Daniel Iskandar

SisiGelap9

172K 3.1K 383

Daniel Iskandar, seorang remaja yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Terjebak dalam 'sisi gelap' kehid... Еще

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21 (Finale)
Selingan

Chapter 14

5.1K 107 16
SisiGelap9

COVID-19 terus menggila, kes harian terus mencatatkan angka yang sangat tinggi.

Walaupun begitu, sekolah masih juga dibuka dan SOP dikawal dengan ketat. Suhu badan pelajar diambil secara kerap bagi mengelakkan segala kemungkinan.

Ayah kepada Khairul Asyraf juga telah disahkan positif COVID-19 dan lebih memburukkan keadaan, ini menjadikan dia sebagai salah seorang kontak positif. Kuarantin di rumah telah diarahkan oleh pihak KKM.

Daniel iskandar pula tidak disenaraikan sebagai kontak rapat kerana dia tidak ada berjumpa dengan Khairul Asyraf sejak pertemuan di taman, beberapa hari yang lalu.

"Hi, jauh termenung? Aku masuk pun tak perasan!"

Syafiq yang baru sahaja sampai di asrama selepas berhujung minggu di rumah menyapa. Ketika itu, mereka berdua yang paling awal sampai di bilik 7. Daniel Iskandar tersentak dengan teguran itu.

"Eh Syafiq... mana ada. Just fikirkan something je. Awal Syafiq sampai?"

"Fikir pasal something ke... someone? Haha. Aku awal sebab ayah aku ada kerja petang ni. So dia hantar awal sikit."

Daniel Iskandar sengaja tidak menjawab soalan pertama daripada exco asrama tersebut. Jujurnya, dia terfikir akan keadaan Khairul Asyraf. Keputusan COVID-19 hanya akan keluar keesokan hari dan dia bimbang jika keputusannya adalah positif.

"I see. Okay Syafiq... gi la unpack dulu barang barang tu"

Sebaliknya, Syafiq mengambil keputusan untuk berjalan ke arah Daniel Iskandar dan melabuhkan punggung di sebelah juniornya itu. Daniel Iskandar sekadar membiarkan Syafiq untuk duduk di situ.

"Nanti je la unpack. Awal lagi ni. Dann, nak tanya something boleh?"

"Yupp, kenapa tu?"

"Dann single?"

"Haah single, potato macam kita ni mana la ada orang nak"

Daniel Iskandar terpaksa membohongi Syafiq demi menjaga rahsia perhubungannya dengan Khairul Asyraf.

"Handsome macam ni... apa yang potato nya? Dah la putih..."

"Haha mengarut je la Syafiq ni. Syafiq pun takkan la single. Btw, kenapa tanya?"

"Single laaa, sebab Syafiq ada minat kat this one person tapi macam mampu suka dalam diam je"

Syafiq mula membahasakan dirinya dengan namanya sendiri, tidak seperti kebiasaan. Namun, Daniel Iskandar masih tidak menyedari perubahan tersebut.

"Omoo, jangan ah macam tu. try la confess sebelum Syafiq habis sekolah"

"Alaa, takpe la. Nampak orang tu pun macam bahagia dengan partner dia. Lagipun, tahu tak apa rasanya menyayangi orang yang kita tahu kita takkan dapat milikinya... sakit"

Perbualan mereka bertukar agak serious dan itu adalah pertama kalinya mereka berbual mengenai hati dan perasaan.

Namun, yang lebih memeranjatkan adalah ayat yang dituturkan oleh Syafiq. Daniel Iskandar sangat yakin itu adalah ayat yang tertulis di atas "surat layang" yang diterimanya beberapa bulan yang lalu. Tetapi, Daniel Iskandar tidak bertanya lebih.

"K lah Daniel Iskandar, sambung la termenung... sorry ganggu. Haha"

"Eh mana ada ganggu punn! Nak sembang lagi pun boleh. Haha"

*****
Usai sahaja prep malam, Daniel Iskandar bergegas ke public phone yang ada di lobby asrama. Nombor Khairul Asyraf terus dihubungi.

"Hi Khai..."

"Hi budak kecik..."

"Kau okay tak tu?"

"Kita okay je, tapi kita takut ah nak tunggu keputusan esok"

Daniel Iskandar menggunakan "aku" kerana ada dua orang lagi pelajar yang beratur di belakangnya. Bimbang didengari oleh mereka. Lumrah hidup di asrama, public phone tidak pernah lekang daripada pengguna.

"Insyaallah Khai. Aku harap takde apa apa la"

"Aminnn, wak. Semua kat asrama okay ke tu?"

"Okay je lagi ni... aku pun cakap kau ada family matters je. So tak boleh balik asrama lagi. Haha"

"Atta boyy! Dah lepas kuarantin nanti kita bagi kiss kat awak eh"

Muka Daniel Iskandar bertukar merah tetapi disorok kegelapan malam.

"Haa, aku tunggu ni. Kalau tak dapat aku taknak kawan dah dengan kau. Hahah. Btw, aku gerak dulu la ramai tunggu turn. Good night"

"Good night my boi"

(Bersambung)
—————-
Ps:
- surat layang tu ada muncul kat Chapter 3 & 5, baca la balik kalau rasa lost. 🤣
- sorry guys lama tak update. Harap enjoy and please komen kalau ada tertukar watak ke, perlu improvement ke. 😇
- happy weekend!

Продолжить чтение

Вам также понравится

Dia.. Delilah Lavelle[O/G] Denzel

Подростковая литература

241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
60.9K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
why dont you stay?[COMPLETE] hiatus

Любовные романы

12.7K 433 15
God took him from me but he gave you as the payback. omegaverse(short story) 10/8/22 13/8/22
EVERISA liz

Подростковая литература

114K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...