Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B29

199 34 22
By smokymokivicococo

SUDAH dua hari berlalu. Lia tak habis-habis memujuk Anna yang asyik termenung sendiri. Meskipun Lia tidak tahu apa yang terjadi ketika di dalam tahanan Evel dek dirinya yang pengsan, Kyle sudah menyampaikan berita kematian Ryan.

Terkejut?

Ya, dia sangat terkejut. Dan dendamnya juga semakin membara buat gadis itu. Satu lagi nyawa sudah terbunuh di tangannya. Dia tidak dapat membayangkan betapa teruknya seksaan Evel kepada Ryan. Dengar sahaja cerita Kyle yang mengatakan wajah Ryan sudah tidak sempurna tanpa bola mata ditambah dengan usus yang terkeluar dari badan, dia sudah ternganga.

Evel memang melampau!

"Wifey..." tegur Kyle yang baru melangkah ke arah Anna dan Lia di tepi kolam. Raven turut melangkah di belakang lelaki itu.

Duduk di labuh bersebelahan Lia lalu bahu gadis itu dirangkul erat. Kakinya dilunjurkan ke dalam kolam, sebagaimana yang dilakukan oleh Lia dan Anna.

Raven pula hanya berdiri sambil memasukkan dua tangannya ke dalam poket. Lengan kemeja biru gelap yang dipakai dilipat hingga ke bawah siku. Dua butang kemeja teratas dibiar terbuka.

Raven dan Kyle baru sahaja pulang dari menguruskan pengebumian Ryan. Ayden, Hao dan Alvin pula terus ke pejabat untuk menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh. Alex pula berjumpa dengan Ivy dan Sarah di markas mereka. Manakala Lia ditugaskan menjaga Anna di rumah disebabkan gadis itu tidak dapat menerima hakikat bahawa adiknya telah tiada. Walaupun setelah dipaksa, Anna tetap berdegil tidak mahu ikut.

"Anna, kau okay?" soal Kyle, perlahan. Meskipun dia dan Anna masih dalam mode perang tak rasmi akibat Anna yang tidak bersetuju dengan perkahwinannya, gadis itu sudah dianggap keluarga.

Anna hanya mengangguk ringkas. Kepalanya tidak diangkat, sibuk memerhatikan kocakan air yang terhasil apabila hujung kakinya digerakkan pada permukaan air kolam.

"Dah makan? Muka kau nampak pucat." soal Kyle lagi.

Lia pantas menggeleng. Dia tahu Anna takkan membalas. Malah dia sendiri sudah jenuh memaksa Anna makan.

"Wifey ambilkan makanan sikit untuk Anna, boleh?" pinta Kyle. Bahu Lia ditolak sedikit, menyuruh gadis itu bangun. Tanpa banyak bunyi, Lia hanya akur bergerak ke arah dapur.

Sepi.

Hampir dua minit mereka bertiga berdiam diri. Kyle sudah mengeluh apabila Anna bagaikan mahu bangun dari duduknya. Bahu gadis itu ditekan agar kembali duduk.

"Anna, aku nak cakap sikit," mula Kyle. Rambutnya diselak ke belakang, serba salah untuk memulakan bicara apatah lagi dengan kehadiran Raven disitu. "Kau tak boleh terus macam ni. Aku tahu kau sedih, tapi sampai bila? Kau nak biarkan kematian adik kau macam tu je? Lepas tu kau nak tengok siapa pulak mati? Lia? Atau kitorang?"

Melihat tiada respon dari Anna, Kyle terus sahaja meneruskan niatnya. "Aku faham apa yang kau rasa. Adik kau dibunuh, same goes with my brother. Tap–"

"At least not in front of your eyes!" potong Anna keras. "Aku nampak setiap seksaan Evel pada adik aku. Aku nampak macam mana adik aku tahan kesakitan tu. And me, sitting there doing nothing."

Gelak sinis terkeluar dari mulut Anna. Setiap titis darah yang keluar dari badan Ryan bagai menyeksa tangkai hatinya sebagai seorang kakak.

"Aku nampak depan mata aku. How my brother died."

Suara Raven yang tiba-tiba mencantas membuatkan Anna pantas memalingkan mukanya. Kepalanya didongak memandang riak kosong Raven yang hanya merenung tegak ke depan.

"Apa maksud kau?"

"Yang mati, kembar aku. Bukan abang Kyle." terang Raven tenang.

