Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B57

131 23 18
By smokymokivicococo

"Evel!"

Evel yang baru mula melangkah terus mematikan gerak kakinya. Badan dipusingkan menghadap Raven yang berjalan ke arahnya. Tubuh jejaka itu yang berayun mengikut jejak langkah di tunggu dengan sabar.

"Why?" soal Evel, sepatah. Sebelah keningnya dijungkit rendah pada Raven yang sudah berdiri di hadapannya.

"Mission kau... Aku nak join." ujar Raven tanpa perasaan sekaligus menimbulkan kerutan pada dahi Evel.

Pelik, wajah Raven yang tinggi lebih 20cm daripadanya dipandang sambil mendongak, "Ayden macam mana? Kau dah bagitahu dia? Kalau dia tak setuju, sorry aku takkan bawa kau."

"He told you, kau boleh ambil berapa banyak anak buah yang kau perlukan. Aku pun anak buah, so kau berhak nak bawa aku." tegas Raven lagi. Matanya merenung tepat wajah ragu Evel. Dia tahu pasti sukar gadis itu ingin membuat keputusan, apatah lagi tanpa perbincangan dengan Ayden.

Dan Raven cukup pasti bahawa Ayden takkan membenarkan dia turut serta dalam misi Evel. Namun, dia ada tujuan sendiri. Sebab itulah dia terus meminta dari Evel dan bukan Ayden. Hiraukan sahaja Ayden, lelaki itu semakin lama semakin hilang akal. Malas sudah dia ingin melayan.

"Hmm, fine. Nanti aku roger kau." putus Evel. Membawa Raven pasti akan memberi kelebihan padanya.

Evel kembali berpusing untuk meneruskan langkahnya dan tanpa disangka, Raven setia mengekori di sebelah. Aneh, langkah dihentikan lalu kepala dipalingkan menghadap Raven.

"Kenapa ikut aku?" soal Evel.

"Actually, aku nak ajak kau pergi satu tempat. Wanna come?"

"Pergi mana?"

"Meet my mum." Sebaris senyum nipis menghiasi wajah Raven apabila menyebut tentang ibunya itu. Sebaliknya pula dengan Evel, dahinya semakin berkerut. Terasa aneh dengan perangai Raven.

.
.
.
.
.
.
.

"Jadi, inilah kawan yang bunuh Steven dulu?"

Evel hampir tersedak air liur sendiri apabila Puan Ellis, mama kepada Raven meluahkan sebaris ayat tajam itu dengan senyuman manis dan pelukan mesra. Wajah Evel ditekap dengan dua tapak tangan tua itu llau dibelek-belek dengan senyuman manis.

Eh makcik, anak makcik mati tau. Kenapa makcik happy jumpa pembunuh dia.

"Mama, Rav nak naik dulu." pinta Raven lalu meninggalkan Puan Ellis berdua dengan Evel disitu.

"Sure, boy. And you, jom kita borak-borak dulu." Tangan Evel digenggam lembut lalu ditarik memasuki rumahnya. Sengaja dia membawa Evel duduk di halaman belakang, menikmati angin petang di situ.

Evel dibiarkan duduk di kerusi kayu sementara Puan Ellis masuk untuk mengambil hidangan minum petang. Si gadis itu terpinga-pinga melihat keramahan Puan Ellis terhadapnya. Tidak kurang juga rasa gementar apabila berhadapan dengan keluarga mangsa pembunuhannya itu. Apa yang patut dia katakan kepada wanita itu? Pasti dia sangat kecewa.

"Sorry, aunty lambat." Puan Ellis melabuh duduk setelah menurunkan air teh panas dan hidangan ringan di atas meja. Dia tersenyum melihat Evel yang mula menuang air ke dalam dua biji cawan lalu satu diletakkan di hadapannya.

"Jadi, nama you tadi siapa? Maaflah, aunty lupa." Puan Ellis tergelak kecil.

"Evelyn Helena." jawab Evel, gugup. Nafasnya yang mula tidak teratur cuba dikawal. Semakin lama semakin teruk rasa gementarnya ini.

Puan Ellis mengangguk ringkas. Matanya sempat jatuh pada tangan Evel yang menggigil. "Cantik nama, macam tuannya. Evelyn kenapa pegang cawan macam nak jatuh ni? Takut dengan aunty ke? Janganlah takut, aunty tak membunuh."

