Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

16.2K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B36

177 27 28
By smokymokivicococo

RIZ memerhati figura Lia yang elok menampung tubuh kecil Lavin menggunakan dua tangannya di salah sebuah meja tidak jauh dari dirinya. Di hadapan gadis itu, duduk pula Kyle yang tidak jemu menyuap isterinya. Keadaan bising di dalam restoran makanan segera Mekdi itu tidak sedikit pun menganggu fokus Riz untuk memerhatikan Lia sejak 10 minit yang lepas.

"Nah, makan dulu."

Tubuh Jason yang baru melabuh duduk di hadapannya dikerling sekilas sebelum pandangannya jatuh pada dulang makanan berisi burger, kentang goreng dan minuman ringan. Perasan dirinya diperhatikan oleh Jason, kepala hoodie ditarik hingga menutupi wajah. Kepalanya yang menunduk sekaligus membuatkan rambut panjangnya jatuh menutupi separuh muka.

Topeng mulut dibuka lalu diletakkan ke atas meja, bersebelahan dulang makanan itu. Kentang goreng dicapai lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Sesekali matanya melirik pada Lia.

"Kau tak sabar sangat ke jumpa minah tu? Relaks la dulu, tak lari manalah dia." tegur Jason. Bungkusan burger dibuka lalu disua ke arah Riz. Dia tahu budak lelaki itu tidak mahu makan ketika misi. Kononnya boleh ganggu konsentrasi. Entah apa-apalah.

"Dd..dah ssetahunn ttak jum...jumpa ddia..." ujar Riz. Minumannya disedut menggunakan straw apabila terasa bagai ada makanan tersekat di tekak.

"Pastu, nak aku gelabah?" usik Jason. Sengihan lebar menghiasi bibirnya apabila jelingan tajam dihadiahkan daripada Riz.

Riz diam. Matanya masih melekat ke wajah mulus Lia. Betullah dia tidak sabar ingin berjumpa. Lagipun, misinya tidak sepatutnya terus bertangguh begini. Apatah lagi dia telah pun menerima berita tentang kehancuran Amonic dan kematian Evelyn. Isu pengkhianatan gadis itu turut sampai ke telinganya.

"Bbil...bilaa nakk jjumpa?" soal Riz. Tidak senang duduk dia jadinya kalau perlu menunggu lebih lama.

"Habiskan makanan kau dulu. Lagipun laki dia masih melekat dengan dia so kita tak boleh datang dekat." terang Jason.

"Ddah lamm...bat..."

Jason hanya mengangguk malas. "Hmm, aku tahu. Makanlah, lepas ni kita balik. Esok-esok mana tahu kau dapat jumpa dia."

"Ttak nakk bba...ballik..." Riz menggeleng laju. Dia benar-benar ingin habiskan misi hari ini juga. Dulu bertangguh kerana kawalan ketat Kyle ketika Lia mengandung sampaikan jarang-jarang sekali wanita itu keluar dari rumah. Jika keluar pun sudah tentu ditemani oleh Kyle, Raven atau Hao dan Alvin.

"Nanti ayah kau cari, aku nak jawab apa? Kang tak pasal-pasal gaji aku kena potong."

"Ab..bbang manaa adda gaaji..." balas Riz, tidak puas hati. Dahinya berkerut melihat pandangan selamba Jason yang elok mengunyah makanan.

"Ada ah. Kau je tak tahu."

"Ti..pu...!"

"Shush... Budak kecik tak baik cakap banyak-banyak." ujar Jason, selamba. Jari telunjuk kanannya diletak tepat pada dua lapisan bibir nipis milik Riz, sambil kepalanya tergeleng-geleng menyuruh senyap.

"Ab–"

"Shush!"

"Ta–"

"Shush!!"

"Sse–"

"Shush! Shush! Shushhhh!"

Riz pantas menutup mulutnya apabila air liur Jason terpercik keluar dari mulut lelaki itu, tepat mengenai wajahnya. Mata ditutup rapat tanda geram. Nafasnya turun naik menahan sabar.

Jason sudah tersengih-sengih sendiri melihat reaksi budak lelaki yang selayaknya dianggap adik itu. Jarinya dilarikan menjauhi bibir Riz. Matanya pula ligat meliar mencari tisu di meja itu namun tidak kelihatan. "Eh tak dapat tisu pulak. Sorry, boy. Kejap, biar aku ambik tisu."

Serentak itu Jason bangun lalu melangkah ke arah kaunter.

Riz pula membuka matanya lalu nafas berat dihela. Geram sungguh dengan perangai anak buah ayahnya itu. Nasib la sayang. Mata diliarkan ke sekeliling restoran, ingin mencari tandas untuk mencuci muka. Setakat lap menggunakan tisu, tak tanggal kotoran air liur Jason itu.

Niatnya yang ingin melangkah ke tandas terbantut apabila satu figura baru sahaja melangkah masuk ke tandas itu. Matanya membulat seketika sebelum dilarikan ke arah target misinya hari ini, Lia. Cun! Kyle dah pergi tandas jdi tiada yang menemani Lia.

Pantas Riz bangun. Sambil berjalan, wajahnya dilap dengam hujung lengan hoodie oversize berwarna hitam yang dipakai. Kepalanya ditundukkan setiap kali berselisih dengan orang lain.

