[C] Dark Corridors ☾윤기☽

By yeosyi8

9.5K 1.8K 253

❝ Jangan pergi ke dark corridors tu seorang diri. Ada sesuatu yang menunggu kat situ...❞ ✧*:.。.✎ateez yungi's... More

┉ Intro
┉ 어두운 복도 00
┉ 어두운 복도 01
┉ 어두운 복도 02
┉ 어두운 복도 03
┉ 어두운 복도 04
┉ 어두운 복도 05
┉ 어두운 복도 06
┉ 어두운 복도 07
┉ 어두운 복도 08
┉ 어두운 복도 10
┉ 어두운 복도 11
┉ 어두운 복도 12
┉ 어두운 복도 13
┉ 어두운 복도 14
┉ 어두운 복도 15
┉ 어두운 복도 16
┉ 어두운 복도 17
┉ 어두운 복도 18
┉ 어두운 복도 19
┉ 어두운 복도 20 *finale*

┉ 어두운 복도 09

368 81 1
By yeosyi8

•••••••

Tiba sahaja di rumah, Mingi terus membaringkan Yeosang di atas sofa di ruang tamu. Kedua ibu bapanya masih lagi belum pulang walaupun sudah lewat petang.

Lantas Mingi menuju ke dapur untuk mengambil kain basah dan letakkan ia di atas dahi Yeosang. Dia masih lagi belum sedar dari pengsan.

"Macam manalah anak tu boleh pengsan kat sana?" soalnya perlahan. Hairan dengan sikap Yeosang pada hari ini.

Dia menjaga Yeosang di ruang tamu sehinggalah dia sedar dari pengsannya. Dia tidak mahu meninggalkan Yeosang seorang diri.

Takut sekiranya benda yang tidak diingini akan berlaku. Jadi lebih baik lah dia sendiri yang menjaga Yeosang.

••••••

"Urgh..."

Mingi pantas berpaling setelah mendengar suara Yeosang yang agak dalam tadi itu. Lalu dia tersenyum lega.

"Syukurlah kau dah sedar," kata Mingi pada Yeosang.

"Aku... Kat mana?" soal Yeosang perlahan. Kepalanya masih lagi terasa pening.

"Kau kat rumah aku sekarang. Tadi kau pengsan kat perpustakaan so aku bawa kau kesini."

Terbeliak mata Yeosang dibuatnya setelah mendengar jawapan lebar Mingi tadi. Posisi yang baring tadi kini berubah menjadi duduk.

"Wait! Aku kat rumah kau? Seriuslah?" tanya Yeosang lagi inginkan kepastian. Mingi sekadar mengangguk sahaja.

"Ya... Kau okey tak sebenarnya? Macam mana kau boleh pengsan tadi?" soal Mingi pula membuatkan Yeosang terdiam seribu bahasa.

Dia pengsan di perpustakaan tadi kerana dia ternampak sesuatu yang berada di sebelahnya ketika dia menyusun buku.

Dan dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh pengsan. Ia seperti tiba-tiba sahaja.

"Aku ada belikan makanan untuk kau," ujar Mingi. Namun dia ditolak dengan ramah.

"Thanks untuk semua ni Mingi. Sorry susahkan kau. Aku... Aku pergi dulu. Annyeong," selepas sahaja itu Yeosang melangkah keluar dari rumah Mingi begitu sahaja.

Mingi masih lagi berasa pelik. Hari ini macam-macam benda berlaku pada dirinya.

Dia hairan dengan sikap Yunho yang tidak terlalu terbuka dengan orang di sekeliling dan selalu terjumpa di dark corridors.

Manakala Yeosang pula memarahi dia kerana memegang pisau miliknya dan juga pengsan di perpustakaan pada petang tadi.

Satu persoalaan muncul di mindanya.

Siapakan pemilik asal pisau itu? Bagaimanakah dia boleh menjumpai pisau itu di dark corridors sedangkan pisau itu sepatutnya berada di tangan Yeosang.

"Takkanlah Yeosang pun guna laluan dark corridors tu juga?"

Sungguh soalan itu mula bermain di minda Mingi. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada mereka berdua.

Tentang apa dia sendiri tidak tahu.

"Mungkin aku patut tanya kat Wooyoung dan San. Mana tahu kalau diorang tahu sikit fasal Yeosang dan Yunho tu." gumamnya dalam hati.

Lalu dia bingkas bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya yang sudah kotor itu.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

3.1K 151 14
[completed] Jisung,dia bdk baru kat sekolah Lino..pada awalnye bdk sekolah semua sebarkan rumor yg jisung gay...lino benci org gay and dia tk sokong...
19.7K 400 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
219K 13K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
Hari Jadi {✓} By YEON

Mystery / Thriller

349 69 11
⚠Mengandungi sedikit carutan dan adengan keganasan Bukan salah Hueningkai,kalau dia tak pernah faham dengan maksud ayat Soobin. "Kai,kau pernah terfi...