Árulás [Betrayal]

De smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... Mai multe

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B48

163 26 17
De smokymokivicococo

PANTULAN dirinya ditatap dengan mata bersinar teruja. Tidak sabar rasanya untuk masuk ke dewan dan melangsungkan perkahwinan sebentar lagi. Meskipun perkahwinan mereka sudah didaftarkan, namun masih sahaja Ivy teruja ingin menunjukkan suaminya kepada orang ramai. Pasti seronok! Akhirnya segala rancangannya berjalan lancar.

"Cik, pengantin lelaki dah tunggu kat luar." ujar pengurus perkahwinan yang setia menemani Ivy sejak tadi. Bibirnya tersungging senyuman manis melihat pengantin perempuan yang sungguh lawa di matanya. Gaun pengantin berwarna biru muda dan  beralun lembut serupa deruan ombak pantai, tampak begitu menyerlah dan anggun digayakan di tubuh ramping itu. Solekan yang tidak terlalu tebal dan masih nampak natural, makin menyerlahkan sepasang mata hijau jade bersinar milik si gadis. Rambutnya pula disanggul tinggi bersama sedikit hiasan rambut elegan bertemakan mutiara.

Setiap yang memandang pasti terpaku. Untung benar pengantin lelaki apabila mendapat gadis secantik ini. Sudahlah lawa, lemah-lembut pula tu.

"Pengantin lelaki? Okay, kejap lagi saya keluar." Ivy tersenyum teruja. Cermin dipandang buat kali terakhir. Rambutnya yang terjuntai ke dahi ditolak sedikit ke tepi telinga. Senyuman lebar setia terukir di bibir. Satu hembusan nafas dilepaskan lalu dengan yakin, Ivy mula berjalan keluar. Sisi gaunnya diangkat sedikit bagi mengelakkan tersangkut ketika berjalan.

Sebaik sahaja melihat Ayden dan Hao di luar pintu, senyumannya makin melebar. Kepala dilarikan ke kiri dan kanan, melihat beberapa lelaki yang turut berada di situ.

.
.
.
.
.
.
.

    Sebaik sahaja Scarlet melabuh duduk di kerusi sebelahnya, Evel pantas mengangkat wajah. Riak kosong adiknya dibalas dengan satu senyuman nipis. "Lamanya kau pergi tandas."

"Ceh, macam tak kenal aku. Aku malas nak duduk sini, bingit!" balas Scarlet. Ini pun dia masuk kerana Anna sudah mencarinya di tandas, lalu diheret masuk ke dewan bersama.

Kepala ditegakkan memandang depan, dimana Alvin dan Raven sedang berbual. Bibirnya mencebik geram melihat Alvin yang beriak selamba sahaja, sedangkan Anna tampak sangat masih kecewa. Pandangannya jatuh pula pada Raven. Seperti biasa, renungannya akan melekat pada sepasang anak mata kelabu milik Raven. Terasa lega dan hilang sedikit kekosongan hatinya yang ditinggalkan oleh Steven. Jujur dia masih tidak dapat lupakan lelaki itu.

Evel pula memandang tepat ke depan tengah dewan, dimana terletaknya satu kek empat tingkat megah menjadi tatapan para tetamu. Cantik, dan pasti lebih cantik apabila Ivy dan Ayden memotong kek itu sekejap lagi. Memikirkan hal itu, Evel tersenyum tawar. Kenapalah dia masih tidak dapat membuang perasaan pada Ayden ini. Meskipun sudah elok disembunyikan daripada orang lain, tapi dia tidak dapat menipu diri sendiri. Katakanlah berjuta kali pun bahawa dia telah redha, tapi sejujurnya hatinya masih sakit. Meskipun harapan itu sudah hancur, meskipun dia tidak menjangkakan kebahagiaan untuk dirinya, namun perasaan itu masih kekal di dalam hati. Dan setiap saat, hanya menghancurkan lagi dirinya.

"Kau okay? Nak balik ke?" soal Scarlet tiba-tiba. Bahu Evel disentuh lembut.

Pantas Evel menggeleng perlahan. Senyuman manis diukir, "Aku okay je. Asal?"

"Huh, suka sangat menipu. Macamlah aku tak kenal kau." bidas Scarlet sekaligus membuatkan senyuman Evel pudar.

Ya, dia penipu. Dan sejak dulu lagi dia menipu diri sendiri. Sentiasa menjangkakan kebahagiaan sedangkan dia sendiri tahu, pada akhirnya dia tetap akan terkorban. Satu hari nanti, setelah Reaper berjaya dikalahkan, nyawanya tetap akan melayang. Jadi, apa lagi makna kebahagiaan untuknya? Tiada!

Maka, setakat secubit perasaan buat Ayden ini, biarlah terkubur bersama jasad tanpa nyawanya suatu hari nanti.

"PARA HADIRIN DIMINTA MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING DAN BERTENANG. SEKARANG, TIBALAH MASANYA KITA MENJEMPUT PASANGAN PENGANTIN KE DALAM DEWAN! DIPERSILAKAN, MR. DAN MRS. REIVAN!"

