Árulás [Betrayal]

Galing kay smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... Higit pa

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B28

205 32 54
Galing kay smokymokivicococo

       ANNA mengetap kuat giginya apabila sepasang kaki melangkah masuk ke dalam bilik kurungan tersebut. Matanya tajam menikam wajah si dia.

Evel yang sedar dirinya dijeling tajam, terus tersenyum sinis. Topeng mukanya dibuka lalu dengan selamba dicampak ke arah Anna. Tubuh Anna didekati lalu dia menunduk untuk menyamakan ketinggiannya dengan Anna yang sedang diikat di kerusi kayu.

"Miss me, dear?" provok Evel.

Tak membalas, sebaliknya kepala dihayun kuat ke depan untuk dihantukkan pada Evel.

Evel pantas mengelak. Matanya mencerlung apabila Anna menunjukkan riak sinis.

"I guess you're not. But, I miss you so damn much, dear." Pipi Anna diusap lembut hingga ke bawah dagu. Matanya merenung dalam ke arah anak mata milik Anna.

"Gila!" Hambur Anna geram. Kepalanya digoyang kasar untuk menjauhkan tangan Evel. Geli rasanya ingin disentuh oleh pengkhianat.

Evel membetulkan diri lalu menapak ke arah meja besi yang tersusun dengan pelbagai alatan seksaan. Jarinya dilalukan pada setiap satu alatan itu sambil tersenyum puas. Dengan badan yang masih membelakangkan Anna, pisau belati dicapai lalu diusap hingga ke hujung matanya.

"Well, I am. Sekarang jom tengok perempuan gila ni have fun." Senyum sinis diukir.

"Kau nak buat apa, Evel?!" jerkah Anna apabila tubuh Lia yang masih tidak sedarkan diri didekati oleh Evel.

Langkah dihentikan. Matanya jatuh kembali pada Anna. "Aku Hell, dear. Aku tak suka orang panggil aku guna nama lain so please jangan tempah maut awal-awal. Okay?"

"Tak, bukan! Kau Evelyn Helena. Kau Lyn! Back to your sense, Lyn! Ini bukan diri kau!" Jerit Anna, kuat. Berkaca-kaca matanya apabila Evel sekadar menjuih bibir tanda menyampah.

Evelyn yang dia kenal tak kejam. Ini bukan Evelyn!

Kata-kata Anna diabaikan lalu tubuh Ryan yang sudah tersedar pula didekati. Senyum sekali lagi diukir. "Hi, bitch. Wanna have some fun?"

"Hmph! Hmphh!" Gumam Ryan kasar. Bibirnya yang diikat ketat itu betul-betul menghalang sebarang perkataan keluar dari mulutnya.

"So, rasanya kau cakap yes."

Serentak itu pisau itu ditikam pada bahu Ryan dan ditarik keluar. Kemudian, luka itu terus disiat hingga tertanggal kulit tangan Ryan Menggelupur lelaki itu menahan sakit. Darah yang memercik dan mengalir laju mula membasahi hingga ke lantai.

Satu persatu cebisan kulit Ryan dibuang ke lantai hingga tangan kanan lelaki itu hanya meninggalkan daging dan darah. Suara jeritan Anna yang mengisi kesunyian langsung tidak dihiraukan.

Evel tersenyum puas. Darah yang mengalir itu diperhati penuh minat. Tak sampai lima minit dia berdiam diri, tiba-tiba sahaja tangannya merentap rambut Ryan membuatkan lelaki itu terdongak. Wajah lelaki itu berkerut menahan sakit.

Pisau tadi dimainkan di pipi lelaki itu. Evel tersenyum suka apabila Ryan makin mengatup rapat matanya. Bibirnya didekatkan pada telinga lelaki itu, "Seronok kan jadi pengkhianat?"

Evel tertawa kecil. Pisau ditekan sedikit demi sedikit sehingga membentuk satu ukiran nama, 'HELL'. Dia mahu semua mangsanya ingat yang dialah yang menarik nyawa mereka. Evel membelai ukiran nama itu, sebelum tiba-tiba pisau dihunus pada mata kanan Ryan. Pisau itu dipusingkan sehingga membelah kelopak mata lelaki itu. Kulit dibuang, menyerlahkan bola mata yang sudah berlubang tertusuk dengan pisau tadi. Dengan berhati-hati, tangan Evel yang lengkap bersarung tangan kulit hitam,  menarik bola mata itu keluar dari kelongsongnya.

Evel tersenyum suka melihat bola mata beriris biru yang sudah tercemar dengan merah darah di tangannya.

Ryan ingin menjerit namun mulutnya yang diikat membuatkan hanya bunyi gumaman yang kedengaran. Nafasnya turun naik menahan sakit. Segala kudratnya terbang, dia terasa sudah nyawa-nyawa ikan sahaja.

Anna pula menutup rapat matanya, tak sanggup melihat adiknya diseksa sebegitu oleh Evel.

"Tak cukup eh? Okay, aku bagi lagi." Kali ini, pisau itu dihunus pada perut Ryan lalu diseret membelah ke kanan.

Ryan tak dapat menahan. Darah pekat memancut keluar dari lukanya. Kain yang menutupi mulutnya pula sudah dibasahi darah yang tersembur dari mulut.

Anna yang melihat terus menjerit kuat. Tak menyangka Evel sanggup memperlakukan Ryan sebegitu sekali.

"Evel, stop! Stop! Ryan, please tahan! Jangan tinggalkan aku, Ryan! Ryan!" jerit Anna. Air matanya sudah mengalir laju melihatkan wajah Ryan yang memucat.

"Alololo, kesiannya korang. Sedih eh? Nak aku menangis sekali tak?" ejek Evel sebelum ketawa kuat. Tubuh Ryan dijeling sekilas lalu dia bergerak ke arah meja tadi. Pisau belati diletak ke tempat asal bersama bola mata Ryan yang bersalut darah itu.

"Hye, Ed." Seru Evel perlahan. "Aku nak mintak pendapat kau ni."

Anna perlahan-lahan menoleh ke arah Evel. Dadanya yang sudah terasa sebu dengan pelbagai perasaan ditahan.

"Kau rasa, aku patut bunuh jantan tu macam mana? Potong kepala guna ni..." Sebilah kapak diangkat tinggi.

"Atau bocorkan kepala dia guna ni?" Sepucuk pistol pula ditayangkan.

"Ev... Evel! Jangan sentuh, Ryan! Jangan! Tolonglah jangan!" Rayu Anna bersungguh-sungguh.

Kata-kata Anna diabaikan sebaliknya Evel masih sibuk meneliti senjatanya. "Na'ah. Aku lagi suka jarak jauh so aku pilih pistol."

Picu pistol ditarik lalu disasarkan tepat ke arah Ryan.

BANG!

Tubuh Ryan terkulai lemah menandakan nyawanya sudah hilang serentak tembusnya peluru Evel dari tempurung kepalanya.

"RYANNN!!" Anna bagaikan hilang akal melihat jasad lelaki itu. Matanya mulai kabur dengan air mata yang berpusu-pusu keluar.

"Evel, kau dah melampau! Kau dah berubah, Evel! Ini bukan diri kau!"

"Bukan diri aku?" Evel tergelak sinis. "Kau langsung tak kenal aku, Edrianna Aulia. Aku, Hell dan aku akan jadi neraka dunia untuk semua musuh aku."

"So, who's next?" sambung Evel sambil menyeringai seram.

"Evel, no! Tolonglah jangan! Jangan sakiti diorang, Evel!" Rayu Anna. Dia tak sanggup kalau terpaksa melihat seorang demi seorang dibunuh kejam didepan matanya oleh Evel sendiri.

"Haish, tak fun la kalau macam tu. Eh, apa kata kalau kau next?"

Anna meneguk liurnya. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari bibir. Terasa menggigil seluruh tubuh apabila renungan seram Evel menjamah wajahnya.

"Takut ke? Hahahaha! Tak sangka mafia terkenal macam kau pun takut mati. Patutlah lemah."

Gigi diketap geram. Nak melawan pun tiada guna, dia takkan dapat lepaskan diri dari rantai besi ini.

"So, first..."

Pisau belati tadi dicapai lalu Evel mendekati Anna. Matanya tepat memandang wajah Anna bersama seringai seram. Langkah dihentikan betul-betul di hadapan Anna membuatkan gadis itu terpaksa mendongak.

Evel menyentuh lembut kepala Anna. Rambut gadis itu dielus perlahan, seperti yang biasa dilakukan setiap kali Anna dan Lia ingin masuk tidur.

