[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️

Od menantuPakcikJeon

115K 12.3K 3.6K

Laki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan m... Viac

SHC 1
SHC 2
SHC 3
SHC 4
SHC 5
SHC 6
SHC 7
SHC 8
SHC 9
SHC 10
SHC 11
SHC 12
SHC 13
SHC 14
SHC 15
SHC 16
SHC 17
SHC 18
SHC 19
SHC 20
SHC 21
SHC 22
SHC 23
SHC 24
SHC 25
SHC 26
SHC 27
SHC 28
SHC 29
SHC 30
SHC 31
SHC 32 • BARISAN WATAK •
SHC 33
SHC 35
SHC 36
SHC 37
SHC 38
SHC 39
SHC 40
SHC 41
SHC 42
SHC 43
SHC 44
SHC 45
SHC 46
SHC 47
SHC 48
SHC 49
SHC 50
SHC 51
SHC 52
SHC 53
SHC 54
SHC 55
SHC 56
SHC 57
SHC 58
SHC 59
SHC 60
SHC 61
SHC 62
SHC 63
SHC 64
SHC 65
SHC 66
SHC 67
SHC 68
SPOILER • 69 & 70 •
SHC 69
SHC 70 • FINAL •
Season 2 is Coming !

SHC 34

970 134 70
Od menantuPakcikJeon


Jiyoon berjalan menuju ke arah pintu koridor. Dia mengambil keputusan untuk duduk diberanda luar rumah sambil menikmati angin malam bersama semangkuk salad buah yang dibuat oleh Yoongi untuknya.

Fikirannya mula jauh bila teringat akan perbualan bersama Jungkook tadi sebelum dia pergi ke rumah Yeonha.

" Macam mana aku boleh tak perasan ni ? Ke ada mana-mana something wrong ? "

Flashback

Knock knock
*bunyi ketukan dari pintu luar bilik Jungkook

" Hello—noona nak masuk ni ",
Tanpa menunggu arahan dari Jungkook terus sahaja Jiyoon masuk ke dalam biliknya.

" Nak apa ? Tak habis-habis nak sebelahkan adik ipar dia tu . Ingat apa, Jungkook tak ada perasaan ? "
Omel Jungkook sambil meniarap di atas katil kingnya.

Tak ubah macam ular sawa yang kekenyangan.

Malah kemunculan Jiyoon dibiliknya langsung tak pandang .

PPAKK ! !
Bontot Jungkook ditepuk ganas.

" Apa ! "
Jerit Jungkook geram.

" Alololoo, noona babap sikit dah menjerit macam sakit la sangat   .Tahulah tak seganas Yeonha, kan. Hehehe... Tunggu apa lagi ? Pergilah bersiap ".
Tak cukup dengan bontot kena babap kini telinganya pula yang menjadi mangsa.

" Sorry okay, not my level ".

" Eii noona geram lah dengan Jungkook ni. Lama betul tak cubit-cubit awak ni. Haihh—dah jadi laki orang dah ya dongsaeng noona ni. "
Pening Jungkook nak melayan kakaknya ini.

" Noona ..."
Panggil Jungkook perlahan. Lalu dia bangun menghadap Jiyoon.

Manakala Jiyoon pula meniarap di atas katilnya sambil menongkat kepala.

" Noona ingat lagi tak kawan Jungkook dulu ? "

Jiyoon mengerut kan dahinya untuk cuba ingat.

" Kawan ? Kawan Jungkook yang mana ? "
Jiyoon pula kembali bertanya kepadanya.

" Kawan Jungkook tu la. Ala kawan perempuan tu, noona kenal lah. Jungkook pernah cerita dekat noona dulu. Cuba ingat balik. "

" Kau ada ke kawan perempuan ? Yang noona tahu kau pasang scandal je ramai. Make sure kau  takde scandal eh selain dari bini kau tu. Kalau tak , noona patahkan gigi kau. "

" Jungkook seriuslah. Noona ingat lagi tak kejadian 3 tahun lepas ? Kawan Jungkook yang nama Kim Taeha tu ? "

Jiyoon masih belum dapat mengingatinya . Maklumlah banyak perkara yang perlu difikirkan dalam kepala ni.

" Aigoo—kes bunuh diri dekat Sungai Han dulu , ingat ? "
Jungkook cuba untuk bagi Jiyoon ingat.

