"Susah-susah sahaja," kata Sara.

"Tidak mengapa. Hamba minta diri dahulu," kata Tun Daim berlalu dari situ. Sara terpandang ada yang memerhati dari satu sudut.

"Sudah mari balik," arah Shu Wu Ji.

"Tak dukung atas belakang tak mau balik," kata Sara. Shu Wu Ji memandangnya tajam.

"Ikut suka. Balik atau tidak," jawab Shu Wu Ji dengan nada yang marah dan meninggalkannya sendiri. Sara mengerling sekelilingnya dan dia merasa tidak sedap hati. Rantai itu bersinar dan bergetar sekali dan itu mengejutkan Sara. Cucuk sanggul di tangannya menyinar dan mutiara di cucuk sanggul itu turut bergetar.

"Popo adakah kerana kita sudah balik ke tempat asal kau jadi begini?" Sara bercakap sendiri sambil memegang rantai itu. "Keluar aku tahu kamu semua di sini!"tempik Sara. Jalan yang sunyi tadi kedengaran bunyi tapak kaki. Sara mengira lebih kurang 10 orang berpakaian hitam mengepungnya.

"Shei?" tanya Sara. Tiada jawapan. "Kamu ke sini hendak membunuh atau menculik?" tanya Sara dalam bahasa Melayu.

"Menculik," jawab satu suara. 'Melayu? Dah tentu orang yang mengupahnya juga Melayu,' fikir Sara.

"Baik, hamba penat tak perlu berlawan parang, pukul memukul. Ayuh, tunjukkan ke mana kita patut pergi," kata Sara mencucuk sanggul itu ke sanggulnya. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

"Ikut kami," kata ketua mereka dan Sara mengikuti lelaki itu dan dikepung oleh mereka yang lain. Mereka tiba di suatu lorong dan Sara buat-buat terjatuh.

"Aduh!" Kata Sara. "Hei batu kau ni tiada tempat lain hendak duduk, hah?" marah Sara. Mereka di situ hanya berdiri tegak melihat perangai pelik Sara. Sara membaling batu kecil itu ke dahi lelaki di belakangnya dan dengan satu lompatan dia sudah berada di atas bumbung. Sara sendiri terkejut kerana tubuhnya menjadi begitu ringan. Rantai itu bergetar. Sara menyentuhnya. "Terima kasih popo," katanya.

"Kejar!" jerit ketua penjahat. Mereka semua cuba memanjat bangunan untuk mengejar Sara tapi tidak terdaya. Sara duduk di atas bumbung itu memerhatikan 10 orang lelaki jahat cuba hendak menaiki bumbung.

"Awat lambat ngat eh?" tanya Sara sambil ketawa. Tiba-tiba ada seorang yang menaiki tangga dan sudah berada di bumbung. Baru sahaja Sara hendak berdiri, Tun Daim datang dan melawan lelaki bertopeng itu. 'Ini orang-orang upahan kau kan Tun Daim?' syak Sara. Lelaki itu melibas parangnya dan Tun Daim jatuh ke bawah dan membolos bumbung kecil. Dia tak bergerak lagi. Lelaki itu melihat Sara di situ dan meluru. "Hei tunggu! Tak berhati perut kau ya. Sanggup kau cederakan orang upah kau culik aku?"templak Sara. Penjahat itu melihat Tun Daim yang meniarap di tanah.

"Orang yang upah aku ialah perempuan!" kata lelaki itu ketawa. Sara menghela nafas panjang.

"Tangkap dia, tangkap!" kata orang-orangnya di bawah bersorak.

"Kan aku kata aku penat. Esoklah boleh?" tanya Sara. Lelaki itu meluru tapi Sara melontarkan shiruken iaitu dart ninja dan mengenai leher lelaki itu dan dia pun terjatuh dari bumbung ke tanah. "Sudah-sudahlah," kata Sara. Dia terjun ke bawah dan lelaki-lelaki jahat itu lari bertempiaran. Sara berlari kepada Tun Daim dan merasai nadinya. Tun Daim masih hidup. Dia mengalihkan tubuh Tun Daim dan memeriksa. Ann di dan Pipit yang perasan Sara tiba-tiba tiada telah mencarinya dari tadi.

"Cempaka!" jerit Pipit.

"Sara kau tak apa-apa?"tanya Ann Di. Sara menggelengkan kepalanya. Mari tolong angkat Tun Daim ke rumah tumpangan. Shu Wu Ji yang terkejut melihat Tun Daim tercedera mendapatkan mereka.

" Lairen! "panggil Shu Wu Ji dan Tun Daim dibawa ke bilik Shu Wu Ji." Sayang tak apa-apa? "tanya Shu Wu Ji memegang bahu Sara. Sara meleraikannya.

"Pit, kau pergi ke kedai ubat dan panggil Lee Taiyi ke mari sekarang," arah Sara tegas. Pipit terus menunaikan arahan itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now