[C] His Mistress ; Jimin

By rosepctal

10.5K 1K 366

[Completed] "Our relationship is a miracle." Ā© rosepctal 2020 #1 - btsjimin #2 - fanfiction #3 - fanfiction #... More

00
01 šŸ’¦
02 šŸ’¦
03 šŸ’¦
04 šŸ’¦
05 šŸ’¦
06 šŸ’¦
07 šŸ’¦
08 šŸ’¦
09 šŸ’¦
10 šŸ’¦
11 šŸ’¦
12 šŸ’¦
13 šŸ’¦
14 šŸ’¦
16 šŸ’¦
17 šŸ’¦
18 šŸ’¦
19 šŸ’¦
20 šŸ’¦
21 šŸ’¦
22 šŸ’¦
23 šŸ’¦
24 šŸ’¦
25 šŸ’¦
26 šŸ’¦
27 šŸ’¦
28 šŸ’¦
Final Chapter

15 šŸ’¦

273 32 4
By rosepctal



A little vote wouldn't be hurt right? 🥺

"Betul ni tak nak saya hantarkan sampai ke dalam?" soal Jimin sambil matanya meliar ke sekeliling kampus. Kelihatan ramai pelajar yang keluar masuk meskipun jam sudah menunjukkan angka 11 pagi.

Haewon mengangguk. Tangannya memeluk rapat beberapa buah buku. "No need. Saya tak nak ada yang nampak kita pula,"

"Yalah, take care okay. Balik nanti saya ambil eung?"

"Jangan tolak, I don't like rejection you know." kata Jimin yang berbaur sedikit amaran.

"Hm okay. Dahlah saya masuk dulu. Bye."

"Sayang, wait," Haewon menoleh sebelum Jimin menarik lembut rahang miliknya lalu ciuman lembut singgah di bibir mungilnya.

"Study baik-baik."

Haewon ketawa kecil lalu mengangguk. "Bye."

Jimin hanya memandang kelibat gadis itu menjauh masuk ke dalam kawasan kampus. Kereta Audi miliknya diundur sebelum keluar dari perkarangan kampus.

Namun dari jauh ada sepasang mata yang melihat mereka dari jauh sejak tadi. Wajahnya mempamerkan senyuman sinis.


-------


"Haewon-ah,"

"Eoh Euna, kau cakap tak sihat tadi." ujar Haewon apabila gadis itu sudah mendekatinya. Jelas kelihatan wajah polos itu sedikit pucat.

Euna menguap kecil. Mata pun macam tak larat nak buka dah. "Aku lupa harini aku ada meeting dengan kelab sukan. Huwargh aku mengantuk lagi lah."

"Haih dah tahu tak sihat tak payah lah datang. Hal meeting tu kau boleh rujuk dengan Dokyung, budak kelas sebelah. Kan senang."

"Hm aku kan ketua jadi aku kenalah ada." jawabnya lalu bangun menongkat dagu.

"By the way, kau datang dengan siapa tadi? Aku perasan kau naik kereta lain," soal Euna.

"Eoh em Jimin?"

"Hm patutlah tersengih je dari tadi. Faham sangat. Suka lah tu kena hantar dengan boyfriend." usik Euna seraya mencucuk-cucuk sisi tubuh gadis itu. Haewon tersengih kekok.

"Eee janganlah cucuk-cucuk aku. Kau ni."

Mereka berdua ketawa sesama sendiri. Dan sekali lagi Haewon diperhatikan dari jauh. Gambar dua gadis itu diambil secara senyap-senyap.

"Jeon Haewon," ketawa mereka terhenti. Haewon dan Euna menoleh aneh. Kelihatan Han Luna berdiri dibelakang mereka berdua.

"Haih dia ni lagi." keluh Euna perlahan namun masih didengari oleh mereka bertiga.

"Wae?" soal Haewon dengan sopan. Senyuman kekok dilemparkan. Euna pula sudah membuat muka. Orang macamni pun nak dibuat baik ke? Oh please. Kalau aku tak ada maknanya aku nak buat baik dengan orang macamni. Waste my time.

"Happy nampak,"

"Bukan urusan kau. Tch."

Luna tersengih sinis. "Aku nampak kau datang dengan kereta mahal tadi. Looks like he's your boyfriend. Kau pandai tarik lelaki kaya dekat dengan kau eh?"

"Yahh jaga sikit mulut kau, Han Luna. Suka hati kau je cakap Haewon macamtu." bidas Euna terus. Matanya mencerlung memandang Han Luna dihadapannya. Kecil besar kecil besar je dia ni. Eyy.

Haewon diam tidak terkutik. Lidahnya jadi kelu untuk berbicara. Ayat terakhir Luna membuatkan dia terkedu.

"Boleh bagi tips tak macam mana nak tarik lelaki kaya datang dekat kita? Kau kan pro, Jeon Haewon." kata Luna dengan bangganya. Euna pula menjegilkan mata. Nampak sangat Luna sengaja nak cari pasal.