Serentak itu, pintu dewan terbuka. Satu figura lelaki bertuksedo hitam berjalan seiring dengan seorang gadis bergaun biru muda. Kedua-duanya tersenyum manis pada para tetamu yang hadir.

Para tetamu mula berbisik-bisik sambil masing-masing memapar wajah keliru. Begitu juga Raven, Kyle, Alvin, Evel, Scarlet, Lia dan Anna. Masing-masing berwajah keliru. Tanpa menunggu, Kyle pantas mengeluarkan telefonnya lalu satu nombor didail. Tak sampai seminit, panggilan itu bersambung.

"Weyh, apa jadi?! Asal Ivy dengan lelaki lain?! Apa kau buat, Ayden!" marah Kyle. Satu meja mula memakukan pandangan pada dirinya, turut sama ingin tahu apa yang sedang terjadi.

Fikir mereka, pasti Kyle sudah membuat masalah hingga Ivy terpaksa masuk ke dewan dengan lelaki lain sebagai 'suami'.

"Apa jadi? Ivy tengah jalan masuk dewan?"

"Ayden Hariculas Edwarson! Aku takde masa nak main-main dengan kau!" tengking Kyle lagi.

Sementara itu, Raven melarikan pandangannya ke belakang dewan. Figura Ayden dan Hao yang berdiri elok tanpa riak serba salah menyapa matanya. Dahinya berkerut pelik memandang dua lelaki itu.

"Yow, Kyle. Aku ni, Hao."

Hao mengambil alih setelah telefon Ayden dirampas.

"Kitorang tak boleh terangkan sekarang, tapi ni semua salah Ivy. Tapi Ayd pun sama bodoh je sena– Argh! Sakitlah! Asal main kepala aku?!"

"Kau yang bodoh, bukan aku!"

Tiba-tiba, Scarlet bangun dari duduk. Telefonnya yang sedang bergetar menandakan ada panggilan ditenung dalam. Lengan Evel ditarik untuk menemaninya keluar.

"Whatever. Ha, Kyle. Aku letak dulu tau. Bye, bebeh!"

"Babun!" Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Kyle setelah panggilan itu tamat. Wajahnya tegang memandang Ivy yang masih tersenyum bahagia ditengah dewan bersama lelaki asing yang langsung tidak dikenalinya.

Apa yang sedang terjadi sebenarnya?

"OH, KITA ADA PERSEMBAHAN ISTIMEWA HARI INI! SEMPENA MENYAMBUT PERKAHWINAN MR. DAN MRS. REIVAN, KITA PERSILAKAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN ISTIMEWA DARIPADA SILVER FETAL!"

Kata-kata daripada pengacara majlis membuatkan para tetamu mula fokus pada pentas di depan dewan. Lampu dimatikan membuatkan seluruh dewan gelap-gelita sebelum tiga pancaran lampu berwarna kuning cair, merah jambu dan biru tertuju pada dewan. Muncul tiga gadis dengan lenggok menggoda melangkah keluar dengan senyuman manis. Masing-masing mengenakan gaun separas lutut dan topeng muka serona dengan lampu yang menyorot langkah mereka.

Iringan muzik piano dan violin mula kedengaran. Para tetamu mula memakukan pandangan mereka pada langkah-langkah para penari di atas pentas.

"Is it just me, or korang pun perasan ni muzik Dance Macabre?" soal Anna perlahan. Suaranya sekali gus membuatkan yang lain memfokuskan pandangan padanya.

Alvin mengerutkan keningnya, "Dance Monkey? Tu bukan dance for me, dance for me– auch!"

Kata-katanya terhenti apabila satu ketukan kuat mengenai kepala oleh Raven. Lelaki itu lebih berminat dengan kata-kata Anna.

"Jangan main-main, Alvin! Dance Macabre, lagu ni pasal kematian Halloween. Aku rasa tak sedap hati." tambah Anna lagi.

"Tapi, lagu tu kan pasal kebangkitan semula orang yang dah mati pada malam Halloween. Kan? Macam Evel, mati hidup balik." soal Lia pula. Dia masih seronok melihat langkah penari di atas pentas.

"Lia, kau tak perasan ke nama penari tu? SF?"

"Jangan kata–"

BANG! BANG! BANG!

Tersentak! Masing-masing pantas menunduk ke bawah. Tembakan bertalu-talu yang dilepaskan entah siapa menjadikan keadaan dewan gamat dengan jeritan para tetamu. Dewan turut dipenuhi dengan asap putih tebal secara tiba-tiba.

Tidak lama selepas itu, Evel sampai berdekatan mereka. "Alvin, Anna! Aku nak mintak tolong korang alihkan tetamu ke tempat selamat. Kyle, kau temankan Lia dan bawa Lavin jauh dari sini. Raven, kau ikut aku dengan Scarlet. Aku tahu siapa yang kacau majlis ni."

Alvin dan Anna pantas bangun. Tembakan yang mula reda membuatkan mereka mudah bergerak. Tetamu yang hadir diiring keluar dari dewan dengan bantuan anak-anak buah The Exfire yang lain.

