Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 30

93 16 10
By mynameismas

Pemuda bertubuh tegap dengan wajah dingin tidak bersahabat itu hanya tegak memerhatikan bagaimana Tuan Ares melampiaskan rasa amarahnya dengan membanting cawan juga teko teh daripada tembikar mahal itu ke dinding.

Rakannya yang membawa khabar tersebut juga tidak berani mengatakan apa-apa.Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

" Sepertinya mereka sangat arif tentang selok-belok istana. "

Ia membawa makna bahawa susuk pemuda berpakaian hitam yang menyelinap masuk ke dalam kamar peraduan diraja merupakan susuk yang kerap keluar masuk ke dalam kawasan istana. Tahu masa ketika pertukaran tugas para pengawal diraja yang berkawal di anjung barat. Malahan boleh pula melarikan diri daripada kepungan para pengawal diraja dengan begitu mudah.

" Kau pasti? " meliar tatapan mata Tuan Ares ke arah wajah pengawal peribadinya yang tegak seperti arca lengkap berpedang itu.

" Pasti, tuan. " pemuda tersebut menyahut tegas " Susuk berpakaian hitam tersebut sememangnya handal bertarung dan berpedang. "

Habis sudah cawan-cawan teh mahal berhamburan pecah di atas lantai, Tuan Ares tanpa sedar menumbuk permukaan meja dengan geram.

Lagi-lagi susuk berpakaian hitam itu!

Apa belum cukupkah dengan kelakuannya menyebarkan risalah tentang kepincangan sistem politik negara semasa pesta di Pekan Annara itu ?

Bagaikan satu percikan api yang sangat kecil,susuk misteri tersebut perlahan-lahan mulai meninggalkan kesan. Risalah tentang ura-ura kerajaan untuk menaikkan cukai menyemarakkan bantahan daripada golongan cendekiawan dan Tuan Ares tahu tidak selamanya mereka boleh menggunakan alasan bahawa baginda raja masih belum sihat sebagai sebab untuk menolak kunjungan wakil golongan cendekiawan yang ingin bertemu sendiri dengan Raja Metheus.

Kini lengkap sudah punca sakit kepala Keluarga Ares. Susuk kurang ajar yang menyebarkan risalah di ibu kota itu berani pula memecah masuk ke dalam kamar diraja.

Semuanya dilakukan oleh orang yang sama !

" Hamba berjaya melukai rusuk kanannya, tuan. "

Tuan Ares diam menghening cipta dan dalam masa yang sama otaknya bekerja keras untuk menangkap susuk misteri tersebut.

Bagaimana mungkin susuk berpakaian hitam tersebut dapat melepasi kepungan dan kawalan ketat istana? Dan tahu-tahu sahaja lelaki tersebut hilang tanpa dapat dikesan. Maka, jelaslah dia bersembunyi di dalam istana ataupun ada yang menyembunyikannya.

Diperiksa dengan teliti, tidak ada barang berharga yang hilang dan Tuan Ares pasti mencuri barangan berharga dari istana bukan tujuan lelaki berpakaian hitam itu menyelinap masuk ke dalam kamar peraduan diraja.

Tetapi dengan kegemparan demikian tidak ada apa-apa yang mencurigakan berlaku di setiap pintu masuk utama ke istana. Susuk lelaki tersebut hilang begitu sahaja seperti angin.

Dan jika difikirkan dengan cermat, hanya ada satu jawapan yang sangat berkemungkinan iaitu susuk berpakaian hitam tersebut merupakan salah seorang daripada penghuni istana!

Hanya sahaja telah puas dipertimbangkan oleh Tuan Ares tetapi tidak ada sesiapa yang muncul di dalam benaknya.

Putera mahkota boneka tidak berguna itukah? Sudah tentu jauh sekali. Bila masa dia memperuntukkan tenaga dan waktu untuk berlatih berpedang dan seni bela diri dalam keadaan hampir separuh usianya dihabiskan dengan mengunjungi rumah-rumah tumpangan di ibu kota?

Di dalam istana, siapa tidak mengenali gerangan dua gadis penghibur kesayangan sang putera iaitu Efra dan Azka? Besar keyakinan Tuan Ares bahawa Putera Amadeus lebih banyak tidur diulit muzik, makanan mewah dan wanita-wanita jelita berbanding melelapkan mata di kamar peraduannya sendiri.

Atau apa mungkin susuk tersebut merupakan antara anak bangsawan daripada blok Keluarga Hemera?

" Kalau begitu.. " mata Tuan Ares menggerenyat benci " Perintahkan Balai Temenggung mempersiapkan segalanya."

" Akan hamba laksanakan. "

Semestinya! Dia yang merancang dan yang lain-lain akan melaksanakan rancangan tersebut.

* * *

Putera Amadeus meredam rasa sakitnya dengan mengetap gigi ketika Dayang Ghea menekap luka besar yang melintang pada rusuk dan perut kirinya dengan sehelai kain basah.

Malam kelima nasib tidak menyebelahi mereka dan ketika hendak menyelinap keluar, muncul para pengawal diraja yang lengkap bersenjata.

