┉ 어두운 복도 03

431 82 10
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"Itu sahaja tugasan kamu untuk hari ini. Kamu semua boleh bersurai," ucap Miss Aileen kepada anak muridnya seraya mengemas barang dia.

Lantas semua pelajar kelas 6-3 mengucapkan terima kasih pada Miss Aileen sebelum mereka melangkah keluar dari kelas.

"Kitorang balik dulu, Gi. Jumpa esok," ujar Wooyoung lalu melambai tangan ke arah Mingi.

"Okey," balasnya ringkas.

Semua pelajar sudah berjalan keluar dari kelas untuk pulang ke rumah. Kini yang tinggal hanyalah Mingi dan Yeosang sahaja yang masih berada di kelas.

Yeosang lantas mengemas barang dia lalu keluar meninggalkan Mingi di dalam kelas seorang diri. Mingi di situ sekadar melihat sahaja.

"Pelik..." gumamnya dalam hati.

Setelah selesai mengemas barang, Mingi pun keluar dari kelas untuk pulang ke rumah seperti biasa.

••••••

Dalam perjalanan menuju ke luar sekolah, Mingi ternampak kelibat Yeosang sedang menghampiri dark corridors itu. Dia hairan.

"Bukan tak ada ke orang lalu kat situ? Kenapa dia guna laluan dark corridors tu?"

Selepas sahaja itu Mingi dapati kelibat Yeosang tadi sudah tiada. Dia tergamam seketika.

Cepat betul dia menghilangkan dirinya. Adakah benar dia balik menggunakan laluan dark corridors itu?

Entah mengapa hatinya tiba-tiba terdetik mahu cuba lalu di kawasan koridor itu. Dia mahu kenal pasti sama ada apa yang diceritakan oleh Wooyoung dan San tadi itu adalah betul ataupun tidak.

Dengan langkah yang besar, Mingi berjalan memasuki laluan dark corridors itu. Benar kata mereka berdua, memang gelap.

Dalam perjalanan itu Mingi dikejutkan oleh seseorang dari belakang. Pantas Mingi menoleh.

"Apa kau buat kat koridor ni?" soal orang itu.

Apa yang Mingi lihat sekarang ialah seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya menegur dia dengan tegas. Mingi menghela nafas lega.

"Saja jalan kat sini. Tak boleh ke?" balas Mingi selamba.

"Bukan tak boleh. Cuma kau tak tahu ke kat koridor ni ada kisah hitam dia sendiri?" soal orang itu lagi.

"Hmm... Tak. Sebab aku masih lagi baru kat sini," jawabnya dengan riak wajah datar.

Orang itu sekadar mengangguk kecil. Dia menepuk bahu Mingi seketika sebelum berjalan meninggalkan dia.

Namun, langkahnya terhenti setelah Mingi bertanya satu soalan padanya.

"Kau kenapa guna laluan koridor ni sedangkan kau tahu dia ada kisah hitam?"

Orang itu berpaling ke arah Mingi. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya membuatkan Mingi takut sedikit.

"Sebab aku suka."

Selepas sahaja membalas, orang itu terus berjalan meninggalkan dia di koridor gelap itu seorang diri.

Mingi masih lagi terkaku. Lalu dia mula rasa seram sejuk pula dengan dark corridors ini. Pantas dia mempercepatkan langkah dia untuk pulang ke rumah.

Dia mula rasa menyesal pula kerana menggunakan laluan koridor gelap ini. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku padanya, dia tetap terasa seram sejuk.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now