Puan Ellis tergelak lembut sekaligus menambahkan rasa gerun dalam hati Evel. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, apatah lagi Puan Ellis ini bagaikan air yang mula berkocak. Tak pasal-pasal, muncul jerung pula.

"Maa, dahlah tu usik dia." Raven melangkah mendekati mereka lalu duduk dilabuh pada kerusi bersebelahan mamanya. Kasihan dia melihat wajah Evel yang pucat dan kelat apabila sedari tadi disindir oleh mamanya.

Mama ni pun, perangai macam budak-budak.

Puan Ellis tergelak lagi namun kali ini lebih kuat. Termangu-mangu Evel melihat perilaku wanita elegan itu.

"Maaf ye, Evelyn. Aunty gurau je. Kamu pun takut sangat macam aunty nak makan kamu je. Tu la seronok aunty usik kamu tadi." Air dihirup perlahan sambik tersenyum. "Sebenarnya, aunty tak kisah pun pasal hal Steven tu. Aunty dah lama tahu apa yang jadi dan aunty tak salahkan kamu. Sebaliknya, aunty nak ucap terima kasih sebab tolong selamatkan Raven. Kalau tak, kasihan aunty hidup seorang, dua-dua kembar dah tak ada. Ini pun dah sunyi sebab ada anak seekor sibuk dengan kerja memanjang."

Sempat Puan Ellis memerli Raven namun lelaki itu buat tidak endah sahaja. Sudah terbiasa. Setiap kali berjumpa, pasti telinganya ditadah mendengar kata-kata sindiran berbunga dari si ibu. Nasiblah sayang, tak jemu nak mendengar.

"Tapi, saya tetap nak minta maaf, aunty. Kalau Steven tak terlibat dengan keluarga saya, dia takkan dalam masalah. Aunty pun tak perlu hilang hampir semua ahli keluarga aunty. Saya minta maaf sangat-sangat." pinta Evel pula. Terasa lapang dadanya melihat Puan Ellis yang masih tersenyum manis. Wanita ini murah dengan senyuman, entah kenapa Raven pula tidak reti senyum.

"Benda dah lepas, abaikanlah. Aunty faham. Kamu ni, dah lama ke kenal dengan Steven?" soal Puan Ellis lagi.

"Aik, ma. Tanya pasal Steven je? Rav macam mana?" sampuk Raven pula. Dia yang sedang sibuk menjamah hidangan menghentikan seketika aktivitinya itu.

"Alah, kamu ni. Dah muak mama tengok hari-hari. Sihat je tak cacat pun, apa nak risau?"

Balasan Puan Ellis membuatkan Raven mencebik lalu meneruskan aktivitinya tadi. Merajuk ni! Bukan selalu dia ada masa nak balik rumah, mama boleh pula tak layan.

"Hilang macho." Pendek sahaja komen Evel namun cukup membuatkan Puan Ellis meledakkan tawa. Apatah lagi melihat Raven yang semakin menegang wajahnya, Evel sendiri tergelak.

"Halah baby bushuk mama ni. Sikit-sikit nak jealous. Macamlah ada share mama dengan orang lai– Eh, Evelyn nak tak jadi anak aunty?" soal Puan Ellis, teruja. Bersinar-sinar matanya merenung wajah Evel.

Evel pula sudah serba-salah. Pandangan ditukar dengan Raven, menghantar seribu satu masalah di dalam kepalanya. Namun Raven pula pantas berpaling memandang pokok-pokok hijau di halaman belakang itu.

Halah, mamat ni. Merajuk tak kena tempatlah pula.

"Bbo... Boleh jugak, aunty. Ha. Ha. Ha." jelas Evel tergelak palsu dihujungnya, menutup rasa gementar. Jika tidak dikenangkan rasa bersalahnya dengan kisah lalu, pasti dia takkan menerima. Kasihan Puan Ellis. Ini pasti kali pertama dan terakhir perjumpaan mereka, apatah kononnya menjadi anak angkat wanita itu.

Raven sudah menggelengkan kepalanya dalam diam. Menyesal pula bawa Evel hari ini. Pasti mamanya akan lebih kecewa selepas ini.

Sudahlah dia puas melihat mamanya kecewa ketika hampir seluruh keluarganya mati dahulu . Dan sekarang, mamanya bakal menerima kehilangan lagi. Harapnya, Puan Ellis tidak terlalu menaruh kasih pada Evel.

Dan hal Evel pula...

Pandangan dijatuhkan pada gadis itu yang meneguk gugup airnya.

