Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

16.2K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B62 [FINAL]
Special Chapter

B61

227 25 33
By smokymokivicococo

Alex mengabaikan situasi tegang dua kakaknya itu. Melalui arah tembakan tadi, dia dapat mengagak dari mana datangnya serangan. Laju sahaja kakinya melangkah ke bangunan tersebut. Sepanjang lariannya, jelas dia melihat Raven kini turut menjadi mangsa tembakan.

"Anna!" teriak Alex sebaik melihatkan Anna yang sedang bersusah payah melawan tiga orang lelaki gagah. Matanya mengerling sekilas seorang lelaki yang sedang mengacu sniper dan seorang lagi selamba berdiri memandang ke bawah. Reaper!

BANG! BANG!

Tembakan Alex tepat mengenai kepala si headhunter malangnya tembakan keduanya tersasar dari mengenai Reaper apabila lelaki itu pantas mengelak. Malah satu tembakan mengenai lengan Alex membuatkan pistol ditangan terlepas. Alex mengeluh berat apabila Reaper terus bersembunyi di sebalik tangki besar.

Tanpa menunggu, pantas serangan diatur pada salah seorang lelaki yang berlawan dengan Anna. Alex melompat tinggi lalu kaki kanannya dilepaskan tepat ke sisi kepala lelaki sasa itu. Tumbukan dilepaskan mengenai bawah rusuk dan dada lelaki itu bertalu-talu sebelum tangan kirinya ditangkap lalu dipulas ke belakang badan.

Alex mengerang sakit. Kepalanya dihayun kuat ke belakang, tepat mengenai dahi lelaki itu. Lelaki itu menekap kuat dahinya yang kian memerah. Pandangannya yang mulai terasa berpusing  membuatkan dia tidak dapat mengelak tendangan Alex pada lututnya.

Lelaki itu jatuh ke lantai. Kakinya yang terasa sakit membuatkan dia tidak mampu bergerak. Alex pantas mengambil peluang mengelar leher lelaki itu.

Seterusnya, mata jatuh pada Anna yang sudah cedera teruk di lantai. Dua orang lelaki gagah yang mengerjakan gadis itu masih tidak puas memukulnya.

Alex menderam geram. Pisau ditangannya dibaling tepat mengenai belakang dada salah seorang lelaki. Darah tersembur keluar dari mulut lelaki itu membuatkan kawannya pantas menoleh.

Belum sempat si rakan bertindak, satu tumbukan kuat mengenai pipinya. Lelaki itu melibas kasar pedang ditangannya menyebabkan satu luka panjang terhasil di peha Alex. Tidak menghiraukan lukanya, Alex terus sahaja menendang tangan lelaki itu membuatkan pegangannya pada pedang melonggar.

Pedang dirampas oleh Alex lalu terus dilibas laju pada lelaki itu. Darah memercik ke sekeliling apabila berkali-kali pedang dilibas meskipun mangsanya sudah tidak bernyawa.

BANG!

KTANG!

Nafas berat dihela. Mujur sahaja dia sempat mengelak peluru dari Reaper itu. Kaki laju diatur ke tempat persembunyian Reaper. Tembakan bertalu-talu dari lelaki itu dielak.

Sebaik ternampak kelibat Reaper, Alex membaling deras pedang ditangannya. Pedang itu tertusuk tepat bersebelahan Reaper. Tangki air yang menjadi mangsa tusukan itu mula membuakkan isinya.

Reaper tersenyum sinis. Niatnya untuk melarikan diri dimatikan. Jika dia lari, pasti bertemu Evel pula. Bertemu dua beast dalam satu masa, bukan pilihan bijak. Mungkin dia boleh uruskan jika satu persatu?

"Hola, Alexander!"

"Kau dah tembak kakak aku! Kau! Kau dah bunuh Dian, tak guna!" Hembur Alex, marah. Pantas kakinya berlari ke arah Reaper lalu tumbukan sekuat hati dilepaskan di dada lelaki itu.

Tumbukan keduanya tidak mengena apabila Reaper pantas menepis dengan tumbukannya pula. Alex mengundur beberapa tapak sebelum maju semula dan cuba menyenteng kaki Reaper.

Reaper pantas melompat dan melepaskan tendangannya di pinggang Alex. Satu tumbukan dihala ke arah pipi anak buahnya, malangnya Alex lebih laju menunduk sebelum berpusing 360 darjah dan menendang kuat kepala Reaper.

