Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

16.2K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B38

169 23 60
By smokymokivicococo

MUKA gadis di seat belakang kereta itu masam mencuka walaupun dua lelaki yang duduk di bahagian hadapan rancak berborak. Sesekali terdengar bunyi tawa dari bibir dua lelaki itu.

Si gadis mendengus geram, "Asal korang angkut aku sekali? Malas ah! Aku baru nak layan anime."

"Shushh, diam Anna. Dari tadi kau rungut benda sama. Cuba redha sikit, dah dalam kereta pun kan." tegur Hao. Dia yang memandu kereta, akibat dipaksa oleh Alex hanya mampu membebel.

"Dan dari tadi kau tak jawab kenapa aku kena ikut." bidas Anna semula.

Alvin tersengih melihat gadis yang duduk di sebelahnya itu. Sebenarnya dia yang paksa Anna ikut sekali. "Kenalah ikut, aku kan tak boleh berjauhan dengan kau. Nanti rindu..."

"Hotak dia!"

Alex yang sekadar memerhati naik pelik. Sebelah keningnya dijungkit naik, "Uish, garang. Macam manalah kau boleh suka kat perempuan macam ni, Vin? Nak kata cantik, cantik lagi awek aku. Perangai pun tahap-tahap nazak je aku tengok. Apa–"

"Woi, jangan nak mengata crush aku eh! Aku tendang kau keluar kereta ni karang." ugut Alvin. Alang-alang dia duduk di belakang Alex, kepala lelaki itu spontan diketuk kuat.

"Alex, sejak bila kau ada awek? Kau kan single forever." Anna mengejek Alex kembali, sekaligus membuatkan lelaki itu insaf selama seminit.

"Aku single yang bahagia. Kopetauu!"

"Bukan kau on crush kat Ivy ke?" sampuk Hao tanpa rasa bersalah membocorkan rahsia yang sekian lama tersimpan antara dia dan Alex. Bibirnya tersungging senyuman sinis.

"Eh, bukan Sarah ke?" Alvin pula menyampuk.

"Diamlah, bodo! Hak alah mamat bangla dua ekor ni tak padan single!"

"Seriuslah, Alex?! Weh, jangan curi orang punya ah. Dua-dua dah ada pemilik tu!" Anna sengaja membuat reaksi terkejut berlebih-lebihan. Lengan lelaki itu digoncang kuat dan sekali-sekala dipukul pula. Dramatik Anna.

"Aku tak nak dua-dualah!"

"Ek eleh. Mamat ni senang jatuh cinta rupanya. Jiwang eh jiwang, HAHAHAHAHAHAHA!" ejek Anna lagi. Semakin galak dia ketawa apabila wajah Alex bertukar cemberut.

"Dah sampai." Hao menghentikan kereta sebaik sahaja sampai di satu bangunan setinggi empat tingkat. Kereta diparkir betul-betul di kotak parkir yang khas untuk tetamu khas bangunan tersebut.

"Apak ah kau, Hao. Sejak bila kita datang jadi macam tuan pulak? Kita kan tetamu je." ujar Anna.

"Tetamu yang akan akhiri nyawa dorang semua. Fuh, cepat ah aku exited ni!" sampuk Alvin teruja. Tanpa menunggu balasan yang lain, selamba dia menarik tangan Anna lalu mereka berdua berjalan mendekati bangunan dahulu, meninggalkan yang lain.

"Woi, gun aku masih dalam kereta la! Bodoh apa? Nak aku mati awal?!" marah Anna. Melihatkan Hao yang sudah melambaikan pistol bercorak galaksinya dari jauh itu membuatkan Anna mengeluh berat. Bibir dicebik, menyampah dengan Alvin yang tidak reti bersabar.

Alvin pula pantas berpaling pada Anna. Dahinya berkerut melihatkan gadis itu yang langsung tidak bersenjata. "Pedang kau mana?"

"Dalam kereta jugaklah, bahlol! Aduh mamat ni aku bunuh jap lagi kan naya je." balas Anna, geram.

