Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

16.2K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B20

246 37 46
By smokymokivicococo

         Lia mencebikkan bibir apabila panggilannya langsung tak disahut oleh Kyle. Benda kecil pun nak marah.

"Kyle..."

"Masuk cepat." arah Kyle tanpa memandang wajah Lia. Bibirnya dijuihkan ke arah pintu seat penumpang bahagian hadapan yang sudah dibuka untuk Lia.

Marah-marah pun, Lia kena dijaga.

"Kau marah ke?" Hujung jari Kyle dicapai lalu digoyang-goyangkan, meminta perhatian lelaki itu.

"Elok la tu ber-aku-kau dengan suami sendiri? Dengan jantan lain boleh pula elok ber-awak-saya." perli Kyle.

Panas ni panas.

Lia menggaru perlahan sisi kepalanya. Nak panggil Kyle apa?

"Dah tu, kau nak aku panggil kau babun ke?" Soal Lia dengan mata terkelip-kelip.

"Wait, what?" Kyle memandang Lia dengan reaksi tak percaya. Biar betul bini dia ni? "Huh, dahlah. Kau masuk sekarang!"

Orang minta panggil guna panggilan sweet, dia bagi babun pula. Haish, hancur hati Kyle.

Lia tersengih. Tanpa banyak bunyi, dia terus meloloskan diri ke dalam kereta. Apabila Kyle menjeling sekilas ke arahnya, terus mulut dibuka.

"Thanks, Hubby."

Sebelah matanya dikenyit menggoda ke arah Kyle sebelum tawanya tersembur keluar. Lucu pula tengok reaksi terkejut Kyle. Macam nampak gajah terbang.

Kyle berdehem lalu pandangannya dilarikan ke arah lain. Kan senang kalau awal-awal guna panggilan tu.

Setelah itu, Kyle memboloskan dirinya di bahagian pemandu. Tali pinggang dipakai. Terasa dirinya bagai diperhati, Kyle terus menoleh ke arah Lia.

"Why?" soalnya apabila mata Lia merenung tepat ke wajahnya.

Lia tersenyum, "Hubby masih marah eh? Wifey dah guna panggilan sweet tau."

"Yang tu dah settle tapi hal kat dalam tadi belum settle." Ujar Kyle dengan  nada mendatar.

Tak habis lagi rasa geramnya melihat Lia sibuk melayan seorang lelaki sebelum mereka mendaftar perkahwinan tadi. Tak sedar ke diorang datang nak official kan status suami isteri tu. Makin suka pulak Lia layan jantan lain depan dia.

Sudahlah jantan tu pun bukan main gatal lagi. Entah berapa kali Kyle menghalang secara halus apabila lelaki itu ingin menyentuh Lia. Kang tak pasal-pasal, petang ni jugak dia bocorkan kepala lelaki itu.

"Kat dalam? Hal apa eh?" Lia berpura-pura lupa sekaligus menambahkan rasa geram Kyle.

"Takde apa. Aku nampak minah cantik kat dalam tadi. Tiba-tiba terfikir nak jadikan isteri kedua."

Terciduk Lia dibuatnya. Isteri kedua beb! Tulah usik suami lagi!

"Eish, tak payahlah. Wifey tak nak kongsi dengan betina lain!"

"Dah tu kau fikir aku nak share kau dengan jantan lain ke?" soal Kyle dingin.

Lia terdiam. Hujung bibirnya digigit dengan rasa bersalah yang menghurung hati. Lengan kanan Kyle dicapai lalu dipeluk. Kepalanya pula dilabuhkan pada bahu lelaki itu.

"Sorry... Wifey janji lepas ni tak layan lelaki lain."

"Hurm..." balas Kyle perlahan. Nak merajuk lama-lama tapi dia main peluk-peluk pula.

"Marah lagi?"

"Tak. Dah, duduk diam-diam. Hubby nak drive ni." arah Kyle.

Lia tersengih lalu terus melepaskan pelukannya. Duduk dibetulkan. Kyle pula terus menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar meninggalkan perkarangan parking lot itu.

.

.

.

.

.

.

     "Dia dah kahwin, tuan."

Lelaki tua yang elok duduk dikerusi empuk miliknya terus menoleh laju ke arah satu-satunya anak buah yang setia di bawahnya. "Dengan siapa?"

"Salah seorang ahli The Exfire, Kyle Asher Fleex." lapor lelaki itu lagi.

"Headhunter terkenal tu?"

"Ya, tuan."

