Árulás [Betrayal]

smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... Еще

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B50

181 27 37
smokymokivicococo

"BIY, nak suap hiks..." ujar Ivy, manja. Meskipun sedang berpakaian pesakit dan terlantar di atas katil, masih sahaja gadis itu tersenyum ceria. Tangannya memegang erat jari-jemari si suami.

Si suami hanya tersenyum manis, lantas menyuakan sesudu bubur di hadapan wajah Ivy.

Ivy mencebik, "Tak nak bubur. Tak sedap..."

"Gediknya kau. Nak termuntah aku tengok." komen Kyle, meluat. Matanya dijulingkan memandang aktiviti terlebih gula Ivy sejak setengah jam yang lepas.

"Hak alah, kau! Kalau jealous, pergilah manja-manja dengan bini sendiri." balas Ivy lalu bibirnya dijelirkan apabila melihat air muka Kyle yang bertukar keruh.

Mentang-mentang Lia dah pergi melawat Evel, boleh pulak Ivy menganjing dia kat sini. Mata dikalihkan pada suami Ivy yang setia duduk menemani isterinya itu, "Bro, macam manalah kau boleh jatuh suka kat minah ni? Perangai mintak tampar je tiap saat!"

"Hahaha! Comellah! Kan sayang?" Pipi Ivy dicuit lembut, membuatkan Ivy melebarkan lagi senyumannya.

Krekk!

Pantas ketiga-tiga mereka mengalih pandang pada pintu yang dibuka dari luar. Terjengul wajah polos Hao yang silih memandang mereka.

"Mana Ayden?" soal Hao apabila sedar Ayden hilang sejak tadi.

Kyle, Ivy dan Andrew iaitu suami kepada Ivy, saling berpandangan sebelum kepala digelengkan ringkas.

"Lepas aku bangun, dia terus keluar." jawab Ivy.

Hao sekadar mengangguk lalu melangkah masuk. Katil pesakut didekati. Pelik dia tengok muka Ivy ni, pucat-pucat pun happy.

"Tahniah, bro." Tangan dihulur pada Andrew dan disambut baik oleh lelaki itu. "Aku pun tak tahu nak kata tahniah ke takziah sebenarnya. Auch- sakitlah! Kasar betul kau, ingat sikit sekarang kau dah jadi bini orang."

Hao menggosok lembut bahunya yang ditampar kuat oleh Ivy sebentar tadi. Ivy pula sekadar mencebik lalu menempel kembali pada suaminya.

.
.
.
.
.
.

"KAKAKKU sayang! Kenapa kau tak mati lagi?!" Alex menerjah masuk ke wad kakaknya sebaik sahaja pulang dari tandas.

Terhenti pergerakan manusia-manusia di dalam wad itu, termasuklah seorang jururawat yang sedang bertugas. Kepala hanya di gelengkan perlahan melihat perilaku adik kepada pesakit itu.

"Kau nak membangang jangan masuk sini. Aku sakit lagi ni." kata Evel, malas.

"Alah, setakat berbalut sikit-sikit ni apalah sangat. Kata kental en?"

Belum sempat Evel berkata apa-apa, satu bantal sudah melayang tepat mengenai kepala Alex, sekaligus membuatkan lelaki itu terundur beberapa tapak kebelakang. Terkejut punya pasal.

Yang lain sudah tercengang melihat kejadian yang berlaku.

"Siapa baling tadi?!" jerkah Alex, geram. Satu persatu wajah ditelek lama.

"Me! Sini hospital so jangan buat bising. Pesakit perlukan rehat." Selamba sahaja si jururawat tadi menjawab. Sempat bahu Alex dilanggar kuat sebelum dia melangkah keluar.

Alex pula sudah tercengang sendiri. Apak ah, nak mati ke minah ni?!

"Padan muka kau." pendek sahaja komen Scarlet.

Alex pantas mengalihkan kepala ke arah Scarlet. Bibir dicebik geram, "Humph, menyibuk!" Bantal diangkat daripada lantai lantas dibaling ke arah Evel. Bunyi desisan sakit dari kakaknya diabaikan sahaja.

Dasar adik derhaka budak ni!

"Uish, kau ni Lex. Tak payahlah bunuh kakak aku. Aku masih sayang dia tahu!" Lia mencelah, geram. Lavin yang sudah tidur di dalam dukungannya dihulur pada Scarlet. Selepas itu, Lia terus membantu Evel menyelesakan lagi baringnya.

