Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B26

212 33 31
By smokymokivicococo

SUASANA sepi menyelubungi bilik yang serba gelap. Di balkoni rumah dua tingkat itu, berdiri seorang gadis yang hanya berpijama. Kepalanya mendongak memerhati bulan yang bersinar terang malam itu.

Seketika keluhan berat terlepas dari mulutnya. Tangan kiri diangkat naik lalu di selarikan dengan bulan. Jarinya yang hanya tinggal empat itu digerak-gerakkan rambang.

Sedih.

Dari sihat walafiat dan serba sempurna, kini jari kelingkingnya telah hilang. Kalau tak disebabkan urusan dengan lelaki itu, tak mungkin dia akan biarkan jari kelingkingnya dipotong. Terngiang-ngiang suara lelaki itu suatu ketika dahulu,

"Jari kau ni, cuma bayaran muka untuk permintaan kau. Dan selepas semua urusan kita selesai, aku akan tuntut 'habuan' aku."

Mujur sahaja kapak tajam itu tidak membelah terus lengannya. Kalau tidak, pasti lebih sukar kerjanya kini. Hilang jari kelingking pun sudah membuatkan genggamannya pada senjata terganggu. Ingin menembak tepat pun sudah susah. Kalau hilang lengan, mungkin awal-awal dia mati apabila berhadapan musuh.

Sekali lagi keluhan berat terlepas keluar. Evel mengurut lembut pelipis kepalanya. Daripada menyemakkan fikiran dengan perkara yang tak mampu diubah, lebih baik dia memikirkan cara menguruskan Lia dan Anna.

"Miss..." panggil satu suara feminin.

Evel menoleh lalu terus melangkah melintasi Sylvia yang berdiri di tepi sliding door. Sofa dituju lalu duduk dilabuhkan. Sylvia turut sama melabuh duduk di hadapan gadis itu.

"Kitorang dah dapat maklumat Mr. Rivera dan seorang budak yang tinggal dengan dia, Queriz Adryan Xavier." Satu fail hitam tebal dihulur pada Evel.

Evel menyambut lalu tangan kanannya memetik jari sekaligus membuatkan bilik itu diterangi cahaya lampu. Fail itu dibelek sebelum dia tersenyum nipis.

'I found you, babyboy...'

.

.

.

.

.

.

.

  "LIA! Lia! Lia!"

Jeritan Anna bergema di segenap ruang tamu utama rumah Ayden. Semua mata yang melekat pada movie di televisyen pantas beralih pada figura Anna yang baru turun dari tangga.

"Apahal kau ni, ketot?" soal Alex, tak puas hati apabila sesi menonton filemnya terganggu.

"Mana Lia?" Soalan Alex tidak dijawab sebaliknya dia masih sibuk menoleh-noleh mencari Lia diruang tamu itu. Tiada!

"Dapur," jawab Raven sepatah.

Tanpa menunggu, Anna pantas menerjah ke dapur yang tidak jauh dari ruang tamu itu. Figura Lia yang sedang memotong buah dituju.

"Babe! Tadikan–"

"Tak payah jerit boleh tak? Pekak telinga aku dengar suara kau ni." potong Lia geram.

Anna pantas melabuh duduk dengan bibirnya tercebik. Sepotong buah epal yang sudah diletakkan ke dalam pinggan, disuap ke dalam mulut.

"Tawdiw awchue hek–"

"Telan dulu baru cakap. Tak senonohlah kau ni." Kepala Anna ditunjal geram oleh Lia. Dia fikir Lia ni apa, boleh faham perkataan mengarut dari mulut dia tu. Kalau betul pun lahir kat Uranus, datang bumi gunalah bahasa bumi.

Anna pantas menelan saki-baki epal itu. "Tadi aku hack mak–"

"Kau hack apa?!" soal Lia terkejut. Anna ni bukan boleh percaya sangat. Kang bukan-bukan dia buat, hancur semua.

"Eyy, jangan potong boleh tak? Bagilah aku habis cakap dulu!" rungut Anna tak puas hati.

"Ha, yelah."

"Okay tadi aku hack untuk cari Ryan. And, now aku nak jumpa Ryan. Kau nak ikut tak?" soal Anna, teruja.

"Ryan?" Kening Lia berkerut.

"Ya, Ryan. Adik aku tu la."

"Boleh percaya ke dia?" soal Lia, ragu-ragu. Walaupun Ryan adik kandung Anna, tapi dia masih salah seorang dari Amonic. Gila ke Anna ni hubungi adik dia macam tu je.

"Alah, kau ni. Kau pun tahu Ryan memang dari dulu tak suka Evel. So senang je aku hasut dia. Lagipun takkan dia nak biarkan aku kena bunuh dengan minah tu." balas Anna, yakin. Sepotong lagi epal dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Oh..." Masuk akal. Tangannya berhenti memotong buah sebaliknya dia terus menegakkan badan ke arah Anna. "Babe, kau... setuju dengan plan aku? Nak hapuskan Amonic?"

Anna diam seketika. Senyuman nipis terukir di bibirnya. "Hapuskan je la. Lagipun sekarang aku dah jadi one of Exfire."

'Tapi aku masih sayangkan Evel...' getus hatinya namun cepat-cepat dibuang. Dia masih menyiasat tentang kesahihan hal berkaitan Evel, lebih baik kalau tidak berharap apa-apa.

"Hmm, okaylah. Aku pergi tukar baju kejap."

Anna hanya mengangguk.

.

.

.

.

.

.

.

.

    "KORANG pergi mana?" soal Kyle sebaik sahaja dua gadis itu melangkah keluar dari kereta.

Anna dan Lia saling berpandangan. Perlahan-lahan Lia mendekati suaminya. Lengan lelaki itu dipeluk erat. Anna pula hanya merenung Alex yang selamba berdiri di sebelah Kyle.

"Err, pergi shopping..." jawab Lia ragu-ragu.

Sudahlah Lia dan Anna keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka. Ni kes tunggu depan pintu ni, dah kantoi ke apa?

"Shopping apa? Tak bawa balik apa-apa pun." tegur Kyle, dingin.

Anna sudah menepuk dahi. Bagusnya lahai dapat member otak udang ni. Shopping pebende tak beli apa-apa?

'Aku nak kau jadi spy kitorang dalam Amonic. Rapatkan diri dengan Evel dan korek seberapa banyak maklumat yang kau boleh.'

'Yelah kak, yelah. Tapi, korang selamat ke duduk dengan kumpulan Exfire?'

'Aku dah kahwin pun dengan salah seorang dari diorang. So, kitorang selamat buat masa ni.'

'Untunglah, kahwin-kahwin terus ada tempat bergantung. Aku jugak yang susah sorang-sorang kat Amonic.'

'Well, suami ada kuasa, aku manfaatkan je.'

Anna dan Lia terdiam apabila rakaman suara itu berbunyi dari arah Alex. Pantas mereka menatap tajam lelaki itu. Rakaman yang jelas suara milik Anna, Lia dan seorang lelaki, Ryan.

"Takziah dah kantoi." ujar Alex selamba. Ingin sahaja Lia menyepak wajah Alex yang tersengih-sengih bagai tak bersalah.

"Mana kau dapat?!" soal gadis itu, tidak puas hati.

"Well, kalau kau rasa kau hacker yang hebat. I'm ten level above you." ujar Alex bangga. Tangannya didepakan tanda puas hati.

Lia terciduk. Lupa pulak Alex lagi power dari dia. Anak angkat kesayangan The Frew la katakan. Kebanyakan ilmu ayahnya turun pada Alex. Lia pun hanya tahu cikai-cikai saja.

"Fairyna..." seru Kyle. Kepalanya menunduk memandang Lia yang hanya tersengih. "Your words... It sounded like you are using me, babe."

