SHC 62

662 98 35
                                    

" Kalau lah semua orang tahu yang sebenarnya kau punca semua ni,lebih-lebih lagi Jungkook tu. Cuba kau fikir apa tanggapan dia pada kau nanti ? Dan sanggup kau tikam belakang kawan kau sendiri. Kau ni manusia hati busuk tahu tak ! "

Mata Yeonha tajam menikam Boreum.
Boreum tak dapat melarikan pandangannya namun dia cuba untuk berlagak biasa.

" Buat pengetahuan awak, saya tak pernah tikam belakang kawan saya sendiri. Apa yang awak tahu pasal kami ? Awak tak tahu apa-apa jadi tak payah nak sibuklah hal kami ! "

Boreum mula berani bersaing dengan Yeonha. Dia tidak mahu kalah dengan kata-kata Yeonha padanya.

Yeonha mengetuk meja dengan kuatnya. Dia mula panas. Eii, ada juga orang balik pakai tangan nanti.

" Yah ! Tch ...aku tak tahulah bahasa apa yang aku nak guna biar otak kau tak tepu. Kau faham tak apa aku cakap ? Aku nak kau jumpa Jungkook dengan Taehyung dan minta maaf atas apa yang kau dah buat pada Taeha ! Kalau Taeha tu masih hidup, aku tak tahu lah apa perasaan dia ada kawan tak guna macam kau ni . Hati busuk ! "
Yeonha sekali lagi menghamburkan kata-kata kesat kepada Boreum .

Dia tak kisah kalau dia harus dicop sebagai perempuan mulut longkang. Memang itu dah menjadi trademark nya.

" Yakin ke saya punca atas kematian dia ? Dia mati sebab bunuh diri, bukan sebab saya. Polis sendiri yang jumpa mayat dia dalam sungai."

" Ahn Yeonha, tak payah nak jadi baik sangatlah. Walau macam mana baik sekalipun awak nak pertahankan orang yang dah mati tu, tak guna juga. Bukan dia boleh berterima kasih pun dekat awak . "

Boreum ketawa kecil. Dia pandang atas bawah Yeonha .
Matanya penuh muslihat.

" Aku tak kiralah . Malah aku berpuas hati dapat tegakkan kebenaran. Aku tak kisah apa yang kau nak cakap , yang penting aku nak kau mengaku ! Kau tu yang pembunuh sebenarnya ! "

" Yah,Han Boreum ! Kau ni tak layaklah jadi manusia. Kau ni jenis yang bertopengkan syaitan . Kau ingat aku tak tahu kau hasut Jungkook untuk dengar semua kata-kata kau. 3 tahun lepas bukan masa yang sekejap, kau dah berdosa dengan kawan kau sendiri ! "

" Aigoo...macam ni rupanya perangai isteri Jungkook ? Tak sangka Jungkook kahwin dengan orang macam awak ni. Awak nampak macam ..."

Han Boreum ketawa gedik. Dia sempat menghadiahkan senyuman sinis pada Yeonha.

" Macam apa ? Kau cakap sekarang ?! "
Yeonha mula panas dalam dada. Aku rasa memang akan ada perang yang meletus kali ni. Aku tak kira !

" Awak nampak macam perasan sendiri. Setahu saya, Jungkook tu taste dia macam saya ni. Yang bekerjaya , yang ada duit. Ada kereta sendiri. Awak ? Motor buruk tu ? "

" Mana kau tahu tu motor aku ? "
Soal Yeonha pelik. Macam mana perempuan ahli sihir ni tahu aku pakai motor. Cis !

" Tu, topi keledar siapa ? Takkan awak naik kereta pakai topi keledar ni kut ? "

Yeonha mengalihkan pandangannya pada arah yang ditunjuk oleh Boreum . Baru dia perasan yang dia membawa bersama topi keledar masuk ke dalam cafe.

" Ya, motor buruk tu motor aku ? Kau kenapa ? Sakit hati ? Sakit mata aku pakai motor buruk macam tu ? Hey, motor buruk normal lah yang tak normal nya hati busuk macam kau ni ! "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now