" Oh, baru ingat ! Kim Taeha yang bunuh diri tu. Kenapa ? "
Jiyoon teruja untuk tahu lebih lanjut.
Disebabkan kejadian tu la, Jungkook berubah.

Dia tahu Jungkook yang sekarang bukan diri dia . Jungkook seperti menghukum dirinya lepas apa yang dah berlaku.

Dan dia seperti menyalahkan diri dia sendiri.

" Jungkook—bagitahu noona ada apa ? "
Suara Jiyoon berbaur risau.
Adakah Jungkook masih terkenangkan kisah lama ?

" Dia muncul balik ".
Terus pandangan Jungkook menikam anak matanya.

" Jinjja ?! Biar betul ! Mana kau tahu ? "
Soal Jiyoon pelik.
Macam mana orang yang dah lama mati boleh hidup kembali.

Takkan roh dia pula yang berkeliaran.

" Jungkook tak tahu , tapi kenapa dia perlu sama dengan Taeha ? Kenapa saat Jungkook nak melupakan kisah lama tu dia hadir balik ? Kenapa, noona? "
Suara Jungkook kedengaran sebak.
Entah kenapa dia seperti tidak dapat mengawal emosinya.

" Jungkook-ah .. Siapa dia ? "

" Noona jangan terkejut . "

" Okay, noona cuba untuk tidak terkejut. Palli —".

" Ahn Yeonha ..."
Kata Jungkook.

" Yah ! kau biar betul ? Macam mana Yeonha dengan Taeha boleh jadi orang yang sama ni . Mengarut la kau dik. Kau salah orang kut ".

Jungkook mengusutkan rambutnya.
Dia pun bingung.

" Tapi wajah mereka iras noona . Noona tak percaya, kejap . Jungkook tunjuk gambar dia. "

Jungkook berlari ke wardrobe nya dan mengambil sekeping gambar di dalam sebuah fail lama .

" Ni gambar Taeha ."
Jungkook menyua sekeping gambar milik Taeha yang masih berada dalam simpanannya.

" Dan ni gambar Yeonha. Jungkook ambil curi-curi masa majlis kahwin hari tu. Yang bezanya cuma rambut diorang je . Yang lain sama,kan ? "
Jungkook menunjukkan pula gambar Yeonha yang berada di dalam telefonnya.

Jiyoon membuat berbandingan antara kedua-dua gambar tersebut. Taeha rambut pendek melebihi sedikit paras bahu manakala Yeonha berambut panjang sedikit coklat.




" Sama  wehh —oh my god ! Bila Jungkook tahu yang mereka berdua ni sama ? "
Jiyoon semacam tak percaya dengan apa yang dia lihat.

Macam kembar pun ada.

" Baru je. Noona tak rasa ke semua ni macam kebetulan ataupun benda tu akan  menghantui kehidupan Jungkook akibat masa lalu ? "

" Jangan nak percaya lah Jungkook. Semua ni takdir. Dah tertulis jodoh kau dengan Yeonha dan bukannya disebabkan masa lalu kau. Faham ? "

" Tapi Jungkook takut andai ..."

" Shh—dah...jangan ingat lagi benda tu. Taeha hanya sejarah lama dan Yeonha tu bakal sejarah baru . Ingat Jungkook, jangan sia siakan peluang ni. Peluang yang takkan datang untuk kali kedua."


End flashback.


" Jauh termenung ? Tertinggal pakwe mat saleh ke ? "
Tegur Tuan Jeon dari belakang sambil membawa sebuah buku ditangannya.

" Mana adalah daddy. Saja ambil angin malam dekat luar ni. Jiyoon ingat daddy dekat bilik bacaan . "
Sengihnya sambil mempelawa Tuan Jeon duduk.

" Daddy bosan baca buku dalam bilik tu sebab tu daddy turun bawah . Tak tahu pula Jiyoon ada dekat sini. "
Tuan Jeon menarik kerusi dan duduk disamping anak perempuannya itu.

" Jungkook mana ? Takkan dah tidur ? "
Tanya Tuan Jeon sambil menoleh ke belakang mencari kelibat anak lelakinya itu .

