SHC 9

2.9K 285 24
                                    


Mesin air automatik itu ditendang kasar.
Tu makan dia ! Aku dari tadi cucuk duit syiling nak bagi kau keluar tapi apa kau buat, kau buat perangai babun kau dengan aku !

Sama dengan anak jeon tu !
Muka pun dah sama , muka mesin air !

Dddhung !!!

Plupp !
Akhirnya dua air tin berjaya juga dijatuhkan dengan 4x tendangan padu dari Ahn Yeonha itu.
Cehh, tengok kaki lah.

Terus penutup air tin itu dibuka kasar dan diteguk rakus macam seminggu Yeonha tak jumpa air.

Bagi sejuk dulu dalam hati ni, dah dekat seminggu panas dia tak hilang hilang.

Panas sejak dapat tahu pasal...

" Annyeong—",
Sapa satu suara dari belakang.

Sebelum Yeonha berpaling, dia sempat mengambil aura bau perfume yang dipakai makhluk itu.
Bau ada kenal ni.

" Kau lagi ? Nak apa ? Aigoo—semaklah kau.

" Dari tadi saya perhati awak tau. Siap tendang tendang mesin air tu. Mana boleh buat macam tu, itukan harta benda awam . "
Nasihat Jimin ibarat macam dah lama dia berkawan dengan Yeonha.

Air yang masih berbaki itu diteguk kasar sebelum tinnya itu dicampak ke tanah dan disepak melayang.
Dan satu lagi air tin dibuka .

Jimin menggeleng kepala melihat perangai Yeonha. Muka dah cantik tapi perangai. HAROM !

MEMANG PADANLAH KAU KENA KAHWIN DENGAN JUNGKOOK TU.

***

" Ahjumma... Bagi tteobokki extra dengan soju 2 ".
Pesan Yeonha sebelum mengambil tempat duduk dibawah khemah.

Jimin pada mulanya malas nak ikut Yeonha tapi bila Yeonha macam dah mula nak berbaik dengannya terus dia ikutkan sahaja permintaan gadis itu.

" Kan best kalau nak mengumpat mamat tu sambil mencekik tteobokki. Kau ada nak pesan apa-apa tak ? "

Jimin menggeleng kepala dan tersenyum kecil.

" Awak bila deal dengan makanan terus mood jadi lain eh ? "

" Biasalah. Makanan adalah syurga aku. Lagipun aku dah lama tak lepak luar. Sibuk sangat cari duit ".

" Sebab ? "
Tanya Jimin ingin tahu.

" Ye lah, orang miskin macam aku kena kerja kuat cari duit. Bukan macam korang ni, kelas orang kaya-kaya. Petik jari je semua dapat ".

Perbualan mereka berhenti seketika apabila makanan yang dipesan tadi sudah tiba.

" Kamsahamnida..."
Ucap Yeonha dengan senyuman girangnya bila dapat menikmati makanan kegemarannya itu.

" Alah, nanti bila dah kahwin dengan Jungkook awak minta lah apa yang awak nak. Jungkook tu tak berkira lah. "
Cadang Jimin membuatkan Yeonha meluat dengan kenyataan beliau.

Macamlah takde benda lain yang nak disebut.

" Sini aku cakap brader, aku kan lebih rela kahwin dengan orang gila daripada kena kahwin dengan mamat tu. Sumpah aku cakap, perkahwinan ni memang gila untuk aku. Kau ada racun tak ? "

Jimin yang baru nak terkentut dalam diam simpan balik.
Dah kenapa minta racun bagai pula ni ?

" Racun ? Aishh—nak buat apa ? "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now