┉ 어두운 복도 02

463 88 16
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

San dan Wooyoung melihat koridor yang terletak berhampiran dengan perpustakaan sekolah seketika. Lalu mereka berpaling melihat Mingi semula.

"Koridor tu memang gelap. Kitorang kat sekolah panggil ia dark corridors," ujar Wooyoung lebar.

"Dark Corridors?"

"Haah. Tambahan pula, ada banyak tahu kisah-kisah pelik kat koridor tu."

Kata San pula membuatkan Mingi berasa teruja untuk ingin tahu. Dia bukanlah peminat cerita seram tetapi dia sekadar mahu mengambil tahu sahaja.

"Ceritalah," katanya teruja.

"Koridor ni jalan paling dekat untuk keluar dari sekolah. Tapi ramai orang tak lalu kat sana sebab setiap kali waktu pulang, diorang akan dengar bunyi pelik kat koridor tu."

"Ada juga yang pernah tengok salah seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan kita selalu merayau kat koridor tu seorang diri. Lebih menakutkan lagi, muka lelaki tu penuh dengan luka."

Cerita San dan Wooyoung. Mingi yang mendengar itu menelan air liur payah.

"Tu kisah betul ke?" soalnya inginkan kepastian.

Mereka berdua balas dengan mengangkat bahu. Mereka sendiri juga tidak tahu.

"Apa yang kitorang tahu tu cuma khabar angin jer. Tak ada sesiapa pun yang tahu kisah sebenar dark corridors tu," balas Wooyoung.

Mingi mengangguk tanda faham. Dia mula berasa seram sejuk pula selepas dia melihat dark corridors yang kini berada di hadapan dia.

"Jomlah masuk kelas. Waktu free time ni dah nak habis," ajak San.

Setelah itu mereka bertiga pun membuka langkah untuk masuk ke kelas bersama.

••••••

Sampai sahaja mereka bertiga di kelas, kelihatan suasana dalam kelas masih lagi bising. Mingi mengambil tempat untuk duduk bersama Wooyoung dan San buat seketika.

Sewaktu dia mahu menghampiri mereka berdua, secara tidak sengaja dia terlanggar bahu Yeosang yang kebetulan mahu duduk di tempatnya.

"Mian," ucap Mingi serta merta. Yeosang memandang dia dengan tatapan kosong.

"Hmm..."

Yeosang berlalu pergi tanpa berkata apa. Mingi sekadar melihat sahaja sebelum duduk di sebelah San.

"Korang, aku nak tanya sikit boleh tak?" kata Mingi cuba untuk memulakan perbualan mereka.

"Apa?"

"Yeosang tu... Memang pendiam ke?" soal Mingi perlahan.

San dan Wooyoung pantas memalingkan muka mereka melihat Yeosang yang sedang membaca buku di tempat duduk. Lalu mereka berpaling memandang Mingi semula.

"Haah. Dia paling senyap dalam kelas ni. Dia anak orang kaya tapi itulah tak ada sesiapa pun yang berkawan dengan dia," beritahu San.

"Eh, mana ada! Kan dulu dia ada seorang kawan dari kelas lain tapi kawan dia tu hilang tanpa jejak!"

Pantas Wooyoung mencelah. Mingi yang mendengar itu terkejut sedikit.

"Hilang tanpa jejak? Seriuslah?" tanyanya inginkan kepastian. Wooyoung mengangguk berkali-kali.

"Ya. Kawan dia tu dah hilang sejak sebulan lepas. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Polis syak yang kemungkinan besar kawan dia dah tak ada," tambahnya lebar.

Mingi yang mendengar itu terdiam seribu bahasa. Dia mula berasa kasihan terhadap Yeosang.

Pasti susahkan kehilangan kawan secara tiba-tiba. Dia tidak dapat bayangkan sekiranya dia berada di tempat Yeosang.

"Mingi, balik nanti kau jangan pula guna laluan dark corridors tu. Takut kau kena kacau susah nanti." San menasihati kawan barunya.

Mingi sekadar mengangguk sahaja. Tidak mungkin dia akan guna laluan koridor gelap itu.

Dia sendiri penakut. Sekiranya dia guna juga memang makan dirilah jawabnya...

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now