Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

16.2K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B22

246 41 34
By smokymokivicococo

       Suasana malam yang sunyi sepi itu dikecohkan dengan suara Alvin dan Hao yang terjerit-jerit kuat. Kyle, Raven dan Ayden masing-masing sudah keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu dimana Alvin, Hao serta Lia berkumpul.

"Apahal ni?" soal Kyle dengan sebelah kening diangkat rendah.

Figura Alvin dan Hao yang sedang berdiri sambil mata dan tangan fokus pada game dijeling tajam. Main game pun boleh bising macam nak pecah rumah.

"Eh, what! Rav apa kau buat?!" jerkah Alvin apabila skrin televisyen bertukar gelap secara tiba-tiba. Raven yang berdiri selamba dengan satu tangan di dalam poket dikerling tajam. Suka hati saja lelaki itu mematikan suis televisyen.

"Apasal semua berkumpul dekat sini? Tadi busy sangat buat kerja." Lia menegur sebaik sahaja Kyle melabuh duduk di sebelahnya. Kepala Kyle yang ditekupkan pada bahunya diusap perlahan.

"Hubby penat..." adu Kyle perlahan. Pinggang isterinya dipeluk erat.

"Hurm, siapa suruh layan kerja sangat. Sampai Wifey duduk sebelah pun Hubby tak layan tadi." rajuk Lia. Usapannya pada kepala Kyle dihentikan. Tubuh Kyle pula ditolak kuat sehingga terlerai pelukan lelaki itu.

"Salah Ayd la. Dia bagi banyak sangat kerja kat Hubby. Wifey marahlah Ayd."

"Aik, aku pulak? Kalau tak nak kerja dengan aku, kau dipersilakan berambus. Pintu sentiasa terbuka untuk kau keluar," sampuk Ayd apabila namanya dikaitkan.

Kyle tersengih apabila disindir depan-depan oleh Ayden. "Joke je, Ayd. Tak payah la serius sangat. Bukan salah kau tapi salah budak babun tu. Tak pasal-pasal aku kena cover kerja dia."

"Siapa babun?" soal Hao.

"Alvin la. Siapa je yang Ayd kutip kat zoo kalau bukan budak tu."

Alvin yang sedang bermain Mobile Legend di dalam telefonnya segera mengangkat muka. "Apahal aku pulak?"

"Hahahahahah! Mengaku jelah kau tu babun weh. Muka pun sebijik dah aku tengok." ejek Hao sambil ketawa suka.

"Tak guna! Kau nak mati ke? Meh sini aku bunuh kau!" teriak Alvin, geram. Telefonnya dicampak ke arah sofa.

"Bunuhlah kalau mampu!" Hao turut berteriak lebih kuat dari Alvin.

"Kau! Aku shoot– sakitlah, hanat!" marah Alvin lagi apabila sebiji bantal mini selamat mendarat di wajahnya. Tawa Hao juga terhenti kerana sebiji lagi mengenai kepalanya. Bukan perlahan, laju macam bullet.

"Memekak sangat. Sakit telinga aku." Selamba Lia memberi alasan. Kyle sudah tersenyum bangga. Ayden pula mengangkat satu ibu jarinya, memuji tindakan gadis itu.

"Ayd, malam ni mission start pukul berapa?" Suara Raven menarik perhatian seluruh penghuni ruang tamu itu. Mata kini tertumpu pada Ayden yang masih memegang telefon.

"Hurm, tengah malam la baru gerak. Budak-budak semua dah ready, kan?" jawab Ayden.

"Dah. Aku bawak satu group je hari ni."

"Baguslah, aku rimas ramai-ramai."

"Kejap! Kenapa aku tak tahu pun malam ni ada mission." Alvin menyoal pelik.

"Sebab kau tak penting." bidas Kyle. Bibirnya terukir senyuman sinis yang sengaja ingin membuatkan Alvin geram.

Alvin mencebik.

"Wifey nak join tak malam ni?" soal Kyle pada Lia yang bersandar pada dadanya.

