-14-

70 3 0
                                    

REVA tersenyum kekok ke arah semua orang yang sedang memandang ke arahnya dan Daniel.

Sekarang ini, dia dan Daniel sudah pun berdiri di ruang tamu sambil diperhatikan oleh semua orang yang ada di ruang tamu.

Suasana yang sepi hanya menambahkan lagi rasa gugup di dalam hati Reva.

Reva melirik ke arah Daniel secara diam-diam sebelum dia menggoncangkan tangan Daniel secara perlahan, mahu memberi isyarat kepada lelaki itu.

Daniel menoleh ke arah wanita di sampingnya. "Kenapa?" bisiknya, bertanya kepada Reva.

"Kau cakaplah sesuatu. Jangan diam saja. Semua orang sedang tengok kita ni sekarang! Saya rasa awkwardlah begini," balas Reva dalam keadaan berbisik pula.

Daniel hanya tersenyum kecil. Dia memandang ke arah ahli keluarga dan kawan-kawan yang ada di depannya. "Apa khabar semua? Ini ialah Reva. Dia ialah..."

"Teman wanita kau. Baik, kami faham!" potong seorang lelaki yang memakai baju biru petak-petak. Dia kelihatan tersengih lebar sambil memandang Daniel dan Reva silih berganti.

Reva tergamam mendengar kata-kata lelaki itu. Memanglah saya girlfriend dia tapi bukan yang real punya, okey. Saya dan dia cuma fake couple!

Belum sempat pun Daniel atau Reva bercakap, yang lain mula bersuara.

"Ini girlfriend Daniel? Wah, tak sangka akhirnya selepas hidup membujang selama 21 tahun, dia dapat juga pasangan dia..."

"Boleh tahan juga girlfriend baru Daniel. She is pretty!"

"Mr. Patrick, mesti kau gembira sebab sudah ada calon menantu! Hahaha!"

Suasana di ruang tamu itu bertukar menjadi ceria dengan suara tawa dan usikan dari semua orang.

Reva yang memang tidak tahu hendak berbuat apa itu menjadi semakin bingung hendak buat apa. Dia memandang ke arah Daniel beberapa kali dengan wajah kebingungan.

Seorang wanita berumur mendekati Reva. Walaupun dia sudah berumur lebih dari 40 tahun, wanita ini tetap kelihatan awet muda dan bila dia tersenyum, kejelitaannya menjadi berganda.

"Daniel, kamu tidak cakap pun yang kamu akan bawa dia ke sini? Kamu sengaja nak bagi surprise pada semua orang kah?" tanya wanita itu.

Dia tidak menunggu Daniel untuk menjawab dan terus memeluk Reva. Reva yang masih bingung itu hanya membalas pelukan dari wanita itu.

Kemudian, Reva pun memandang ke arah Daniel dengan wajah penuh tanda tanya.

"Ini mama saya..."

"Boleh panggil saya Aunty Clara." Mama Daniel terus memotong ayat Daniel sebelum sempat Daniel menghabiskan ayatnya.

Reva terus mengangguk mendengar kata-kata Aunty Clara. Dia tidak percaya kalau ini ialah mama kepada Daniel. Dia menjeling ke arah Daniel di sebelahnya.

Lelaki itu hanya berlagak selamba sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Mama, ini Reva."

Aunty Clara tersenyum manis mendengar nama Reva. "Reva, what a good name!"

Reva hanya mampu tersenyum.

Beberapa orang lelaki mendekati Daniel. Di wajah mereka terlekat segaris senyuman dengan maksud ingin mengusik Daniel.

Salah seorang dari mereka terus menumbuk perut Daniel dengan perlahan. "Pandai kau, eh? Bawa girlfriend kau ke sini... Mentang-mentang, semua kawan kau sudah ada girlfriend."

"Yalah, Daniel... Kau sengaja nak menunjuk-nunjuk yang kau ada girlfriend baru kah?"

"Issh, apalah Daniel ni. Oh, ya... Siapa nama girlfriend baru kau tu? Dia dari mana?"

Fake Boyfriend Itu Secret Admire Saya✔️Where stories live. Discover now