Pertembungan tidak dapat dielakkan lagi dan bukan itu sahaja, ia juga sangat tidak seimbang. Belasan pengawal diraja yang cekap dan terlatih menentang hanya mereka berdua-dia dan Panglima Agean.

Dalam keadaan kelam-kabut begitu, salah seorang daripada pengawal diraja tersebut berjaya melukainya dan segera dia mengenali susuk tersebut sebagai salah seorang daripada pengawal rapat Tuan Ares. Dengan kenyataan itu, tahulah dia bahawa apa sahaja yang berlaku di kamar peraduan diraja tersebut amat pasti bersangkut-paut dengan Tuan Ares.

Kegemparan yang ditimbulkan oleh pertembungan tersebut membuatkan Balai Temenggung mengerahkan beberapa kumpulan Riet bekejar ke anjung barat istana dan kedatangan mereka semakin menyusahkan Putera Amadeus untuk melarikan diri daripada kepungan tersebut.

Sementara menunggu masa yang sesuai untuk menyelinap keluar dari anjung barat istana, dia dan Panglima Agean terpaksa bersembunyi mengakibatkan luka besar pada rusuk dan perutnya mengalirkan darah tidak berhenti-henti. Dia tahu dia mengalami kehilangan darah yang banyak sehingga Panglima Agean memapahnya dalam keadaan dia separuh sedar begitu.

" Bagaimana tuanku menghadiri acara perburuan esok dalam keadaan begini? "

Dayang Ghea merasa ngilu setiap kali melihat darah pekat mengalir daripada luka besar pada perut dan rusuk Putera Amadeus yang terbaring pucat di atas katil itu. Setiap kali dia menekapkan serbuk ubat yang diambil secara curi-curi daripada tabib istana, setiap kali itu jugalah Putera Amadeus menggeram kesakitan.

Untuk membawanya berjumpa dengan tabib istana merupakan satu hal yang sangat tidak mungkin dilakukan. Mereka tahu mata-mata Keluarga Ares ada di mana-mana. Malahan menjemput tabib istana pasti akan menimbulkan syak dan ia sama sahaja seperti mengumumkan bahawa Putera Amadeus ialah susuk misteri berpakaian hitam yang menjadi orang buruan paling dikehendaki oleh Keluarga Ares dan juga Balai Temenggung.

" Bukankah ianya jelas? Mengadakan upacara perburuan selepas kejadian di kamar peraduan diraja. " Putera Amadeus bangkit perlahan dengan bantuan Panglima Agean " Nampaknya ia hanyalah satu helah untuk mencari siapa dalang di sebalik kejadian tersebut."

" Tuanku" resah sekali Panglima Agean ketika Putera Amadeus meringis sakit seraya menekap lukanya yang kini sudah berbalut kain itu.

" Tidak ada alasan lain, Agean. Beta tidak boleh membiarkan Keluarga Ares memerangkap beta kali ini! "

* * *

Dia hanyalah seorang putera mahkota tidak berguna yang hanya tahu bersenang-lenang dan berfoya-foya.

Itu adalah watak dan keperibadian yang sengaja disuburkan oleh keluarga bangsawan istana Darmenta terutama sekali Keluarga Ares dan sehingga kini itulah yang mereka perolehi dan nampak pada susuk Putera Amadeus.

Dengan pakaian berburu paling gilang gemilang,Putera Amadeus berdiri senget antara sedar dan tidak malahan sempat menjiruskan minuman keras pada pakaiannya sebelum datang ke kawasan perburuan tersebut bagi menghantar kesan bahawa dia tidak pernah mengambil serius tentang perkara tersebut di hadapan blok Keluarga Ares.

Kawasan permulaan untuk upacara tersebut riuh-rendah dengan ringkik kuda dan suara salakan anjing pemburu. Ada tenda-tenda kecil mengelilingi sebuah tenda yang besar dengan panji-panji kerajaan berkibar megah. Kelibat dayang pembantu, puluhan orang tentera dan para pengawal diraja mundar-mandir mengawasi tempat tersebut.

Jika dihitung, ada lapan tenda kecil menandakan lapan keluarga bangsawan kerajaan Darmenta.Belum dihitung tenda yang mewakili setiap kementerian dalam kerajaan. Ia jelas menunjukkan kemegahan reputasi bukan main-main
acara tahunan itu yang dilakukan secara berkala setiap kali pertengahan musim bunga ketika waktu puncak tumbesaran rusa-rusa liar berbintik merah yang menghuni hutan di kawasan tersebut.

Sementara Panglima Agean sedaya upaya menahan dirinya untuk tidak menerpa Putera Amadeus yang sesekali mengetap gigi itu, mereka berdua sedar ada mata yang sedang memerhatikan setiap susuk tubuh yang hadir di khemah tersebut sebelum upacara berburu dimulakan.

Menunggangi kuda untuk sampai ke tapak perburuan tersebut sahaja sudah cukup menguras tenaga dan Putera Amadeus gelisah sekali bimbang luka yang dibebat Dayang Ghea akan mengeluarkan darah lagi lalu menembusi pakaian yang dipakainya pagi itu.