Si lelaki tua menghembus nafas berat. Pelipis kepalanya diurut perlahan dengan dua jari. "Aku dah tak boleh hantar Riz untuk jumpa dia. Terlalu bahaya. Tapi, siapa lagi yang boleh berjumpa dengan dia? Kau ada cadangan, Jason?"

Si anak buah yang bernama Jason itu lantas menggelengkan kepala. "Kita dah tiada anak buah lain, tuan. Yang lain dah berpaling tadah."

"Haish, nasib baik aku masih ada kau."

"Tuan nak saya jumpa Cik Fathylia?" soal Jason.

"Kau–"

"Aa... ayyahh..."

Suara Riz memotong percakapan si lelaki tua. Dua pasang mata di bilik tersebut lantas berpaling ke arah figura Riz yang entah sejak bila ada disitu.

"Riz buat apa kat sini? Dah makan?" Soal lelaki tua itu lembut.

Riz mengangguk sebelum terus duduk di sebelah ayahnya. "Rriz... bbiarr Riiz jjumpaa... ddia..."

"Tak boleh. Ayah tak nak bahayakan nyawa Riz." bantah lelaki tua itu. Rambut Riz yang jatuh menutupi muka itu diusap lembut.

"Rriz... nnak habbis.. kann... mmisii... nni... "

"Tak boleh, sayang. Ayah akan cari cara lain, asalkan tak mempertaruhkan nyawa Riz."

Riz menggeleng laju. Dia nak jumpa Fathylia. Dia nak terlibat dengan semua ini. Meskipun dia gagap, darah mafia juga yang mengalir dalam tubuhnya. Maka, dia takkan biarkan ayahnya sendirian menyelesaikan masalah dan melindungi nyawanya.

"Tuan, saya pun rasa hanya Riz yang sesuai dengan misi ni. Tiada siapa yang tahu kewujudan dia setakat ni." Jason mencelah.

Si lelaki tua itu mengeluh perlahan. Memang betul apa yang Jason kata. Tapi, dia masih berat hati nak membiarkan Riz keluar.

"Ayyahh... Rriz... bbolleh... buaat..." Senyuman manis diukir buat si ayah. Sebelah matanya yang terdedah memandang tepat ke anak mata ayahnya.

"Baiklah kalau macam tu. Tapi, lepas ni Jason akan perhatikan Riz dalam setiap mission." Putus si lelaki tua itu sambil membalas pandangan anaknya dengan senyuman hambar.

"Baik, tuan."

.

.

.

.

.

     "Hi, Ivy." Sapa Kyle sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Ivy yang duduk di sofa. Di sebelahnya pula Ayden yang sibuk dengan laptop dan Sarah yang tak henti-henti memasukkan chips ke dalam mulut.

"Eh, hai Kyle! Awak dari ma– Uhuk! Uhuk! Air!" Sarah yang ternampak kelibat Lia dibelakang Kyle terus tercekik.

Ivy pantas menghulurkan air kepada gadis itu lalu diteguk laju.

"Siapa tu, Kyle?" soal Ivy. Bibir dimuncungkan ke arah Lia yang merenung tajam ke arahnya bagai nak ditelan.

Apa salah dia sampai minah tu nak telan?

"Oh ni?" Tubuh Lia ditarik rapat ke sisi lalu bahu gadis itu di peluk erat dengan sebelah tangan. "Kenalkan, ini isteri aku, Fairyna Fathylia."

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

"Eh, Sarah. Minum ni. Asyik tercekik je kau ni, dah kenapa?" Hao yang turut ada di ruang tamu itu pantas menghulurkan air.

Sarah menyambut lalu diteguk. Selesai menenangkan diri, pandangannya tajam menikam gadis didalam dakapan Kyle.

"Abang Kyle!" rengek Sarah lalu bangun mendekati pasangan suami isteri itu.

Lia dijeling tajam lalu dengan selambanya, tangan Kyle ditepis agar jatuh dari bahu Lia. Tubuh Lia ditolak ke tepi sehingga terundur gadis itu beberapa langkah sebelum lengan Kyle dipeluk erat oleh Sarah.

Lia dan Kyle yang masing-masing tidak bersedia, hanya terdiam.

"Abang Kyle milik aku! Kau jangan nak rampas dia!" jerkah Sarah.

Lia mengerutkan keningnya. Rampas? Eh, siapa rampas siapa punya sekarang ni? Kyle tu suami Lia yang sah tau!

"Wait, what? Rampas? Tapi, dia suami aku. Patutnya ayat tadi tu ditujukan untuk kau. Dasar minah tak sedar diri. Suka hati je nak peluk laki orang." Bidas Lia, tajam. Matanya sempat menjeling Kyle yang langsung tak menolak Sarah.

