┉ 어두운 복도 01

497 96 34
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Beberapa tahun kemudian...

Mingi mengemas barang dia di atas meja. Jam menunjukkan sekarang sudah pukul 7:30 pagi. Dia perlu pergi ke sekolah sekarang supaya tidak terlewat.

Keluarga dia baru sahaja berpindah ke Gwangju beberapa hari lepas atas sebab urusan kerja. Mereka sering berpindah radah kerana kedua ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerja.

Hari ini, dia terpaksa pergi ke sekolah baru dia seorang diri. Tiada sesiapa pun yang akan menemani dia bahkan ibu bapanya juga turut tidak dapat menghantar dia ke sekolah.

Kunci motorsikal yang tergantung di depan pintu biliknya itu pantas diambil. Dia mula mengunci semua pintu dan pagar rumahnya sebelum berjalan menuju ke arah motorsikal dia.

"Okay, here we go."

Dengan kelajuan sederhana tinggi, Mingi memecutkan motorsikal dia untuk pergi ke sekolah baharunya.

••••••

"Cikgu harap kamu semua dapat berbaik dengan Mingi. Dia baru sahaja berpindah dari bandar jadi dia perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dia kat sini."

Ujar guru kelas mereka, Miss Aileen kepada semua anak murindnya kelas 6-3.

Mingi yang masih lagi berdiri di sebelah Miss Aileen itu sekadar diam sahaja. Dia masih lagi berasa kekok di kelasnya. Semua rakan sekelas Mingi dari tadi tidak lepas memandang dia.

Namun, anak mata Mingi mula tertarik dengan salah seorang rakan sekelas dia yang dari tadi asyik menundukkan kepala ke bawah.

"Mingi, kamu boleh duduk di belakang Yeosang. Yeosang, sila angkat tangan kamu."

Pinta Miss Aileen. Namun, Yeosang tidak memberikan apa-apa respon.

"Kang Yeosang?" panggil Miss Aileen lagi. Namun sekali lagi tiada respon dibalas.

"Yah Yeosang! Miss panggil kau tu!"

Tegur salah seorang rakan sekelasnya pada Yeosang. Dia yang baru sahaja tersedar dari lamunan itu pantas mengangkat tangan kecil.

Wajahnya menunjukkan bahawa dia masih lagi keliru. Semua rakan sekelasnya sudah tertawa manakala Miss Aileen pula sekadar tergeleng kecil.

"Kamu boleh duduk di belakang dia," katanya pada Mingi.

"Nae."

Mingi berjalan menuju ke tempat duduknya.

Sewaktu dia melimpas tempat duduk Yeosang, dia perasan bahawa Yeosang sedang memegang sebilah pisau di bawah meja. Dia hairan.

Namun, dia terasa malas untuk mengambil tahu. Dia duduk di tempatnya dan mula belajar seperti biasa.

••••••

Selepas sahaja Miss Aileen melangkah keluar dari kelas, suasana mula berubah menjadi bising.

Memandangkan sekarang adalah waktu free time, Mingi bercadang untuk tidur seketika. Namun niatnya terbatal setelah dua orang rakan sekelasnya menegur dia tadi.

"Annyeong Mingi-sshi. Nama aku Choi San."

"Aku pula Jung Wooyoung."

Sapa mereka berdua mesra. Terdapat satu senyuman manis terukir di bibir mereka.

Mingi tersenyum kecil. Dia juga turut membalas dengan ramah.

"Nae. Selamat berkenalan."

"Memandangkan sekarang ni free time, nak tak kitorang tunjukkan kau satu sekolah ni?" cadang Wooyoung.

Sejujurnya dia berasa sangat bosan sekarang. Dia mengajak Mingi untuk pusing satu sekolah supaya dapat menghilangkan rasa bosan.

"Boleh juga. Sebab aku belum tahu lagi selok belok sekolah ni," balasnya setuju.

Tanpa membuang masa, Mingi berjalan keluar dari kelas bersama San dan Wooyoung. Mereka berjalan dari aras bawah sehinggalah aras atas sekali.

Sepanjang waktu itu juga Mingi asyik tertawa sahaja dengan lawak yang dibuat oleh San. Dia tidak menyangka pula bahawa dia akan dapat kawan dengan cepat.

"Okey so kau dah tahu kan?" soal San inginkan kepastian.

"Yes! Tapi ada satu jer tempat yang buatkan aku tertanya," kata Mingi.

"Apa?"

Mingi membawa mereka berdua menuju ke satu tempat. Sampai sahaja di situ, mereka berhenti di depan koridor sekolah.

"Kenapa koridor kat tepi perpustakaan tu gelap semacam?"

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now