[C] His Mistress ; Jimin

By rosepctal

10.5K 1K 366

[Completed] "Our relationship is a miracle." Ā© rosepctal 2020 #1 - btsjimin #2 - fanfiction #3 - fanfiction #... More

00
01 šŸ’¦
02 šŸ’¦
03 šŸ’¦
04 šŸ’¦
05 šŸ’¦
06 šŸ’¦
07 šŸ’¦
08 šŸ’¦
09 šŸ’¦
10 šŸ’¦
11 šŸ’¦
13 šŸ’¦
14 šŸ’¦
15 šŸ’¦
16 šŸ’¦
17 šŸ’¦
18 šŸ’¦
19 šŸ’¦
20 šŸ’¦
21 šŸ’¦
22 šŸ’¦
23 šŸ’¦
24 šŸ’¦
25 šŸ’¦
26 šŸ’¦
27 šŸ’¦
28 šŸ’¦
Final Chapter

12 šŸ’¦

298 32 27
By rosepctal

"A-apa a-awak cakap Jimin? Tolong jangan main-main-"

"Apa yang awak dengar tadi tu betul. Saya, Park Jimin, cintakan perempuan lain dan yang pasti perempuan tu bukan awak. Jelas?" kata Jimin dengan lancar, membuatkan mata Yerin membulat.

"Tak tak. Awak sengaja tipu saya je kan? Sebab awak tak nak sakitkan hati saya. Kan Jimin?" Yerin cuba memaut lengan lelaki itu namun ditepis laju oleh Jimin.

"You heard what I said just now, Jung Yerin. Perkahwinan kita selama dua tahun ni tak ada makna langsung. Sikit pun tak ada. Apatah lagi cinta. Semua itu takkan terjadi antara kita sebab, saya cintakan perempuan lain. Kita boleh bercerai-"

"Tapi saya cintakan awak, Jimin." ucap Yerin, tulus. Matanya yang sudah bergenang dengan airmata memandang redup anak mata suaminya.

Jimin menggeleng laju. "Maaf tapi saya tak boleh, Yerin. Cinta saya hanya untuk dia. Bukan awak. Kalau awak tak boleh tahan hidup dengan saya, kita boleh cerai. Saya yakin mama akan faham. Lagipun saya bertahan dengan awak selama ni pun sebab mama."

Yerin merengus perlahan. Kenapa Jimin tidak pernah cuba mencintainya? Sedangkan dia adalah isterinya yang sah. Bukan wanita lain.

"Jadi awak curang dengan saya, Jimin? Huh?"

Jimin pandang dengan ekor matanya lalu membalas, "Tak ada istilah curang antara kita, Yerin. Perkahwinan kita hanya disebabkan mama. Dan kita tak mencintai antara satu sama lain."

"Kalau awak setuju dengan penceraian ni saya akan sediakan-"

"Tolong bagi saya peluang, Jimin. Awak boleh cuba cintakan saya-" dia cuba memaut lengan lelaki itu.

"Jung Yerin! Saya tak akan pernah cintakan awak. Faham tak?" Jimin sudah mula meninggikan suaranya.

Yerin mengemam bibir. Jimin betul-betul cintakan perempuan tu sehingga sanggup meninggikan suara kepadanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa tercabar. Hebat sangatkah perempuan tu sampai Jimin sanggup menepikan statusnya sebagai seorang isteri? Huh.

"Cinta betul awak dekat dia eh? Wah. Saya ni isteri awak tahu tak. Isteri. Kenapa nak kena cari perempuan lain untuk awak cintai?"

"Awak ingat mama akan terima semua ni? Dia pasti tentang habis-habisan hubungan awak dengan perempuan tu." hambur Yerin geram. Bibirnya diketap rapat.

Jimin hanya mendengar. Ya dia tahu mamanya pasti tidak menyukai hubungannya dengan Haewon. Tetapi apa pilihan yang dia punya?

"Saya dah tak kisah apa yang mama nak cakap. This is my life. Dan awak, Yerin. Saya bertahan dengan awak selama ni hanya disebabkan mama. Jadi sampai masanya nanti kita tetap akan berpisah sebab saya tak cintakan awak. I'm sorry." ucap Jimin. Dia terus berlalu meninggalkan wanita itu dibelakang.

Yerin bagai kaku ditempatnya. Dia bagai tersedar apa yang diucap oleh lelaki itu sebentar tadi. Serta merta dia keluar dari ruangan dapur.

"Tak tak. Jimin awak nak pergi mana pula? Jangan tinggalkan saya! Jimin! Park Jimin!"

Namun Jimin langsung tidak menoleh ke belakang.  Malah kereta Audi miliknya terus laju meluncur keluar dari kawasan perumahan elit itu.

Nafas Yerin tercungap-cungap kerana mengejar lelaki itu sehingga ke pintu pagar. Bayangan kereta Jimin sudah hilang dari pandangannya.

"Tak guna tak guna! Sanggup kau buat aku macam ni Jimin? Aku boleh terima lagi kalau kau cakap kau masih cuba mencintai aku tapi tak. Aku salah. Boleh pula kau curang belakang aku."

"Arghh!" rambutnya yang disanggul tadi dileraikan terus. Dengan langkah yang sebal, Yerin masuk ke dalam semula. Dia perlu bagitahu ibu mertuanya soal ini. Jimin betul-betul dah melampau!

