Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B49

142 27 14
By smokymokivicococo

HAO hanya memerhatikan Alvin yang sedari tadi tidak senang duduk. Lelaki itu sekejap-sekejap mengelus rambutnya ke belakang sambil mengeluh berat. Bukannya Hao tidak tahu apa yang mengganggu Alvin, tetapi dia sengaja memerhatikan sahaja.

Dah cari pasal, sekarang baru reti nak pening kepala!

Bahu Alvin ditepuk perlahan, cukup untuk membuatkan lelaki itu memandangnya. Wajah ketat milik Alvin sedikit pun tidak membantutkan niat Hao untuk menegur. "Kalau risau, pergilah jumpa dia. Tak salah pun kau teman dia kat sana."

"Pebende kau merepek ni?" bidas Alvin, keras. Matanya dialihkan memandang pintu bilik hospital dimana Ivy sedang dirawat. Ayden, Hao, Alvin, Kyle dan Lia sedang menunggu doktor siap merawat Ivy. Begitu juga dua ibu bapa gadis itu.

Hao mencebik, menyampah. Matanya turut dilarikan pada Ayden yang tampak tidak senang duduk di sebelah ibu bapa Ivy. Perangai sekor-sekor ni memang mintak kaki! "Kau tak payah nak berlakon depan aku la, Alvin. Kau risaukan Anna, kan? Pergilah tengok dia sana."

"Anna? Buat apa aku risaukan dia, dia bukan sakit apa-apa pun." balas Alvin.

"Kau fikir, aku tak tahu kau curi dengar masa aku call dengan Rav tadi? Kau tahu Anna tengah meraung kat sana kan?" Hao tersenyum sinis apabila Alvin sudah mengetap rahangnya.

Tanpa suara, Alvin sekadar berkumat-kamit memarahi diri yang terkantoi mencuri dengar perbualan Hao dan Raven sebentar tadi. Ya, jujur dia risaukan Anna. Gadis itu tampak kuat, tapi siapa sahaja yang dapat bertahan jika bakal kehilangan orang yang tersayang?

Keadaan Evel tadi memang tampak begitu teruk dikerjakan oleh kumpulan yang digelar Silent Flow itu. Sehingga sekarang, pembedahan gadis itu masih tidak selesai. Berbeza pula dengan kecederaan Ivy yang hanya tikaman pada perut, dan Raven yang sekadar pengsan.

"Kau termenung apa lagi? Cepatlah teman buah hati kau!"

Alvin merengus tidak puas hati. Memanglah dia risaukan Anna, tapi jika dia muncul ketika ini, pasti hanya membuatkan keadaan bertambah teruk. Susah payah dia berusaha untuk menjauhkan diri dari Anna, tidak mungkin dia akan muncul tiba-tiba sekarang ini.

"Wahai abangku yang berwajah serupa jembalang, apa lagi yang kau fikir tu?" tegur Hao lagi. Kali ini tangannya naik menjentik kuat telinga Alvin.

Alvin menjeling tajam Hao yang duduk di kirinya. Telinganya diusap lembut sebelum tangannya naik meraup rambut perangnya ke belakang. "Kau tak faham, Hao."

"Tak faham apa?" Hao menunjukkan wajah polosnya sambil senyuman comel diukir memandang Alvin. Matanya yang kelihatan sepet apabila tersenyum, merenung tepat wajah si abang. "Tak faham yang kau ni pengecut? Larikan diri lepas dah buat perempuan jatuh cinta kat kau? Huh, kejam! Tak berperikemanusiaan!"

Fuh, ayat Hao ni nampak alim benar ye anak-anak. Macam ku lupa siapa yang dok jadi member playboy Alvin suatu ketika dahulu.

"Kau nak apa, Hao?! Saja nak cari gaduh dengan aku?!" gertak Alvin pula. Dahinya berkerut memandang wajah Hao yang masih berlakon suci.

"Kau tu yang nak apa sebenarnya, Vin? Bila Anna dah mengaku dia suka kau, kau terus larikan diri? Aku tak kisah kau mainkan hati perempuan lain, tapi Anna tu dah macam-"

"Macam apa? Macam isteri kau?" cantas Alvin, sinis. Terngiang-ngiang di kotak fikirannya bagaimana Anna selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Hao dan yang lain.

