My Obsession Ex Boyfriend (Co...

By AinaNabilaAzman

243K 12.9K 329

Tiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Casts
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Epilog

Bab 3

10.8K 735 21
By AinaNabilaAzman

"HAIH! Mana Luna ni? Dah pukul 10.30 pagi dah ni tapi masih tak datang. Selalu tak pernah pulak dia lambat macam ni." ujar bos kedai bakeri itu.

"Luna tak datang lagi ke bos?" soal pekerja lain.

"Belum. Itulah saya pelik, selalunya kalau dia demam ke sakit ke dia akan telefon saya beritahu tak datang kerja tapi ni tak ada langsung."

Mereka jadi hairan. Tak pernah Luna hilang begini. Salah seorang dari mereka ternampak sepucuk surat di balik pintu.

"Bos, ada surat."

Kepada Berry's Bakery,

Assalamualaikum bos dan semua rakan sekerja yang lain. Saya Arluna Aurell binti Rizal ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya sebagai cef pastri merangkap pembantu kedai kerana saya ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Dengan ini, saya meletakkan jawatan dalam tempoh notis berhenti 24 jam bermula saat bos dan semua pekerja tahu akan isi kandungan surat ini.

Maafkan saya kerana buat keputusan secara mengejut ini. Terima kasih kepada semua yang melayani saya dengan baik sepanjang tiga tahun saya bekerja di Berry's Bakery.

Malah, segala kunci kedai sudah saya letakkan di dalam peti surat kedai. Maafkan saya sekali lagi. Selamat tinggal!

Yang benar,
Arluna Aurell binti Rizal.

"Luna dah berhenti kerja." maklum bos.

