Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

7K 832 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 31

87 18 14
By mynameismas

Menunggu beberapa minit sehingga suara salakan anjing benar-benar sayup, Kaii memberanikan diri untuk menjengukkan kepala namun dia segera terduduk semula apabila Athreyu merentapnya kejap.

" Kaii.. " serunya " Tidak apa-apakah tindakan Kaii sekejap tadi? "

Kerana aku telah menyebabkan jalan cerita Babad Saribu Bhyangkara berubah, aku akan mengakhiri cerita ini dengan cara aku sendiri. Hanya dengan cara itu aku boleh keluar dari sini.

" Putera Amadeus akan faham. Lagi pula, saya telah meninggalkan tanda pada kertas itu. Harapnya dia boleh melihat tanda tersebut"

Sahut Kaii yakin lalu kembali menarik perca hitam pada bawah dagunya supaya menutupi mulut dan hidung. Berlari pantas meninggalkan abangnya yang masih terpinga-pinga.

Melihat Kaii berlari pantas antara pohon-pohon kayu dan semak samun dengan busur panah melintang pada belakangnya -walaupun Athreyu tidak menyukai rasa hatinya ketika itu-dia tetap tidak dapat mengelakkan diri daripada rasa aneh kerana merasakan gadis di hadapannya itu bukanlah adik yang dikenalinya sebelum ini.

Kaiiara-langsung tidak ambil perduli ketika ayah mereka mengajarkan langkah seni berpedang ataupun tatkala diajar melepaskan panahan dari busur. Berkuda jauh sekali.

Lama dulu pernah dia berkata kepada ayahnya tentang apalah guna adiknya yang manja dan keletah itu diajari perkara-perkara sebegitu kerana jelasnya dia sebagai abang akan menjaga Kaii semampu yang dia boleh.Ayahnya diam tidak berkata apa-apa dan pada waktu yang lain pernah terdetik pertanyaan mengapa ayahnya tampak sangat berkeras dengan adiknya itu. Malahan sedikit kejam juga pernah.

Alasannya-agar mudah dia mempertahankan diri dan orang-orang yang memerlukannya nanti. Demikian kata sang ayah sambil memasang raut wajah tegas.

Sejak kejadian itu, Athreyu tidak lagi berani macam-macam namun satu tekad lain tumbuh perlahan-lahan di dalam dirinya.

Bahawa dia akan melindungi adiknya sampai bila-bila!

Jujur.Ketika dia melihat bagaimana piawai sekali jari-jemari Kaii menyelitkan anak panah berkepala besi dengan hujung yang diikat pelepah burung itu di antara jari telunjuk dan ibu jari, beberapa saat Athreyu tergamam. Postur tubuhnya.Renungan tajam yang tidak berkedip dan rapi tataan bahu serta bukaan kaki. Tegap. Yakin dan cekap. Lalu kepada panahan tepat yang dilepaskan.

Dia melihat Kaiiara di hadapannya itu seperti seorang asing. Telah dikemanakan adiknya yang merungut tidak suka ketika dipaksa melepaskan panahan ke arah batang kayu yang dibungkus dengan jerami itu? 

Atau, hilang ke mana adiknya yang lebih betah membiarkan kuda tungganggannya meragut rumput sedangkan dia terjenguk-jenguk dari sebalik rimbun belukar untuk memetik kuntum bunga Elsder ketika mereka diarahkan untuk membiasakan diri menunggang kuda melalui lembah dengan kecepatan yang tinggi?

Tetapi kini?

Namun paling pelik antara semua, mengapa adiknya itu bersungguh benar untuk ke ibu kota dalam keadaan mereka sepatutnya tidak boleh dilihat oleh sesiapa lantaran dari sudut pandang hatta ibu bapa mereka sekalipun, mereka berdua telah mati !

Kenapa Kaii dan seluruh kejadian aneh yang berlaku sejak akhir-akhir ini selalu berkaitan dengan Pekan Annara dan juga Putera Amadeus?

*             *            *

Putera Amadeus yang duduk tegak di hujung katil meringis kesakitan ketika Dayang Ghea kembali membersihkan luka melintang pada perut dan rusuknya dengan kain basah. Perca kain ditenggelamkan ke dalam bekas lalu diperah meninggalkan sisa air bercampur darah.

Ketika selesai, dia kembali menyarung baju yang seketika tadi hanya tersangkut ke bahu kiri lalu melangkah ke arah meja di tengah ruangan. Panglima Agean pantas berdiri menyambutnya.