"Abang aku la jugak." bisik Kyle pada dirinya sendiri. Hey, dia sayang jugak kembar Raven okay. Dahlah perangai baik, jauh beza dari Raven yang beku memanjang.

"Tujuh tahun lepas. Fun fact, Hell pembunuhnya."

Lia yang baru datang tanpa sengaja terjatuhkan dulang yang dibawanya. Pembunuh yang sama.

The Frew.
Ryan.
Dan, kembar Raven.

"Wifey! Are you okay? Kenapa jatuh pulak ni?" Kyle pantas mendekat lalu sepah yang terhasil itu dikemaskan.

"Hell? Bunuh kembar kau? But why?" sampuk Lia. Dia segera berdiri dekat dengan Raven, ingin mendengar cerita lelaki itu.

"The Exfire masa tu tak sama macam yang sekarang. Exfire masih lemah dan korang sendiri tahu yang Amonic memang serang semua kumpulan kecil. Serangan mengejut, one by one get killed. At first, kitorang tak tahu siapa yang serang, sampailah giliran seluruh family aku yang diserang." Raven memejamkan matanya rapat. Kejadian itu masih segar di ingatannya.

"Sama macam Ryan, adik aku diseksa sebelum mati. Dan aku tak dapat buat apa-apa. Heh, apa yang aku boleh buat bila dikelilingi dengan ahli ternama dalam mafia?" Terbayang bagaimana dia diikat di tiang besi, memerhatikan kembarnya diseksa bergilir-gilir oleh mereka. Mereka yang salah satunya, berdiri gadis yang menjadi musuhnya kini. Gadis yang melibatkan diri dalam bidang mafia sejak usia hijau, dan tiada belas kasihan menyeksa mangsanya. Gadis yang merasmikan kematian adik kembarnya dengan memutuskan kepala lelaki itu.

Dan dari gadis itu juga dia belajar, hutang nyawa perlu dibayar nyawa. Dan nyawa gadis itu pasti akan jatuh dalam tangannya juga.

"Boleh aku tanya siapa adik kau?" soal Lia berhati-hati. Dia tahu isu ini terlalu sensitif.

"Steven. Hacker utama kumpulan kitorang. Dan sampai sekarang kitorang tak dapat jumpa hacker yang sesuai untuk gantikan dia. Sama ada skill tak cukup atau perangai tak elok." terang Raven.

Lia mengangguk. Patutlah dia ada ternampak wajah seorang lelaki asing di dalam bingkai foto di bilik Kyle. Pantas sahaja Lia simpulkan bahawa lelaki itu adalah adik kembar tidak seiras Raven, Steven. Matanya juga berwarna kelabu sama seperti Raven. Bentuk hidung mereka juga serupa.

Anna terdiam. Matanya bergerak-gerak bagai memikirkan sesuatu sebelum suaranya perlahan kedengaran, "Amonic memang serang semua team mafia. Motif, hancurkan. Be the best dan pastikan tiada siapa yang dapat atasi. Tujuh tahun lepas, kumpulan Amonic masih kukuh."

"Tapi masa tu bawah pemerintahan Papa kau, Anna." sampuk Lia. Setahunya, papa Anna seorang yang baik. Sepanjang penguasaan lelaki itu, kegiatan Amonic yang menindas kumpulan lain semakin berkurang. Malah lelaki itu berjaya menjalinkan hubungan dengan beberapa kumpulan mafia dalam jangka masa 5 tahun sahaja.

Anna terkedu. Papanya... Dalang disebalik kematian kembar Raven?

"It's not your father." sampuk Raven. Bahunya menegang mengingatkan kembali kejadian itu. "Papa kau terkorban pada 2 Februari, dan kembar aku dibunuh pada 19 Oktober."

"Maksud kau, bawah pemerintahan Evel?" Lia meminta kepastian.

Sebaik sahaja Mama dan Papa Anna disahkan terkorban, kuasa Amonic terus jatuh ke dalam tangan Evel dalam seminggu. Meskipun baru berusia 18 tahun tetapi Evel menguruskan kumpulan Amonic dengan teratur. Namun, kalau benar Evel membunuh kembar Raven, bagaimana dia boleh tidak tahu? Bukankah sebaik sahaja Evel memegang pangkat ketua, semua kerja mereka lakukan bertiga?

"Hmm." Raven mengangguk. "By the way, Lia asal ayah kau tak ambil alih Amonic lepas Papa Anna terkorban. Aku rasa better kalau dia yang kuasai Amonic."

