Perubahan Super Ejen [Ejen Al...

By EnderWigin73

95.9K 5K 952

Cerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak d... More

Permulaan
Suasana Baru
Latihan
Kasih Sayang
Langkah Pertama
Hadiah
Usaha
Suku Akhir
Perlawanan Akhir
Jatuh
Penyeksaan (PT1)
Penyeksaan (PT2)
Penyeksaan (PT3)
Risau
Pencarian
Denda
Kawan Baru
Rindu
Ulangi Kesalahan
Dibuli Lagi (PT1)
Dibuli Lagi (PT2)
Curiga
Kepulangan
Jaga
Hampir
Sedar
Pantau
Mental
Hospital
Serangan
Ancaman
Hari Kedua di Hospital
Kemalangan
Terbongkar
Marah
Maaf
Demam
Insaf
Bunker
Kemunculan Kedua
Bukan Update
Identiti Sebenar
Rancangan
Dihukum
Rekruit Baru
Gadjet Baru
Upgrade
Kemampuan
Bukan Update (Video)
Comot
Neonimus
Kembali
Ujian
Misi
Pihak
Hari Ibu
Mysterio & Unknown

Luangkan masa

1.7K 86 7
By EnderWigin73

"Kita letupkan je untuk hilangkan bukti"

"Ok"

Situasi Ali..
Bilik itu penuh dengan gelak ketawa dan keseronokkan ejen² apabila Ali menyampaikan lawak Ash. Ejen Geetha, Ejen Leon dan Ejen Karya yang mendengar gelak ketawa itu pun berniat untuk sertai mereka juga memandangkan mereka tiada tugas lain.

"Kami nak join boleh?" Tiba² tiga mentor muncul di dalam bilik rawatan stage 3 dengan Ejen Karya yang bersandar pada dinding.

"Eh korang rupanya. Jomlah join. Duduk²" Ejen Bakar mempelawa mereka bertiga.

"Apa yang seronok sangat tadi?"

"Ali dengan Ash lah. Lawak tak boleh tahan" Moon sambung ketawa. Disebabkan Ejen Geetha dah bagitau mentor² tentang Ash, mereka tidak pelik lagi.

"Sambung sambung" Ejen Karya menyilang kakinya dan meletakkan dagu atas tangan yang berada di atas kaki. Ejen Leon dan Ejen Geetha turut mendekatkan kerusi ke katil tanda ingin tahu. Ash cepat² memberitahu lawaknya kepada Ali lalu disampaikan kepada ejen² lain. Baru satu lawak, tiga mentor yang baru masuk tadi sudah ketawa.

Alicia tiba² bercakap tentang Ali waktu kecil.

"Ali, kau nak tahu tak? Comot bagi gambar kau waktu kecik"

"Comel tak aku?"

"Tak..tembam"

"Atleast muka aku waktu kecik tak swag macam kau" Ali menunjukkan gambar Alicia  yang dipegang oleh Uncle Razman sewaktu kecil. Keadaan menjadi diam, tiba² semua ketawa tak berhenti sampai rasa nak pecah perut dengan Alicia sekali.

"Bwahahahahhahha uhuk uhuk aahhahahh" Ali ketawa sampai terbatuk batuk tapi sambung gelak. Orang yang dari tadi memerhati mereka senyap² turut ikut gelak terbahak bahak. Mana taknya, muka Alicia tak ubah swag nya sampai sekarang. Tak sangka mentor² boleh ketawa sampai macam tu sekali, benar Ali sudah mengubah ramai orang.

"Uncle, Nikki...kat penjara mana?"

"Dia kat penjara HQ. Kenapa?"

"Nanti saya nak lawat dia boleh?"

"Kenapa kau nak lawat orang macam dia?" Moon bertanya. Iman dan Khai menegur kawan mereka.

"Dia baik apa..cuma dia salah jalan je. Kalau aku jadi dia pun aku akan buat benda yang sama. Kau bayangkan Dato' Othman jadi punca mak ayah kau meninggal lepastu dia layan kau macam sampah. Kau rasa?" Semua terdiam mendengar pernyataan tersebut. Dalam hati, mereka menyutujui apa yang dikatakan Ali tadi.