" Jiyoon dah halau dia balik rumah Yeonha. Kalau tak suruh memang tak bergerak la jawabnya . Ada ke patut Yeonha balik seorang, at least kalau tak nak balik pun tolong lah hantar kan sampai rumah. "
Bebel Jiyoon sambil menyuap buah yang masih tinggal separuh dalam mangkuknya.

" Daddy nak ? "
Jiyoon turut mempelawa Tuan Jeon makan.

" Tak naklah. Daddy masih kenyang . "
Tuan Jeon menolak pelawaan Jiyoon lalu menumpukan pada buku ditangannya.

" Hmm—nak tanya daddy ni. Sejak anak lelaki kesayangan daddy kahwin tu diorang laki bini dah honeymoon ke ? "

" Honeymoon ? Rasa daddy belum lagi. Nasib baik Jiyoon tolong ingatkan daddy kalau tak daddy langsung tak ingat. Maklumlah sejak dua menjak ni daddy tak sempat nak uruskan pasal honeymoon diorang tu. Aigoo —kesian Jungkook belum honeymoon lagi. "
Gelak Tuan Jeon dihujung ayat.

" Takkan belum honeymoon lagi ? Jiyoon tengok macam lain je ".

" Mana kamu tahu lain ? Cakap tu macam dia pernah kahwin je ".
Usik Tuan Jeon.

" Err —takpe daddy. Alang-alang Jiyoon ada ni biar Jiyoon je lah uruskan pasal honeymoon diorang kat mana. Yang pasti tempat tu takkan mengecawakan Jungkook. Daddy pun macam tak sabar nak ada cucu,kan ? ".

" Bagus juga. Kamu mesti tahu tempat mana yang bagus untuk Yeonha dengan Jungkook berbulan madu nanti. "
Senyum Tuan Jeon yang setuju dengan cadangannya itu.

" Orait bos . Semua ditanggung beres. "

***

" Jangan mengada-ngada eh! Kau tidur bawah. Kalau tak nak, aku tidur bawah pun takpe." Yeonha siap-siap memberi amaran selepas penat berlari mengejar Jungkook yang macam pelesit.

Kau ingat kau tu atlet olahraga 1200 km.
Semput nyawa aku !

" Ada ke patut suruh aku tidur bawah. Katil bilik kau luaskan. Apa salahnya berkongsi. "
Sengih Jungkook dengan sengihan nakalnya.

Yeonha  merenungnya dengan renungan tajam .

" Jangan mengada-ngada. Aku sepak tulang bontot kau baru tahu ".

" Jangan macam tu. Kalau kau sepak tak ke mandul aku.  Macam mana la nanti aku nak menghasilkan benih-benih yang cerdik nanti. Kau pun rugi —"
Jungkook main cakap tak takut dengan Yeonha dah oii.

Hahahaa.

" Amboi, mulut kau ...boleh tahan juga eh. Gatal celah-celahan ke dekk ? Meh aku nak tolong garu sekali dengan berus periuk Seokjin . Eii—tolong eh. Aku tak nak !".

" Nak tak nak kau kena terima ".

" Kepala gas kau . Suka hati dia je. "
Yeonha rasa-rasa nak hempuk je Jungkook guna selipar jepun dia.

Mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah.

Dan ternyata semua ahli keluarganya berada di ruang tamu sedang menonton televisyen bersama-sama.

" Amboi kau,seronok eh tinggalkan aku tadi Seokjin. "
Yeonha mendapatkan Seokjin dan menampar lembut bahu abangnya itu.

Manakala Jungkook segan-segan nak duduk. Risau ke bang takut kotor seluar ?

" Aku tinggal lah. Dah laki kau sampai. Takkan aku nak kacau daun pula orang nak berasmaradana. "
Usik Seokjin dengan selamba.

" Jungkook~ah—dah lama sampai ? "
Tegur Puan Ahn dengan lemah lembutnya. Menantu kesayangan uihh.

" Dah lama omma. Kebetulan masa Jungkook sampai tadi terjumpa appa dekat luar. Dia yang bagitahu Yeonha ada dekat taman. Terus Jungkook ke sana ".

" Dia rindu dekat bini dia la tu omma. Orang baru kahwin ni kan sehari tak berkepit tak sah . "
Laju je tangan Yeonha mencubit lengan Seokjin.

Mulut lembik betul. Ada je nak mengenakan aku.

