HER GUARDIAN ANGEL

By afiadz

185K 15.9K 1.4K

"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
PROMOTE
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
EPILOG

BAB 32

2.6K 228 22
By afiadz


RAYYAN mengambil angin di beranda biliknya. Angin malam yang sejuk mencucuk-cucuk tulangnya. Dia dan Hannah bersama-sama Fateh pergi makan siang tadi. Hannah mula membuka rahsia dirinya yang sekian lama dipendam. Lamunannya panjang, kembali terimbau perjumpaan mereka tadi.

Mummy Hannah, Tengku Aya meninggal dunia sejak dia di bangku sekolah menengah. Mereka hidup hanya bertiga selepas itu. Hannah, Tengku Akbar dan juga Tengku Hannani. Sebenarnya 4 tahun lepas dia telah dihalau oleh Tengku Akbar dari rumah. Kakak Hannah, Hannani telah melanjutkan pelajaran di luar negara. Pulang sahaja ke Malaysia, mereka sekeluarga mendapat perkhabaran bahawa rupa-rupanya dia telah berkahwin senyap-senyap dan telah melahirkan seorang anak, Fateh. Apabila ditanya ke mana perginya lelaki Hannani, dia langsung tidak menjawab. Tengku Akbar terlalu kecewa sehingga dia menghalau Tengku Hannani keluar dari rumah. Puas Hannani merayu-rayu, tetapi langsung tidak dipeduli. Beberapa hari selepas itu, mereka sekeluarga mendapat perkhabaran bahawa Tengku Hannani terlibat dalam kemalangan dalam jalan raya. Dia meninggal di tempat kejadian tetapi Fateh dapat diselamatkan.

Memandangkan Tengku Akbar tidak langsung mahu mengaku Fateh sebagai cucunya, Hannah pula dihalau keluar dari rumah kerana memilih untuk menjaga Fateh. Kerasnya hati Tengku Akbar, dia langsung tak terkesan dengan pemergian kedua-dua orang anaknya. Dia lebih mementingkan egonya sendiri.

Hannah yang selama ini hidup senang menjadi susah. Dia sudah tidak lagi dapat duit belanja, kad debit dan kreditnya disekat. Mujurlah keretanya sudah habis dibayar, mudah untuknya bergerak ke mana-mana. Jadi dia hanya perlu mencari tempat untuk berteduh. Berbekalkan duit simpanan yang dia ada, dia mula bina hidupnya sendiri bersama-sama Fateh. Sejak itu hidupnya sebatang kara. Dia tiada tempat untuk bergantung. Fatehlah yang menceriakan hari-harinya.

Tengku Akbar tak pernah sekali pun menjenguk mahu pun mengambil tahu tentang dirinya. Hannah terlalu kecewa dengan sikap Tengku Akbar sehingga dia merasakan bahawa dia sudah tidak mempunyai keluarga langsung.

4 tahun berlalu, Tengku Akbar muncul kembali dan mula menagih kemaafan daripada anak dan cucunya. Sewaktu itu, hati Hannah sudah keras. Air mata yang mengalir bukan kerana dia bersedih dengan nasib yang menimpa dirinya, tetapi kerana dia terlalu kecewa. Hatinya berkecai umpama kaca terhempas ke lantai.

Untuk mereka bernikah, mereka berdua perlu meminta restu daripada Tengku Akbar. Dan Hannah masih belum bersedia, tetapi Rayyan bersungguh-sungguh memujuknya. Dan Hannah mengatakan bahawa dia akan cuba demi hubungan mereka berdua.

Lamunan panjang Rayyan terhenti saat bunyi notifikasi di telefon bimbitnya berbunyi. Satu pesanan di aplikasi Whatsapp diterima daripada Hannah.

"Rayyan, terima kasih untuk siang tadi. Saya dan Fateh gembira sangat, Jaga diri dan selamat malam," ringkas namun mampu membuatkan Rayyan tersenyum. Dia suka apabila Hannah gembira.

"Sama-sama, Hannah. Saya janji dengan awak yang saya tak akan tinggalkan awak. Kita akan lalui segala-galanya bersama-sama. Te amo, Tengku Hannah." Pesanan tersebut dihantar.

Rayyan memetik gitar di tangannya sambil dia duduk dengan santai di buaian. Bibirnya mula menyanyikan lagu. Suaranya yang merdu mula memecah keheningan malam. Dia cukup bahagia sekarang. Hatinya yang sudah lama tertutup kembali berbunga-bunga sejak kehadiran Hannah dan Fateh. Namun ada sesuatu yang dia simpan rapi. Dia tidak tahu selama mana rahsia ini akan tersimpan, tapi dia tahu lambat laun pasti akan terbongkar juga.

There's always that one person that will always have your heart

You never see it coming 'cause you're blinded from the start

Know that you're that one for me, it's clear for everyone to see

Oh baby, ooh (yeah, uh, uh, uh) (you gotta rockaway to this one, c'mon)

You will always be my boo

See, I don't know 'bout y'all, but I know about us and, uh

It's the only way we know how to rock

I don't know 'bout y'all, but I know about us and, uh

It's the only way we know how to rock

Dan lagu my boo nyanyian usher dinyanyikan dengan lancar sehingga ke akhirnya. You will be mine, Tengku Hannah.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
160K 12.6K 69
Season 2 of ILY, Mr. Korean Mafia. Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau. *********** "Aku janji aku akan protect kau...
279K 19.1K 53
Highest rank : #1 action Note : Cerita ni sedikit cringe as it is my first book series. EMIR ADDEN FATTAH - Seorang lelaki melayu kacukan korea. Dia...
283K 10.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...