"Aku kadang² selalu teringat apa yang Nikki dengan Analogman cakap. 'Dalam sibuk mengejar kemajuan, kamu lupa nilai kemanusiaan'. Berapa ramai yang cedera dan mati kat Pinggiran sana dulu. Rumah kena roboh tapi kita kat sini hidup senang². Apa² pun, korang tak lapar ke?"

Selepas menerima sedikit pep talk daripada Ali, soalan terakhir itu membuatkan mereka memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 1:30 tengah hari.

"A'ah lah. Kau tegur baru aku perasan. Jap korang semua tunggu kat sini, biar aku dengan Iman yang pergi beli makanan. Ali, kau makan bubur dengan ikan goreng je. Nanti gatal pulak luka² tu."

"Yelah².." Moon dan Iman berjalan keluar bersama Comot. Tiba² telefon Ali vibrate di tepinya. 2 notifikasi masuk daripada 2 orang  yang berbeza.

                                        Ayah

Kamu kat mana? Dari
semalam tak balik

                           Kat rumah uncle. Bosan
                           duduk rumah sorang².

La..Kenapa tak
bagitau?
                             Ayah kan sibuk. Bukan
                                            ayah kisah pun

Jangan cakap camtu.
Ayah minta maaf. Bila
kamu nak balik?

Ali berhenti. Takkan dia nak kata 1 bulan terus kan? Ash juga sedang berfikir. Untuk cepat mendapat jawapan, dia bertanya kepada ejen² di depannya.

"Ayah aku dah tanya bila aku nak balik dari rumah uncle. Nak kata macam mana ni?"

"Kamu jawab kamu akan balik minggu depan"
Ali cepat² menaip jawapan tersebut.


                                             Minggu depan

Lamanya. Ali merajuk
dengan ayah ye?
 
                                   Takdelah, kalau Ali
                               . balik pun ayah takde

Ni ayah tengah tunggu
kamu balik lah ni. Ayah
pergi ambik kamu kat
rumah uncle ye..

Lagi sekali Ali menjadi resah. Dia bertanya semula kepada kawan dan mentornya yang berfikir panjang. Ash menyerahkan perkaran ini kepada mereka kerana ini melibatkan agensi tersebut.

"Kata yang Ejen Bakar sedang bawa
kamu jalan²"



                                    Takpe, uncle bawa
                                    Ali jalan² sekarang

Kalau macam tu
takpelahJaga diri
elok²


Ali berasa bersalah kerana taktau macam mana tapi bila dia baca message ayahnya, dia boleh bayangkan nada yang sedih.

"Ejen Geetha, agaknya bila saya boleh discharge?"

"2 bulan macam tu" Ali sedih mendengar jawapan tersebut. Ayahnya sudah menunggu di rumah tapi dia tak mampu bersama ayahnya buat masa sekarang. Inilah satu² nya peluang untuk meluangkan masanya bersama ayah yang selalu sibuk. Air mata menitis dari matanya. Semua perasan dengan hal tersebut.

"Ali, kenapa ni?"

"Ayah saya tengah tunggu saya kat rumah tapi saya takde kat sana. Ayah kan peneraju, bila lagi saya boleh luangkan masa dengan dia"

"Takpe, Bakar, kau bawak Ali naik kerusi roda pergi balik rumah. Nanti kita pindahkan dia kat hospital. Jadi lepasni, nak lawat Ali lawat kat hospital" Remaja lelaki yang menangis tadi terus gembira dan pelik dengan keputusan mentor neuro tersebut.

"B-betul ke ni?"

"Ya. Betul apa yang kamu cakap, ayah kamu selalu sibuk jadi ini je satu² nya peluang kamu nak bersama dengan dia. Bila kali terakhir dia luangkan masa dengan kamu?"