"Kau ni-" percakapan Euna ditahan oleh Haewon. Lengan gadis itu dipegang.

"Apa yang kau nak Luna? Tak habis-habis lagi je nak cari pasal dengan kitaorang?" soal Haewon. Nadanya sedikit keras.

"Kau ni memang tak pernah serik eh?" hambur Euna pula. Bibirnya berdecit halus.

Luna yang masih dengan senyuman sinisnya ketawa kecil. "Serik? Huh. Aku takkan pernah puas selagi kau tak jatuh, Haewon. Semakin tinggi kau naik, semakin jatuh lah kau nanti. Okey?"

Bidasan kata dari Han Luna sedikit sebanyak membuatkan Haewon tergugat juga. Ya dalam masa yang sama dia turut takut jika gadis itu mengambil tindakan lebih drastik dari dulu.

"Malaslah aku nak berlama dekat sini. Bye." Luna melambai manja ke arah dua gadis itu lalu berjalan dengan megahnya.

Euna mengetap geram. Dia pandang Haewon disebelah. "Yahh kau jangan dengar sangat apa yang dia cakap tu. Dia cakap besar je tu. Percayalah."

Haewon terdiam. Betul dia tak perlu fikirkan soal Luna sangat tetapi entahlah ayat gadis itu sedikit sebanyak menggetarkan hati kecilnya.

-------


Puan Park mengerling ke arah menantunya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agamnya.

"Kamu dari mana ni, Yerin? Kusut masai bagai mama tengok."

"Cari Jimin-"

"Dekat kelab? Dengan keadaan kamu macamni?" berkerut dahi wanita separuh abad itu.

Yerin mengeluh kasar. Tangannya memicit sisi kepala yang mulai terasa pening. "Yerin penatlah mama. Puas Yerin cari dekat mana Jimin pergi. Kawan-kawan dia pun Yerin dah tanyakan. Sorang pun tak tahu dekat mana anak mama tu."

Puan Park terdiam. Jimin betul-betul dah melampau. Isteri dekat rumah tak ingat. Apa nak jadilah dengan budak ni.

"Mama ingat nak upah spy-"

"Yerin dah upah, mama. Tapi masih tak ada berita apa-apa,"

"Esok-esoklah kita fikir. Kamu pergilah naik atas mandi apa semua. Nanti mama suruh Aunty Jae panaskan lauk."

"Tak apalah mama. Yerin nak mandi lepastu berehat je. Yerin naik atas dulu."

Puan Park jadi kasihan melihat menantunya yang bersungguh-sungguh dalam mempertahankan rumahtangga mereka. Untung Jimin dapat isteri sebaik Yerin. Tapi itulah anaknya tak tahu menghargai wanita seperti ini.

"Yalah."

Yerin melangkah perlahan naik ke atas. Hampir sahaja dia mahu menitiskan air matanya namun pantas diseka laju.

Pintu bilik dikuak lalu ditutup rapat. Yerin merengus geram. Beg tangan dilempar ke atas katil.

Tubuhnya yang masih bergaun pendek terus ditanggalkan dan bathrobe dicapai. Pintu bilik air dibuka.

Cermin dihadapan dipandang lama. Bibirnya diketap rapat. Bahagian bahu diselak dan ditilik disebalik cermin. Jelas kelihatan kesan merah keunguan disitu.

Rambut panjangnya juga disebak ke belakang. Leher putihnya juga mempunyai kesan itu. Shit.

Ini semua salah lelaki tadi. Kalau tak semua ini takkan terjadi. D-dan mereka tidak akan terlanjur...

Yerin pejamkan matanya rapat. Hampir semua lelaki di kelab tadi dia fikirkan itu ialah Park Jimin. Gila. Suami sendiri dengan lelaki lain pun tak boleh nak beza.

Namun itulah dia Jung Yerin. Dia tetap kalah dengan godaan lelaki. Dan sayangnya lelaki itu bukan suaminya sendiri.

"Argh tak guna!" rambutnya diserabutkan kasar. Melihat wajah sendiri disebalik cermin sahaja sudah menjijikkan dirinya.

Suara tangisan yang mula bergema ditahan sebaik mungkin. Bimbang jika mama mertuanya dengar akan tangisannya nanti.

"Kau bodoh Jung Yerin. Bodoh. Kau dah kotor. Sekarang kau dah tak ada beza dengan perempuan simpanan Jimin tu. Tch."

.

Continue Reading

You'll Also Like

112K 14.3K 16
"Kau lari. Kau tidak akan selamat." Start: 04/10/2018 End. : 15/10/2018 #1 in fanfiction [29/5/2019] Cover: @ochi ā¤
7.1K 394 32
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
1.5K 420 51
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]
1.4M 105K 59
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...