bab 1

1.7K 33 1
                                        


PUTERI Emilyn Natalia terus merebahkan tubuh langsingnya di atas katil. Selimut ditarik sehingga ke dada dan dia menyelesakan kedudukkan kepalanya di atas bantal.

Dia mulai memikirkan statusnya yang sudah bertukar kepada isteri beberapa jam yang lepas. Isteri kepada lelaki yang cukup dibencinya. Dia terima lelaki itu pun sekadar mahu membalas dendam atas apa yang telah dilakukan lelaki itu di zaman sekolah dahulu.

Masih terbayang bagaimana dia dihina, dimalukan lelaki itu di hadapan semua orang. Ya, dulu dia hanyalah seorang gadis hodoh sehingga ramai yang membencikannya dan kini dia bangkit menjadi wanita cantik yang digilai ramai jejaka di luar sana.

Setelah cintanya ditolak lelaki itu, dia tekad akan bencikan lelaki itu sampai mati dan dia tidak akan pernah lupa hatta sekecil kuman sekali pun apa yang pernah lelaki itu buat padanya. Segalanya masih tersemat di fikirannya. Dan kini, dia akan langsaikan dendamnya dengan mudah kerana lelaki itu sudah menjadi sebahagiaan dari hidupnya.

Emilyn tidak tahu mengapa Tengku Aisar Hadif beria mahu memperisterikan dirinya sedangkan lelaki itu telah tolak mentah-mentah cintanya seketika dahulu. Sudah banyak kali Emilyn menolak lamaran lelaki itu dan Hadif tidak pernah putus asa. Sudah hilangkah rasa benci Hadif pada Emilyn yang kotor dan jijik di mata lelaki itu?

Atau Hadif sudah jatuh cinta padanya disebabkan dia sudah cantik dan berjaya? Jika benar, Emilyn akan buat Hadif sepenuh mati cintakan dirinya hingga hanya dia sahaja yang berada di fikiran lelaki itu. Dan jangan harap, dia akan mudah mencintai lelaki yang sudah memijak maruahnya.

Perkahwinan ini dia akan hiasi dengan penuh kebahagiaan bersama Hadif dan apabila tiba masanya nanti, dia akan tinggalkan Hadif. Dia tidak perlukan lelaki itu dalam hidupnya. Biar Hadif tahu, dia bukanlah perempuan yang lemah.

Cintanya sudah mati buat Hadif dan tidak mungkin dia akan kembali mencintai lelaki itu lagi Cukup hanya sekali, dia sudah serik. Lelaki seperti Hadif itu tidak layak mendapat cinta seorang Emilyn!

Selepas majlis tadi pun, dia sudah tidak nampak kelibat Hadif lagi. Dia malas mahu ambil tahu. Cukuplah yang dia tahu, dia berpura-pura di hadapan semua orang yang dia bahagia di samping Hadif. Hakikatnya, tidak. Dia tidak bahagia.

Dia benci lihat senyuman yang terpancar pada wajah Hadif seolah-olah apa yang terjadi di zaman sekolah dahulu, mudah untuk lelaki itu lupakan. Dia jijik apabila Hadif menyentuhnya di hadapan khalayak ramai. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan lagi rasa bencinya pada Hadif.

Sepatutnya malam ini dia akan ikut lelaki itu pulang, namun dia berkeras untuk tinggal di rumah mama dan papanya. Dia sendiri sudah meminta izin dengan papanya, Tuan Habib. Hadif fikir, dengan gelaran suami yang disanjung lelaki itu, dia mahu ambil kisah?

Emilyn sudah tidak mahu fikirkan lelaki itu lagi. Dia mahu tidur. Penat majlis petang tadi pun masih belum hilang lagi. Belum sempat dia memejamkan mata sepenuhnya, pintu biliknya dikuak dari luar.

Terjengul wajah serius suaminya. Pun begitu, Emilyn tidak mengendahkan malah dia mengukirkan senyuman sinis. Mata kembali dipejam, malas mahu melayan kehadiran Hadif di bilik tidurnya.

" Ikut I balik, Emilyn. " serius sahaja nada yang dilontarkan Hadif seraya menapak menghampiri isterinya.

" I tak nak. " balas Emilyn dengan mata yang masih terpejam.

Hadif EmilynWhere stories live. Discover now