"Ha, macam ni la! Semua pilih kasih. Tang aku je mati, tang Evel je sayang. Dah ah, aku nak mengadu kat ayah! Humph!" protes Alex lalu menghempaskan punggungnya di sofa. Telefon dikeluarkan lalu nombor Encik Haze didail. Tak sampai seminit, sudah bingit ruang wad itu dengan aduan dan luahan Alex pada Encik Haze.

"Pondan!"

Serentak perkataan itu keluar dari mulut Scarlet dan Evel. Menyedari persamaan secara tidak sengaja itu, Evel lantas tergelak manakala Scarlet hanya tersengih.

"Kau tertelan dadah ke, Alex? Nazak dah aku tengok ni." komen Anna pula namun hanya diabaikan oleh Alex. Adik derhakalah katakan. Anna mencebik, "Mujur adik aku Rizz, bukan dia."

"Bukan adik kitorang jugak!" Laju sahaja Evel, Scarlet dan Lia menambah lantas tergelak sendiri.

"Ayah, diorang tak ngaku Alex adik diorang! Huwaa!" adu Alex lagi pada si ayah.

"Mampuslah kau, hanat! Geli ketiak aku tengok kau ni." Scarlet pantas melempar sneakernya.

Mujur sahaja Alex cekap menangkap lalu tanpa ragu-ragu, sneaker itu dicampak ke arah tingkap wad yang terbuka. Tercengang semua yang melihat. Bukan tidak tahu yang Scarlet suka mengumpul kasut, boleh pula Alex buang sesuka hati.

Wajah polos ditayang. Tanpa menunggu lagi, pantas Alex berlari keluar dari bilik itu. Scarlet yang ingin mengejar terpaksa membatalkan sahaja niatnya. Kang dia lari tak pakai kasut, ada jugak yang hantar dia ke hospital mental kejap lagi.

.
.
.
.
.
.
.

"MANA kasut kau?" soal Raven, pelik melihat kaki Scarlet yang hanya tersarung selipar jamban sahaja.

"Diam!" gumam Scarlet. Geram betul dia dengan si adik ni. Kalau dapat kejap lagi, memang mampus dia belasah. Sekarang pun dia mahu balik kerana Anna yang akan menjaga Evel. Pasti dapat jumpa Alex di rumah nanti.

"K."

Itu sahaja balasan Raven. Tanpa kata, tangan kanan Scarlet dicapai lalu disangkutkan pada belakang tengkuknya. Bahu Scarlet pula dipeluk erat. "Jalan."

"Eh, what?" Scarlet menarik semula tangannya yang disangkutkan pada tengkuk Raven tadi. Wajahnya jelas keliru melihat lelaki itu.

"Kaki kau sakit kan. Biar aku papah kau. Ke kau nak aku angkat?" ujar Raven, risau. Bukan dia tidak nampak Scarlet yang terhinjut-hinjut berjalan sejak tadi.

"Angkatlah kalau berani." cabar Scarlet. Oh please, siapa je yang berani nak sentuh dia sesuka hati sebelum ni? No one!

"K." pantas Raven menunduk lalu tubuh Scarlet disauk selamba. Belakang lutut gadis itu ditampung dengan tangan kanannya manakala tangan kiri menampung bahagian badan.

Scarlet yang tidak bersedia hampir-hampir sahaja terjatuh. Mujur dia sempat menggenggam baju lelaki itu. "Turunkanlah! Aku gurau je!"

"Lambat. Sampai tahun depan pun tak sampai kereta kalau kau jalan sendiri." balas Raven sambil mula melangkah. Pandangan dan bisikan yang timbul hanya diabaikan.

Scarlet pula makin galak menayang dirinya yang sedang di angkat oleh seorang lelaki kacak. Haters gonna hate, so I'm gonna make them hate me more!

Selepas beberapa minit perjalanan, mereka sampai ke ruang parking. Scarlet mengerutkan keningnya apabila Raven berjalan tegak ke arah sebuah bentley hitam. Ini bukan kereta dia, mahupun Anna atau Evel.

"Kereta aku bukan kat sini." ujar Scarlet sambil dongak memandang wajah Raven yang sedang mendukungnya.

Raven mengangguk sambil tersenyum nipis, "Kereta aku. Evel suruh aku hantar kau. Kau tak boleh drive, cacat lagi."

"Cacatlah sangat." Scarlet menggulingkan matanya, menyampah. "Macam aku tak biasa."

.
.
.
.
.
.
.

"SO, apa jadi sebenarnya?" soal Alvin, keliru. Wajah Ayden, Ivy dan Andrew yang baru sahaja berkumpul di wad Evel, dipandang silih berganti.

