Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B54

151 26 27
By smokymokivicococo

SUASANA malam yang sepi ditambah lagi dengan keadaan gelap-gelita di pinggir hutan itu membuatkan darah si gadis berderau laju. Nafasnya tercungap-cungap sambil melangkah penuh susah payah dengan sebelah kaki yang cedera teruk. Darah mengalir laju membasahi seluar hitam yang dipakainya.

Sylvia menoleh lagi ke belakang. Melihatkan jalan kosong dan sepi tanpa satu kenderaan yang melintas membuatkan sedikit sebanyak, dia terasa lega. Penat menahan sakit di kaki, Sylvia menjatuhkan dirinya ke tanah. Perlahan dia mengesot, cuba menyembunyikan diri dalam semak hutan. Matanya sudah berpinar-pinar ingin bertukar gelap. Luka ditekup kuat dengan tangan.

Earpiece dihidupkan, "Fidz? Fidz, mana kau?"

Tiada balasan. Earpiece ditanggalkan dari telinga lalu dibelek. Tidak sampai lima saat, alat itu dicampak kasar ke tanah. Sudah rosak.

Macam mana dia nak hubungi Fidz? Dengan kecederaan sekarang, dia tidak dapat lari jauh. Bila-bila masa sahaja musuh akan muncul.

VROOM!

Sylvia mematungkan diri. Matanya melekat pada jalan yang baru dilalui oleh sebuah kereta. Dia tahu itu musuhnya, mujurlah dia sudah bersembunyi di sebalik semak.

Setelah lebih kurang sepuluh minit menunggu, gadis itu mengambil keputusan untuk keluar. Dia tidak boleh tunggu sehingga pagi, mungkin lebih mudah musuh menangkapnya nanti.

Tangan ditekap pada tanah lalu dengan seluruh tenaga, tubuh ditolak bangun. Dia berdesis perlahan apabila luka di kakinya terasa berdenyut. Rasanya ini bukan tikaman biasa. Pasti ada bahan lain pada bilah pedang tadi. Silent Flow memang suka guna cara paling mudah dan paling cepat untuk membunuh. Sylvia kena cepat dapatkan penawar sebelum semuanya merebak ke organ lain.

Misinya hanya memerhatikan salah satu markas rahsia Reaper. Tapi, tidak sangka pula SF akan muncul malam ini. Tidak pasal-pasal terkantoi.

"Sylvia! Kau dengar tak? Via!"

Sylvia menghentikan langkahnya, pantas menoleh ke sekeliling. Pemandangan gelap hutan dan kekosongan jalan mengisi ruang matanya. Dia pasti dia ada terdengar suara Fidz tadi. Dari mana? Earpiecenya sudah rosak.

Terasa getaran pada poket atas bajunya, gadis itu menunduk. Baru dia teringat alat yang Alex berikan pagi tadi. Alat penghubung berbentuk butang yang dia pakai pada poket atasnya. Bagaimana dia boleh terlupa?

Lega, masih ada jalan dan peluang untuk dia menyelamatkan diri. Butang itu didekatkan pada mulutnya, "Fidz! Kau dapat detect location aku tak? Ambil aku sekarang. Aku tak dapat tahan lama dah."

"Ya, aku dah on the way. Kau jangan gerak pergi mana-mana. Kejap lagi aku sampai." arah Fidz pula.

"Cepat Fidz. Aku rasa aku dah kena racun SF. Mata aku dah mula kabur. Nafas aku pun dah mula sesak. " lapor
Sylvia lagi.

"Via, stay awake! Aku dah nak sampai, tolonglah bertahan!" pujuk Fidz lagi. Jelas suaranya kedengaran terdesak.

"Hmm, no promise. Tapi aku tetap tunggu kau... sampai nafas terakhir aku." Sylvia tersenyum nipis dengan kata-katanya. Tubuhnya kaku di atas tanah. Cahaya dari lampu kenderaan yang menghala tepat ke arahnya ditenung kosong.

Nafasnya yang kian tersekat ditarik dalam lalu dihembus, "Aku sayangkan kau, Fidz. More than friend, and more than brother. See you in hell..."

BUM!

Tubuh Sylvia terpelanting beberapa meter ke belakang hasil hentaman sebuah kereta dari arah bertentangan. Darah tersembur keluar dari mulut gadis itu. Alat hubung antara dia dan Fidz tercampak entah ke mana. Dalam samar pandangannya yang mulai gelap, figura seorang gadis melangkah keluar dari badan kereta itu ditenung.