"Boleh ke?" Lia memandang Ayd, meminta jawapan memandangkan lelaki itu adalah ketua. Ayd pula pantas mengangguk ringkas.

"Nak ikut, ikut je la. Suami kau ada nak protect kau, kan. Tapi, kalau apa-apa jadi suruh Kyle tanggung."

"Ingat aku tak reti jaga bini ke?" bidas Kyle, meluat. Matanya digulingkan tanda menyampah.

"Reti sangat sampai ajak bini pergi berperang en. Kalau mati, baguslah. Aku kuburkan terus." perli Ayden.

"Erk!" Kyle tersentap. "Wifey duduk rumah je, okay? Tunggu Hubby balik." Kepala Lia diusap lembut. Lia mengangguk perlahan. Lagipun, dia bukan mahir sangat berlawan.

"Nanti Wifey nak pinjam laptop tau. Barang-barang wifey semua ada kat rumah Evel."

"Ya, guna jelah. Barang Hubby semua wifey boleh guna." Kyle tersenyum nipis ke arah Lia yang memaparkan wajah comelnya. Mata gadis itu membulat dengan bibir yang dimuncungkan sedikit.

"Fikir sweet?" Hao mengacau daun. Matanya memandang kosong adegan potong kaki yang ditayangkan di depan mata.

Jujur je la, Hao memang sendu. Dia jealous ni.

.

.

.

.

.

          Kyle menunduk sambil memerhati keadaan dari bangunan kosong empat tingkat yang didudukinya. Keadaan yang masih lengang itu diperhati tajam. Hanya malap-malap biasan cahaya dari sebuah banglo lama menerangi kawasan sekitar yang dikelilingi hutan. Suasana sunyi sepi, sayup-sayup kedengaran bubyi unggas malam.

Banglo yang sedang dalam pemerhatiannya dihuni oleh puluhan manusia. Yang pasti, bukan calang-calang orang.

Telefon dikeluarkan lalu mesej dihantar pada Ayden, menuruh agar yang lain segera sampai. Cuma Kyle sahaja yang terlebih rajin nak membuat tinjauan terlebih dahulu, maka dia bergerak dua jam lebih awal.

"Kyle."

Suara Raven kedengaran dari earpiece yang dipakai. Kyle segera menyambut.

"Copy. Mana korang?"

"Kitorang dah sampai. Line clear, kan?"

"Yup. Boleh terus masuk." Topeng muka yang dipakai, dibetulkan. Kyle menunduk, bersedia dengan sniper yang telah disediakan sejak dia bertapak di situ awal tadi. Figura anak-anak buah The Exfire serta Ayden, Raven, Alvin dan Hao kelihatan.

Sebaik sahaja kumpulannya bertindak, dia segera memulakan tugasnya. Sesiapa sahaja yang menganggu laluan ketuanya, ditembak mati. Sementara itu, Ayden, Raven, Alvin dan Hao terus maju ke dalam banglo lama itu. Setiap satu musuhnya dibunuh kejam.

"Rav, ikut aku pergi tingkat atas." arah Ayden. Tangannya elok memegang dua bilah katana sebagai senjata.

Raven yang menggunakan pistol sebagai senjata utamanya, hanya mengekor. Langkah diatur laju ke tingkat dua. Meskipun ruang di tingkat satu sudah huru-hara dengan pertarungan, tingkat kedua masih kelihatan tenang.

"Kyle, location?" soal Ayden melalui earpiecenya.

"Arah utara, bilik hujung sekali."

"Copy. Aku nak masuk, kau cover aku."

"Copy that."

Langkah segera diatur ke bilik hujung yang dinyatakan oleh Kyle. Raven hanya mengekor Ayden dari belakang. Badan mereka dirapatkan pada dinding, berwaspada dengan kehadiran musuh. Apatah lagi suasana sepi ini menambahkan keanehan.

"Aku dah sampai."

"Masuklah, apa lagi."

Ayden menjulingkan matanya, menyampah. Dia bagitahu supaya Kyle fokus sahaja.