Huwaa! Hubby jangan redha je!

"Tapi, aku dah lama cop abang Kyle! Jadi, abang Kyle ni aku punya!" Sarah turut tak nak mengalah. Eyy, dia dah kejar Kyle sejak lima tahun lepas. Takkan nak lepaskan macam tu je!

"Aku yang kahwin dengan Kyle!"

"Apa korang bising sangat ni? Bingitlah!" Alvin yang baru keluar dari dapur terus mencelah.

"Apahal dengan kau ni, Vin? Perang air ke?" Kyle menegur apabila melihat penampilan Alvin yang nampak tak terurus. Rambutnya yang serabai macam sarang burung ditambah lagi dengan baju yang basah.

Macam pengemis jatuh longkang pun ada.

"Aku cuci pinggan mangkuk kotor kat dapur tadi. Salah koranglah tak nak basuh dari semalam. Tak pasal-pasal Ivy paksa aku basuh." rungut Alvin lalu melabuh duduk di sebelah Hao. Baru nak bersandar, suara Ayden sudah kedengaran.

"Bangun and pergi mandi. Jangan nak kotorkan sofa aku."

"What? Sabarlah bro! Aku penat lagi ni. Macam nak tercabut dah pinggang aku. Lepas ni memang aku tak nak dekat semeter pun dengan singki tu! Aku lagi rela fight 3 hari 3 malam daripada cuci pinggan!"

"Hek eleh, baru 15 minit je kau cuci. Merungut macam dah nak mati." Ejek Hao sambil mencebikkan bibirnya tanda menyampah.

Alvin pantas mengangkat kepalanya lalu kedua pipi Hao ditekup kuat sehingga memuncung mulut lelaki itu. Matanya menikam tepat anak mata Hao dengan wajah meminta simpati.

"Memang nak mati pun. Kau tengok la baju aku semua dah basah–"

"Kalau basah pergilah mandi." sampuk Ayden, malangnya dia dipalau.

"Buih sabun tu naik sampai ke kepala. Itu baru pinggan pertama! Pastu, tadi aku buang lagi tiga biji pinggan sebab aku dah tak sanggup nak cuci!"

"Kau buang pinggan aku?" Soal Ayden, bengang. Tak boleh ke Alvin ni jadi normal sekejap.

"Lek ah, pinggan je pun." Cebik Alvin.

"Masalahnya, pinggan Ayden yang kau buang tu harga beribu sebiji. And, ini kali keenam kau rosakkan barang dalam minggu ni, Alvin." Kyle mencelah. Dia pun naik pening tengok perangai mintak kaki si Alvin ni.

"Plus, tu pinggan mummy." Tambah Ayden yang sudah pasrah. Habislah dia kalau mummy tahu pinggan tu rosak.

Alvin terdiam bagaikan berfikir seketika. "Enam?"

"Yup." Ivy mengiyakan.

"Aku target nak sepuluh. Takpe masih berbaki dua hari lagi en? Ha, Ayd kau tunggu je aku pecahkan lagi empat barang. Okey, tata... "

Serentak itu Alvin bangun lalu berlari naik ke tingkat atas.

"Tak guna punya anak ayam!" Dengus Ayden, geram. Nasib baiklah dia masih ada banyak kerja nak settle. Kalau tak memang awal-awal dia bantai lelaki itu.

"Err, aku nak mandikan Alvin. Korang boraklah dulu eh. Bye, Wifey." ujar Kyle.

Sempat dagu Lia dicuit sebelum Kyle melarikan diri mengikuti Alvin. Tak sanggup dia nak menghadap Sarah dan Lia dalam satu masa. Kang tak pasal-pasal esok dia dah jadi mayat.

Sarah dan Lia yang tercengang dengan tindakan laju lelaki itu, langsung tak sempat memberi reaksi. Setelah sedar, masing-masing saling menjeling tajam.

Sarah dengan penuh angkuh melanggar bahu Lia lalu terus kembali duduk di tempat asalnya.

"Sewel." Desis Lia.

______________

~20/1/21~
Happy first day school!


Continue Reading

You'll Also Like

170K 7.7K 30
[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin...
1.7M 84.5K 47
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
27K 979 51
Tengku Ashraf Mikael × Dhea Falisya siapa sangka dia diminati oleh seseorang dalam diam . Dan lelaki tersebut telah mengambil kesempatan dengan men...
349K 17.4K 32
So, malas nak buat description panjang2 sbb aku dah lupa jalan cerita ni, serious! And haha, ni cerita pertama aku. So nak baca cara penulisan pertam...