"Hah?!" soal para pekerja.

~~~

Venice, Itali.

Tiga tahun kemudian...

KEJADIAN Adriel Harys datang secara tiba-tiba ke apartmen Luna semalam amat meresahkan hati dan perasaan Luna. Dia tidak khuatir akan Adriel sudah tahu dia berada di Itali namun apa yang menjadi masalahnya adalah Adriel Harys mahukan dia kembali.

Ah! Sudah lah dulu lelaki itu mahu membunuh aku namun kini dia kembali ingin bercinta semula dengan aku? Gila ke apa?

Apa lagi yang dia mahukan dengan aku? Adakah dia tidak berpuas hati kerana aku masih belum mati?

Tapi... kalau dia nak aku mati, semalam dia dah bunuh aku masa dia masuk apartmen aku.

Haih, boleh jadi gila aku memikirkan soal ini. Ingat selepas tiga tahun, hidup aku akan kembali tenang seperti sebelumnya namun ternyata kenangan silam masih lagi menghantui hidup aku.

Questa è tutta roba da pazzi!

(Ini semua perkara gila!)

Namun apabila dia sampai di hospital tempat dia bekerja, terus dia cuba menenangkan fikirannya. Maklum lah kini Arluna Aurell sudah menjadi pakar psikiatri jadi haruslah dia menjadi normal dan matang.

Kalau tidak, sia-sia sajalah dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menjadi pakar psikiatri jika dirinya sendiri pun tak mampu berfikiran positif.

"Buongiorno, dottoressa Luna. Oggi il medico ha due pazienti al mattino mentre tre pazienti la sera." maklum Isabel, penolongnya.

(Selamat pagi, Doktor Luna. Hari ini doktor ada dua orang pesakit di waktu pagi manakala tiga orang pesakit di waktu petang).

Luna tersenyum mengangguk.

"Tutto ok. Più tardi quando arrivano, dimmi? Grazie, Isabel."

(Baiklah. Nanti kalau mereka dah sampai, beritahu saya ya? Terima kasih, Isabel).

Luna masuk ke dalam pejabatnya dan baru saja duduk, telefon pintar miliknya sudah berbunyi.

Private Number

Luna hairan. Siapa pulak yang telefon masa dia tengah bekerja ni? Dah lah private number! Namun Luna malas mahu menjawab. Buang masa dan tak penting.

Dia matikan saja telefon itu.

Tapi... panggilan daripada nombor yang sama masih berbunyi.

Luna rimas. Dia masih tidak mahu menjawab panggilan itu dan akhirnya dia menukar sound telefonnya dari general kepada do not disturb.

"Apa masalah dia ni? Dah kalau aku tak nak jawab call kau tu, maknanya aku tak nak kau ganggu aku apatah lagi nak layan kau."

Sempat Luna mengeluh sebelum pintu pejabatnya dibuka secara kasar dari luar. Dia terkejut.

"Signore! Non puoi entrare senza appuntamento." kata Isabel yang memarahi lelaki yang masuk ke dalam pejabat Luna.

(Encik! Encik tak boleh masuk tanpa buat temu janji).

"Adriel? Cosa stai facendo qui?" soal Luna.

(Adriel? Awak buat apa di sini?)

"Il dottor Luna conosce questo ragazzo?" soal Isabel.

(Dr Luna kenal lelaki ini?)

Adriel memandang Isabel dengan dingin.

"Deve saperlo perché io sono suo marito." kata Adriel selamba.

(Mesti lah dia kenal aku sebab aku adalah suami dia).

Isabel terkejut. Luna tergamam. Terus Luna menyuruh Isabel keluar dan membiarkan Adriel masuk ke dalam ofisnya.

"Va tutto bene Isabel, puoi continuare il tuo lavoro."

(Tak apa Isabel, awak boleh sambung kerja awak).

Isabel mengangguk. Dia keluar meninggalkan Adriel Harys bersama Arluna Aurell berdua.

"So, Mister Adriel Harys... which part of your brain is broken?"

Luna menyoal. Adriel hairan.

"Sorry?" soal Adriel.

"Oh, in case you forget... this is an psychologist clinic and every person who come here is involved in mental illness. So, let me ask you again... which part of your brain is broken?"

Adriel tersenyum lebar sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau sindir aku?" soalnya.

"Eh, tak. Aku tak sindir kau sebab memang tak kuasa aku nak sindir kau. Aku cuma bertanya sebab sekarang ni kau datang ke klinik psikologi. Bukannya kedai kopi." jawab Luna.

Adriel mengeluh kecil.

"Kenapa kau tak jawab panggilan telefon daripada aku?"

"Oh, tadi tu panggilan dari nombor kau ke? Oh, maaflah... aku tak minat untuk jawab call sesiapa sebab memang aku pakai telefon tu just untuk WhatsApp dan layan media sosial. Bukan untuk jawab call orang lain lebih lebih lagi orang yang langsung tak penting macam kau."

Suatu jawapan yang paling sinis diberikan kepada Adriel Harys.

"Sayang..." panggil Adriel.

"Tak payah nak sayang sangat ya? Aku bukannya sayang kau. Tapi alang-alang tu aku nak tanya, otak kau ni ada masalah ingatan ke?"

"Hah?"

"Kan aku dah cakap pada kau, jangan ganggu aku dan jangan ikut aku ke mana saja aku pergi tapi kenapa kau datang klinik aku ni? Kau ingat bila aku cakap nak buat laporan polis tu, aku cakap kosong aje ke?"

Adriel diam.

"Oh, yalah aku lupa. Ketua mafia macam kau ni mana lah takut pada polis. Bekas kekasih sendiri pun kau boleh bunuh apatah lagi polis kan? Mafia macam kau ni memang tak takut pada undang-undang. Cuma takut mati aje." sinis Luna lagi.

Adriel mengetap bibir menahan marah. Luna hanya tersenyum sinis melihat keadaan Adriel.

"Oh, kau tengah tahan marah ke tu? Salah ke apa yang aku cakap?"

"Cukup Arluna Aurell binti Rizal! Kau jangan melampau bila bercakap dengan aku!" jerit Adriel.

Luna menyilangkan tangannya ke dada. Dia masih lagi tersenyum sinis.

"Kenapa aku tak boleh melampau bila bercakap dengan kau? Aku bukannya sesiapa pun pada kau dan aku langsung tak takut pada kau. Yourself is nothing for me. It's just useless!"

Adriel bangun lantas mencengkam leher Luna. Luna terkejut namun dia gentar.

"Hai ragione, Arluna Aurell! È un mio diritto assoluto, quindi non dovresti essere scortese con me." tegas Adriel.

(Kau adalah hak aku, Arluna Aurell! Hak mutlak aku jadi kau tak sepatutnya kurang ajar dengan aku).

Dalam dicengkam, Luna masih lagi mahu melawan.

"Kalau aku adalah hak kau, kenapa kau tergamak nak bunuh aku tiga tahun lepas, Adriel Ricardo Harys? Kau dah lupa tu semua ke atau kau memang psiko?"

Adriel diam. Dia melepaskan cengkamannya pada Luna. Luna terbatuk-batuk sedikit.

"Kenapa diam? Tak ada jawapan?"

"Aku buat semua tu bersebab, Luna."

"Sebab apa? Hei, kalau aku mati malam tu sebab kau dah tak guna lah! Sekarang ni aku pun dah mati jadi tak perlu lah kau nak aku lagi."

"Tapi semua orang buat silap!" tegas Adriel.

"Ya, memang semua orang buat silap tapi bila melibatkan pembunuhan, itu bukan satu kesilapan! Itu adalah keinginan kau sebagai seorang ketua mafia yang terlalu sebati dengan mengambil nyawa orang lain sampaikan aku yang pernah mencintai kau dengan ikhlas pun, kau sanggup nak bunuh! Jadi, bila kau cakap itu hanya satu kesilapan atau salah faham, kau ingat aku nak percaya dan terima semua tu ke?"

Luna bengang.

"Ad, apa salah aku pada kau sampai kau nak bunuh aku? Aku bukannya musuh kau ataupun orang yang tikam belakang kau. I was your lover, Ad! I was loved you more than you ever know!" tengking Luna.

Adriel bangun lantas terus memeluk badan Luna namun ditampar.

"Jangan pernah sentuh aku! Aku jijik bila kau sentuh aku!" halang Luna.

Adriel diam tergamam. Ini kali pertama dia ditampar oleh Luna.

"Pergi, Adriel! Jangan ganggu aku dan jangan dekat dengan aku lagi! Tolonglah... aku merayu pada kau."

"Luna..." panggil Adriel.

"Aku tak peduli kalau kau nak buat kerja setan kau di Itali ni tapi jangan sesekali muncul atau libatkan aku dengan hidup aku atau kumpulan kau. Antara kita berdua dah lama tamat dan Arluna Aurell sudah mati untuk Adriel Harys!"

Continue Reading

You'll Also Like

217K 11.9K 31
" Arwah ayah saya berhutang dengan Ah long RM 30k " - Qaseh Ayesha ----- " Panggil saya abang. Abang Harraz pun sedap juga " - Tuan Harraz Zaqwan ...
36.3K 1.1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...
3.2M 124K 52
"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT...
1.6K 209 44
Siapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungn...