My Obsession Ex Boyfriend (Co...

By AinaNabilaAzman

243K 12.9K 329

Tiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Casts
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Epilog

Bab 10

8.7K 481 8
By AinaNabilaAzman

TELINGANYA tiba-tiba berdesing manakala kepalanya terasa sangat pening dan berat sehingga membuatkannya susah untuk membuka mata.

Pandangannya masih kabur dan tidak jelas.

"You're wake." kata Fredico.

Luna masih lagi terpinga kemudian selepas dia menggelengkan kepalanya barulah gambaran pandangan matanya kelihatan jelas.

"Here, take this. It can help you reduce the headache." kata Fredico sambil menyuapkan aspirin ke mulut Luna.

Kemudian memberinya segelas air putih.

Saat Luna minum air itu, kepalanya susah beransur pulih. Dia memandang wajah Fredico yang kelihatan hampa.

"Fredico? What happened? How can I be here?" soal Luna yang keliru sambil memandang keliling.

"Adriel brought you here last night. Now, you are in Rome."

"Rome?! W-why Adriel..."

Kemudian dia teringat tentang apa yang jadi semalam. Dia terus terkejut. Adriel menculiknya!

"Did Adriel kidnapped me?" soal Luna.

Dengan penuh rasa hampa dan serba salah, Fredico mengangguk. Lantas, air mata Luna mengalir perlahan.

"Why he did this?! Let... let me out from here." kata Luna.

"I-I... just can't, Luna. Adriel wants you to stay here with him."

"No!" jerit Luna. "He can't do this to me! I want to go home!" jeritnya lagi.

Fredico mengeluh. Sudah dia jangka ini yang akan terjadi. Dia menghampiri Luna lantas menenangkan dirinya.

"Luna... please don't be like this. We can find the solution." pujuk Fredico.

"What solution? You and Adriel already brought me here, locked me up and you said we can find solution? What kind of solution do you want to find in this kind of situation?!" tengking Luna.

Fredico terdiam. Pintu bilik tiba-tiba dibuka. Adriel melangkah masa di saat empat pasang mata itu memandang ke arahnya.

Adriel Ricardo Harys tersenyum lebar.

"Hah, dah sedar pun."

Terus Luna jadi bertambah marah.

"Kau dah gila ke?! Lepaskan aku!" jerit Luna.

Adriel memandang Fredico lantas Fredico bangun dan beredar dari bilik itu. Usai Fredico keluar, Adriel terus mengunci pintu.

"Why you lock the door?" soal Luna.

Hanya mereka berdua dalam keadaan begini? Ah! Memang perkara gila!

"Don't be scared. I'm not gonna hurt you or do anything to you." jawab Adriel.

Luna merenungnya tajam. "Kau bukannya betul sangat pun. Bila dah muncul perangai gila kau, semua hukum hakam kau langgar."

Adriel diam. Dia tahu dalam situasi begini, Luna pasti akan memarahinya dengan teruk namun tak apa, asalkan wanita itu ada di depan mata.

"Kenapa kau culik aku? Nak bunuh aku untuk kali kedua pulak ke?"

"Luna, perlu ke ungkit pasal tu lagi? Boleh tak stop cakap pasal bunuh ni? Saya takkan bunuh awak."

"Habis tu? Kau kurung aku di sini untuk apa? Nak dating? Nak bermanja-manja ke nak interviu kerja?"

Adriel Harys tersenyum.

Luna pulak buat muka menyampah. Apa? Dia ingat dia senyum macam tu, aku cair ke?

"Saya cuma nak tengok sayang saya depan mata. Saya rindu sayang saya."

"Sayang kepala otak kau! Eh, kau ni memang dah gila eh? Kau buat aku pengsan, kau culik aku sampai ke Rom lepas tu kau gari tangan aku and now kau cakap nak tengok sayang kau? Eh, aku bukan sayang kau lah gila!"

Adriel mengeluh.

"Haih, siapa ajar awak jadi biadab ni sayang? Ah, saya tahu! Yang ajar awak jadi biadab macam ni Ricky kan? Hmm... tak elok langsung perangai. Dah lah, rampas kekasih orang lepas tu ajar jadi biadap pulak!"

Malas melayan kata-kata sinis Adriel, Luna terus meronta-ronta minta dilepaskan.

"Ad... lepaskan lah aku! Kau nak buat apa dengan aku macam ni? Aku dah kata yang aku tak nak balik pada kau. Kenapa susah sangat kau nak faham? Lepas lah!" jeritnya.

"Nak saya lepaskan awak?... boleh!"