Sebaik sahaja tiba, Riz pantas mengambil tempat di hadapan Lia. Gadis itu sedikit terkejut melihat kemunculan Riz. Awalnya dia ingin berteriak namun niatnya dihentikan apabila seraut wajah Riz mengetuk kotak memorinya. Tubuh Lavin dipeluk erat, bersedia untuk apa-apa kemungkinan yang boleh membahayakan anak kecilnya.

Riak pelik ditayang pada lelaki itu. "Kenapa kau muncul lagi?"

"Evv.. Evellyyn... Ccari ddia...!"

"Hah? Kau merepek apa? Dia dah matilah!" bidas Lia. Pandangan tajam Riz ditentang berani.

Riz merengus geram. "Di.. Dia hhiddup...!"

"What? Kau tertelan clorox ke tadi?"

Riz menggeleng laju. Dia tahu Evelyn masih hidup kerana dia sendiri yang melihat kelibat Evel muncul beberapa kali.

"Rav...vven Wwaxerr! He...knnowss ssome...thing...!"

Dan salah satunya, ketika perjumpaan rahsia Evel dan Raven.

Lia keliru. Dia ingin membidas tapi segala maklumat dari budak lelaki ini tidak boleh diambil remeh. Namun tidak mustahil kemunculannya bermotif untuk menghancurkan kepercayaan dalam kumpulan The Exfire dan mencipta huru-hara.

"Kau siapa?!"

Riz terdiam apabila terasa satu besi tajam terletak kemas di sisi badannya. Haba dari tubuh yang melekap rapat di belakangnya itu cukup membuatkan Riz sedar dia sudah berada dalam masalah besar.

"Hubby, no! Please let him go." rayu Lia. Dia tak mahu semua maklumat dari budak lelaki ini kekal misteri. Selagi belum terungkap semuanya, dia takkan biarkan nyawa berpisah dari jasad itu.

"Asal? Skandal kau ke?" soal Kyle, dingin.

Sekali gus membuatkan Lia panas hati. Perghh, dia main tuduh-tuduh bini, guys! Dengan riak jengkel, Lia pantas membidas kemabali, "Haah, bapak kandung Lavin."

Terbeliak mata Kyle dan Riz. Kedua-duanya sama terkejut dengan kenyataan Lia. Riz sudah menelan kesat air liurnya sendiri. Dia baru 20 tahun kut, muka pun masih jambu, tiba-tiba nak ada anak. Eh, tolonglah! Dia masih virgin suci murni okay!

Belum sempat Riz mempertahankan dirinya, tiba-tiba terasa tubuhnya melayang sebelum satu bisikan keras menyinggah telinga. "Lari cepat!" Tanpa banyak soal, dia pantas mengatur langkah laju mengikuti Jason yang menarik tubuhnya tadi.

Kyle mengetap kuat giginya. Geram apabila sasaran terlepas. Ingin melepaskan tembakan sudah semestinya mustahil apabila berada di tempat terbuka sebegini. Pandangan tajamnya jatuh pada Lia yang hanya berwajah selamba.

Tanpa mengisahkan suaminya yang dilanda emosi, Lia penuh diva memberi arahan, "Jangan bagitahu sesiapa. Nanti Wifey terangkan okay? Dah, tayah nak tengok macam nak telan wifey. Orang tak takut pun."

"Balik!"

Sepatah arahan Kyle seraya tangannya mengambil Lavin dari dukungan Lia. Tanpa banyak bunyi, Lia terus sahaja mencapai beg tangannya yang tersidai di atas meja. Bibir dicebik menyampah dsngan perangai cold jarang-jarang si suami itu.

Sementara itu,

Satu kereta yang terparkir di luar restoran itu diduduki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan. Si lelaki sudah melelapkan mata manakala sepasang mata bundar milik si gadis hanya diam memerhatikan dua kelibat yang muncul. Niatnya hanya mengintip gadis bernama Fairyna Fathylia itu, tidak disangka muncul pula target yang lain.

Telefon pantas dikeluarkan lalu nombor seseorang di dail. Sebaik sahaja panggilannya diangkat, suaranya terus kedengaran, "Hello, miss. Aku dah jumpa Querizz Adryan Xavier. Should I follow him?"

"Hmm, ikut dia pastu bagi aku laporan. Be careful, jangan sampai terkantoi."

"Titah dijunjung, tuanku!" sinis gadis itu. Panggilan dimatikan lalu bibirnya yang setia dengan senyuman sinis itu tiba-tiba sahaja mencebik apabila pandangannya jatuh pada si lelaki. Tubuh lelaki di sebelahnya ditolak kasar. "Tidur je kerja kau! Bangun cepat, kita kena follow orang lain ni!"

Dan tanpa banyak soal, Fidz hanya akur dengan arahan Sylvia itu.

_____________________

~10/03/21~
Aku. MALAS. Tapi. Sebab. Dah. Lama. Tak. Update. So. Aku. Type. Pendek. Je.

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 95.7K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
170K 7.7K 30
[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin...
849K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
87.7K 4K 50
Third book of BAD GIRL. "Dah la beku! Tak nak cakap. Sombong. Tak nak senyum. Suka cari pasal." - Syifa Jannah. "Suka sangat senyum. Banyak mul...