Reaper terjatuh ke lantai. Baru sahaja ingin bangun, mata pedang sudah terhala tepat di hujung hidungnya. Wajah Alex direnung tajam penuh amarah.

"Selamat tinggal..."

Kepala Reaper terpisah dari badan. Alex merenung kosong mayat bapa saudaranya itu. Perlahan-lahan, rasa sakit mula menguasai dan Alex jatuh terbaring.

Anna yang baru sahaja bangun terus mendapatkan Alex. Matanya turut basah apabila terlihat titisan air mula keluar dari sepasang mata Alex.

"Kak... Dian dah mati."

Hanya itu yang keluar dari mulut Alex sebelum anak-anak buah yang lain mengangkatnya turun.

.
.
.
.
.
.
.

Bunyi mesin yang menyambung ke badan Scarlet mengisi kekosongan ruang itu. Evel memandang kosong tubuh kembarnya yang terlantar lemah dengan wayar yang berselirat di badan. Bunyi nafas berat Scarlet di medan perang semalam bagai terngiang-ngiang di pendengarannya.

Semoga Scarlet cepat sembuh. Doktor kata Scarlet masih berada di tahap bahaya. Jika tidak sedar dari koma dalam masa dua minggu, mungkin tiada peluang lagi.

Risau? Sudah tentu! Banyak sudah dia perjuangkan untuk Scarlet. Masakan dia mahu melihat gadis itu mati begitu sahaja. Permintaannya mudah, dia hanya mahu orang-orang yang dia sayang bahagia. Sia-sia sahaja perjuangan dan pengorbanannya andai mereka semua tetap terseksa di hujungnya.

"Scarlet... Bila kau nak bangun? Dah sehari suntuk aku tunggu kau, melekit dah badan aku. Bangunlah cepat, aku nak balik mandi." Kepala di panggung dengan sebelah tapak tangannya lalu wajah Scarlet ditenung lama. Satu helaan nafas berat terluah dari seulas bibir Evel.

"Aku nak pergi jenguk Raven. Kalau kau tetap tak bangun bila aku masuk nanti, jangan harap kau dapat jumpa aku lagi." ujar Evel.

Dia berdiri lalu melangkah keluar. Baru sahaja membuka pintu, seraut wajah Ace yang sedang berdiri di hadapan pintu itu menyapa matanya. Sebelah kaki gadis itu yang berbalut dikerling sekilas. Sebelah kening diangkat sebagai tanda menyapa. Baru sahaja ingin terus berjalan, Ace tiba-tiba sahaja menahannya.

"Hell! Kau nak pergi mana?"

"Apa hal kau nak gelabah?" soal Evel kembali. Berkerut keningnya melihat reaksi Ace yang terkulat-kulat. Mata dikecilkan merenung gadis itu. "Kau..."

Ace membalas renungan Evel namun tidak sampai 30 saat, kepala dipaling janggal ke arah kiri.

"Ace, kau ada tahu sesuatu ke?" soal Evel. Nadanya diperlahankan, cukup-cukup sahaja menyapa pendengaran Ace.

Ace meneguk liurnya yang terasa kelat. Riak wajahnya dikekalkan mendatar seperti tidak bersalah. "Tak. Tak ada apa-apa."

Evel tersengih nipis melihat wajah Ace. Mulut didekatkan ke telinga gadis itu sebelum dia berbisik dingin, "Bad liar. I warn you, apa pun yang kau tahu, jangan buka mulut. Kau bukan keluarga aku, so you're out of the list."

Kepala dijauhkan kembali lalu senyuman manis dan lembut dihadiahkan buat Ace. "Take care. Scarlet macam lambat lagi nak sedar so aku nak balik terus. Jagakan dia."

Baru sahaja ingin melangkah, Ace kembali menahan bahunya. "Kau datang balik?"

Bahu dijungkit rendah. "Kalau sempatlah. Aku nak tengok Raven dulu."

.
.
.
.
.
.

DING DONG! DING DONG!

Puan Ellis mengerutkan keningnya apabila mendengar bunyi loceng itu. Siapa pula yang datang tengah hari buta ni? Jarang-jarang betul ada yang menyinggah. Biasanya hanya Raven namun anak lelakinya itu kan masih di hospital.

Puan Ellis menuju ke pintu. Skrin kecil ditepi pintu dihidupkan lalu tubuh kecil seorang gadis yang terpapar di skrin menyapa matanya. Mengecam wajah si gadis, cepat sahaja Puan Ellis melangkah keluar dan menjemput gadis itu masuk.