"Walaupun ayah aku terkenal, tapi dia suka hidup menyendiri dan misteri. Kalau nak jadi ketua Amonic mesti akan busy dengan banyak hal. Dan ayah aku lebih fokus pada keluarga berbanding dunia gelap." terang Lia. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sebu apabila mengingati hal berkaitan The Frew. Rindu? Terlalu rindu sampaikan dia terasa kosong setiap kali menyebut tentang ayahnya. Terasa bagai ada lubang di dalam hatinya.

Lubang akibat kehilangan seseorang yang amat berharga.

"Anna, makanlah." arah Kyle yang baru tiba bersama set makanan baharu buat Anna. Dulang diletakkan di atas meja batu tidak jauh dari mereka, menunggu Lia yang menarik Anna agar duduk di situ.

Anna diam. Matanya hanya memandang kosong pada bubur yang dihidangkan di depan matanya. Apabila Lia ingin menyuapkan makanan tersebut, kepalanya dipalingkan ke arah lain. Matanya bergenang.

Kebiasaannya, setiap kali jatuh sakit, Evel lah yang akan memasakkan bubur untuknya. Dan Evel akan letakkan banyak lobak merah kerana sayur itu yang sering membuka seleranya. Tapi kini, bubur yang terhidang hanya kosong tanpa isi.

Wake up, Anna! Evel pengkhianat!

"Aku tak nak makan..." ujar Anna perlahan. Matanya bertembung dengan Lia yang masih setia menghalakan sudu berisi bubur ke arahnya.

"Tapi babe–"

"Please Lia..." Matanya merenung dalam, meminta simpati dari Lia. Melihat sahaja bubur itu sudah membuatkan Anna terasa ingin muntah.

"Haih, fine." Lia beralah. Namun baru sahaja dia meletakkan sudu kembali, suara Kyle pula kedengaran.

"Anna, makan. Or kau nak aku call Alvin sekarang jugak. Pastu kau layanlah perangai annoying dia paksa kau makan." ugut Kyle. Wajahnya hanya selamba dengan telefon yang sudah tersedia di tangan. Hanya satu sentuhan dan panggilan akan dibuat.

"Haish, janganlah libatkan dia!" bantah Anna. Kepalanya di geleng laju, tak setuju.

"Okay." Kyle mengangguk ringkas seiring tangannya yang terus membuat panggilan. Bunyi deringan keluar dari corong telefon itu. "Oops, tertekan..."

"Yow, Kyle. Pahal call aku?"

Suara Alvin kedengaran sekali gus membuatkan Anna gelabah. Bukan apa, tapi Alvin tu menjengkelkan sangat. Kang tak pasal-pasal, makin teruk sakit dia kena melayan gila Alvin.

"Ni, An–"

Kata-kata Kyle terhenti sebaik sahaja Anna menyumbatkan beberapa sudu bubur ke dalam mulutnya. Senyuman sinis diukir.

"Kyle?"

"Ya. Aku nak cakap je dalam kereta kau ada bom. Selamat mati!" ujar Kyle lalu terus menamatkan panggilan tanpa menunggu balasan Alvin. Keningnya ternaik sedikit melihat jelingan tajam Anna padanya.

Lantaklah, asalkan makan.

.

.

.

.

.

  
     "KYLE ASHER BABUN! Mana kau hah?" Jeritan kuat Alvin bergema di rumah agam tersebut. Masing-masing terus memunculkan diri, ingin memeriksa kekecohan yang berlaku.

"Lewat balik," tegur Raven pada Ayden yang sudah duduk menyandar pada sofa. Rambut lelaki itu kusut masai dengan wajah yang jelas keletihan meskipun matanya tertutup. Disebelahnya pula, Hao yang hanya berwajah tegang.

Alvin? Awal-awal mencari Kyle di seluruh pelosok rumah itu.

"Korang ni kenapa?" soal Lia pelik. Terasa aura seram keluar dari tubuh Hao dan Ayden ditambah lagi dengan kedua-duanya yang hanya diam tidak membuka mulut.

"Panggil anak haram dua ekor tu datang sini." arah Ayden, dingin.

Raven menjungkitkan sedikit keningnya tanda tidak faham. Anak haram dua ekor? Yang mana satu? Semua pun memang haram.

Jadi sebagai penyelesaiannya dia terus memanggil ketiga-tiga lelaki yang masih tiada di situ, Alvin, Kyle dan Alex. Lia hanya memerhati. Langsung tidak faham apa-apa.