Alvin pula terus mencebik. "Lahai, lembablah kau ni. Ni, ambik aku punya. Kau nak pistol ke pedang?"

"Dah tu kau nak guna apa?"

"Heh! Cintaku padamu dah cukup nak pertahankan diri aku."

Anna yang mendengar terus meremang bulu roma. "Bodoh! Bangang! Anjing punya ahli neraka! Geli bodo!"

Kenapa? Kenapa dia boleh terjebak dengan mamat gila ni!

"Dah ah. Nah, kau amik pistol ni dengan pedang." Alvin menghulurkan sepucuk pistol dan pedang yang masih tersarung kemas, meninggalkan hanya sepucuk pistol sebagai senjata untuk dirinya. Hampir sepuluh saat dia menghulur namun masih tidak bersambut. Pelik dengan keadaan itu, sebelah keningnya di jungkit ke arah Anna. "Asal? Ambiklah."

"Kalau bagi aku, kau nak fight guna apa? Rilek la aku boleh ambik sendiri aku punya dalam kereta." Baru sahaja Anna ingin berlalu, tangannya ditarik kembali oleh Alvin.

"Well, your husband to be ni bukan calang-calang orang. Let me shows you my charms, sweetie." Riak Alvin.

Anna terdiam. Walaupun Alvin memang selalu berkata manis dengan dirinya, ini kali pertama perkataan husband itu keluar dari mulut lelaki itu. Benarkah Alvin ikhlas dan berniat mengahwini dirinya?

Terasa janggal dengan keadaan itu, Anna pantas membuka mulutnya, "Ceh, setakat lelaki macam kau ni, ramai je jadi gigolo. Dahlah muka macam lubang jamban, perangai pun bodoh tak matang. Perangai macam budak-budak, playboy, entah-entah dah berapa banyak girl tidur dengan kau? Nak jadi suami? Heh, aku takut semua anak bini kau masuk neraka je. Takpun, masa majlis, tiba-tiba datang semua slut yang pernah tidur dengan kau pastu bawak baby masing-masing. Kalau kau ni baik macam Hao ke Raven ke, takpelah jugak. Ni, hampeh! Fuh, aku tak nak hidup aku hancur kat tangan lelaki macam kau."

"What?" Alvin. Tak. Pernah. Tidur. Dengan. Perempuan!

Anna tersentak apabila suara itu kedengaran dingin. Matanya terkelip-kelip merenung wajah tegang milik Alvin. Alamak, dia dah tersalah cakap! Dia tak maksudkan pun semua tu!

"Al... Alv–"

"Asal tak masuk? Cepat ah!" Alex yang baru datang terus mematikan kata-kata Anna. Wajahnya kosong sahaja memandang dua manusia yang kaku berhampiran pintu masuk utama bangunan itu.

"Nah, Anna. Asal la kau tinggal weapon? Anda fikir anda hebat nak fight bare hand?" Hao yang baru sampai terus menghulurkan senjata milik Anna. Ragu-ragu gadis itu ingin menyambut, namun tetap diambil.

Alvin pula tanpa kata terus menyimpan kembali senjatanya yang ingin diberikan pada Anna tadi. Wajah serba salah Anna dibuat tidak endah sahaja. Langkah terus diatur ke dalam bangunan tanpa menunggu yang lain.

Sebaik sahaja masuk, satu tembakan pantas di lepaskan tepat di jantung salah seorang lelaki yang ada disitu. Serentak itu juga konco-konco lain di situ mengacu senjata ke arah Alvin.

"Mana boss korang?! Cakap kat dia Alvin Adrian dah datang!" jerit Alvin kuat.

Semua saling bertatapan. Masing-masing tahu punca kedatangan lelaki bernama Alvin itu ke sini. Salah seorang dari mereka memberanikan diri membuka mulut.

