-19-

58 4 1
                                    

Reva mengetuk permukaan meja kayu dengan perasaan resah. Kaki kirinya juga digoyangkan walaupun perbuatan itu sama sekali tidak dapat mengurangkan perasaan gelisahnya saat ini.

Mata Reva memandang sekeliling, seolah-olah ingin mencari sesuatu.

Saat matanya menangkap kelibat seseorang yang berjalan masuk ke dalam kafe bersama-sama dengan kawan-kawannya, Reva segera memutarkan kepalanya ke arah lain.

Sejak kawan-kawannya mencadangkan yang Reva perlu membuat keputusan sama ada mahu mengakhiri atau tidak hubungan palsunya dengan Daniel, sejak dari hari itulah Reva berdepan dengan perasaan gelisah dan dilema.

Dia mahu menamatkan hubungan palsu ini dengan Daniel kerana dia tidak ingin sesuatu yang tidak diingini berlaku tapi pada masa yang sama Reva juga tidak dapat mengatakan niatnya setiap kali dia berdepan dengan Daniel.

Seolah-olah wajah Daniel membawa satu sumpahan yang membuatkan Reva gagal membuka mulutnya untuk bercakap dengan Daniel.

Macam mana ni? Saya tahu ini buruk untuk biarkan dia terus terikat dengan hubungan palsu seperti ini... Saya tahu dia mungkin membenci saya dalam diam kerana perkara ini...

Saya sepatutnya lepaskan dia pergi beberapa hari yang lalu... Tapi saya tidak dapat... I couldn't bring myself to say that to him! Oh Tuhan, apa yang saya perlu buat ni?

Kuku jari di tangan kanan diletakkan di antara giginya dan Reva mula menggigit lembut kuku jarinya dengan perasaan yang semakin gelabah.

Reva tidak mahu berjumpa dengan Daniel lagi tapi pada masa yang, dia ingin terus berjumpa dengan lelaki itu dan memandang wajah tampannya setiap hari.

'Adakah ini bermakna saya sudah jatuh cinta pada dia? Tapi bolehkah... Tidakkah dia akan marah jika dia tahu tentang perasaan saya yang sebenar?'

'Apa reaksi yang akan dia bagi jika dia tahu tentang perasaan sebenar saya?... Saya tidak menyangka yang hubungan palsu kami ini akan membuatkan saya jatuh hati pada dia betul-betul...

This is not right... Saya sepatutnya tidak menyimpan perasaan seperti ini pada dia... Daniel merupakan lelaki popular di Universiti ini... Mesti dia sudah ada seseorang yang dia suka...

Reva memegang kepalanya dengan wajah berkerut kerana tidak selesa saat dia memikirkan wanita bertuah yang berjaya memasuki ruang hati Daniel.

Saat dia sedang bermonolog dengan dirinya sendiri, satu suara yang garau tapi terdengar lembut memasuki ruang pendengaran Reva.

"Hai, Reva..."

Serentak dengan itu, badan Reva terus menjadi beku kerana dia sangat kenal dengan suara itu.

Reva memusingkan kepalanya memandang ke arah Daniel yang sudah mengambil tempat duduk di depan Reva. Terkebil-kebil dia sekejap sambil cuba memproses apa yang sedang berlaku saat ini.

Daniel hanya tersenyum kecil saat dia melihat wajah bingung yang ditunjukkan oleh Reva. Dia meletakkan sekotak minuman susu coklat di depan Reva. "Ini kau punya..."

Anak mata Reva bergerak memandang ke arah kotak susu coklat yang diberikan oleh Daniel. Keningnya berkerut kecil kerana memikirkan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan.

Kali ini pun dia layan saya dengan sangat baik... Kenapa dia buat saya begini? Ini akan membuatkan saya merasa semakin susah untuk melepaskan dia...

Tanpa semena-menanya Daniel mengangkat tangannya ke wajah Reva. Dengan menggunakan ibu jarinya, Daniel mengusap kening Reva yang berkerut tadi.

"Apa yang kau sedang fikirkan sampai kening kau berkerut begini? Kau ada masalah?" tanya Daniel.

Fake Boyfriend Itu Secret Admire Saya✔️Where stories live. Discover now