" Tuanku tidak apa-apa? "

"Beta tidak apa-apa, Agean"

" Perlukah patik mengarahkan orang-orang kita untuk mencari orang yang melepaskan panahan tersebut, tuanku? "

Teh teratai yang dituangkan oleh Dayang Ghea tidak segera dihirup sebaliknya hanya menggelengkan kepala.

" Kalau telahan beta tidak silap, dia ialah Kaiiara dari Keluarga Eleus. "

" Maksud tuanku,  dua adik beradik yang dijatuhi hukuman mati oleh Balai Temenggung tempoh hari? "

" Benar. "

" Melepaskan panahan yang hampir mengenai tuanku. Jika pada hemat patik, ia jelas sebagai cubaan untuk mencederakan tuanku. "

" Tidak mungkin dia meninggalkan tanda yang beta kenali jika dia berniat mencederakan beta. Bagaimana jika sebenarnya dia telah menyelamatkan beta daripada perangkap Tuan Ares? "

Kerana ketidak-senangan hati Panglima Agean tentang kejadian hari tersebut, hal yang satu itu terlupakan olehnya. Jika bukan kerana kejadian tersebut, rahsia yang mereka simpan selama ini pasti telah terbongkar yakni susuk misterius yang selalu menimbulkan kekacauan di ibu kota dan memecah masuk ke dalam kamar diraja ialah Putera Amadeus sendiri.

Betapa rahsia tersebut mereka kunci rapat-rapat dan terlalu sedikit yang mengetahuinya. Siang hari, Putera Amadeus tampil sebagai seorang putera boneka paling tidak berguna dalam sejarah kerajaan Darmenta. Makanan, muzik, kemewahan dan wanita jelita sangat sinonim dengan susuk tersebut.

Lalu, pada malam hari putera tersebut menanggalkan 'topeng' yang diciptakan khas itu dan berubah menjadi satu figura misteri dan hanya mereka pula iaitu Panglima Agean, Dayang Ghea, Efra dan Azka yang mengenalinya.

Susuk tidak dikenali yang selalu menjadi punca kemarahan para bangsawan.Menyebarkan risalah tentang kebejatan moral para petinggi kerajaan hanyalah salah satu daripadanya. Bukan pula Panglima Agean tidak pernah mengikuti sahabatnya itu untuk menyelinap masuk ke dalam rumah orang-orang penting kerajaan untuk mengambil ratusan keping wang perak atau siling emas untuk diberikan secara senyap-senyap kepada para warga yang melarat di pinggir perdesaan malam berikutnya.

Dan pada kejadian lain, dia juga pernah tercedera semasa menyelamatkan beberapa orang petani yang dipaksa untuk bekerja di ladang-ladang garam kepunyaan seorang petinggi istana. Rasanya parut akibat kejadian tersebut masih ada bagi membuktikan bahawa dia-sang putera mahkota yang tidak dianggap itu-merupakan pahlawan tanpa nama yang tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan.

"Dalam keadaan sekarang, dicari sekalipun kita akan berdepan kesukaran untuk menemui mereka melainkan mereka yang ingin menemui kita."

*               *                 *


Istana mendadak tenang selepas kejadian tersebut. Ibarat ketenangan sebelum badai melanda, itulah yang dirasakan Putera Amadeus ketika itu.

Dia tahu blok Keluarga Ares sedang memerhatikan keadaan tersebut dengan sangat berhati-hati.

Berpegang kepada andaian bahawa Kaii dan abangnya melakukan hal tersebut untuk melindungi rahsianya,Putera Amadeus faham bagaimana Keluarga Ares yang menjadi perancang kepada seluruh kelicikan blok tersebut bukannya senyap tanpa melakukan apa-apa. Mereka hanya kendur buat seketika tetapi tidak akan pernah mengalah begitu sahaja.

Walaupun luka pada perut dan rusuknya masih belum sembuh,dia perlu terus memakai 'topeng' putera mahkota tidak berguna tersebut dengan terus mengunjungi rumah-rumah tumpangan mewah di sekita ibu kota dan menghabiskan masa berfoya-foya seperti biasa.

Tidak lain kerana dia tidak mahu rahsianya terbongkar apatah lagi selepas kejadian tersebut. Dia tahu blok Keluarga Ares juga memiliki rangkaian yang bukan sebarang terutama daripada para orang suruhannya yang berada di mana-mana itu.

Kerana rumah-rumah tumpangan secara tidak rasmi menjadi pusat sosial dan pertemuan para bangsawan tidak terkecuali para petinggi dari blok Keluarga Ares, malam itu seperti kebiasaanya-dia juga berada di Rumah Tumpangan Phinny. Bersenang lenang tetapi dalam masa yang sama memerhatikan keadaan dengan saksama.

