Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 26

68 17 3
By mynameismas

Kerana alang kayu bulat yang menyangga atap ruangan tersebut sangat asing baginya, hampir serta-merta dia bingkas bangun. Spontan kepalanya tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan.

Walaupun pandangan matanya sedikit berpinar dan seakan-akan dilitupi oleh tabir yang nipis, Kaii memaksa juga kakinya untuk melangkah sambil dalam masa yang sama berpaut pada jenang pintu supaya letak kakinya lebih kukuh menunjang tubuh sendiri yang mendadak berat.

Udara segar dan dingin memasuki rongga hidung dan sinar matahari perlahan-lahan membuatkan pandangannya semakin jelas. Pondok-pondok rendah tampak mencuar antara kudup kuning bunga liar yang memenuhi seluruh penglihatannya.

Lalu ada pagar-pagar rendah dan tanaman saling berdesakan.Halaman pondok yang bersih, pohon tua hampir tidak berdaun di sebelah kanan pondok,padang rumput menghijau dan akhir sekali sebatang sungai yang mengalirkan airnya ke hilir. Berdesau kasar antara bonggolan batu sementara itu ada beberapa ekor haiwan ternak yang tenteram meragut rumput.

Kaii tunduk mengamati pakaian yang menyarung tubuhnya. Ia bukan lagi pakaian kasar penjara daripada sisa gentian jut -pakaian terakhir yang diingatinya sebelum dia dipaksa meneguk semangkuk penuh cairan hitam yang pahitnya minta ampun.

Walaupun ia bukan sehelai persalinan mewah, namun buatannya jauh lebih bagus daripada pakaian khas penjara Balai Temenggung. Ringan, lebih halus jahitannya dan longgar. Selesa.

Tatkala dia cuba untuk menapak menuruni lantai beranda yang rendah, pegangan tangannya sedikit longgar dan ia membuatkan Kaii hampir tersembam andai sahaja tidak ada sepasang tangan yang menyambar lengannya.

" Kaii hendak ke mana?  Katakan sahaja jika Kaii perlukan apa-apa. "

Kaii hanya mampu membiarkan tangan tersebut memimpinnya untuk kembali duduk di pinggir beranda.Tidak tahu ke mana tenaganya dirasakan Kaii kerana dia seperti baru menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang berat memandangkan setiap sendi dan inci ototnya terasa pegal dan sakit-sakit.

" Athreyuu.."

" Jangan bimbang." Susuk tersebut kembali melayani pertanyaan Kaii setelah menghulurkan segelas air yang manis dan dingin.Menunggu sehingga Kaii meneguk habis isi gelas tersebut lalu menjawab.
" Tuan Athreyu tidak apa-apa.Justeru Kaiilah yang perlu banyak berehat."

" Saya Ren."

Buat beberapa ketika pemuda tersebut tunduk hormat membuatkan Kaii sedikit risih.Betapakan tidak.Pemuda tersebut duduk separuh melutut dengan meletakkan tangan kanannya ke atas lutut sementara lutut kanannya menyentuh tanah.Dia bukan sesiapa untuk menerima tanda penghormatan sedemikian rupa.

Dia hanya berada di situ pada tempat dan waktu yang sangat salah!

Belum lunas pertanyaan yang hendak diperkatakan Kaii seorang demi seorang warga perdesaan tersebut yang sejak dari tadi menatapnya dengan senyap mulai mendatangi halaman pondok.Jelas sengaja menghentikan segala sesuatu yang sedang dikerjakan mereka.

Bunyi lantai dipijak membuatkan Kaii menoleh dan pantas dia berdiri seraya menghampiri susuk Athreyu yang keluar dari nganga pintu di ruangan sebelah.Athreyu walaupun kelihatan masih pucat pantas melangkah ke arah Kaii lalu menarik susuk tubuh adiknya itu ke sampingnya seraya membentangkan tangan seakan membentengi Kaii daripada bahaya.

Bagaimana mereka berdua dijatuhkan hukuman mati dengan dipaksa menelan cecair beracun di halaman hadapan Balai Temenggung sudah cukup membuatkan curiga Athreyu bukan kepalang dan entah bagaimana tahu-tahu sahaja,mereka berada pula di tempat asing begitu.

" Bagaimana.. "

" Neleus menyelamatkan dan membawa kalian berdua ke mari. "

Walaupun Athreyu tidak menyahut tetapi matanya memerhatikan setiap susuk tubuh penghuni yang perlahan-lahan mendatangi halaman rumah tersebut.Lelaki pertengahan usia yang mengasah mata cangkul meletakkan batu pengasah ke tanah sementara para wanita yang mengerjakan sesuatu di beranda atau halaman pondok masing-masing juga meninggalkan apa sahaja pekerjaan mereka .Membiarkan dulang anyaman jerami di atas pangkin.

Kaii yang masih pening berpaut pada lengan Athreyu bagi mengelakkannya daripada tumbang.Menatap curiga setiap pasang mata yang tertumpu kepadanya.Malahan semakin mengerut ketakutan apabila tiba sahaja di hadapannya para penghuni permukiman tersebut tunduk hormat kepadanya.Ren yang sejak dari tadi berdiri tegak turut tunduk takzim dengan menautkan kedua-dua tangannya di hadapan tubuh seperti lagak orang bertafakur.

" Terima hormat kami,wahai Orakulus Agung.."

*              *             *

Tuan Andrios meneguk teh di dalam cawannya dan teh kegemarannya itu entah mengapa terasa luar biasa pahit membuatkan dia jengkel separuh mati.Sambil mengetapkan gigi,cawan teh dihempaskan ke atas permukaan meja sehingga mengejutkan gadis pelayan yang sedang menuangkan teh ke dalam cawan para tetamu terhormat Rumah Phinny tersebut.