"Evelyn sihat? Lama tak nampak." sapa Puan Ellis, ceria. Tubuh Evel ditarik ke dalam pelukannya sebelum mereka mula melangkah ke ruang tamu.

"Aik, ma. Baru berapa hari je tak jumpa. Mana ada lama. Mama macam mana?" tegur Evel kembali sekadar berbasa-basi. Topeng mulut hitamnya dibuka lalu diselitkan ke dalam poket baju.

Puan Ellis tersenyum lebar. "Mestilah sihat, cuma bosan sikit duduk seorang kat sini. Petang nanti mama nak tengok Raven. Kamu dah tengok dia? Dia okay ke?"

"Hmm, Evel ada singgah sekejap tadi. Tapi, tengok dari luar je sebab nak cepat jumpa mama." ujar Evel seraya mulutnya membentuk sengihan nipis apabila Puan Ellis tergelak. "Nampak macam sihat je Rav tadi, ma. Tak ada tanda-tanda nak mati lagi."

Puan Ellis menampar lembut bahu Evel. "Kamu ni ada-ada aje. Yang si Rav ni, dah tahu tak sakit tu kenapa sibuk sangat nak stay dalam ward? Baik balik temankan mama je kat sini. Nak sangat sakit, boleh panggil doktor datang rumah. Daripada stay kat hospital tu buat penuhkan ward je."

Tanpa sedar, Puan Ellis mula membebel. Tercebik-cebik mulutnya merungut tentang Raven. Sudahlah dia rindu, boleh pula anak lelakinya itu lebih memilih tinggal di hospital.

"Tak apalah, ma. Nanti dia baliklah tu." ujar Evel, sekadar menenangkan Puan Ellis. "Mama, sebenarnya Evel datang ni nak minta tolong mama sikit."

Puan Ellis yang berniat untuk meneruskan bebelan tadi lantas menutup isu anak lelakinya itu. Dahinya berkerut memandang wajah serius Evel.

"Kenapa ni? Evelyn ada masalah ke? Apa yang mama boleh tolong?" soal Puan Ellis, prihatin.

"Ini..." Satu sampul putih bersaiz sederhana dihulur pada Puan Ellis.

Wanita itu memandang pelik sebelum perlahan-lahan, huluran diterima. Matanya merenung sampul dan wajah Evel silih berganti. Kerutan di dahi jelas menunjukkan dia sedang keliru.

.
.
.
.
.
.
.

"Sudikah kau menjadi isteriku hingga ke akhir hayat?"

Suara garau penuh romantis mengisi kesunyian wad hospital itu. Seorang lelaki melutut dengan sebelah tangannya naik mempamerkan sebentuk cincin. Pemilik sepasang mata yang berdiri betul-betul di hadapan lelaki tadi, merenung tepat ke wajah lelaki itu yang hanya separas pinggangnya.

Manakala sepasang lagi mata merenung kosong adegan itu.

"Geli bahabi! Mampus kau mampus! Nak gay jangan ajak aku, nokharom!" jeritan Hao kini mengembalikan keadaan ke realiti. Tanpa berfikir dua kali, pantas sahaja kakinya bergerak menyepak wajah Alvin yang melutut di hadapannya berkali-kali.

"Bodoh! Sakit, bodoh! Berhentilah, anak pungut!" teriak Alvin pula sambil mengerekot di lantai, cuba melindungi wajahnya dari dirosakkan oleh tapak kasut Hao.

"Ah, kau anak babi! Mati kau, mati! Mati!"

"Kau anak anjing!"

"Kau setan!"

"Iblis!"

"Bodoh berhentilah dua-dua!" Raven menjerkah geram sekaligus membuatkan Alvin dan Hao menghentikan perbuatan mereka. Mata Raven merenung tajam dua raut wajah yang mengganggu ketenteramannya di hospital ini. "Apa hal korang buat kecoh kat sini?"

"Ni ha. Ayd–"

"Weh, hilang bodo!" Alvin memotong kata-kata Hao sekaligus dua pasang mata tadi memfokus padanya.

"Apa lagi kau nak kecoh, anak beruk?" soal Raven, geram. Giginya diketap kuat melihat Alvin yang terpusing-pusing menguis lantai dengan tangannya. Sekejap menunduk sekejap ramas rambut.

