┉ 어두운 복도 11

367 80 5
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••


"Weyh, kau tak rasa pelik ke Miss Aileen tadi tak marahkan Yeosang pun."

Kata Mingi dengan mulut yang masih lagi penuh dengan makanan. San sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu manakala Wooyoung pula hanya mendengar sahaja.

"Mungkin sebab Yeosang tu tak pernah buat masalah kat sekolah? Sebab itulah dia tak kena marah," balas Wooyoung bersahaja.

"Mungkin juga..." ujar Mingi perlahan.

Ketika Wooyoung dan San sibuk berbual kosong, Mingi ternampak kelibat Yunho berada di luar kelasnya seorang diri.

Pantas Mingi bangun dan menghampiri Yunho lalu memanggilnya.

"Yunho!" Panggilnya kuat. Namun di tidak mendengar pun.

Mingi hairan. Lalu dia memanggil Yunho berkali-kali. Hampa kerana dia tidak perasan akan pangillan Mingi tadi.

Yunho berjalan menuju ke dark corridors itu seorang diri. Mingi tanpa membuang masa pun mengikut langkah Yunho dari belakang.

••••••

Tiba sahaja di dark corridors itu, Mingi memanggil Yunho lagi. Tetapi kali ini suaranya agak kuat sedikit berbanding yang tadi.

"Jeong Yunho!"

Selepas sahaja itu Yunho lantas menoleh ke belakang. Melihat Mingi yang berada di belakang dia itu membuatkan dia tertanya-tanya.

"Mingi? Kau buat apa kat sini?"

"Kau tanya aku apa buat kat sini? Yah, aku berkali-kali panggil kau tapi kau langsung tak dengar!"

Marahnya lalu memuncungkan bibir tanda merajuk. Yunho yang melihat itu sekadar tertawa kecil.

"Mian. Kan kat sana tadi bising sebab itulah aku tak dengar kau panggil aku tu," ucap Yunho dengan rasa sedikit bersalah. Mingi terdiam seketika.

Dia teringatkan sesuatu. Tadi di luar kelasnya tidak bising pun. Bahkan tiada pelajar pun yang berada di sana.

Bagaimana Yunho tidak boleh dengar panggilan dia tadi? Adakah mungkin dia pakai earphone?

"Ta-tapi..."

"Oh, masa rehat dah nak habis. Aku pergi dulu ya?"

Belum sempat lagi Mingi mahu berkata, Yunho terlebih dahulu terus memotong percakapan dia.

Dia melangkah pergi keluar dari kawasan dark corridors untuk masuk ke kelasnya.

Mingi melepaskan keluhan kecil. Tertanya mengapa baginya terasa susah untuk berjumpa dengan Yunho di sekolah selain daripada di luar kelas dan dark corridors?

"Mingi? Kau buat apa kat sini?"

Pantas Mingi menoleh ke arah empunya suara yang menegur dia tadi.

Dia terkedu melihat Yeosang berada di belakangnya. Dengan pandangan yang tajam itu membuatkan Mingi terasa sedikit takut.

"Erm... Tak ada apa-apa..." jawabnya perlahan.

"Berapa kali aku kena cakap kat kau yang jangan datang ke sini? Kau ni degil sangat kenapa?" soalnya dengan tegas.

Mingi memutarkan kedua bola matanya. Dia terasa malas untuk layan Yeosang lalu berjalan meninggalkan Yeosang seorang diri di dark corridors.

"Yah! Mingi aku belum habis cakap lagi kan!" marah Yeosang.

"So? Kau ingat aku nak dengar sangat ke bebelan kau tu? Buang masa aku jer," balas Mingi dingin lalu membuka langkah meminggalkan Yeosang seorang diri.

Yeosang di situ sudah menahan geram. Dalam hatinya tidak habis-habis mencarut. Geram dengan sikap Mingi yang degil itu.

Dia berpaling melihat seseorang yang berada di dark corridors. Orang itu mengukir senyuman kecil pada Yeosang. Dia membalas dengan senyuman juga.

Kemudian, dia ternampak sebilah pisau kecil yang berada di celah tepi koridor itu diambilnya lalu disimpan dengan kemas dalam kocek baju.

Lalu dia berjalan menuju ke perpustakaan untuk menyambung semula kerjanya sebagai pengawas perpustakaan.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now