-------

Hari sudah menginjak ke pagi. Haewon masih berada didapur menyediakan sarapan buat mereka pagi ni. Lebih kurang lagi sejam lebih yang mereka ada sebelum bertolak ke airport nanti.

Beberapa roti bakar yang sudah siap diletakkan di pinggan lalu disusun cantik. Tidak lupa juga teh panas disediakan.

"Good morning." sapa Jungkook yang baru keluar dari bilik tetamu. Sempat dia menguap kecil. Dengan rambutnya yang masih berserabut. Sepupu siapa ini?

"Morning-- Yahh kau baru bangun? Aku ingatkan kau dah mandi tapi ada dalam bilik." Haewon membawa dua pinggan ke meja makan. Wajah mamai Jungkook diabaikan sahaja.

Selamba sahaja Jungkook mencapai kepingan roti lalu digigit. Pantas Haewon menepuk kuat lengan kekar lelaki itu. "Yahh kau tak mandi lagi lah. Pergilah mandi dulu baru makan."

"Makan dulu tak boleh ke? Orang lapar lah."

"Eh mengada betul kau. Padahal malam tadi kau yang melantak banyak-banyak. Takda takda kau pergi mandi dulu baru makan. Euw dah lah tak mandi lagi ada hati nak makan dulu." kata Haewon seraya mencebik bibir.

"Yalah yalah. Emph kedekut." Jungkook terus berlalu dengan wajah mencuka. Ergh itu betul-betul menyebalkan Haewon yang melihatnya.

"Tch acah je lebih dia ni."

"Haewon, ada nampak tupperware mama tak? Yang warna pink tu?" soal Puan Jeon yang baru keluar dari biliknya.

Giliran Haewon pula yang berkerut dahi. Tupperware pink? "Tupperware? Tak ada pula..."

"Haih takkanlah hilang pula."

"Alah tupperware je mama. Nanti beli je lah lain. Murah je."

"Mana boleh. Itu tupperware limited edition tahu mama beli dekat Jepun. Kamu ni. Tolong cari kejap. Ada dalam kabinet dapur kamu agaknya." Puan Jeon mula menghampiri kawasan dapur. Satu persatu pintu kabinet dibukanya.

Inilah mak mak. Tupperware pun dirisaunya. Haih. Nak tak nak dia juga mencari tupperware tersebut. Kalau tak jumpa agaknya mama tak nak balik kut?

-------


Suasana dalam bilik hotel masih gelap bagai tiada penghuninya. Hari sudah hampir menginjak ke tengah hari namun Jimin masih melingkar di atas katil.

Taehyung yang baru keluar dari bilik air mengeluh perlahan. Tak bangun lagi si Jimin ni. Haih.

"Yahh Jimin. Ppali bangun. Nak masuk tengah hari dah ni. Kau tak nak masuk kerja ke harini?" Taehyung menepuk-nepuk belakang tubuh Jimin yang tidak berbaju.

"Hmm..." Jimin hanya bergumam kecil. Malah bantal disebelah pula dibawa ke kepalanya. Menekup supaya Taehyung tidak memanggilnya lagi.

"Bangunlah woi. Nanti mesti mama kau cari aku punyalah sebab kau hilang macamtu je." puas mengejutkan Jimin yang tak bangun-bangun akhirnya Taehyung mengalah.

"Ikut suka kaulah nak bangun ke tak. Aku nak siap lepastu balik rumah aku and then terus masuk office."

Taehyung terus mencapai baju yang dipakainya malam tadi. Terpaksa kerana dia tidak punya baju lebih. Dia ke hotel ini juga hanya kerana Jimin menelefonnya. Katanya perlukan teman untuk meluah.

Setelah selesai bersiap, Taehyung mencapai telefon pintarnya. Dia mengeluh kecil.

"Aku pergi dulu tahu. Jangan bangun lewat sangat. Lepas ni balik rumah terus." pesan Taehyung. Jimin hanya bergumam kecil. Sekurang-kurangnya Jimin masih mendengar katanya.

Dengar sahaja pintu sudah ditutup rapat, Jimin terus bangun dari pembaringan. Kepala yang sedikit pening tidak dihiraukannya.

Sebenarnya dia serbasalah. Kalau balik rumah mama, sah-sah kena soal. Haih.

Adakah dia perlu ke kondo Haewon? Ah hampir dia terlupa, Haewon ada cakap yang mamanya balik ke sini..

Apa pilihannya, pulang ke rumah mama? Jimin benar-benar buntu tika ini.

Watak Yerin akan jadi watak yang buatkan awak rasa nak pijak² dia. Haha.

So get ready 😜

Continue Reading

You'll Also Like

43.3K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
11.8K 1.3K 11
" saya dah jatuh cinta dengan orang lain " " kau tak mungkin sayang dua orang dalam masa yang sama. jadi pilih lah orang yang kedua " Ā± Ā± Dia, perlu...
1.6K 428 52
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]
1.9K 170 20
MALAY FANFIC | Jeon Jungkook " Aku tak pernah rasa sebahagia ini bila ada bersama dia " Disatukan oleh masa yang berlalu dengan pantas. Dua hati yan...