahu bagaimana pengakhirannya.

Pasti Nayli risau kerana dia tidak bertanya khabar sejak kali terakhir mereka bertemu. Sejujurnya, Tauqif tidak mahu ada hubungan dengan Nayli kerana rasa bersalahnya pada Amira masih ada. Rasa dirinya sangat tidak professional apabila menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tapi dia juga tidak tahu bagaimana caranya untuk berhubung dengan Amira. Puas dia menelefon wanita itu namun nombor yang biasa Amira gunakan sudah tidak ada dalam perkhidmatan. Nak kata tak topup, takkan orang kaya tak ada duit nak beli topup. Amira bukan calang-calang orang. Melainkan wanita itu sengaja tamatkan perkhidmatan talian yang digunakan. Tapi untuk apa?

Ada juga dia ke rumah Amira tapi bila ditanya pada guard yang menjaga rumah itu, katanya Amira tiada. Runsing Tauqif, tidak tahu bagaimana lagi cara untuk dia berhubung dengan Amira. Telefon Raja Amirul, panggilannya dibiarkan tidak berjawab. Dia sendiri tidak tahu kenapa Raja Amirul tiba-tiba bersikap dingin dengannya. Malas nak berteka-teki lagi, Tauqif bangun dari duduknya. Kot yang tergantung di standing hook dicapai dan disarungkan pada badan.

***

"Pa, sampai bila papa nak kurung Mira macam ni? Dia kena keluar pa. Benda ni tak sihat untuk dia," tanya Daniel sambil mata memandang Amira yang sedang berteleku di hujung katil. Kasihan dia melihat adiknya yang sudah tidak serupa manusia normal itu.

Raja Amirul menggeleng tidak setuju dengan kata anak sulungnya. Bukan dia nak kurung Amira tapi dia terpaksa buat begitu. Jika tidak, anaknya ingin keluar dan berjumpa Tauqif. Raja Amirul tidak akan benarkan benda itu berlaku. Biarlah Amira terseksa dikurung daripada berjumpa dengan anak lelaki Syed Achbar itu.

"Papa malu Niel. Papa malu dengan apa yang Syed Achbar buat pada papa. Maruah papa dia pijak macam tu je. Papa tak akan benarkan Mira jumpa anak dia lagi. Cukup la dengan apa yang dia dah buat pada Mira."

Daniel menggeleng melihat papanya. Dia tidak faham kenapa papanya hendak malu. Sepatutnya, papanya harus fikirkan tentang keadaan Amira bukan tentang kepentingan dirinya. Lagipun bukan salah Tauqif adiknya jadi begini. Setahunya Tauqif tidak pernah beri harapan pada Amira.

"Pa, Tauqif tak salah pa. Mira memang ada mental problem sebelum kenal Tauqif lagi. Papa lupa ke?"

Raja Amirul diam. Mana mungkin dia lupa. Amira jadi begitu kerana dia. Dia yang terlalu taksub dengan keturunan dan harta benda sehingga mengenepikan perasaan Amira. Dia yang memisahkan Amira dengan Syafiz sehingga anaknya mengalami tekanan perasaan. Raja Amirul sedar silapnya namun bila dia ingin perbetulkan semuanya, dia sudah terlambat. Terlambat kerana Syafiz telahpun kembali kepada sang penciptanya yang sebenar. Tiada kata yang mampu diluahkan. Sedih dan kesalnya tidak terkata. Amira terus dingin dengannya dan kerana itu, dia terima tawaran Syed Achbar untuk pertemukan anak-anak mereka. Dia ingin tebus kesalahannya pada Amira tapi sekali lagi dia terpaksa menjadi penghancur hidup Amira apabila Syed Achbar memutuskan untuk putuskan hubungan antara Amira dan Tauqif.

"Papa menyesal kenalkan dia dengan Tauqif. Kalau papa tahu begini nasib Mira akhirnya, papa tak akan setuju Niel."

"Pa, papa tak salah pa. Papa masih ada peluang untuk tolong Mira. She need us pa. Papa kena jumpakan dia dengan Tauqif."

Raja Amirul senyum hambar. Mana mungkin perkara itu berlaku kalau mata-mata Syed Achbar sering mengawasi keluarganya.

"Syed Achbar tak akan benarkan benda tu berlaku Niel. Papa kenal dia. Dia tak akan berdiam diri kalau papa langgar arahan dia."

"Pa, I think you forget something."

Raja Amirul menoleh memandang Daniel. Berkerut dahinya.

"Siapa je tahu Niel ni anak papa? Huh?"

Terpancar sinar cahaya di wajah Raja Amirul. Dia lupa, dia tidak pernah perkenalkan Daniel pada orang luar kerana Daniel hanyalah anak tirinya. Anak sulung Raja Diana dengan bekas suami pertama. Dia mengucapkan rasa syukurnya dengan memeluk Daniel.