Satu senyuman lebar diukir sebelum anak matanya dilarikan ke arah langit berhias bintang.

"Aku tunggu kau, Arfidz."

.
.
.
.
.
.
.

ALEX memejam rapat kedua belah matanya. Skrin yang masih menyala meskipun video telah berakhir, dibiarkan tidak berusik. Kerusi dipusingkan ke arah bertentangan. Dadanya turun naik melihat video tadi.

Muka diraup kasar sambil satu nafas berat dihela. Bagaimana dia ingin memberitahu pada kakaknya? Pasti gadis itu akan mengamuk.

Sudahlah pertemuan dengan Jenny beberapa hari lepas membuatkan Evel kembali dingin. Ditambah lagi dengan situasi sekarang, pasti kakaknya akan hilang kawalan.

Bagaimana pula dengan Scarlet? Sudah agak lama dia tidak bersua dengan kakaknya yang satu itu. Nampak sibuk benar dengan 'plan rahsia' yang dirancang.

Mahu atau tidak, dia tetap perlu panggil kedua-duanya. Perbuatan Reaper memang sengaja ingin mencabar mereka adik-beradik, jadi tidak adillah jika ada salah seorang yang tidak tahu apa-apa.

Telefon dikeluarkan lalu pesanan ringkas dihantar pada Evel dan Scarlet.

.
.
.
.
.
.
.
.

BUNYI pintu menghentam dinding menjamah telinga tiga gadis yang sedang berkumpul di ruang latihan itu. Masing-masing menoleh ke arah figura yang berdiri penuh amarah di depan pintu.

"Kenapa kau datang sini?" soal Jenny, acah tidak tahu. Pedang yang menjadi alat latihannya dimasukkan ke dalam sarung dengan tenang, lalu disandarkan pada dinding. Tangan disilangkan ke dada menghadap Scarlet.

"Korang dah langgar janji! Kenapa korang bunuh Sylvia?! Kita dah buat perjanjian, kau tak boleh sentuh diorang semua!" marah Scarlet. Matanya mencerlung tajam pada Jenny yang beriak selamba.

Masih terbayang di matanya apabila Alex menunjukkan rakaman video beberapa minit dimana Sylvia diseksa kemudian di bunuh secara kejam. Beberapa peluru menembusi tengkorak kepala gadis itu berturut-turut, sehingga hancur seluruh bentuk kepalanya.

"Oops, dia pun kira ke?" Seorang gadis berambut hitam dihiasi biru pada hujungnya, mencelah. Mulutnya ditutup dengan tangan kanan gaya terkejut sebelum tangan itu diturunkan lalu kukunya ditiup gaya diva. "Seingat aku, kau kata kitorang tak boleh sentuh family kau je. And perempuan tu tak ada kaitan darah dengan kau, macam mana pulak jadi family? Ke Alex kahwin dengan dia? Oops sorry, Dian... "

Dian, si gadis berambut hitam boy cut hanya menjeling tajam. Berdesing telinganya apabila sebaris nama lelaki itu mengjengah ke pendengaran. "Aku tak ada kaitan dengan apa-apa yang jadi. Cau!"

Selamba gadis itu berjalan di sebelah Scarlet lalu melangkah keluar. Scarlet pula tidak menghalang kerana dia benar-benar kenal dengan perangai Dian yang tidak suka membuat kecoh mahupun terlibat dalam perbalahan.

"Kau!" Jari dituding tepat pada si gadis berambut hitam biru tadi. "Aku nampak kau yang bunuh dia!"

"So?" soal si gadis itu, sarkastik. Sebelah kening dijungkit dnegan riak angkuh.

"Kau memang nak mati, Ace!" Scarlet menerjah ke arah Ace lalu satu tumbukan kuat dilepaskan sipi-sipi mengenai pipi Ace. Tidak cukup dengan itu, tendangan aras kepala dilepaskan dan dielak selamba oleh Ace. Namun, tanpa Ace sedari sebelah lagi kaki Scarlet turut naik separas pinggang membuatkan tendangan itu mengenai tepat pada bahagian bawah rusuk gadis itu.

Ace hilang keseimbangan lalu terundur beberapa tapak ke kanan. Mulutnya mendesis menahan sakit.