" Lebih kurang macam tu la omma. Aura orang baru kahwin la katakan. "
Jungkook pula bersuara siap buat wink lagi dekat Yeonha.

kedengaran mereka bersorak setuju dengan kata-kata Jungkook kecuali Yeonha.

Dan Yeonha menahan loya.
Uwerkk !

" Jungkook kalau nak ilmu hal rumahtangga nanti tanyalah appa. Tengoklah appa macam mana dengan omma . Bahagia je kan ".
Encik Ahn pula bersuara macam sokong je kenyataan Jungkook tu.

Eloklah aku kena goreng malam ni kaw kaw.
Pasrah !

" Ishh appa ni. Jangan nak kongsi ilmu apa-apa . Tak kemana nya kami. Macam tu juga " .
Yeonha berkata sambil menjeling ke arah Jungkook.

Namun Jungkook hanya tersenyum memandangnya .

Haa apakah yang dimaksudkan dengan senyuman itu ?
Lantak engkau !

" Mana boleh macam tu. Perkahwinan ni masih panjang. Kena tambah ilmu kalau nak terus bahagia. Betul kan,appa ? "
Puan Ahn tersengih-sengih siap bertepuk tampar dengan Encik Ahn.

Yeonha memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan pelik siap menjuihkan bibir.

Jangan omma dengan appa nak tambah adik untuk aku sudah.
Ada abang macam Seokjin pun dah macam bela kambing sekor.

" Jangan risau appa omma. Jungkook tahu macam mana nak bina rumahtangga kami . "

Yeonha dah panas punggung. Dia bangkit dari situ dan menarik Jungkook untuk masuk ke dalam bilik.

" Aip aip , baru je cakap dah nak bawa laki masuk bilik. Boleh tahan geli eh kau Yeonha sejak dah kahwin ni ".
Seokjin galak mengusik membuatkan seisi rumah ketawa mendengarnya.

Yeonha mengetap gigi geram.
" Diamlah syaiton jin direjam ! "

***

" Laju kau heret aku masuk bilik. Takkan dah tak sabar kut ".
Jungkook memandang Yeonha yang laju menutup pintu biliknya.

" Diam ! Aku nak pesan dengan kau jangan macam-macam. Aku tak suka "
Yeonha memandang Jungkook dengan sedikit mendongak kerana ketinggian Jungkook lebih sedikit dari ketinggiannya.

" Aku macam-macam apa ? Tak salah kan aku nak macam-macam dengan kau pun. Kita dah halal Yeonha".

" Yang halal tu kau. Aku kira makruh lagi. "

Jungkook perlahan-lahan mara ke arah Yeonha dan Yeonha perasan Jungkook mendekatinya. 

Terus dia bergerak ke belakang sedikit sehingga kan tubuhnya rapat sehingga ke dinding pintu.

" kau nak buat apa ni ? "
Nafas Yeonha turun naik. Macam -macam dugaan betul kalau berdua-duaan dengan jebon ni.

Coi !

Jungkook semakin merapat sehinggakan hidung miliknya dan Yeonha bersentuhan.

" Honeymoon jom—"
Kata Jungkook dengan suara yang perlahan serta bernada romantik itu .

" Dae ? "
Yeonha bingung .

Jungkook menunjukkan screen telefonnya yang mengandungi whatsapp daripada noonanya agar meminta dia dan Yeonha berbulan madu dengan segera.

" Tak nak—"
Yeonha enggan dengan muka yang dibuat malas.

Auto Jungkook rasa berbunga. Aipp ! Muka malas pun nampak lain.

" Kau kena juga. Kalau tak aku selesaikan kerja aku malam ni,nak ? "
Sengih Jungkook dengan nakal.


" Eii ! Main kasar eh kau. "
Yeonha geram dan tanpa sengaja dia menampar dada Jungkook yang bidang itu.

Eotokkhae !




____________________________
To Be Continue

bymenantuPakcikJeon 🌼

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

99K 7.2K 33
+𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝒉𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝐽𝑒𝑜𝑛 �...
12.6K 806 23
▪The Watty Awards Winner 2019 - Fanfiction Category▪ [Status : Completed] Dek kerana kematian orang tuanya, Kang Daniel telah menanam satu rasa denda...
476K 24.1K 38
Highest ranking: #5 in fanfiction -tak berapa byuntae. kisah tentang hara seorang yeoja byuntae dan pasangannya jeon jungkook. Seorang artis terkena...