"I will help you pa. Papa dah banyak bantu Niel. Mira pun adik Niel walaupun kami berlainan bapa tapi kami lahir dari rahim yang sama. I will protect her pa."

Pelukan dilepaskan. Raja Amirul memandang Daniel dengan wajah yang penuh tanda tanya. Daniel mengangkat sebelah keningnya tanda kenapa.

"Niel kenal ke Tauqif?"

Daniel senyum seraya mengangguk. Mungkin papanya lupa, dia juga merupakan COO A&D Holdings dan banyak membantu Amira berurusan dengan client walaupun tiada siapa tahu status sebenar dia dengan Amira. Sejak Amira berkenalan dengan Tauqif, dia mula rapat dengan pemuda itu tanpa Tauqif sedari.

"Tauqif."

Dua pasang mata itu serentak menoleh ke arah Amira. Amira berjalan menghampiri Daniel dan Raja Amirul bersama wajah yang penuh harapan. Dia dengar papa dan abangnya menyebut nama Tauqif tapi tentang apa dia tidak pasti. Hanya nama Tauqif yang mencuri perhatiannya.

"Abang nak jumpa Tauqif ke? Mira nak ikut. Please."

Daniel mengusap rambut Amira penuh kasih. Dia bersimpati dengan Amira. Raja Amirul yang melihat turut rasa sedih.

"Mira kena la bersiap kalau nak jumpa Tauqif. Malu la Tauqif tengok Mira macam ni nanti. Tu kepala tu, takkan nak biar Tauqif tengok mahkota Mira."

Amira tersenyum mengingatkan itu. Dia berpusing ingin bersiap-siap namun separuh jalan, langkahnya terhenti. Dia berpusing semula menghadap abang dan papanya.

"Tauqif tipu Mira. Dia ada Tya. Mira tak suka. Mira benci Tya," jerit Amira tiba-tiba. Dia meronta dan menghentak-hentakkan kakinya persis anak kecil. Telinganya ditelup dengan tangan. Gusar Daniel lihat kelakuan adiknya. Raja Amirul menjerit memanggil isterinya dan meminta Raja Diana membawa jarum suntik berserta ubat penenang. Berlari Raja Diana menyerahkan barang-barang yang diminta suaminya. Setelah disuntik, Amira kembali tenang. Mulutnya mengomel entah apa-apa yang hanya dia sahaja yang faham.

"Sebab ni la papa berat nak lepaskan dia. Dia selalu sebut nama Tya tu. Papa tak tahu kenapa."

Daniel diam. Tak mungkin Tya Medina, pengarah Medina Holdings. Setahu dia, Tya sudah berkahwin dan adiknya agak rapat dengan Tya. Hanya Tauqif yang ada jawapan pada persoalannya.

***

Sesekali, matanya mengerling pada Tissot di pergelangan tangan. Iced Americano yang berbaki separuh di dalam gelas di hirup buat kesekian kalinya. Mataya meliar melihat sekitar, takut kalau-kalau Daniel tidak perasan kelibatnya. Beberapa minit kemudian, kerusi depan Tauqif ditarik. Tauqif memandang gerangan yang duduk di hadapannya.

"Lama ke tunggu?" sapa Daniel seraya bersalaman dengan Tauqif.

"Sikit la."

Daniel senyum. Dia memanggil waiter untuk membuat pesanan. Seperti biasa, menu wajibnya setiap kali berkunjung ke Island Café. Iced latte. Selesai membuat order, Daniel menatap mata Tauqif. Caranya menyebabkan Tauqif berasa tidak selesa.

"Bro, ada apa-apa tak kena ke dekat muka aku."

"Aku rasa aku suka kau la."

Melopong mulut Tauqif lebih-lebih lagi saat Daniel kenyitkan mata padanya. Meremang bulu tengkuknya. Tauqif mengusap tengkuknya. Seram dia tengok Daniel yang sengih-sengih padanya.

Tergelak Daniel melihat reaksi Tauqif. Saja je sebenarnya dia buat macam tu pada Tauqif. Gelabah juga arab celup depannya ini.

"Hey, relaks la bro. Aku straight la. Nothing to worry okay."

Tauqif senyum hambar. Serasa nak ditumbuk sahaja muka hensem Daniel biar lebam biji mata sepetnya. Ingat kelakar ke buat lawak macam tu.

Daniel mengelap air mata yang tersisa di tubir matanya akibat gelak tadi. Dia berdehem untuk kembali serius. Tauqif di hadapan sudah buat muka menyampah.

"Ok kita serius okay. Kau kenal Amira?"

Berkerut dahi Tauqif. Entah soalan jenis apa yang Daniel tanya. Dah sah-sah la Amira tu CEO A&D Holdings merangkap bos besar Daniel, takkan la dia tak kenal. Tauqif mengangguk malas.

"She is my sister. Little sister."

Kali ni Tauqif betul-betul terkejut. Buntang matanya.

"Nama bapa korang tak sama."

"Well, ibu kami orang yang sama."

Patut la Daniel sering pandang dia semacam setiap kali dia bersama Mira. Sangkanya Daniel ada hati pada Mira dan cemburu padanya, rupanya sangkaan dia meleset jauh.

"Sorry, aku tak tahu."

Daniel senyum seraya mengangguk. Memang la tak tahu kalau baru sekarang dia beritahu.

"Amira okay Niel? Aku call dia tak dapat. Aku risau. Aku nak jumpa dia."

"Sebab dia tak okay la aku ada kat sini," tenang Daniel menjawab.

Tauqif memandang dengan wajah yang penuh tanda tanya. Dia jadi risau dan tertanya-tanya tentang keadaan Amira.

"Kau nak jumpa dia?" tanya Daniel dan Tauqif mengangguk.

"Tapi sebelum tu, aku nak kau janji untuk rahsiakan siapa aku. Anggap je kau tak pernah tahu yang aku ni abang Mira even dengan family kau sendiri."

Tauqif agak pelik dengan syarat yang Daniel tetapkan tapi dia mengangguk sahaja. Lagipun untuk apa dia bercerita tentang Daniel pada babanya kalau mereka jarang berjumpa. Makan semeja pun jarang. Nampak sangat hubungan antara dia dan babanya tidak seperti hubungan anak bapa yang lain. Mereka hanya mesra di hadapan camera sahaja.

"Mira bukan lagi macam Mira yang kau kenal sekarang. Bila kau jumpa dia nanti mungkin kau akan faham apa yang aku cakap ni."

"Tapi dekat mana aku nak jumpa dia? Aku pergi rumah, dia tak ada."

Senyum Daniel dengar kata-kata Tauqif.

"Aku minta maaf on behalf my family. Papa masih tak boleh terima apa yang baba kau dah buat pada Mira. Kesannya, kau jadi mangsa."

Dahi Tauqif berkerut tidak faham. Dia tahu babanya yang menyuruh dia putus dengan Amira tetapi kenapa sampai Raja Amirul tidak mahu berjumpa dengan dia. Apa yang berlaku sebenarnya.

"Kau tak tahu ke baba kau paksa papa aku untuk putuskan hubungan antara kau dengan Mira. Dia tak benarkan Mira jumpa atau contact kau. Sebab tu papa sembunyikan Mira."

Tauqif geleng. Sukar untuk dia percaya. Kenapa dia selalu terlepas benda penting berkaitan babanya. Apa yang babanya telah lakukan sehingga Raja Amirul perlu sembunyikan Mira dari dia.

"By the way, boleh aku tahu siapa Tya?"

"Tya?"

Daniel mengangguk. Ternanti-nanti dia jawapan Tauqif.

"Kenapa kau tanya?"

Daniel cerita tentang Amira dan penyebab nama Tya menjadi topik utama. Dia cerita tentang cebisan gambar yang dijumpai di dalam bilik adiknya yang dia tidak dapat kenal pasti. Dia cerita tentang Tya yang sering disebut Amira dan ugutan-ugutan Amira serta kekecewaan Amira setiap kali adiknya itu menyebut nama Tya.

Tauqif agak terkedu mendengar cerita Daniel. Dia dapat rasakan Amira dapat gambar yang sama dia lihat, gambar dia dan Tya. Tauqif kecewa dengan babanya. Kenapa beria sangat hendak memisahkan dia dan Amira sehingga sanggup memburukkan Tya. Padahal tiada apa-apa pun yang berlaku antara dia dan Tya.

"Tya tiada kaitan dalam hal ni. Aku minta maaf tapi aku rasa ni semua plan baba aku nak buat Mira prasangka buruk pada aku."

Daniel kematian kata-kata. Jelas Tauqif tidak mahu Tya dikaitkan dalam cerita mereka. Mungkin Tauqif ada sebabnya tersendiri dan Daniel hormat dengan kata-kata lelaki itu. Sebelum mereka berpisah, sempat Tauqif memberitahu bahawa dia akan ke banglo milik Raja Amirul malam nanti untuk berjumpa Amira.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

76.8K 216 5
KOLEKSI CERITA PENDEK BERBAGAI JENIS NAFSU 21SX BACAAN DEWASA SAHAJA. KALAU AKU TERIMA REPORT LAGI. AKU TAK AKAN TULIS LAGI APA-APA CERITA TQ
591 103 51
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan da...
1.5K 113 17
"It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl...
3.9K 468 57
'Siapa pernah ada Adik lelaki dalam dunia ni? ,Hampir semua ada. Tapi pernah ada tak adik lelaki yang protective tahap mega?. Mungkin setengah ada, D...