Adriel bangun untuk menghampiri Luna lantas bercangkung di hadapannya. Dia mengusap lembut pipi Luna meskipun Luna mahu menghalang.

Adriel tersenyum.

"I miss you, baby girl. Do you miss me?" soalnya.

"Ad..." panggil Luna.

Dia menggeleng.

"Saya tak nak awak panggil nama saya. Saya nak tahu sama ada awak rindu saya ke tak."

Luna memandangnya sayu. Mata Adriel yang sudah mula berkaca merenung mata Luna dengan penuh perasaan.

"Awak pernah jadi orang terpenting dalam hidup saya Ad tapi awak yang memilih untuk keluar dari hidup saya jadi sekarang awak sendiri tahu apa jawapannya."

Adriel diam. Itu bermakna Luna langsung tidak merindui dirinya. "Saya nak beritahu awak puncanya tapi..."

"Tapi apa? Jangan beri alasan kalau awak memang tak nak jawab."

Jeda. Adriel Ricardo Harys diam seketika namun matanya tak lekang daripada memandang wajah Luna.

"Kadang-kadang kebenaran yang kita terlalu ingin tahu itu adalah kebenaran yang paling perit untuk kita terima. Yes, you were right. Setiap apa yang berlaku pasti ada punca tapi saya tak tahu sama ada bila awak tahu puncanya apa, awak boleh terima dan percaya atau tidak. Saya tahu awak susah nak percaya saya jadi untuk apa saya berterus terang jika pada akhirnya, awak tak percaya?"

Luna diam. Kata-kata Adriel menyentak dirinya.

"Awak tunggu lah kebenaran tu tiba dan masa tu awak akan dapat semua jawapan yang awak nak."

"Jadi, kenapa awak buat macam ni pada saya? Adakah ini adalah cara awak untuk halang saya tahu segala jawapan yang saya cari iaitu tentang awak, saya dan diri kita?" soal Luna.

Giliran dia pula untuk bertanya.

Adriel Ricardo Harys menggeleng. Dia menarik nafas sedikit.

"Tak, saya buat semua ni adalah untuk tunjuk pada awak siapa Ricky Thomas Diandro yang sebenarnya. Okey, saya tahu awak akan cakap yang saya pun sama seperti dia tapi saya tak pernah tipu cinta saya, hati saya pada awak."

"Luna, selepas mommy dan daddy meninggal dunia... hanya awak saja yang saya ada. Awak seorang saja yang setia, ikhlas dan cinta saya kerana diri saya. Bukan macam perempuan lain yang mendekati saya kerana saya berharta, berduit dan ada segalanya."

"Ya, saya tipu awak. Saya adalah seorang mafia yang sangat kejam. Awak namakan saja segala apa kejahatan yang ada dalam dunia ni... judi, mabuk, dadah, senjata api, pembunuhan, perempuan, maksiat... itu semua adalah dunia saya, saya sentuh dan abadikan diri saya dengan semua tu selepas mommy dan daddy meninggal dunia tapi sejak saya kenal awak, saya tekad nak tinggalkan dunia tu sebab saya dah ada awak. Awak yang buatkan saya nak jadi lelaki yang lebih baik."

"Lelaki yang pernah bercinta dengan awak dulu adalah lelaki yang terlalu ingin sehidup semati dengan awak, Arluna Aurell tapi akhirnya lelaki itu buat silap yang paling besar bila dia takut untuk berterus terang dengan awak tentang masa lalu dia sampaikan dia sanggup bunuh awak."

"Dan... akhirnya lelaki tu kembali ke dunia dia yang dulu. Dia menjadi Adriel Ricardo Harys yang dulu tapi satu aje yang tak pernah berubah dalam diri dia."

Adriel mengusap lembut kepala Luna.

"Hati, perasaan dan cinta dia tetap untuk Arluna Aurell binti Rizal. Hanya itu saja tak berubah, sayang."

Jeda. Namun selepas itu, tiba-tiba dia memeluk Luna dan Luna tidak membantah. Hanya membiarkan.

Continue Reading

You'll Also Like

650K 10.9K 14
🔥 Pemenang genre action A's award 2020🔥 🔥Pemenang tempat kedua dalam The Best Action 2020 anjuran Diamond team🔥 Gara-gara hutang hidup Zarah beru...
3.2M 124K 52
"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT...
652K 27.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
1.9M 66.6K 58
Amaran ⚠️ - CRINGE dan tak pernah edit sejak 2017. " Aku akan buat kau menyesal sebab tolak aku! Dhia. ". Wajah Ayyan sungguh menakutkan hati kecil...