Tak tahulah apa punca diorang berkumpul ke situ. Konon nak melawat katanya.

"Apa?" soal Ivy polos. Dia yang sedang menyuapkan buah anggur milik Evel kepada suaminya, hanya menayang wajah tidak bersalah meskipun di jeling oleh Kyle.

"Siapa Andrew? Bidan terjun ke?" soal Alvin lagi. Kyle turut berminat ingin tahu. Hao pula hanya diam kerana dia sudah faham segalanya di hari majlis itu.

"Andrew?" Ivy mengalihkan pandangannya pada si suami yang sibuk mengunyah, "Sejak bila Biy jadi bidan ni? Awat tak habaq?"

"Entah, biy innocent. Biy tak tahu apa-apa." Andrew turut membalas tanpa riak serba salah. Bahu dijungkit ke atas beberapa kali.

"Hotak koranglah!" marah Alvin. Nak je dia sumbat mulut sekor-sekor dengan selipar.

"Alaa, you ni. Baran la pulak. Takowt I tau. Ehek!" Ivy tergelak gedik sambil menggoyang-goyangkan tangannya penuh diva.

"Can you please stop acting like that? Geli!" komen Kyle, tidak puas hati. Cukuplah beberapa minggu lepas Ivy bagai disampuk jembalang sajat, janganlah sekarang pun buat hal. Dok ber-I-you sangat, loya tekak!

"Eee, biy! Tengok diorang dengki! I tak suka la! Huwaa!"

"Babi, setan, kembar kau anjing." carut Hao penuh sopan sambil tersenyum paksa. Cukuplah, dia terseksa hadap semua ni!

"Ceh, yelah yelah. Kalau nak tahu apa jadi, tanya Ayd." ujar Ivy lalu menyambung aktivitinya dengan buah anggur.

"Apahal aku pulak?"

"Entah, sebab kitorang malas kut." Andrew menjawab soalan Ayden sambil tersenyum tidak bersalah. Bak kata dia tadi, 'Biy innocent'.

"Apa-apa jelah. Ha korang tak faham apa lagi?" tanya Ayden sambil satu persatu wajah ditelek dengan anak matanya.

Kyle pantas bersuara, "Siapa Andrew? Kenapa Ivy kahwin dengan dia? Kenapa bukan dengan kau? Kau bagi Ivy makan apa sampai jadi gedik tiba-tiba?"

"Woi, woi, woi! Asal soalan kau macam tak restu aku jadi suami Ivy pulak?" celah Andrew tidak puas hati. Sebelah keningnya dijungkit ke arah Kyle.

Kyle sekadar mengangkat bahu sambil matanya digulingkan, "Entah, tak tahu. Aku innocent!"

"Babun!" Hanya sepatah itu yang keluar dari mulut Andrew, menyedari dirinya sedang diperli. Come on la! Dia kahwin je pun, apa dosa dia?!

"First of all, kenapa aku pulak yang kena kahwin dengan Ivy?" soal Ayd kembali.

"Sebab korang dah couple selama empat tahun dan kitorang tak pernah dengar korang break. And, sebab kitorang tak terima beruk jadi ipar." jawab Alvin, selamba.

"Bb... Beruk?" Andrew membeliakkan matanya.

"Eh, aku kata beruk ke tadi?" soal Alvin sambil menggaru sebelah kepalanya. "Sorry, sorry. Aku nak kata dajjal."

"The heck?!"

"Abaikan dia." celah Ayden. Tahu sangat Alvin memang suka cari pasal. "Actually, aku rasa aku tak pernah declare Ivy jadi girlfriend. Am I right?"

"Eh, tapi..." Kyle cuba membantah namun terhenti di tengah jalan. Otaknya merayap mengingati kejadian sejak empat tahun lepas.

Ivy yang sedang memanjat tembok untuk melihat matahari terbenam dengan lebih jelas, terkial-kial menaikkan sebelah kakinya ke atas tembok batu itu. Sarah, Kyle dan Hao yang sudah berada di atas pula sekadar memerhati tanpa niat untuk membantu.

Ayden pula sejak tadi menjaga bahagian bawah tembok, risau sekiranya gadis itu terjatuh.

"Ivy, cepatlah! Kang sampai esok pun kau tak dapat tengok matahari ni!" gesa Kyle.

"Erghh, sabarlah! Bukannya kau nak tolong aku pun, complain je banyak!" balas Ivy pula. Haishh, tak bestlah jadi pendek ni, serba-serbi tak sampai!

