Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 25

73 14 3
By mynameismas

Sepertinya Tuhan menciptakan tempat tersebut untuk bersembunyi, sekali pandang pasti tidak akan ada yang menyangka bahawa wujud warga yang punya nyali cukup besar untuk tinggal di situ.

Kerana untuk sampai ke tempat tersebut perlu melalui kawasan berbukit yang berceranggah dan keadaan hutan yang sama sahaja di mana-mana pasti akan membuatkan sesiapa yang tidak arif dengan kawasan tersebut akan mudah sesat.

Namun ketika berdiri di atas puncak rabung terakhir yang sempit,terbentanglah pemandangan sebuah perdesaan subur yang menganjur sepanjang lembah dengan sebatang sungai mengalir deras di antara bonggolan batu.

Dikelilingi oleh ceranggah bukit batu kapur dan air terjun di sebelah utara, kawasan terpencil tersebut tidak ubah seperti sebuah dunia yang tidak pernah disentuh ketamadunan luar.

Dihuni hanya kira-kira 20  buah keluarga,mereka sedikit sebanyak masih kerabat dan saling bertetangga.Mengusahakan tanaman dan penternakan untuk memenuhi keperluan harian sesama sendiri dan sesekali akan berangkat ke pekan berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan yang tidak didapati di kawasan perkampungan tersebut.

Pondok yang menjadi kediaman para warga dengan beratapkan jerami dan berdinding tanah liat, bertiang rendah dengan beranda-beranda tidak berdinding, halaman bersih lalu ada pula pagar-pagar dari potongan kayu bulat yang memisahkan antara kawasan rumah dengan ladang kepunyaan masing-masing.

Ketika sebuah pedati ditarik terhuyung-hayang menuruni jalan yang berbatu, setiap warga perdesaan tersebut hampir serentak menoleh. Bahkan sehingga ada yang melepaskan cangkul di tangan lalu bergerak menghampiri susuk berselubung tersebut dengan penuh tanda tanya.

Bukan selalu lelaki tersebut membawa seseorang untuk mendatangi tempat tersebut apatah lagi mereka yang tidak dikenali.Perdesaan tersebut sememangnya tempat yang sesuai untuk menyembunyikan diri dan kewujudan mereka perlu dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa terutama sekali daripada golongan bangsawan kerajaan Darmenta.

Kerana mereka telah disingkirkan dengan kejam hanya semata-mata mereka mampu mentafsir khabar yang dibawa oleh gugus bintang di dada langit !

Dengan mengah dan peluh yang menitis menuruni cerun dagu,pasti kudrat lelaki tersebut tidak mampu menandingi beban berat yang dimuatkan ke dalam pedati beroda dua yang ditolaknya dengan penuh susah payah itu.

Satu gudukan yang berselubung timbunan jerami itu segera menjadi pusat perhatian para warga yang pantas menghampiri pedati tersebut dengan penuh tanda tanya tetapi kemudian menepi apabila seorang lelaki mendatangi pedati itu .

" Neleus.." ujarnya kepada si pembawa pedati yang masih mengap-mengap mengumpul tenaga" Ada apa?"

" Bawa mereka masuk.."

" Siapa .."

" Orakulus Agung.."

Disebabkan bilah-bilah perkataan tersebut bukan sesuatu yang asing kepada mereka,jawapan daripada Neleus serta-merta membuatkan kawasan halaman pondok tersebut mendadak riuh dengan bisikan dan percakapan yang bercampu aduk butir bicaranya.

Mereka,antara galur terakhir keturunan suku Marais tahu benar apa yang dimaksudkan Neleus.Walaupun mereka memiliki kemampuan menerawang khabar yang di bawa oleh rasi dan bintang-bintang,mereka tahu tidak ada sesiapa yang akan dapat menandingi Orakulus Agung bahkan susuk tersebut merupakan susuk yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka.

Orakulus Agung .Susuk yang akan membersihkan nama dan kembali menempatkan suku Marais di tempat yang sepatutnya!

Hanya dengan sedikit anggukan,dua tiga orang pemuda yang bersusuk tegap segera mendatangi pedati tersebut dan meletakkan timbunan jerami ke tepi . Suara-suara hairan senyap ketika dua susuk tubuh yang kaku diangkat daripada pedati lalu dibawa ke dalam pondok . Tikar dibentangkan dan dua susuk tubuh tersebut segera dibaringkan di situ.

" Kenapa mereka.." Oileus tergamam dan pandangannya saling silih berganti antara wajah pucat di hadapan mereka dengan wajah Neleus yang masih keletihan." Ini...."