"Saya tak ingat. Rasanya dah lama" semua ejen kesian dengan Ali yang sudah lama tidak bersama dengan ayahnya. Kesedihan tadi dipecahkan dengan Moon dan Iman yang baru tiba dari café membawa makanan. Mereka berdua pelik kenapa Ali diletakkan di atas kerusi roda. Khai menerangkan kepada mereka dari awal membuatkan dua sahabat itu gembira mendengar Ali akan luangkan masa bersama yang tersayang.

Remaja berteraskan tekno menghubungi ayahnya untuk memberitahu yang pakciknya akan menghantar dirinya ke rumah. Kedua dua orang di talian tersebut gembira bukan main sampaikan Ali tersenyum lebar. Bubur ikan diberikan kepada remaja itu untuk dimakan dalam perjalan. Mereka mengucapkan 'bye' kepada ejen tekno dan kombat walaupun mereka akan berjumpa semula nanti.

Semasa dua ejen itu keluar Akademi, semua ejen memandang mereka sambil tersenyum. Tugas mereka hanya untuk menggembirakan ejen tekno itu walau apapun cara.

Dalam perjalanan, Ali dan pakcikya berbual tentang ibu dan ayahnya dulu sambil Ali memakan makanan yang diberi rakannya tadi dengan berselera. Dia teringatkan satu lagi notifikasi tadi dan membuka message yang dihantar oleh Viktor.


                              Viktor

Hey, Ali. Kau okay ke? Aku
call tak jawap, pergi rumah
takde, sekolah pun kau
tak datang. Alicia pun sama."

                    .          Aku masuk hospital..
                          sorry ah tak bagitau kau

Kau masuk hospital?! 😱
Kenapa tak bagitau?Hayyaa
aku pergi lawat kau sekarang
Kau kat mana?
  
                       Aku kat rumah ni, datang
                       la, kita tengok movie

Aku datang tengok kau
ma. Bukan movie



Sampai di depan pintu rumah, Ejen Bakar menekan butang loceng dan memberi salam. Kedengaran bunyi tapak kaki yang laju datang mencapai pintu rumah tersebut. Orang pertama yang Dr.Ghazali nampak ialah Bakar dan matanya terbeliak melihat kedaaan anak tunggalnya yang duduk di atas kerusi roda dengan kepala, tangan dan kaki yang berbalut.

"Ya Allah, Ali! Kenapa ni? Macam mana boleh cedera sampai macam ni?"

"Ali...mmmmm...." Dia cuba mencari alasan tapi Ejen Bakar terlebih dahulu memberi jawapan in.

"Ali jatuh skuter"

"Ye ke? Dulu jatuh skuter takdelah sampai teruk sangat macam ni. Baik korang jangan tipu.." Dr.Ghazali merenung mereka sampai telan air liur dua ejen tersebut.

"Sebenarnya..Ali kena buli kat sekolah" terbuntang mata peneraju itu dibuatnya.

"Apa?! Dah berapa lama?"

"Dah lama dia kena buli kena maki. Tapi kena teruk macam ni baru seminggu yang lepas. Takkan abang tak perasan?"

Terdiam lelaki itu. Keadaan anaknya sendiri pun dia tak sempat nak tahu selama ini.

"T-tak. Maafkan ayah, Ali. Makan minum kamu pun ayah taktau. Kamu cedera teruk pun ayah taktau. Kamu okay tak ni?" Menangis Dr.Ghazali menyedari kesilapan besarnya.

"Ali okay lah ayah. Ali kan kuat macam uncle"

"Cedera parah kamu kata okay? Kaki patah, tangan berbalut, kepala berbalut..Siapa yang buat kamu macam ni? Ayah nak pergi jumpa dia"

"Tak payah ayah. Ayah dah makan? Sihat? Ayah tak kerja ke?"

"Ayah sihat, ingatkan nak bawak kamu keluar makan. Harini ayah ambik cuti. Tapi sekarang ni pasal kamu, ayah pulak. Kamu?"