"Eh ye ke? Tapi apa salahnya gunakan laki sendiri kan. Sambil menyelam, minum air. Ha gitew!" balas Lia selamba.

"Apa-apa je la. Masalahnya sekarang ni, kau dah libatkan makin ramai orang. At first kau kata nak libatkan Alex dengan Anna je. Sekarang jantan mana entah kau cekup. Pastu lepas ni, kau nak libatkan siapa pula? You are putting us in a higher risk!" bebel Kyle. Sepasang mata bulat Lia direnung tajam.

"Ya, ya wifey tau. Promise okay, ni last."

"Please keep your promise. Kali ni je Ayd lepaskan kau, Fairy. Aku tak nak Ayd buat keputusan untuk hapuskan kau sekali dengan Hell. Faham?" terang Kyle, lembut. Nasib baiklah dia dah berbincang dengan Ayden dan Raven tadi. Mengamuk juga Ayden waktu Alex melaporkan perkara itu padanya.

"Faham..."

.

.

.

.

.

.

     DUA minggu berlalu. Banyak maklumat Amonic kini ditangan mereka dek Ryan yang cekap menjalankan tugasnya. Entah macam mana, lelaki itu boleh menjadi salah satu orang penting Evel, selain Fidz dan Sylvia.

Setiap tiga hari, pasti ada maklumat baharu dari lelaki itu. Dan hari ini sepatutnya hari dimana maklumat baharu diterima oleh mereka. Namun Alex tidak senang duduk apabila sejak pagi lagi dia tidak dapat menghubungi Ryan meskipun pelbagai cara telah digunakan.

Papan kekunci ditekan laju sambil matanya fokus pada kod-kod yang muncul di skrin. Selang beberapa minit, telefonnya tiba-tiba berdering. Panggilan daripada Kyle disambut lalu dia pantas mencapai jaket. Kakinya laju ke bilik perbincangan khas di ruang bawah tanah rumah itu.

Sebaik sahaja tiba, matanya menangkap kelibat Ayden, Alvin, Hao,  Kyle, Lia dan Anna yang sudah ada disitu. Duduk dilabuh bersebelahan Hao.

"Raven mana?" soal Alex apabila kelibat itu tidak kelihatan.

"Cover aku kat company. Sekarang kita bincang dulu, nanti aku bagitahu dia sendiri." jawab Ayden.

"Apa jadi?" soal Alvin, keliru. Baju tidur yang masih tersarung di badannya bersama mata yang kuyu cukup meyakinkan dia baru sahaja bangkit dari lena. Mentang-mentang Ayden dah approve cuti seminggu untuk dia dan Hao di syarikat.

"Ryan dah kantoi. Dan sekarang Hell nak Lia dan Anna."

Mata Anna terbeliak. Kantoi? Apa nasib adik dia di tangan Evel? Menyesal dia libatkan adiknya dalam hal ini. Betul kata Kyle, libatkan Ryan cuma tingkatkan risiko misi ini. Dan sekarang, masalah sudah timbul.

"Nak apa dari kitorang?" soal Lia, tak faham. Dahinya berkerut keliru.

"Hell nak korang datang jumpa dia kalau nak Ryan selamat. Kitorang tak boleh ikut, itu syaratnya." terang Ayden.

"Lepastu apa? Dia nak bunuh bini aku? Memang taklah! Aku tak benarkan!" bantah Kyle, keras. Matanya merenung tajam wajah Ayden namun sedikit pun tidak memberi kesan pada lelaki itu.

"Hubby, relakslah dulu." pujuk Lia. Belakang badan Kyle diusap lembut. "Ayd, apa rancangan kau?"

"Hantar korang berdua pada dia."

_____________________

~16/2/21~
~Ada watak baru and skrg aku pun pening banyak sgt watak😶

Continue Reading

You'll Also Like

90.6K 3.4K 68
QAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah...
1.2M 62K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
664K 27.5K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...