"Boss takde. Dia–"

"Kau fikir aku bodoh? Kereta siapa kat luar tu hanat! Baik kau suruh Boss kau keluar sekarang sebelum sekor-sekor aku bunuh!" marah Alvin lagi. Hao, Alex dan Anna yang sudah bersedia dia belakang Alvin hanya diam tidak bersuara.

"Korang berempat nak bunuh kitorang yang ramai ni? Jangan nak yakin sangat!" Seorang lagi anak buah mula membuka mulut. Riak wajahnya jelas mengejek.

Alvin tergelak sinis. Pistolnya dipusing-pusingkan dengan jari sambil wajahnya jelas mengejek lelaki itu. "Kau tahu tak keyakinan tu penting? Macam keyakinan aku nak bunuh kau sekarang ni!"

Serentak itu tiga das tembakan dilepaskan ke arah lelaki tadi. Tepat mengenai kepala, jantung dan mulut lelaki itu. Ceh, cakap besar sangat, sekarang mulut kau tu yang berlubang.

Anak-anak buah yang lain terkedu dengan tindakan Alvin. Sudah dua nyawa ditarik selamba, menandakan lelaki itu memang inginkan perang. Lantas masing-masing melancarkan serangan.

.
.
.
.
.

KALI ini Scarlet terpaksa bekerja dengan Fidz pula. Setelah dimarahi oleh Scarlet tempoh hari, Sylvia terus merayu pada Evel agar dia tidak dilibatkan dengan Scarlet dalam apa-apa misi. Dia benar-benar gerun dengan gadis itu.

"Apa yang kecoh dekat bawah tu?" bisik Scarlet pada Fidz. Mereka berdua menyelinap masuk ke dalam markas rahsia musuh dengan satu tujuan, mendapatkan maklumat musuh terbesar mereka yang terlalu sulit.

Fidz mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

"Hmm, abaikan. Kita terus serang bilik utama. And kau, tarik perhatian konco-konco dia. Biar aku yamg masuk." arah Scarlet.

Fidz mengangguk ringkas. Lantas dia berlari ke bilik utama dan pintu diketuk kuat. Apabila terbuka, muncul figura empat orang lelaki botak. Fuh, licin boleh buat cermin!  "Kat bawah! Kat bawah ada serangan!"

Lapor Fidz dengan suara yang dibuat-buat cemas meskipun dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di tingkat bawah. Yang penting alihkan perhatian dahulu.

"Siapa yang serang?"

"Aar... Err..." Fidz buntu ingin menjawab. "Secret?"

"Secret pebenda, bodoh! Kau fikir main-main ke!" Marah seorang lagi lelaki di situ. Matanya mencerlung tajam pada Fidz.

"Tak! Nama kumpulan tu The Secrets!" Hentam Fidz lagi. Ketar kaki dia menghadap empat orang lelaki sasa ini.

"Weh, ada ke group tu? First time aku dengar." Salah seorang yang berbaju biru gelap, bersuara. Keningnya berkerut tanda berfikir.

"Entah. Tengok jelah dulu. Bunuh je terus, macam la tak biasa." Lelaki keempat pula bersuara.

"Habis tu boss macam mana?"

"Alaa, dia kan tengah mandi. Aku konfem sebelum dia siap, kita dah naik balik. Jomlah cepat, tak payah buang masa." Dan keempat-empat lelaki itu pantas turun ke bawah. Sempat salah seorang daripada mereka memesan agar Fidz memerhatikan si ketua.

"Jom masuk."

Fidz melompat akibat terkejut apabila bahunya tiba-tiba dicuit oleh seseorang. Muka poker milik Scarlet dipandang tak lepas. Sejak bila minah ni muncul kat sini?

Berdasarkan maklumat yang tidak sengaja dibocorkan oleh lelaki tadi, secara tidak langsung mereka tahu si ketua berada di dalam bilik air. Scarlet terus sahaja mengarahkan Fidz membunuh lelaki itu. Dia pula terus menyelongkar bahagian pejabat yang turut berada di ruangan itu.