"Cincin tadi dah hilang." balas Alvin.

Hao tersenyum mengejek. "Padan muka kau. Siapa suruh jadi bodoh lagi. Aku tak sokong LGBT."

"Kaulah bodoh! Aku praktis je, ngok! Aku nak lamar Anna la! Aish, cincin aku..." balas Alvin kembali. Putus asa mencari, dia mula melabuh duduk di kerusi bersebelahan katil Raven.

"Pergh, tak puas kena reject eh?" usik Hao lagi.

"Kau single diam! Nasib baik aku ada cincin spare." Alvin menyeluk beg hitam mini yang dibawanya tadi lalu beberapa kotak baldu dikeluarkan.

Terkedu Hao dan Raven melihat bekas-bekas cincin itu. Hao mengambil satu lalu dibuka menyerlahkan sebentuk cincin perak  berhiaskan permata berkilau berwarna ungu. Satu lagi kotak dibuka menyerlahkan cincin dengan rekaan berbeza.

"Apa hal banyak sangat?" soal Raven, pelik.

"Entah kau ni! Kau nak lamar berapa orang? Playboy namatey!" Hao turut mencelah.

Alvin pantas mengetuk kepala Hao. Cincin ditangan lelaki itu dirampas lalu dimasukkan kembali ke dalam beg. "Anna seorang je la. Kau fikir aku nak kahwin dengan siapa lagi?"

"Dah tu, pehal banyak sangat? Kau nak bagi dia pakai setiap jari ke apa?"

"Tak. Mana tau dia tak suka design tu pastu dia reject aku. Bolehlah aku lamar guna cincin lain pulak. Dalam sepuluh aku tempah, takkan satu pun dia tak minat en." balas Alvin dengan riak bangga. Konon terasa bijak.

"Sian bodoh, sian. Dia reject sebab dia tak suka kau, bukan sebab cincin." Raven membidas dengan riak pasrah. Pasrah dengan kebodohan member.

"Kau tak pernah confess, diam! Aku lagi berpengalaman dalam hal ni." balas Alvin. Jarinya dilekatkan pada bibir Raven lalu kepalanya di geleng-gelengkan perlahan. Pantas sahaja Raven menepis jari lelaki itu.

"Anak babi." Sepatah sahaja komen Hao.

"Apa hal korang datang sini?" soal Raven, menutup isu tadi.

"Ayd halau kitorang, Rav. Tolong kitorang, kitorang tak ada tempat tinggal dah. Hiks, sampainya hati Ayd sakiti anak suci seperti kami." Alvin mula berdrama dan acah mengelap air mata halimunannya.

"Bodoh ke bangang? Baliklah rumah masing-masing." Halau Raven.

"Kau lupa ke, Rav? Kitorang anak yatim." Hao turut sama ikut berdrama seperti Alvin. Tubuh Alvin dipeluk lalu keduanya mula meraung sedih.

"Sebelum aku belah kepala korang, baik korang diam."

Ugutan Raven berjaya menghentikan drama Alvin dan Hao. Kedua-duanya ada berlambak-lambak rumah. Tinggal pilih sahaja nak tidur di mana, tapi rumah Ayden juga yang sering jadi mangsa. Keduanya memaparkan wajah cemberut. Baru nak acah innocent, abang tak support.

"Apa hal Ayd halau korang?" soal Raven lagi.

Alvin mengangkat bahu, "Entah, tak tahu. Dia tak bagi siapa-siapa jejak rumah tu sampai lusa. Kami sebagai anak suci, tak tahu apa salah kami hingga diha–"

"Wait, kau kata apa tadi? Sampai lusa?" potong Raven, kaget. Menerima anggukan dari Hao, Raven pantas berdiri, tidak menghiraukan kecederaan di badannya.

"Bawa aku pergi rumah Ayd. Now!"

_____________________

~09/05/21~

One more chap and done! Uuuu gue tak sabar nak habis!

Continue Reading

You'll Also Like

849K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
5.7K 139 32
Seorang jejaka yang bernama Shawn lebih di kenali Shawn Marcus Lee adalah seorang anak angkat pertama kepada keluarga Tuan Mikail Andre . Sejak kemat...
14.7K 1K 80
Siapa sangka lelaki beku seperti Ferhat Aslan Lucas boleh jatuh cinta? Jatuh cinta pula pada cucu kepada musuh keluarganya. Keluarga yang membunuh or...
218K 10.3K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...