Kedua katananya disisip ke dalam sarung. Dua pucuk pistol bercorak harimau bintang dikeluarkan lalu Ayden bersedia mengacu senjata itu ke arah pintu. Isyarat dihantar pada Raven, menyuruh lelaki itu membuka pintu.

Tanpa banyak kata, pintu terus ditolak kuat oleh Raven. Sejurus itu, Ayden merempuh masuk dengan dua tangannya menghalakan pistol ke depan.

Belum sempat Ayden menyerang, satu besi tajam terasa menyentuh lehernya. Sepucuk pistol pula diacukan tepat di sisi kepalanya. Pergerakan dikakukan. Sempat dia mengerling ke arah Raven yang turut menerima nasib sama.

"Bijaknya leader aku, rempuh bilik orang macam tu eh."

Ayden mengetap giginya, geram dengan perlian Kyle. "Kau dah tahu dari awal ke, babun! Asal tak bagitahu aku!"

Bisikan kerasnya mengundang tawa Kyle. Mata digulingkan menyampah. Kyle suka sangat buat begitu semasa misi.

"Saja nak tengok leader aku jadi bodoh sekejap. Kau kan pandai fight, dah lama kau tak fight."

"Bodoh!" carut Ayden geram.

"Kau cakap dengan siapa, hah?!" soal lelaki pertengahan usia yang duduk selesa di kerusi empuknya. Matanya tajam merenung wajah Ayden.

"Dengan anak buah akulah! Takkan dengan anak buah bodoh kau ni!" tengking Ayden, geram. Geramnya kepada Kyle dilampiaskan pada lelaki tua itu.

"Huh, kau nak suruh dia buat apa? Tembak kepala aku?"

"Taklah. Nak suruh rogol kau. Dia kan gay."

"Sejak bila aku gay, lahanat!"

"Asal kau tak shoot dia terus?" Bisik Ayden. Mengikut kiraannya, lokasi Kyle memang dapat mesasarkan tepat ke lelaki tua itu. Tambahan lagi dinding bilik itu sepenuhnya dibuat dari kaca.

"Kaca kalis peluru tu. Kau fikir orang tua tu bodoh sangat ke? Kalau nak aku shoot, kau bukalah tingkap dia."

"Hurm, yelah."

Isyarat mata dihantar pada Raven untuk mula menyerang. Raven memandang kosong, tetapi sudah cukup faham akan arahan Ayden. Baru sahaja dia ingin bergerak, dua lelaki di sebelahnya jatuh rebah ke lantai. Begitu juga dengan lelaki yang mengacu pisau dan pistol ke arah Ayden. Dalam beberapa saat, bilik itu huru-hara dengan bunyi tembakan.

Ayden terus sahaja menunduk dan bersandar dibelakang sofa, menunggu kerja 'pembersihan' itu selesai. Sempat dia berbisik pada Kyle, "Kerja siapa?"

"Beruk dua ekor itulah. Kerja diorang dekat bawah dah settle."

Ayden mengangguk faham. Sebaik sahaja bunyi tembakan tak lagi kedengaran, dia bangun lalu matanya diliarkan ke sekeliling. Kelihatan Alvin yang selamba memijak kepala lelaki pertengahan usia tadi.

"Mati kau, mati! Hidup pun menyusahkan aku je! Mati!" jerkah Alvin sambil kakinya semakin kuat memijak kepala itu.

"Nak dia mati, shoot je la terus. Kau ingat dia boleh mati ke kat kaki kau macam tu?" tegur Hao. Sempat dia menguap bosan.

Belum sempat Alvin membalas, satu tembakan tepat mengenai kepala lelaki itu. Darah memancut keluar sehingga mengenai seluar yang dipakai oleh Alvin.

"Tak menyabarlah kau, Rav. Aku baru nak have fun." rungut Alvin. Malangnya dia hanya dipalau.

"Dah mati. Jom balik. Esok kerja macam biasa." arah Ayden mendatar.

"Lekluu! Malam masih muda gitchew. Jom serang markas lain." Alvin membantah teruja. Duduk dilabuh ke kerusi milik si tua tadi.