Evel pantas ke pentas bersama Raven dan Scarlet. Meskipun asap nipis sedikit menghalang penglihatan mereka, masing-masing masih menumpu sepenuh perhatian pada keadaan sekeliling. Kelibat tiga penari tadi dicari.

"Arghh!"

Evel, Scarlet dan Raven berbalas pandang. Mereka kenal suara gadis yang menjerit itu. Pantas masing-masing berlari ke arah suara itu datang. Sebaik sahaja melihat tiga gadis yang dicari menyapa mata, masing-masing mula mengeluarkan senjata.

"Lepaskan dia! Dia takde kena mengena dengan korang!" ujar Scarlet, tegas. Matanya menyorot pada Ivy yang sudah tewas di pegangan salah satu gadis berbaju kuning. Gaun biru muda Ivy sudah dibasahi darah pada bahagian kanan, membuatkan rasa risau mereka membuak-buak.

"Akhirnya aku jumpa kau balik Scarlet! Aku rindu Silent Flow yang lama. Bosan bila kau dah keluar dari kumpulan ni." ujar si gadis berbaju merah jambu, sinis.

"Tapi, aku tak rindu korang!"

Serentak itu, Scarlet pantas berlari ke arah tiga gadis tadi. Satu tendangan dilepas kuat pada dada si baju merah jambu, namun hanya membuatkan gadis itu terundur beberapa tapak. Tanpa banyak bunyi, serangan balas turut dilancarkan. Serangan demi serangan dilepaskan dan Scarlet masih tenang mengelak.

Si baju merah jambu mengetap giginya geram. Tidak sangka Scarlet masih tidak berubah. Jika terus begini, dia takkan dapat menang.

Satu tumbukan dari Scarlet membuatkan gadis itu jatuh terduduk. Namun, cepat-cepat dia berdiri kembali dan menyusup ke belakang meja.

Baru sahaja Scarlet ingin mendekat, satu tolakan kuat mengenai tubuhnya. Matanya membulat melihat Raven yang sudah menindih tubuhnya bersama pisau yang tercucuk di bahu. Raven pantas mencabut pisau itu lalu dilempar kasar ke lantai. Giginya diketap menahan sakit.

"Kk... kau–"

"Fight dulu!" ujar Raven, tegas lalu terus menyambung kerjanya. Tugas mereka menjadi lebih sukar akibat campur tangan anak buah musuh yang lain.

Scarlet masih terpaku. Sekali lagi dia hanyut dalam bayangan Steven. Suasana huru-hara di sekelilingnya diabaikan, hinggalah...

Satu tembakan mengenai kakinya. Scarlet tersentak melihat darah yang mengalir laju dari betis. Kepala diangkat memandang si gadis merah jambu yang berdiri megah di hadapannya.

"Heyyow, cutie pie. Tak sangka geng kau selemah ni. Sekejap je dah kalah." ujar si baju biru, sinis.

Fuh, nak abaikan ke dia fight bawak anak buah tu tak adil. 30 orang lawan 3, memang sahlah kalah en.

"Kau– Evel!" Scarlet bagai tidak percaya melihat tubuh Evel yang terbaring lemah tidak jauh darinya. Begitu juga tubuh Raven yang sudah tidak kelihatan. "Apa korang nak?! Kenapa kacau aku lagi?!"

Si baju kuning menjungkitkan keningnya, "Oh, kitorang? Kitorang tak nak apa-apa pun."

"Wait, aku nak something." cantas si baju merah jambu. Tubuh Scarlet didekati. "You know, aku nak the old SF. Yang ada empat orang, bukan tiga. Aku rasa kau faham, kan?"

"Huh, sampah pun nak kutip balik!" rungut si baju kuning, perlahan namun cukup menyapa pendengaran Scarlet.

Si baju merah jambu menegakkan tubuhnya kembali sambil senyuman sinis menghiasi wajah. "By the way, ini cuma salam perjumpaan dari Reaper. Your family will die, soon. Eh, jap, aku terlupa..." gelak sinis keluar dari bibir merahnya, "Dulu, kau kata kau takde family."

Scarlet mengetap geram giginya. Itu dahulu! Ketika dia masih tidak sedar niat buruk Reaper padanya. Tapi, sekarang dia sedar ramai lagi ahli keluarga yang benar-benar sayangkan dirinya.

"Apa-apa pun, aku tunggu kepulangan kau. In case kau ubah fikiran, aku akan pujuk Reaper terima kau semula." sambung si merah jambu itu lagi.

"Bye, baby. Jom, balik!" ajak si baju biru, lantas meninggalkan Scarlet yang masih menunduk menahan geram.

_____________________

~01/04/21~
~Story ni takde watak utama tau, mohon faham 😭
~And aku malas italickan perkataan BI hohoho.






Continuă lectura

O să-ți placă și

Kita Berdua✔️ De a’s

Ficțiune adolescenți

56.2K 5.5K 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tana...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
655K 27.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
34.4K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...