Bunyi pintu gelongsor yang memisahkan bilik paling mewah di rumah tumpangan tersebut dengan lorong tengah ditarik perlahan membuatkan Putera Amadeus membuka matanya tetapi tidak segera bangkit dari hamparan empuk itu sementara Panglima Agean pantas mencengkam hulu pedangnya.

Tatapan matanya hinggap pada sepasang kaki berkasut yang bermotif bunga lalu ruas panjang gaun hijau muda yang merengkuh ke buku lali.Mata.Hanya itu yang kelihatan kerana dagunya disembunyikan oleh sehelai kain tipis sementara rambut pula diserkupi helaian baju luar yang selalu digunakan untuk menutupi kepala oleh anak gadis jika sedang berpergian.

" Siappa.. "

Panglima Agean yang setia menemani sang majikan kenal semua pelayan di Rumah Tumpangan Phinny lebih lagi para wanita-wanita biduannya yang terkenal jelita dan hebat bermain muzik itu. Tetapi mata gadis ini...

Dipandu oleh nalurinya yang telah dilatih belasan tahun untuk mengabdi kepada sang putera, Panglima Agean pantas mengacu pedang namun sekelip mata sahaja mata pedangnya sudah melibas angin ketika susuk berbaju hijau itu tunduk mengelak.Melompat sepantas kilat ke belakang lalu membuatkan pergerakan Panglima Agean kaku demi merasakan tujahan mata pedang pada belakangnya.

Serentak dengan itu juga pintu gelongsor terkuak kasar mendedahkan Azka dan Efra yang pucat lesi di dalam rengkuhan lengan tegap dua lelaki berpakaian hitam yang siaga mengacu pisau ke arah leher gadis tersebut. Menyusul satu bingkai wajah yang juga ditutupi kain sementara seorang lagi merapatkan pintu lalu berkawal dengan mata meliar ke luar pintu.

" Maaf kerana terpaksa mengganggu kesenangan tuanku.. "

Sambil berkata demikian,susuk bergaun hijau itu menanggalkan pelitup wajah lalu
tunduk pantas.

" Kaiiara"

" Tidak ada cara lain untuk patik bertemu tuanku."

Putera Amadeus pantas menghampiri gadis tersebut setelah masing-masing merendahkan pedang di tangan demi menyedari mereka bukanlah ancaman kepada satu sama lain. Dia kenal pemuda bernama Athreyu tetapi selebihnya belum pernah dilihat.

" Perkenalkan.Sahabat patik. Ren, Enuma dan Hatra."

Putera Amadeus mengangguk dan mengisyaratkan agar mereka menyertainya untuk duduk di atas kerusi yang mengelilingi meja bulat di tengah ruangan tersebut. Pinggan berisi makanan serta kudapan memenuhi meja.

Tanpa bersuara apa-apa, tidak ada seorang pun yang mahu memenuhi isyarat tersebut melainkan berdiri di belakang Kaii seakan-akan para pengawal yang mengawasi seorang raja.

" Bagaimana Kaii dan Athreyu.. "

" Mujur tuanku berjaya mengenali tanda yang patik tinggalkan pada surat tersebut."

Putera Amadeus menggumam perlahan. Sebenarnya masih terkejut dengan kunjungan mendadak gadis tersebut yang menjadi punca utama lenanya tidak nyaman beberapa hari itu.Susuk aneh dan misteri yang sudah dua kali menyelamatkannya.Muncul lalu hilang seperti hantu. Susuk yang berjaya mengelak serangan kilat Panglima Agean sebentar tadi.

" Banyak yang ingin patik katakan. Tuanku sudah bersedia? "

*            *              *

Continue Reading

You'll Also Like

24K 1.8K 53
Fakta kawan baik kau🐀 Dalam setiap geng akan ada jenis-jenis kawan kau macam dalam buku niπŸ‘ŒπŸ˜‘ Rank: #3 in bestfriendforever #2 in fact #5 in fact #...
3.3K 673 25
competed, jung jaehyun. ❝ macam mana kalau aku kata aku tak dapat hapuskan perasaan ni? ❞ © ib : kuroko no basket. started : 3 Feb 21. ended : 4 Feb...
430K 20.6K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
8.1K 939 14
βŠ±β”Šyou're mine , forever and after --------------------------------------------------------- [15+] kanak-kanak 14thn ke bawah memerlukan pengawasan o...