Seakan-akan mengerti ,seorang wanita dalam usia pertengahan lima puluhan segera menghampiri kedua-duanya lalu dengan cermat menyentuh nadi pada pergelangan tangan mereka.Suasana hening beberapa detik.Tidak habis di situ,leher kedua-dua batang tubuh itu diraba dengan mata yang tertutup.

" Mereka belum meninggal,Oileus.Hanya sahaja denyut nadi mereka terlalu lemah dan hampir tidak dapat dikesan."

Demikian katanya selajur membuka mata.Buka itu sahaja.Malahan dia memeriksa mata dan juga rongga mulut susuk tersebut dengan teliti.Mendekatkan wajahnya ke arah susuk gadis tersebut lalu menghidunya dengan kening berkerut.

" Di mana kau menemui mereka?" tolehnya ke arah Neleus.

" Hutan di gerbang barat." Balas Neleus" Mereka berdua merupakan pesalah yang dijatuhi hukuman kerana hampir menyebabkan Tuan Andrios buta."

Mendadak wajah wanita tersebut menjadi kelam sebaik sahaja mendengan nama tersebut daripada Neleus.

" Racun?"

Wanita itu menganggukkan kepala.Tidak sukar menduganya berdasarkan warna bibir kedua-dua mereka kelihatan berwarna hitam keunguan.

" Bukan racun akar Arrow tetapi sebaliknya racun Evieu.Kesan yang hampir sama hanya sahaja racun Evieu sedikit lambat kesannya"

Tidak ada sesiapa yang berani mempersoalkan pernyataan tersebut kerana dunia perubatan merupakan dunia yang agak kabur bagi mereka dan jika permasalahan sedemikian timbul,Tyie merupakan orang pertama yang dilibatkan.

Semua orang tahu sebelum suku Marais dihambat dan dibantai habis-habisan oleh kerajaan Darmenta,Tyie merupakan ketua tabib istana dan sudah pasti dia tidak asing kepada hal begitu.Karisma wanita tersebut tidak luntur walaupun mereka hidup dalam buangan.

" Mustahil mereka menggunakan racun yang lambat kesannya untuk pesalah ." Ujar Tyie dengan kening berkerut." Pasti ada sesuatu yang sedang berlaku."

" Bolehkah mereka disembuhkan?" Neleus pantas bertanya dan sekali lagi Tyie menatapnya dengan pandangan menyelidik.

" Kau pasti?" tanpa menjawab pertanyaan Neleus,Tyie balas bertanya.

" Aku tidak akan merisikokan diri membawa mayat pesalah yang dijatuhi hukuman mati dan membawa mereka jauh-jauh sehingga ke mari." Neleus mencelah dalam nada tegas." Tanyakan kepada Oileus tentangnya.."

+             +             +

" Apa katamu?"

Putera Amadeus hampir meninggikan suara jika sahaja Panglima Agean tidak segera melintangkan jari telunjuk ke tengah bibir mengisyaratkan agar pemuda itu merendahkan ton suaranya.

Istana.Suatu tempat yang menakutkan sehingga dinding,tiang dan pohon-pohon bertelinga dan bermulut.Lantai yang mengerlap tidak ubahnya seperti jerangkap samar yang akan memerangkap sesiapa sahaja tanpa ada belas kasihan.

" Hilang?" Suara Putera Amadeus kembali separuh berbisik sementara Efra mengeraskan dentingan Lyre di pangkuannya.

" Sungguh,Tuanku." Panglima Agean tunduk mengiyakan " Patik mengekori anggota dari Balai Temenggung sejak awal pagi lagi.Sehingga pertukaran tugas berkawal,patik memang berada di situ."

Putera Amadeus mundar-mandir dan jelas sedang berfikir keras.Siapa pula yang mengambil Kaii dan Athreyu?

Dia tahu hanya itu tindakan terbaik yang boleh diambil oleh mereka dalam keadaan seperti itu walaupun ia bermakna mereka terpaksa mengorbankan kedua adik beradik tersebut.Seperti yang dirancangkan mereka,ada cara yang boleh dilakukan untuk membebaskan Kaii dan Athreyu daripada tahanan Balai Temenggung tetapi tindakan tersebut sangat berisiko bukan sahaja kepada adik beradik tersebut tetapi jauh lebih daripada itu tindakan tersebut juga kaan menjejaskan seluruh keluarga mereka dan Putera Amadeus sendiri.

Bukan rahsia dalam kalangan mereka bahawa Keluarga Ares yang memegang tampuk pemerintahan dalam erti kata yang sebenar akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keluarga mereka terus berada di puncak hierarki kuasa.

Dengan penangkapan Kaii dan Athreyu dan penemuan plat perak pemberian Putera Amadeus oleh Panglima Madeia,ia akan dijadikan alasan untuk menjatuhkannya daripada gelaran sebagai putera mahkota kerajaan Darmenta.