Satu persatu laci dibuka. Scarlet mendengus geram apabila barang yang dicari tidak dijumpai. Dia tahu barang sepenting itu tidak akan disimpan di tempat mudah. Matanya pantas mengimbas setiap inci ruang tersebut. Laci ditarik sekali lagi. Laci pertama hanya dipenuhi dengan kertas-kertas kerja. Laci kedua juga sama. Begitu juga laci ketiga.

Baru sahaja laci keempat ingin dibuka, tangannya terhenti. Laci ketiga ditarik sekali lagi. Baru dia perasan laci ketiga bagaikan tersangkut di tengah-tengah. Tak menunggu lama, tangannya terus merentap laci itu hingga tertanggal. Bibirnya tersungging senyuman sinis apabila terdapat satu lagi pintu laci rahsia di dalam ruang laci ketiga itu.

Disitulah barang dan maklumat yang dicarinya disembunyikan. Barang-barang itu dimasukkan ke dalam beg galas yang dibawanya.

Scarlet bangun lalu berkumpul semula dengan Fidz yang sudah menunggu di depan pintu. Baru sahaja tangannya ingin mencapai tombol, nalurinya mengesan bahaya dari arah belakang. Pantas Scarlet menunduk lalu menggulingkan dirinya ke arah kiri. Pisau yang sudah tercacak di pintu, dikerling sekilas sebelum matanya tajam merenung si ketua yang tersenyum sinis.

"Tch, hidup lagi? Apa ni, Fidz?" Scarlet tergelak sinis melihat Fidz yang sekadar menunduk. Dia dah agak perkara ini.

"M.. Mmaaf, miss. Ak... Aku terpaksa."

"Kau–"

"Well, so ini rupa kau sekarang Scarlet? Dah lama kita tak jumpa kan? Six years, am i right?" soal si ketua itu. Selamba dia melabuh duduk pada sofa yang berhampiran dengannya.

"Oh, Uncle Jeff. Uncle palinggg 'baik'. Or should I say, paling talam?" bidas Scarlet semula. Panas hatinya melihat wajah tua yang suka membuat onar sejak dulu lagi. Wajah yang selalu berlakon baik di hadapan orang lain, tetapi akhirnya, menikam sendiri orang itu.

"Glad that you still remember me."

"Sorry, aku takde masa nak layan binatang. So, bye!" Pistol diacu ke arah lelaki tua itu namun tanpa diduga, Fidz terlebih dahulu menembak lengannya.

Mencerun mata Scarlet memandang lelaki itu. Tidak mengisahkan lukanya, Scarlet pantas melepaskan tembakan berturut-turut pada Uncle Jeff. Fidz yang tidak bersedia pulaa tidak swmpat mempertahankan lelaki itu.

"Kau!" Scarlet menjerkah kuat.

Tubuh Fidz yang sudah terkaku itu didekati lantas kolar baju lelaki itu dicengkam. Darah yang semakin laju mengalir diabaikan.

"Mm... maaf! Maafkan aku! Miss, tto... tolong jangan bunuh aku!"

"Hotak kau maaf!" Satu tumbukan dilepaskan pada pipi Fidz. "Kau dah khianat aku, lepas tu nak aku maafkan macam tu je?!"

Berkali-kali tumbukan Scarlet mengenai wajah Fidz hingga hancur muka lelaki itu jadinya. Satu tendangan diberi pada belakang tubuh Fidz yang sudah meringkuk di lantai.

Kolar baju Fidz ditarik sekali lagi, "Kalau tak disebabkan kakak aku, dah lama aku bunuh kau! Sekarang kau bagitahu aku, sejak bila kau buat kerja ni?! Sejak bila kau sabotaj Evel!"

"Uhuk, uhuk!" Darah terpercik keluar setiap kali Fidz terbatuk. Mulutnya yang sudah luka teruk itu dipaksa buka. "Bb... baru uhuk semalam..."