"Dahlah, Vin. Mostly budak-budak kat bawak tadi kau yang bunuh. Tak puas lagi ke?" komen Hao sambil menggeleng perlahan. Hari ni dia sudah tiada mood ingin membunuh. Esok-esok baru dia akan join Alvin buat kecoh.

"Tak."

"Biar je kalau dia tak nak balik. Suruh budak-budak kemas tempat ni, lepastu bakar. Kalau Alvin tak nak keluar, bakar je dia sekali."

Rav mengangguk, menerima arahan Ayden. Arahan disampaikan kepada anak-anak buahnya.

"Bye, Vin. Matilah kau malam ni."

Alvin pantas berlari anak mengejar Hao yang sudah menghilang dari pandangan.

.

.

.

.

.

       Wajah Raven memucat sebaik sahaja kereta yang dipandunya tidak dapat dikawal. Kelajuan tiba-tiba menambah sehingga 170 kilometer per jam. Ditambah dengan kondisi jalan yang berlubang dan bengkang-bengkok, kelajuan itu sangat membimbangkan setiap manusia yang menaiki kenderaan pacuan empat roda itu.

"Woi, Rav! Kau nak mati ke, hah! Perlahanlah sikit!" Hao menjerit terkejut.

"Aku tak dapat kawal kereta ni!"

"What?!" jerit Ayden di bahagian sebelah pemandu. Tangannya pantas mencapai stereng kereta, cuba mengawal pergerakan kenderaan itu. Malangnya langsung tidak berfungsi.

"Depan tu gaung, bodoh! Aku tak nak mati lagi!" Terbeliak mata Alvin melihat gaung yang hanya berjarak kurang 100 meter dari mereka.

"Babi! Babi! Dosa aku banyak lagi! Aku baru lepas bunuh orang woi!" Carut Hao.

Kereta itu meluncur laju. Bagai hilang kawalan, sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Mereka berlima sudah pasrah ingin mati apabila selekoh tajam di gaung itu semakin dihampiri.

"Aku harap ni mimpi. Aku harap ni mimpi." bisik Kyle perlahan. Matanya dipejam rapat.

Alvin dan Hao sudah saling berpelukan. Manakala, Raven dan Ayden masih berusaha mengawal kereta itu.

Hanya 50 meter jarak mereka dengan gaung. Kyle membuka matanya dengan riak pasrah.

15 meter.

5 meter.

Dan,

SREET!

Kereta itu membelok ke bahagian tepi jalan secara mengejut. Asap-asap terhasil menutup penglihatan mereka akibat debu tanah yang berterbangan. Mereka terkedu. Masing-masing tidak membuka mulut walaupun sudah dua minit berkeadaan sebegitu. Kereta mereka sekadar tersadai di tepi jalan.

Kyle meneguk kesat air liurnya. Bagaikan tersedar, tingkap kereta itu ditumbuk geram. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket lalu nombor seseorang didail. Sebaik panggilannya diangkat, hilai tawa halus kedengaran dari corong telefon itu.

"Fairyna! What the hell are you doing?! You wanna kill me?!" memetir suara Kyle membuatkan empat lagi pasang mata fokus padanya.

"Hehehe, cowwey Hubby. Wifey bosan la..."

Kyle hanya mampu mengetap kuat giginya mendengar jawapan gadis itu. Belum sempat dia membidas, telefonnya sudah beralih ke tangan Alvin.

"Aku balik memang mati kau, minah bangla! Berani kau hack kereta yang ada aku!" jerkah Alvin kuat. Panggilan diputuskan lalu telefon Kyle dibaling ke arah lelaki itu.

"Aku tak sangka gurauan bini kau lagi bodoh dari Alvin." komen Hao. Macam nak tercabut rasanya nyawa dia. Nasib tak mati betul tadi.

______________

~27/1/21~




Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 95.8K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
14.7K 1K 80
Siapa sangka lelaki beku seperti Ferhat Aslan Lucas boleh jatuh cinta? Jatuh cinta pula pada cucu kepada musuh keluarganya. Keluarga yang membunuh or...
170K 7.7K 30
[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin...
1.8M 80.1K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...