Belum sempat ingin meluahkan rasa marah, Scarlet terus menujah dirinya dengan serangan bertubi-tubi. Dia hanya mampu mengelak sebaik mungkin, menyebabkan beberapa alatan yang terkena serangan Scarlet hancur. Bilik itu bertukar tunggang langgang dalam masa kurang dari 15 minit, dimana Scarlet masih tidak puas menyerang Ace yang sudah terhincut-hincut dan lebam-lebam.

"Stop it!"

Suara garau yang tiba-tiba mencelah membuatkan Scarlet memakukan pergerakannya. Mata masih merenung tajam pada Ace yang sudah jatuh terduduk di lantai. Bunyi desisan sakit jelas kedengaran dari seulas bibir merah itu.

"Scar, what have you done?!" soal suara garau itu lagi.

Perlahan-lahan, Scarlet memusingkan tubuhnya. Riak sinis dan dingin jelas menghiasi wajah. "Long time no see, my dearest uncle. Belum masuk kubur rupanya kau."

"Watch your mouth!" tengking Reaper lagi. Langkah mula diatur mendekati Scarlet. Bunyi hentakan tongkat emas di tangannya mengiringi setiap langkah. Kaki dihentikan apabila jaraknya dengan Scarlet hanya tinggal satu meter. "Aku kutip kau selepas kau mengkhianat. Kau patut sedar kedudukan kau sekarang, bukan setinggi dulu."

"Setinggi dulu? You used women as weapon in this field, including me! Macam mana kedudukan aku dulu tu dikira tinggi?!"

"Shut up!" Tongkat dilibas pada wajah Scarlet. Mukanya memerah menahan geram terhadap gadis itu. "Aku tak pernah ajar kau kurang ajar dengan aku! Hidup kat luar dah rosakkan kau!"

"Kau yang rosakkan aku! Kau rosakkan aku, Jenny, Dian and also Ace! Kau cuma racun fikiran kitorang!" bidas Scarlet kembali.

"Jangan libatkan nama aku! Aku setia dengan Reaper, kitorang semua setia. Kau je yang mengkhianat! Kakak kau tu yang rosakkan dan racun kau jadi lemah!" Ace yang sedang menahan sakit, tidak menghentikan dirinya untuk membantah kenyataan Scarlet. Meskipun hanya mampu berdiri dengan dipapah oleh Jenny, dia masih rasa berkuasa.

Scarlet memusingkan tubuhnya menghadap Ace. "Aku lemah atau kau? Kau tengok, siapa yang cacat sekarang?"

"Scar, jom masuk bilik." Dian yang tiba-tiba muncul menghentikan perbalahan antara Scarlet dan Ace. Wajah kosongnya bagai langsung tidak rasa bersalah apabila menyampuk di tengah-tengah perbalahan itu. Malah, tubuh Scarlet didekati lalu ditarik keluar tanpa sebarang kata lagi. Langsung dia tidak menoleh kepada Reaper mahupun Jenny dan Ace.

"Apa kau buat?" soal Scarlet sebaik sahaja mereka berdua selamat masuk ke bilik rehat khas milik Dian. Suaranya yang dingin langsung tidak menakutkan gadis bernama Dian itu.

Selamba Dian membuka stokin yang tersarung dan dicampakkan ke dalam bakul. Radio yang diletakkan di tepi katil dibuka pada kekuatan maksimum.Tubuh pula dijatuhkan pada katil. Setelah beberapa minit, kepala diangkat memandang Scarlet yang masih pegun di pintu.

"Just stay safe. Jangan mati sebelum dendam terbalas, or kau yang rugi."

Habis sahaja ayat itu, kepala kembali dijatuhkan dan mata ditutup rapat. Scarlet masih termangu-mangu namun hanya diam melabuh duduk di sofa. Dia cukup kenal dengan Dian, dan dia sendiri keliru bagaimana gadis seperti ini boleh terlibat dengan kumpulan bodoh bergelar Silent Flow. Tak sesuai langsung.

_____________________

~18/04/21~
Welcome to world babies hammy!
Btw esok aku exam math n hapak tak study agi.
Selamat mampos!

Continue Reading

You'll Also Like

74K 2.9K 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya perte...
671K 27.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
203K 8.6K 22
∴━━━✿━━━∴ ʟᴀ ᴄᴏsᴀ ɴᴏsᴛʀᴀ ELLA AURORA PARMENOVA ★━━━━━━━━━━━━━━━━━★ Ratu Bidadari bagi dunia Mafia. Dia berdarah kacukan German dan Itali. Dia seor...
133K 4.6K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...