"Maknanya, Reaper dah tahu aku dan Evel masih hidup?!" soal Scarlet lagi. Fidz hanya mengangguk lemah sebagai balasan soalan itu.

Kolar Fidz dilepas kasar. Scarlet meraup kasar rambutnya dengan tangan. Habis terlekat darah di tangannya itu pada rambut. Tubuh Fidz disepak buat kali terakhir sebelum mulutnya dibuka,

"Bangun! Kita terus pergi selamatkan adik kau dulu. Lepas ni aku tak nak kau cuba-cuba khianat aku lagi!"

"Mmacam mana... Miss tahu?" Fidz terkedu. Dia tak bagitahu pun bahawa nyawa adiknya dalam bahaya di tangan anak buah Reaper.

"Aku dah lama hidup dengan Reaper, jadi jangan cuba nak rahsiakan apa-apa dari aku. Kalau kau rasa Reaper kejam dan licik, itu jugak apa yang aku dah buat sejak aku budak."

.
.
.
.
.
.
.

ALEX tersenyum sinis sambil kakinya kuat memijak bekas tembakan di belakang badan si botak berbaju biru, a.k.a orang kanan si ketua yang dicarinya hari ini. Kakinya ditekan kuat membuatkan lelaki itu meraung kesakitan.

"Bagitahu aku, siapa yang bunuh boss kau?" soal Alvin. Dia mencangkung sambil hujung pedangnya menampung dagu si botak agar kekal memandang wajahnya.

"Aku tak tahu! Arghhh!"

"Tak tahu apa, hah! Asal cuma ada mayat dia je kat atas?!" jerkah Alvin.

"Aku kata tak tahu, tak tahulah! Arghh, sakit!" jerit lelaki itu apabila lukanya dipijak semakin kuat oleh Alex.

Alvin tersenyum sinis, "Jangan biadap dengan kitorang. Bila-bila masa je kitorang boleh bunuh kau!"

"Then, bunuh jelah!"

BANG!

"Kau–"

Baru sahaja Alvin nak bersuara, Hao sudah memotong, "Aku dah malas layan bodoh dia. Buang masa."

Nak tak nak, Alvin hanya mampu berdiam diri. Lelaki itu pun sudah tidak bernyawa. Dia bangun dari cangkung lalu badan diregangkan. "Jomlah balik. Eh kejap, mana Anna?"

Serentak itu, Alex dan Hao melilaukan mata cuba mencari kelibat Anna namun langsung tidak kelihatan.

"Weh, cari dia! Ada orang serang dia ke!" Alvin pantas berlari ke tingkat dua sebaik sahaja tingkat satu selesai diimbas. Kakinya yang tercedera diabaikan. Wajahnya cemas memikirkan segala kemungkinan yang terjadi.

"Anna! Anna! Edrianna Aulia!"

"Alvin!" sahut Anna. Wajahnya pucat bagai tidak berdarah.

"Kau kenapa hilang? Ada cedera ke? Siapa kacau kau? Kenapa ni, Anna? Anna, open your mouth!" soal Alvin bertubi-tubi. Pipi gadis itu ditekup dengan dua belah tangan lalu ditarik menentang matanya.

"Ak.. Aku..." Air mata mula membasahi wajah Anna. Perasaan takut, keliru, dendam dan gembira bagaikan berkecamuk di dalam dirinya saat ini.

Alvin pantas memeluk tubuh gadis itu. Muka Anna ditekap ke dadanya sambil kepala gadis itu diusap lembut.  "Shushh, tenangkan diri kau dulu. Kita balik okay?"

Anna mengangguk perlahan. Alvin pula pantas memimpin gadis itu ke kereta.

_____________________

~13/03/21~
Pergh aku buat 2000+ words rini!

Continue Reading

You'll Also Like

849K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
26.9K 979 51
Tengku Ashraf Mikael × Dhea Falisya siapa sangka dia diminati oleh seseorang dalam diam . Dan lelaki tersebut telah mengambil kesempatan dengan men...
1.4M 60.7K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.8M 80.1K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...