-8-

86 3 1
                                    

KERANA Daniel tidak pernah pergi ke rumah Reva, Reva menunjukkan arah jalan ke rumahnya kepada Daniel.

Setelah tiba di depan rumah Reva, Reva merasa lega kerana dia tidak perlu lagi merasa terseksa berada di dalam kereta dengan keadaan yang janggal.

Reva membuka tali pinggang keledarnya dan bersedia untuk membuka pintu kereta.

Tiba-tiba, dia terhenti. Ahh, yalah... Matlamat saya... Saya sudah susah-payah nak kejar dia dan sekarang ini adalah peluang saya tanya dia... Kenapa saya tidak gunakan peluang ini sekarang pula?

Melihat gerakan Reva yang terhenti itu, kening Daniel yang lebat dan berwarna hitam itu terangkat lagi. "Kenapa? Kau tidak mahu turun?"

Reva menoleh ke arah Daniel dengan wajah teragak-agak.

Semakin bingung Daniel melihat wajah Reva begitu. "You have something to say?"

Reva meletakkan penumbuknya ke depan mulut. Dia berdehem dan berkata, "Sebenarnya, saya datang ke parti tadi adalah kerana sebab lain."

Daniel menaikkan lagi keningnya, menambah bonus kepada ketampanannya. Tenang saja raut wajahnya ketika merenung Reva.

"Sebenarnya, saya datang ke sana sebab saya dapat tahu kalau kau datang ke sana... Dan saya nak bercakap pada kau pasal sesuatu."

Daniel masih tidak berkata apa-apa tapi matanya masih merenung wajah Reva, seakan-akan menyuruh Reva untuk melanjutkan apa yang ingin dia katakan.

"Saya... Saya nak minta tolong pada kau pasal sesuatu... Saya tidak pasti jika kau setuju untuk tolong saya atau tidak tapi..."

Reva berhenti sekejap. Dia tidak tahu kenapa tapi dia merasa ragu-ragu untuk menghabiskan ayatnya.

"Tapi...??"

Daniel menyoal.

"Saya mahu kau untuk jadi fake boyfriend saya buat sementara waktu, boleh?"

Usai saja Reva mengatakan keinginannya, lelaki di depannya sekarang itu terlihat seperti terkejut dan terkaku.

Dia... Dia marah kah? Tapi saya faham kalau dia nak marah... Siapa yang tidak akan tertekan kalau kena tanya macam ini...

Daniel terus merenung wajah Reva, mahu memastikan apa yang dikatakan oleh Reva tadi.

"Kau... Kau mahu saya jadi... Fake boyfriend kau?"

Reva mengangguk dengan soalan itu. Dia menggigit bibirnya tanpa sedar kerana merasa gugup untuk mendengar jawapan Daniel. Ini lebih mendebarkan daripada tengok filem seram...

Eih, kenapa saya rasa gugup pula? Bukannya saya ada perasaan dengan dia atau apa...

"Boleh saya tahu kenapa kau nak saya jadi fake boyfriend kau?" tanya Daniel. Dia merehatkan tangan kanannya ke atas stereng kereta sambil wajahnya masih dipandang ke arah Reva.

"Ahh..." Reva membuka mulutnya tapi lidahnya kaku untuk mengatakan apa-apa.

Daniel masih terlihat tenang untuk mendengar jawapan dari Reva.

"Saya ada masalah... Saya diganggu oleh seorang lelaki dari Universiti kita, sebab itulah kenapa saya perlukan pertolongan kau untuk jadi fake boyfriend saya supaya dia menyerah dan tidak mengganggu saya lagi..."

"You mean, a stalker?"

Reva menggeleng. "Dia lebih kepada peminat saya."

"Kenapa kau tidak tolak dia saja?"

"Dia tidak mahu dengar... Saya sudah banyak kali cakap tapi dia tidak mahu dengar... Saya tidak tahu nak cakap apa lagi dengan dia," balas Reva.

"So sebab itu kenapa kau nak guna saya? Untuk kepentingan diri kau?"

Fake Boyfriend Itu Secret Admire Saya✔️Where stories live. Discover now