Ya, benar dia tak sempurna. Benarlah dia jahat, dia tidak seperti yang lain. Sedangkan wanita yang mengandungkannya pun tidak mahu menerima dirinya, apatah lagi meminta perhatian dari gadis bernama Edrianna Aulia itu?

Cukuplah! Dia sudah sedar dia tidak layak! Dia tidak mahu Anna pula yang menyesal suatu hari nanti, kerana dirinya yang serba malang ini.

"Apa kau mengarut?! Aku dah anggap dia macam kakak akulah, Alvin! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" marah Hao pula. Dia bukan jenis manusia yang akan ganggu orang lain. Masakan dia ingin merampas Anna dari Alvin sedangkan sejak awal lagi dia sudah tahu isi hati rakannya itu.

Alvin diam. Sedar? Ya, dia sedar. Dan sekali lagi, kini kata-katanya menyakitkan Hao pula. Nampak kan betapa teruknya dia. Kewujudannya hanya akan memberi kesakitan kepada orang lain.

Mata dipejam erat sebelum pelipis kepala diurut perlahan. Sebaik sahaja matanya terbuka, wajah Hao direnung lembut, "Sorry, Hao. Aku salah."

Ucapan ringkas Alvin itu lantas membuatkan wajah tegang Hao kembali mengendur. Setelah lebih 13 tahun mengenali Alvin, dia sudah cukup mahir membezakan emosi lelaki itu. Jelas sekali Alvin benar-benar memaksudkan permintaan maafnya sebentar tadi.

"Haih, kau kenapa sebenarnya, Vin? Please, bagitahu aku apa yang tak kena dengan kau. Dah berminggu-minggu kau macam ni." ujar Hao, lembut. Bahu Alvin ditepuk tiga kali, sekadar untuk menenangkan lelaki itu.

"Aku..." Alvin menjeda. Tidak pasti sama ada ingin membuka mulut atau tidak. "Takde apa-apalah."

"Vin, jujur dengan aku." pinta Hao lagi. Dia cukup kenal dengan perangai Alvin yang sukar menceritakan masalahnya. Kadang-kala, jika sudah mula bercerita pun dia akan berhenti di tengah jalan.

Lelaki itu tampak ceria. Tidak lekang dengan senyuman dan usikan, malah tidak kisah dicaci maki dan ditengking. Tapi, semua itu kerana ada luka yang lebih besar ditanggung dalam dirinya, hinggakan perkara kecil seperti pergaduhan dan tengkingan, langsung tidak memberi kesan. Kerana rasa sakit itu sudah kebal dalam dirinya.

Namun itu tidak bermakna Alvin sentiasa kuat. Ada masanya dia lemah seperti manusia biasa, tapi 'topeng' yang tidak pernah ditanggalkan itu cukup membutakan mata orang yang tidak mengenalinya. Hanya orang yang benar-benar faham yang akan tahu.

Keluhan berat keluar dari bibir Alvin. Matanya merenung hujung kaki yang bersarung kasut. "Aku tak layak untuk dia, Hao. Aku cuma bawa malang. Aku akan sakitkan dia."

"Siapa kata?!" pintas Hao, laju. Penumbuknya sudah sedia dikepal kuat, menahan geram dengan si pelaku yang membuatkan abang tidak rasminya ini jatuh tersungkur dengan nasib sendiri.

"Orang yang aku sayang..."

Hao terdiam mencerna kata-kata Alvin. Orang yang disayang lelaki itu? Siapa lagi kalau bukan ibu dan ayahnya, bukan? Lagi pula, memang dua manusia tidak bertanggungjawab itu yang meletakkan Alvin dalam kesengsaraan sejak kecil lagi. "Maksud kau, your mum and dad? Aku dah kata, jangan fikir pasal diorang lagi, kan? Diorang tu yang tak dapat bezakan kaca dan permata! They don't see your value, Alvin!"

"Do I have any value? Aku memang takde apa-apa yang nak dibanggakan, sebaliknya, aku ni memalukan, Hao. Kalau tak, diorang takkan hantar aku ke rumah anak yatim."

Balasan Alvin sekaligus membuatkan Hao terdiam. Gigi diketap geram apabila isu ini berbangkit setelah kali terakhir Alvin menyebut tentang mereka adalah pada 12 tahun lalu. Tahun kedua perkenalan mereka di rumah anak yatim. Juga kali pertama dan terakhir, perkara ini dibangkitkan. Fikirnya, Alvin sudah melupakan hal itu, namun ternyata tidak!