Namun, dia tidak mempunyai helah lagi untuk mengecualikan diri daripada upacara tersebut kerana sedikit sahaja kesilapan, rahsia yang disimpannya selama ini akan terbongkar. Dia tahu. Tuan Ares tidak akan dapat menguasai istana tanpa kelicikan dan kebijasanaan dan dari itu sebarang perkara yang boleh menimbulkan syak mestilah dielakkan sama sekali.

Tiupan bugler rasmi kerajaan menandakan permulaan upacara tersebut. Sebagai wakil kepada Raja Metheus, dengan ketiadaan baginda pada acara tersebut kali itu, Permaisuri Aerya akan melepaskan panahan terlebih dahulu dan ketika wanita tersebut melepaskan anak panah pertamanya, penglihatan Putera Amadeus sudah berkunang-kunang.Sempat dilihatnya Dayang Ghea dan Panglima Agean memandang gusar.

" Silakan tuanku.. "

Dayang Ghea tunduk menadah dulang perak beralas baldu merah dengan anak panah tergeletak di atasnya. Mahu atau tidak, selepas Permaisuri Aerya-tiba gilirannya untuk melepaskan anak panah pertama sebagai simbolik kepada permulaan upacara tahunan tersebut yang secara anehnya tiba-tiba sahaja diadakan walaupun masa sebenar lagi berbaki dua minggu.

Senyap. Bukan sahaja dia mulai berpeluh kerana merasakan lukanya kembali mengalirkan darah tetapi juga menyedari setiap pasang mata tertumpu kepadanya ketika itu.

" Tuanku."

Mengetap gigi menahan sakit, dengan jari jemari yang menggeletar-perlahan sekali dia mencapai anak panah dengan hujung daripada pelepah bulu helang itu lalu membidik ke hadapan. Merasakan ada sesuatu mengalir pada kakinya, peluh juga menuruni pelipis. Dingin dan seram sejuk dirasakan.

" Tuanku!! "

Panglima Agean bertempik sepantas kilat lalu mencampakkan dirinya ke arah Putera Amadeus membuatkan tubuh pemuda itu tumbang ke belakang dan ketika itulah sebilah anak panah bermata perak tertancap pada batang pokok di belakang Putera Amadeus.

Masih bergetar!

Kawasan permulaan tapak perburuan itu mendadak gempar dan kucar-kacir dengan pekikan cemas para dayang pembantu. Kelibat susuk berpakaian hitam itu jelas kelihatan lalu susup-sasap hilang di antara jejalan pohon yang tinggi menongkat kabus pagi. Panglima Medeia berteriak keras mengarahkan para anggota tentera Balai Temenggung agar menangkap pelaku tersebut dan tidak lupa melepaskan anjing-anjing pemburu bagi memastikan pelaku tersebut tidak terlepas.

Tuan Ares melangkahi sahaja Putera Amadeus yang terduduk pucat lalu mencabut anak panah yang tertancap pada batang pokok tersebut. Sangat sipi mengenai kepala Putera Amadeus.

Membaca seketika tulisan pada kerta papirus yang terikat pada anak panah tersebut dengan mata yang nanar keberangan.

" Celaka!! Puihh !!" Tuan Ares menyumpah dan meludah penuh kesumat seraya meramas kertas papirus tersebut.
" Bukankah kau sudah cedera parah!? Berani kau menunjukkan muka di sini? "

Lalu upacara hari itu dibubarkan begitu sahaja atas alasan keselamatan dan Tuan Ares berangkat kembali ke istana bersama rombongan permaisuri dengan diawasi ketat oleh para pengawal diraja.

" Tuanku..." Panglima Agean menyelitkan helaian renyuk kertas papirus tersebut ke dalam genggaman Putera Amdeus.

Kandungan surat dibaca sepintas lalu namun bukan isinya tentang kritikan terhadap golongan bangsawan yang menarik perhatian Putera Amadeus melainkan kemusykilan tentang siapa penulis sekaligus susuk berpakaian hitam tersebut.

Dia ada di situ. Lalu siapa yang.....

" Nanti dulu.."

Kerut kening Putera Amadeus semakin tebal di tengah dahi sebaik sahaja melihat sesuatu pada pemukaan kertas tersebut.Perlu diperhatikan beberapa kali barulah hal tersebut jelas dalam penglihatannya.

Pada huruf tertentu terdapat satu titik yang tampak disengajakan. Jika dibaca dengan menggabungkan setiap huruf yang mempunyai titik tersebut ia mengeja satu perkataan berjumlah tujuh huruf.

Kaiiara!

* * *

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 297 64
Zia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari...
5.4K 249 16
"dan dengan puisi, aku bercerita..." xoxo eeve
24K 1.8K 53
Fakta kawan baik kau🐤 Dalam setiap geng akan ada jenis-jenis kawan kau macam dalam buku ni👌😑 Rank: #3 in bestfriendforever #2 in fact #5 in fact #...
1K 101 38
izinkan sinar itu dipinjam selamanya.