"Saya pun dah makan. Uncle je tak sempat. Uncle yang jaga Ali kat hospital"

"Ayah minta maaf sebab tak jaga kamu kat hospital. Dah masuk²" Dr.Ghazali menjemput keluarganya masuk. Dia terus menghidangkan air sirap ais kepada mereka dan duduk di atas sofa menghadap Ali dan Bakar.            

"Jadi, apa kecederaan Ali?"

"Kepala Ali terhentak kuat, kaki dia patah, tangan dia patah tapi dah nak baik, badan dia pun cedera jugak. Boleh katakan full pack dia punya sakit tu. Satu badan kena tapi yang lagi teruk.." Ejen Bakar membuat tangan untuk berbual secara private. Mereka berbincang di dapur.

"Kenapa ni Bakar? Macam serius je?"

"Ali ada mental disorder"

"Apa?! Dia kenapa?"

"Dia menghidap Schizophrenia tapi baru nak jadi dan Depression dah lama. Kalau abang tengok kat pergelangan tangan Ali, ada kesan goresan . Baru beberapa hari lepas dia cuba nak bunuh diri." Jatuh melutut Dr.Ghazali mendengar penjelasan adik iparnya. Dia sangat sibuk dengan kerja, anaknya diabaikan sampai dapat penyakit mental dan cuba bunuh diri. Air mata mengalir deras dari matanya, tangan menutupi mukanya.

"Apa aku dah buat ni? Ali hampir bunuh diri pun aku tak tau" Ejen Bakar melutut dan memegang bahu Dr.Ghazali.

"Ini bukan salah abang. Ini salah saya, saya yang tak jaga dia betul²."

"Abang ni ayah dia tapi langsung taktau pasal dia" Dr.Ghazali bangun dan pergi menuju ke bilik Ali. Matanya terbuka luas melihat keadaan bilik tersebut dengan darah yang sudah kering. Dirinya terdiam dan sekali lagi menangis tidak berhenti. Dia telah melakukan kesilapan yang hampir membuatkan dia kehilangan satu lagi ahli keluarganya. Tiba² Ali datang dan menegur mereka.

"Kenapa ni ayah? Uncle, kenapa dengan ayah? Kenapa ayah nangis? Ali ada buat salah ke?" Remaja itu memandang ke dalam biliknya.

"Ali minta maaf sebab jadi anak yang tak boleh harap. Nanti Ali kemas bilik" Dr.Ghazali memandang Ali dengan mata yang merah lalu terus memeluk erat anak tunggalnya.

"Ali, ayah minta maaf sangat² sebab tak ambil berat pasal kamu. Ayah asyik fikir pasal kerja je. Kamu sakit, kamu sedih, ayah langsung tak ambil tahu. Maafkan ayah" Ali terkejut dengan tindakan ayahnya. Tak pernah² Dr.Ghazali memeluk, meminta maaf dan menangis macam ni pada dia.

"Ayah kan kerja, bukan main². Tak payah minta maaf"

"Tak Ali, sepatutnya sebagai seorang ayah, walau sibuk mana pun ayah kena luangkan masa dengan kamu. Ayah minta maaf sangat²"

Ali mengukir senyuman.

"Yelah² Ali maafkan. Ayah janganlah nangis, nanti uncle pun nangis lagi banjir Cyberaya" mereka bertiga ketawa kecil.

"Ok²..sekarang ni kamu nak buat apa?" Dr.Ghazali mengesat air mata.

"Kita tengok tv lah. Ali nak main pun tak boleh nak gerak banyak². Uncle kan pandai pilih movie"

Ding...Dong
Loceng rumah Ali berbunyi. Ejen Bakar membuka pintu manakala Dr.Ghazali menolak kerusi roda Ali ke ruang tamu. Pakcik Ali menjemput Viktor dan ibunya Puan Ong yang resah dan kelam kabut masuk.

"Wey Ali. Kau okay tak ni? Teruknya kau cedera! Kenapa ni? Apa jadi? Sampai kaki patah dengan kepala berbalut lagi"

"Ah Boy..Ali kan tengah sakit tu..Jangan buat macam tu"

"Sorry mama, tapi Ali mana pernah cedera teruk sampai macam ni"

"Ye lah Ali, kenapa kamu cedera teruk ni?"