"Haram mana yang kau nak?" soal Raven sebaik sahaja sampai di situ. Tangannya menggenggam erat kolar baju Alvin yang merenung Kyle tajam dan kolar baju Alex yang masih fokus pada game di ditangannya.

"Vin, Kyle."

"Apasal aku pulak?" protes Alvin. Mukanya cemberut tidak puas hati.

"Sebab kau bodoh sangat percayakan anak setan ni. Tak pasal-pasal aku pun kena." Hao tolong menjawab bagi pihak Ayden dan si ketua hanya mengangguk bersetuju.

"Hubby buat apa?" sampuk Lia, pelik. Setahunya sejak balik dari urusan pengebumian Ryan siang tadi, Kyle sentiasa bersama dengannya. Tak nampak pulak ada buat benda-benda bodoh dan tak masuk akal.

"Entah. Mana ada buat apa-apa."

"Kau tak payah acah innocent boleh tak? Geli ketiak aku tengok." komen Alvin dengan wajah mintak penampar.

Ayden bangun lalu kolar Kyle dicengkam geram. "Yang kau tipu Vin pasal bom tu apahal? Kau tahu tak kitorang lari lebih 5 kilometer sebab kena kejar dengan musuh. Nak naik kereta, mamat bodoh tu kata ada bom."

"Yang korang bodoh sangat percaya kenapa? Takde otak eh, sian anak daddy." ejek Kyle, saja menambahkan api pada kemarahan Ayden.

"Dasar anak anjing kau ni, Kyle!" rungut Hao. Nak marah, dia tahu Kyle akan makin seronok.

"Cop, cop, cop. Aku takde kena mengena kan?" Alex menyampuk. Matanya masih fokus pada skrin telefon.

"Err, tak rasanya." Lia menjawab apabila yang lain hanya memerhati tajam pada Alex yang masih tidak mengangkat muka. Orang tengah busy bergaduh, dia boleh pulak fokus kat game.

"Okay, aku masuk bilik dulu." pamit Alex. Baru sahaja beberapa langkah, dia kembali berpusing menghadap mereka. Kali ini kepalanya diangkat memandang Ayden. "Aku dah dapat detect location Evel. Sarah dan Ivy masih perhatikan diorang. So, better kalau kita serang secepat mungkin. Takut minah tu lari lagi."

"Okay, kita serang esok. Rav, get ready untuk esok. Bawak dua group dan sediakan tiga lagi untuk backup. Plan, aku terangkan esok pagi." arah Ayden mendatar. Kolar baju Kyle dilepaskan lalu tangannya ditepuk beberapa kali. Kotnya yang terletak di sofa dicapai.

Baru sahaja Kyle menarik nafas lega akibat dilepaskan oleh Ayden, tiba-tiba satu pukulan hinggap di kepalanya. Kepala pantas dilarikan pada Alvin yang tersenyum senget.

"Kau!"

"Siapa suruh tipu aku." balas Alvin selamba.

"Vin, pukul lagi sekali bagi pihak aku. Do it stronger." Ayden yang sudah berdiri di tepi tangga memberi arahan. Bibirnya mengukir senyuman puas hati apabila aduhan Kyle kedengaran sekali lagi.

"Babun sekor-sekor." rungut Kyle. Dan baru sahaja dia ingin kembali ke bilik, sesuatu yang rapuh pecah di kepalanya, mengalirkan lendir jernih bercampur kuning.

Kyle terdiam. Tangannya meraup perlahan sisa kulit telur yang melekat di rambutnya, kemudian wajah Hao yang berjarak lebih 10 meter darinya direnung takjub. Tidak percaya dengan perbuatan lelaki itu.

Hao apalagi? Awal-awal melarikan diri ke biliknya.

"Tulah, kacau orang lagi. Padan muka. Ee, bau hanyir. Jangan dekat dengan wifey!" ejek Lia lalu dia juga turut sama melarikan diri ke bilik.

_____________________

~20/02/21~

Siapa kena prank tadi? Alhamdulillah sama ii kita bersyukur HAHAHAHAHAHA!

Continue Reading

You'll Also Like

671K 27.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
6.3K 932 1
Coming soon
21.2K 1.3K 6
Selepas setahun dititahkan untuk kembali ke United Kingdom, Qirana mula sebati dengan kehidupannya sebaik seorang puteri diraja. Teringat kembali ka...
67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...