"You know what..." ujar Alvin, cuba menarik perhatian Hao kembali. "Kadang-kadang aku harap takdir aku macam kau. Sekurang-kurangnya kau tak perlu berdendam. Sekurang-kurangnya kau tak perlu terserempak dengan orang yang lahirkan kau. Sekurang-kurangnya, kau takkan nampak mak bapak kau bahagia dengan anak-anak diorang yang lain."

Sejurus itu, Alvin pantas berdiri lalu meninggalkan Hao terkebil-kebil disitu.

.
.
.
.
.
.

Sudah hampir sepuluh minit kakinya melangkah tanpa arah. Kini matanya terpaku melihat pemandangan yang secara tidak sengaja terpampang di depan matanya. Liur diteguk kelat. Entah kenapa matanya terasa panas dan hatinya hancur melihat si gadis yang masih menangis teresak-esak di bangku hospital itu.

Buku lima dikepal kuat, cuba menahan emosinya daripada meletus. Pandangannya jatuh pula pada Raven yang setia berdiri di tepi gadis bernama Scarlet.

Pengecutkah dirinya? Kenapa dia tidak seperti Raven? Setia menemani orang yang disayangi tanpa perlu sepatah pun rasa sayang dan cinta itu diungkap. Namun kini, dirinya yang tidak jemu menghujani Anna dengan kata-kata sayang dan cinta, tiada di sisi ketika dukanya? Kejamnya dia!

Nafas ditarik dalam. Cukuplah, dia sudah tidak tahan melihat air mata gadis itu. Langkah laju diatur ke kerusi hospital, lalu tanpa sebarang isyarat, bahu Anna disentuh lembut.

Baru sahaja gadis itu menoleh memandang Alvin , tubuh kecil itu terus tenggelam dalam pelukan si jejaka. Kepalanya ditekan kuat pada dada bidang lelaki itu, sekaligus membuatkan Anna terpaku seketika. Terkejut dengan jarak mereka yang terlalu dekat.

"Kau okay?"

Suara garau Alvin yang menyapa lembut telinganya membuatkan Anna terdiam seribu bahasa. Hanya kepalanya yang diangguk perlahan sebagai balasan.

"Nangislah kalau nak. Aku temankan kau." ujar Alvin lagi. Kepala Anna diusap lembut sehingga ke pangkal leher.

Anna diam. Separuh hati bagai ingin menolak lelaki yang sudah melukai dirinya itu. Namun separuh lagi berharap masa terhenti agar mereka tidak akan terpisah selepas ini. Dia sendiri keliru!

Scarlet yang perasan kewujudan Alvin pula, sudah sedia mengambil tindakan menghalau lelaki itu. Baginya, Alvin tidak layak menyentuh Anna selepas apa yang dilakukan.

"Stay here." Raven menekan lembut bahu Scarlet yang baru ingin bangun. Kepalanya menunduk memandang Scarlet yang sudah memaparkan wajah tidak puas hatinya. "Jangan kacau diorang. They need space."

"Tapi, Anna-"

"Trust me, she will be fine." Raven melarikan anak matanya ke arah Anna yang sudah di dalam pelukan Alvin.

Perbuatan Raven itu hanya dituruti oleh Scarlet. Menyedari Anna yang kian tenang, Scarlet hanya membiarkan Alvin terus memeluk Anna. Mungkin benar, mereka perlukan peluang sekali lagi.

Alex yang setia duduk di tepi kakaknya turut sama memandang, "Lovely birds. Buat sendu aku je tengok." Mata dilarikan semula ke bilik pembedahan. Sudah lebih tiga jam pembedahan dilakukan namun masih tiada tanda-tanda untuk selesai. "Kakak aku ni pun lambat pulak nak sedar. Kalau nak mati tunggulah aku."

_____________________

~05/04/21~
~lama tak update bkn sbb sch, tapi gue sakit hewhew.

Continue Reading

You'll Also Like

6.3K 933 1
Coming soon
67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...
5.6K 1.5K 56
[ Karya Kedua : Hara ] ✔️ •Adrian Hayqal × Eiyra Natasya• Pertemuan tidak sengaja diantara mereka telah membuatkan Adrian jatuh cinta pandang pertama...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...