Tuan Ares yang menyedari hal tersebut bukan lagi sekadar jamuan biasa segera mengisyaratkan gadis-gadis pelayan tersebut pergi dari situ.

" Cukup misteri bagi aku bagaimana mungkin ianya berlaku!"

Para kerabat sekaligus petinggi kerajaan Darmenta dari blok Keluarga Ares tersebut diam menghening cipta kerana mereka tahu ke mana arah pembicaraan tersebut.Pasti menyangkut kejadian kegagalan rancangan merek semasa majlis sambutan hari kelahiran Putera Ardius beberapa hari yang sudah.

Bukan Tuan Andrios sahaja bahkan ia menjadi teka-teki aneh kepada yang lain-lain.Bagaimana mungkin rancangan rapi yang telah diatur sejak sekian lama itu gagal begitu sahaja.Pembekal teh yang bertanggungjawab membekalkan teh kepada istana sehingga berlumuran darah pun tetap mengatakan bahawa dia sememangnya menghantarkan teh Ayudha sesuai permintaan ketua dapur istana.

Hatta  diancam dengan ancaman menakutkan bagi kebanyakan orang seperti itu sekalipun lelaki tersebut mengatakan hal yang sama .Jelas dalam keadaan berlumuran darah begitu,berbohong bukanlah pilihan yang bijak . Dia mengatakan dia telah menghantarkan teh Ayudha dan rekod pada buku pelawat yang keluar masuk ke dapur istana juga tidak menyangkal dakwaan lelaki tersebut.

Lalu siapa yang menukarkan teh Ayudha kepada teh Armiya?

Sepertinya kemunculan lelaki bertopeng yang menjadi duri dalam kalangan petinggi istana masih belum cukup memeningkan kepala.Susuk kurang ajar tersebut sungguh menjadi selumbar bagi mereka selama ini.Menjadi permulaan kepada rentetan kejadian yang sangat tidak memihak kepada Keluarga Ares.

Bukan tidak ada usaha mereka untuk menangkap susuk misteri tersebut tetapi sehingga kini semuanya masih tidak berjaya.Susuk tersebut muncul seperti hantu dan hilang begitu sahaja tidak ubahnya bagaikan bayang-bayang dan Tuan Ares sendiri pernah melihat bagaimana susuk tersebut melepaskan panahan yang tepat mengenai tiang berhampiran salah seorang daripada duta kerajaan selatan yang berkunjung ke Pekan Annara tempoh hari.

Dan ternyata gulungan kertas papirus pada hujung mata anak panah tertera bukti salah laku kementerian Percukaian sehingga mengakibatkan Tuan Sind yang bertanggungjawab menguruskan kementerian tersebut seakan-akan duduk di atas hamparan bara.Mana mungkin lelaki tersebut boleh duduk dengan bersahaja ketika dia ditatap dengan pandangan tidak percaya.

Menyebarkan risalah tentang salah laku para bangsawan ketika Pekan Annara menjadi tumpuan para pedagang dari segenap pelusuk negeri.Itu perlakuan yang sama sekali tidak dapat dimaafkan.Malahan menyertakan pula bukti yang sukar diragui.

Dan bagi memastikan penduduk tidak membaca risalah tersebut,mereka terpaksa mengerahkan para tentera untuk menangkap sesiapa sahaja yang memiliki dan menyimpan risalah tersebut dan seandainya didapati bersalah memiliki ataupun menyimpan risalah itu,mereka akan dijatuhi hukuman penjara dan sebat.

Larangan keras tersebut buat beberapa ketika berjaya menakutkan para warga tetapi sejak akhir-akhir ini hal tersebut kembali menjadi panas .Daripada sumber Keluarga Ares yang boleh dipercayai,beberapa orang cendekiawan mulai berani mempersoalkan tindakan istana yang menangkap para warga disebabkan kesalahan memiliki risalah tersebut.

Tuan Ares tahu golongan cendekiawan memiliki kuasa untuk mempengaruhi sentimen rakyat walaupun selama ini golongan tersebut lebih banyak mengambil sikap berkecuali dengan tidak memihak kepada mana-mana keluarga.Malahan daripada penyusup yang sengaja dihantar ke dalam institusi tersebut,khabar angin yang didengarinya jauh lebih serius.

Perlahan-lahan golongan cendekiawan mulai meragui akan kebenaran risalah tersebut dan merancang untuk menghantar utusan khas kepada baginda dan hal tersebut mesti dihalang tidak kira apa risiko sekalipun.

Kebangkitan para cendekiawan dan kegagalan rancangan mereka untuk menabalkan Putera Ardius menjadi putera mahkota bagi menggantikan Putera Amadeus.Bukankah ia seakan-akan saling berkait rapat antara satu sama lain?

" Bukankah masanya sudah hampir tiba untuk fasa terakhir rancangan kita?"

Tuan Ares yang sejak dari tadi senyap sunyi mendadak angkat suara dan serta-merta setiap pasang mata yang berada di situ tertumpu kepadanya.

*              *            *

Continue Reading

You'll Also Like

23.1K 529 23
Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di tahun 2030. Namun apa yang memeranjatkan...
24K 1.8K 53
Fakta kawan baik kau🐤 Dalam setiap geng akan ada jenis-jenis kawan kau macam dalam buku ni👌😑 Rank: #3 in bestfriendforever #2 in fact #5 in fact #...
446 73 29
Pantun atau Sajak Cinta. Puisi Moden dan Puisi Tradisional. -By Siti Norazurah
153K 17.8K 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari ba...