"S-saya"

"Ali kena buli"

"Apa?! Siapa yang buli kau?! Biar aku buat Combo Super Ultra Smash kat dia!" Ali terkejut pertama kali melihat kawan baiknya marah sampai macam tu.

"Eh takpe². Aku okay je lah"

"Macam ni kau kata okay?! Teruk sangat ni! Orang tu buat apa kat kau?"

"Dia bawak geng dia"

"Ishh!! Geramnya aku! Satu badan berbalut dengan duduk atas kerusi roda tu langsung tak okay. Ini mesti dia hentak kepala kau kan?"

"A-a'ah. Macam mana kau tahu?"

"Aku dah agak dah! Ishh😡😤"

"Dah, jangan marah². Nanti kita main game yang baru tu. Haritu tak sempat main. Sekarang, kita tengok movie dulu. Uncle dan bawak popcorn dah tu" dengan sekelip matanya beberapa kotak popcy berada di depan TV.

"Yelah². Kau sure kau okay?"

"Yup"

Viktor menarik nafas dalam dan menghembuskan dengan kuat untuk menghilangkan marahnya lalu duduk di sebelah kerusi roda Ali. Tiga dewasa tadi terdiam melihat adengan tadi. Kuat betul persahabatan mereka.

Ejen Bakar memilih cerita yang seram untuk mengusik anak saudaranya yang penakut. Sepanjang cerita tersebut, Ali asyik terperanjat dan terjerit, tutup tak tutup mata. Empat orang di situ ketawa dengan perangai Ali yang tak berubah dari dulu.

Cerita kedua dipilih oleh Ali kerana tidak tahan dengan cerita tadi. Dia memilih cerita aksi berlawan supaya dia boleh menganalisis pergerakan mereka walaupun tidak mampu berlatih. Di pertengahan cerita tersebut, terdapat satu babak yang mengingatkan Ali tentang sesuatu dan memberikan idea baru kepada dirinya.

"Korang semua hidup senang² tapi kitaorang yang miskin ni, korang abaikan je! Kau nak kata aku jahat? Kau tendang orang yang lemah, MANA KEMANUSIAAN KAU?!!!"

Babak ini mirip seperti sewaktu dia berlawan dengan Analogman dulu. Ini juga mengingatkan dia sewaktu Analogman meletupkan Azurium membuatkan senjata mereka tidak berfungsi. Jadi, dia akan buat perkara yang sama, upgrade suitnya supaya boleh berbuat seperti itu tapi dalam kawalannya sendiri. 'cun'.

Film tersebut habis pada waktu petang, Dr.Ghazali membuatkan makan petang untuk mereka sambil yang lain berbual. Ejen Bakar memanggil Viktor untuk bercakap tentang perkara yang sama dibicarakan kepada Dr.Ghazali tadi di depan dapur secara perlahan.

Sebagai kawan baik Ali, pakciknya meminta Viktor untuk menjaga Ali sewaktu dia sibuk dengan kerja. Lelaki Cina itu keliru namun mengangguk tetapi tetap bertanya.

"Kenapa?"

"Sebab Ali menghidap Schizophrenia dan Depression. Dia.....hampir bunuh diri beberapa hari yang lepas"


Continue Reading

You'll Also Like

1M 54.1K 35
It's the 2nd season of " My Heaven's Flower " The most thrilling love triangle story in which Mohammad Abdullah ( Jeon Jungkook's ) daughter Mishel...
369K 13.2K 59
After Pein's invasion, Naruto is betrayed by his comrades and left to die. When he wakes up, he somehow travelled back in time to when he was genin a...
147K 2.8K 31
In the whirlwind world of basketball and broken promises, Nailea finds herself at a crossroads as she prepares to transfer to the same college as Pai...
9.4M 307K 52
"you're all mine; the hair, the lips, the body, it's all mine." highest previous rankings: - #1 in jimin - #1 in pjm - #1 in btsfanfic cover by: @T...