"Alololo, kalau nak orang tolong tu mintak la baik-baik. Meh sini, meh pegang tangan aku. Biar aku tarik kau." Sebelah tangan dihulur pada Ivy yang masih berusaha memanjat ke atas.

Tak menunggu lama, Ivy pantas menyambut tangan itu. Baru sahaja ingin menaikkan tubuhnya, sengaja Kyle melepaskan pegangan hingga membuatkan Ivy tergelincir jatuh.

Ayden yang berada di bawah terus sahaja menyambut tubuh kecil itu. Ivy terdiam seketika dek terkejut akibat terjatuh dari kawasan yang tinggi.

"Ehem, ehem! Cinta berputik ke tu?" usik Sarah lalu tergelak diikuti Kyle dan Hao.

Dan semenjak itu, merekalah yang menyebarkan rumour bahawa dua manusia itu menjalinkan hubungan. Sampaikan keluarga kedua-dua belah pihak turut tahu tentang itu.

"Kenapa diam?" soal Ayden, sinis.

Kyle pantas menjeling Ayden dan Ivy yang sedang menahan tawa. "Tetap salah korang! Siapa suruh tak nafikan."

"Buang masa." ujar Ayden.

"Buang tenaga." Dan, disambung oleh Ivy.

"Dah tu, sejak bila kau kenal Andrew?" soal Anna pula. Sejak tadi, dia dan Evel hanya diam memerhati. Satu apa pun mereka tak faham sebenarnya.

"Erm, tiga tahun lepas tak silap aku. Kan, biy?" soal Ivy pada suaminya dan dibalas dengan anggukan laju.

"Asal aku tak tahu? Kau rahsiakan dari aku ke? Kau tahukan mama and papa amanahkan aku jaga kau." soal Kyle bertubi-tubi. Rambutnya diraup kebelakang, cuba menenangkan diri. Serius dia tak puas hati sekarang ni.

"Oops, tak lagi lepas ada Ayd. Amanah tu dah jatuh kat Ayd. Well, dia kan abang kesayangan aku." Ivy mengelipkan matanya tanpa sedikitpun rasa bersalah pada Kyle.

Kyle mendengus tidak puas hati sambil matanya menjeling tajam pada Andrew. Andrew pula hanya pasrah apabila menjadi sasaran teman baik isterinya itu.

"Ivy..." seru Evel perlahan.

Ivy pantas menghentikan kunyahannya lalu membalas pandang Evel. "Yes, kenapa you?"

"Berhenti guna you la, gila! Aku rejam kau kang!" bising Kyle lagi.

Ivy sekadar memberi pandangan menyampah kepada lelaki itu. "Ceh, menyibuk! Kenapa Hell? Kau nak apa-apa ke?"

"Aku nak minta maaf. Sorry, rosakkan majlis kau." pinta Evel, perlahan. Kalau tidak disebabkan musuhnya, pasti majlis Ivy berjalan lancar.

Ivy tersenyum. "Sokay, small matter la! Aku pun tak suka crowd sebenarnya. Tapi, aku nak tahu siapa diorang boleh tak?"

"Tu musuh aku. Err, musuh keluarga." balas Evel, ringkas.

"Minah tiga ekor tu? Uish, macam power." tambah Ivy lagi. Kepalanya di angguk-anggukkan tanda faham.

Evel hanya tersenyum nipis. Masakan tidak hebat kalau dia pun dah nazak dibelasah sekarang ni en.

"Sedap sikit telinga aku dengar kau guna bahasa manusia normal, babe. Kalau tak aku pun tak dapat bezakan kau dengan tapir." komen Anna sambil tersenyum lega. Baru je dia bersedia nak berperang kalau-kalau Ivy bawa perangai beruknya ke sini tadi, mujur sahaja sudah normal.

"Hehehe, sorry Anna. Aku nak try jadi gedik sekejap je hari tu. Kill two birds with one stone gitu." Ivy tersengih lagi.

_____________________

~06/04/21~

Tak padan dengan stts bdk sch aku ni, dok update story hari ii😭
Come on laa spm nk dekat woi

Продолжить чтение

Вам также понравится

[C] The Devil roseschae

Подростковая литература

67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...
➵ Love You Whole emaffles

Короткий рассказ

174K 11.7K 15
Qaib Naufal, bukanlah seorang lelaki yang tahu untuk mencairkan hati wanita kecuali mummynya. Dia yang bakal menjadi seorang doktor pakar bedah adala...
1.2M 56.2K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.3M 62.2K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...