Anna mengatup kuat matanya. Rindu, sungguh dia rindu belaian dari Evel. Belaian yang membuatkan dia rasa disayangi, dilindungi dan dihargai. Termasuklah sekarang.

"Dear, you miss my smile, isn't it?"

Mata dibuka apabila tangan Evel tidak lagi di atas kepalanya. Tidak mengangguk atau menggeleng, sepatah kata pun tak diluahkan untuk membalas pertanyaan Evel. Hanya matanya yang tidak henti-henti merenung wajah Evel.

"Hari tu kau kata kau rindu nak tengok aku senyum. So, hari ni aku nak senyum sebanyak-banyaknya depan mata kau. Suka tak?"

Sisi kerusi ditujah kuat dengan pisau ditangannya. Rantai besi yang bergeser dengan mata pisau itu menghasilkan bunyi nyaring dan mengilukan.

"Tapi..." Evel menjeda.

Anna mengawal pernafasannya supaya kekal tenang. Sebolehnya dia cuba menguburkan perasaan takut kepada Evel. Dia tak boleh kelihatan lemah.

"Bukan senang aku nak senyum." Lantai direnung dengan pandangan kosong. "Kalau nak senyum, mestilah kena buat perkara yang kita suka, kan? Dan, aku suka tengok musuh aku terseksa. Barulah aku boleh senyum. Kau..."

Kepala diangkat memandang Anna. "Kau sanggup sakit untuk tengok senyuman aku?"

Liur diteguk kelat. Bergetar-getar mata Anna apabila pandangan tanpa perasaan Evel menikam matanya. Dia tak nampak sebarang emosi dalam sepasang mata itu, apatah lagi belas kasihan.

"Huh!" Evel merengus kasar apabila soalannya tak berjawab.

"Kalau kau tak nak jawab, biar aku yang putuskan!"

Satu kelaran dihasilkan pada peha Anna. Anna hanya menggigit bibir. Satu kelaran tak menyakitkan untuk dia yang dah terbiasa dengan luka dan darah.

"Wow, tak sangka kau tahan. Ni semua hasil didikan aku jugak, kan? Kalau kita memang satu pasukan, mesti dah banyak kejayaan. Betul tak?" Evel tergelak kecil.

"Malangnya kita bukan satu pasukan." Riak kasihan ditayang sebelum tiba-tiba Evel tergelak kuat. Lucu dengan kata-kata sendiri.

Sambil gelak, sambil itu tangannya mengelar peha Anna sekali lagi, membentuk ukiran namanya. Dia tersenyum suka melihat darah semakin laju mengalir. Tetapi sebaik sahaja mengangkat muka dan melihat wajah Anna yang langsung tiada reaksi sakit mahupun takut, Evel terus menyeringai marah.

"Kenapa kau tak nangis?! Jeritlah! Tunjukkan yang kau sakit!"

"Hell..." Seru Anna perlahan. "Kenapa...?"

"Apa yang kenapa?" Suara Evel turut mengendur seperti nada Anna.

"Bagitahu aku, kenapa kau sanggup khianati kitorang? Kenapa kau sanggup hancurkan hubungan kita, Evelyn Helena?!" Hambur Anna, marah.

"Selama ni... Selama ni aku tak percaya bila orang kata kau jahat. Aku tak percaya bila Lia sendiri kata kau tikam belakang kitorang. Aku tak percaya kau bunuh The Frew. Aku tak percaya semua tu, Evel. Aku yakin kau baik. Even semua orang kata kau jahat sekalipun, aku masih pertahankan kau!" Tangisan Anna semakin lebat hingga mengaburi matanya. Melihatkan wajah Evel yang tiada reaksi menambahkan lagi rasa geram gadis itu.

"Tapi, hari ni! Hari ni, kau dah bunuh adik aku! Kau seksa adik aku! Kau kejam Evel, kau kejam! Patutnya sejak awal lagi aku yang bunuh kau!" Jerkah Anna lagi. Tersekat-sekat nafasnya apabila esak tangis mula kuat.

"Kau baru perasan? Seriously, Ed? Aku fikir otak kau lagi laju dari Fay. Tak sangka kau yang paling bodoh antara kita." Tanpa serba salah Evel menutur.

Tubuh Anna dijauhi lalu dia menyandar pada meja senjata tajam tadi. Tangan disilangkan ke dada sambil matanya hanya memerhati Anna yang sedang menangis.