Jauh daripada itu,kerana kesalahan tersebut dianggap salah satu kesalahan yang berat-sesiapa sahaja yang didapati menuntut jasad para pesalah ,mereka akan ditangkap dan seluruh keluarga akan turut terkena tempias yang bukan main-main.

Namun,sangat mujur Panglima Madeia tidak membocorkan penemuan plat perak tersebut kepada sesiapa tetapi hukuman ke atas kedua-dua beradik tersebut tetap tidak dapat dielakkan.Seperti kebiasaannya,kesalahan medatangkan kecederaan kepada para pembesar dan golongan petinggi istana pasti akan menerima hukuman berat dan mereka tidak terkecuali.

Ketika Panglima Madeia menyampaikan khabar bahawa Athreyu dan Kaii akan dijatuhi hukuman mati dengan diberikan minuman beracun,Azka muncul dengan idea untuk menukarkan racun tersebut dengan seduhan akar Eveiu.

Walaupun akar tersebut sangat beracun tetapi kesannya sedikit perlahan berbanding racun Arrow.Dan beberapa jam selepas diberikan racun Eveiu,mereka perlu diberikan penawar.Jika terlambat sedikit sahaja,mereka tidak akan dapat diselamatkan lagi.

Walaupun berisiko,itu merupakan langkah terbaik yang boleh diambil demi menyelamatkan kedua-dua beradik tersebut.Dengan 'kematian' mereka,hal tersebut akan selesai tanpa menjadikan masalah itu semakin rumit.Rahsia plat perak kepunyaan Putera Amadeus terjaga dan begitu juga dengan seluruh keluarga Athreyu.

Dan begitulah.Dengan bantuan Panglima Madeia,racun Arrow yang sepatutnya diberikan kepada kedua adik beradik malang tersebut ditukarkan dengan racun Eveiu.Panglima Agean ditugaskan untuk memerhatikan hal tersebut dari dekat dan sebaik sahaja jasad kedua adik beradik tersebut diletakkan di kawasan hutan Gerbang Barat,dia akan segera memberikan penawar dan membawa mereka jauh dari ibu kota.

Tetapi kini,tiba-tiba sahaja jasad kedua-dua mereka hilang entah ke mana.

+             +            +

Tyie,tabib suku Marais itu memerhatikan susuk tubuh Kaii dengan pandangan mata yang berbinar-binar.Sehingga terbit matahari keesokan paginya,tempoh tersebut merupakan tempoh masa yang sangat kritikal bagi kedua-dua mereka.Sangat beruntung Neleus membawa mereka ke perdesaan tersebut dan besar keyakinan Tyie bahawa Neleus menarik tandu tersebut tanpa rehat.Maka tidak hairan lelaki separuh usia itu hampir lunas tenaganya ketika dia sampai lewat pagi tadi.

Ruang pondok tersebut dipenuhi dengan bau-baun herba yang menyengat hidung.Selepas darah pada mulut dan hidung dibersihkan dan diberikan pakaian yang baru,cairan hitam pekat di dalam mangkuk hasil renehan pelbagai jenis akar dan daun kayu itu diberikan kepada kedua-duanya setiap satu jam sekali.

Di laman hadapan,bercelatuk beberapa orang penduduk permukiman yang turut sama berjaga bagi memerhatikan keadaan kedua-duanya malahan menawarkan diri untuk membantu Tyie mereneh ubat-ubat herba sedangkan sang tabib duduk bersila dan sesekali menekap peluh dingin yang mengalir pada pelipis dua susuk tersebut.

Memerhatikan dua bingkai wajah tersebut secara dekat,antara percaya dengan tidak-wajah gadis tersebut ditatap lama-lama.Fizikalnya sama sahaja seperti anak gadis yang lain.Lalu,bagaimana mungkin dia merupakan susuk Orakulus Agung yang ditunggu mereka selama ini seperti yang tercatat pada kitab kuno suku Marais?

Jawapan sama ada anggapan Neleus benar atau tidak hanya akan terjawab menjelang pagi esok.Itupun jika dia berjaya mengharungi malam yang masih sangat panjang itu !

+              +            +

Continue Reading

You'll Also Like

25.9K 2.3K 77
Kitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam...
2.3K 309 63
Pengarang : Qian Lu Novel Terjemahan Penafian : Bukan Hak Milik saya. Sinopsis: Ikuti kisah seorang ketua penyiasat forensik termuda, cantik dan ber...
57.7K 3.3K 59
Alam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam P...
8.1K 939 14
โŠฑโ”Šyou're mine , forever and after --------------------------------------------------------- [15+] kanak-kanak 14thn ke bawah memerlukan pengawasan o...