...dia akan cuba melindungi gadis itu semampunya. Pertarungan dengan Reaper, dia akan di sisi. Dan selepas itu, pertarungan si ketua. Haih, berat tanggungjawabnya kini.

"So, Rav dah ada adik?"

"Obviously! Seronoknya ada anak perempuan! Mama dah lama teringin." teruja Puan Ellis lagi. Rancak mulutnya bercerita dan sesekali disampuk oleh Evel.

.
.
.
.
.
.
.

Dian kekal memerhatikan dari arah belakang, Scarlet yang melibas patung kayu di hadapannya dengan pedang. Berkali-kali libasan dilakukan seraya jeritannya bergema di dalam bilik latihan itu. Mujur tiada orang lain di situ.

Botol air di dalam genggamannya dibaling ke arah Scarlet.

Tidak menunggu lama, botol itu sudah terbelah dua mengenai libasan pedang Scarlet. Melihat wajah tegang si gadis itu, Dian mencampakkan satu lagi botol berisi air.

Scarlet menyambut baik dengan tangan kirinya. Pedang disimpan ke dalam sarung lalu air tadi diteguk hingga habis. Langkah di atur mendekati Dian lalu duduknya dilabuh. Tubuh disandar berat ke dinding.

"Apa Reaper kata?" soal Scarlet.

Dian menoleh. Headphone yang dipakainya tadi disangkutkan ke leher. "Reaper? He said, malam lusa dia nak war dengan Hell dan Alex."

"Secepat ni?" soal Scarlet, terkejut.

"Why? Ada masalah ke?" soal Dian aneh.

Scarlet diam. War? Bersediakah dia membunuh ahli keluarga sendiri. Tapi apa yang Reaper kata semalam...

"Kalau adil, kenapa kau sorang yang tiada hak pada takhta Amonic? Kenapa takhta mesti jatuh pada Evelyn atau Alexander? Think, Scar. Diorang tak patut ketepikan hak kau sebagai pewaris."

"Dan kalau diorang sayangkan kau, diorang takkan lepaskan kau pada aku dengan mudah masa kau 10 tahun dulu. And, look now... Sikit je kesalahan kau dan diorang dah buang kau. Ini yang kau kata family? Sedangkan aku yang sanggup terima kau lepas 7 tahun ni, bukan family?"

Ya! Kenapa mudah sangat dia dibuang keluarga? Tipisnya kepercayaan mereka pada dirinya. Dalam segala hal pula, pasti Evel dan Alex akan mengenepikan dirinya. Sebab apa? Kerana dia bukan tersenarai dalam nama pewaris?

Kenapa dia perlu sia-siakan hidupnya demi mereka? Kenapa dia perlu membiarkan diri dihurung luka kerana mereka? Kenapa dia perlu tahan segalanya untuk keamanan mereka?

Sedangkan mereka juga sama! Tamak! Pentingkan diri!

Jadi biarlah dia yang mengorbankan mereka, dan bukan diri sendiri.

"Scar?" seru Dian, aneh melihat Scarlet yang termenung lama. Botol kosong di tangan gadis itu juga sudah kemik akibat digenggam kuat.

"Tak ada masalah. Cuma perlu lebih berlatih. Skill aku dah makin teruk lepas tujuh tahun ni." ujar Scarlet lalu bangun meninggalkan Dian.

Dian pula hanya memerhati kelibat Scarlet yang hilang di sebalik pintu. Kepala digeleng perlahan melihat gadis itu. Complicated sungguh hidupnya.

.
.
.
.
.
.
.
.

"Bye, dik!" sindir Raven. Jujur dia tak puas hati apabila Puan Ellis sibuk melayan Evel sahaja di rumah tadi. Sudahlah esok dia banyak kerja, pasti tidak dapat balik ke rumah mama.

Evel yang sudah mengeluarkan sebelah kakinya dari kereta, membantutkan niat. "Adik? Kau patut panggil aku adik, ke aku patut panggil kau adik?"

"Huh?" keliru Raven.

Evel tersenyum sinis, "Bye, adik ipar."

Serentak itu, Evel pantas keluar lalu pintu dihempas. Raven pula sudah terkedu. Perlahan-lahan, telinganya bertukar merah menahan segan.

Ergh! Kantoi dengan bakal kak ipar.

_____________________

~26/04/21~
Aku tahu bnyk typo tapi aku mls betulkan hohoho.

Continue Reading

You'll Also Like

189K 9.4K 47
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
1.5M 92.9K 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...