"Kau tahu siapa yang aku paling benci?" soal Evel. Matanya dilarikan ke arah celah tingkap yang membolehkan cahaya bulan menerobos masuk ke dalam bilik kurungan itu.

"Aku paling benci mak ayah aku. Kenapa diorang lahirkan aku dalam dunia gelap, tapi lepas tu diorang mati dan tinggalkan aku struggle sendiri? Eh, silap. Diorang tinggalkan parents kau dan Fay untuk jaga aku." Evel tergelak sinis apabila seraut wajah tua ibu bapa Lia menjengah mindanya.

"Sebab tu la aku kena bunuh The Frew. Sebab aku cemburu. Aku cemburu Fay boleh ada parents yang manjakan dia. Sedangkan aku? Mak ayah aku awal-awal korbankan diri untuk Amonic. Kenapa mak ayah aku? Kenapa bukan mak ayah korang?" Wajah Anna dipandang dengan tanda tanya.

"Mama dan Papa aku pun berkorban, Evel. Diorang berkorban untuk keselamatan kita!" Sanggah Anna.

"Oh, Mama Papa kau... Aku lupa nak bagitahu. Hahahaha! Mama Papa kau bukan berkorban, Ed. Tapi diorang masuk perangkap aku. Bijak kan aku? Aku cuma perlu bersekongkol dengan musuh untuk hapuskan Mama Papa kau, dan lepas tu aku cuma perlu uruskan parents Fay. And now, aku yang berkuasa atas Amonic. Aku–"

"Tunggu! Apa maksud kau?!" potong Anna, keliru. Hapuskan?

"Aik, tak faham ke? Betullah otak kau ni otak udang. Sempit!" Perli Evel. "Aku yang bunuh parents kau. Faham?"

"Mustahil! Mustahil! Evelyn, kau dah melampau! Kau bunuh semua keluarga aku! Kau memang iblis!" Marah Anna. Badannya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia langsung tak pernah menyangka semua yang terjadi adalah rancangan Evel. Gadis itu sanggup membunuh orang-orang besar pasukan sendiri?

"Shush!" Jari diletakkan pada mulut, menyuruh Anna supaya senyap. "Iblis tak sesuai untuk aku. Aku ketua bagi semua tu, Ed. No one can defeat me."

"Kau tunggu, syaitan! Aku yang akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri! Kau tunggu!" Jerkah Anna.

"Aip, mana boleh. Hari ni akan jadi hari terakhir untuk kau, dear. I'm sorry but I need to do this." Pistol dihala ke arah Anna. Picu ditarik.

"Say your last goodbye, my dear."

BANG!

"Shit!" Carut Evel geram. Tangan kanannya yang sipi-sipi terkena peluru ditekup dengan tangan sebelah lagi. Matanya laju melilau dan mengesan Raven yang sedang berdiri di pintu. Tangan lelaki itu dilengkapi sepucuk pistol yang menghala tepat ke arahnya.

"Lambat!" desisnya lalu terus berlari ke arah tingkap. Dengan sekali tendang, kayu tingkap itu pecah berderai lalu Evel melompat turun.

Raven terus mendekati tingkap sambil tangannya tak henti melepas tembakan. Suasana hutan yang sunyi sepi dipandang geram. Hampir-hampir sahaja tadi!

Pandangan dihala ke arah Kyle, Ayden dan Alvin yang sudah menyerbu masuk. Lia awal-awal sudah diserbu oleh Kyle lalu diangkat ke tingkat bawah. Manakala Alvin sedang memeluk erat Anna untuk menenangkan gadis itu.

Kemudian, matanya bergerak ke arah jasad Ryan yang sudah tidak bernyawa. Penumbuk dikepal geram. Betina tu dah melampau!

_____________________

~17/02/21~

So yeah at last chap ni pub pun. Puas hati aku fuh fuh fuhh

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

29.2K 925 45
Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup...
1.3M 62.2K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
8.1K 119 11
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni mula hidup cikgu nina berubah
203K 8.6K 22
∴━━━✿━━━∴ ʟᴀ ᴄᴏsᴀ ɴᴏsᴛʀᴀ ELLA AURORA PARMENOVA ★━━━━━━━━━━━━━━━━━★ Ratu Bidadari bagi dunia Mafia. Dia berdarah kacukan German dan Itali. Dia seor...