"Abang Ishak nak?"tanya Sara spontan. Tun Ishak kaget. Hanya Sara yang memanggilnya abang. "Eh, datuk nak?"tanya Sara membetulkan. Tun Ishak menggelengkan kepalanya. Sara tersenyum dan terus menyuapkan tiga keping pisang goreng ke mulutnya. "Auw,auw panas!" Meloncat-loncat Sara menahan kepanasan pisang goreng. "Ehmmm, sedapnya!"kata Sara seronok. Ann Di pun turut merasa riang memakan pisang goreng tadi. Dalam berjalan,Sara terhenti langkahnya. "Ann Di kau tengok tu,"tunjuk Sara.

"Karipap!"jerit mereka. Tun Ishak memerhatikan mereka dalam kehairanan. 'Kelaparankah?'bisik hati Tun Ishak. Mereka berlari ke gerai karipap.

"Karipap apa ni makcik?"tanya Sara.

"Karipap ayam cik muda,"jawab pekedai itu.

"Berapakah harganya?"

"2 syiling cik muda,"jawab pekedai itu. Sara mengira dalam dulang itu ada lebih kurang 80 biji.

"Baik saya ambil semua,"kata Sara. Terbeliak mata Tun Ishak dan melihat bungkusan pisang goreng di tangannya.

"Apa benar?"tanya pekedai itu tidak percaya. Sara menunjukkan kantung duit di tangannya.

"Nah ini setahil perak,"beri Sara kepada pekedai itu.

"Cik muda kami tiada duit tukar,"beritahu pekedai itu. Sara memandang Ann Di dan kepada pekedai itu tadi.

"Tak payahlah tukar. Simpan selebihnya,"kata Sara tersenyum menghulurkan tangannya untuk menerima sebakul karipap. Pekedai itu dengan gembira memberikan bakul itu kepada Sara. Tanpa berlengah Sara menyuap Ann Di sebiji karipap. Secara spontan dia berpaling kepada Tun Ishak.

"Datuk?"panggil Sara.

"Ya?"jawab Tun Ishak dan Sara terus memasukkan sebiji karipap itu ke mulut Tun Ishak yang separuh ternganga. Perbuatan itu buat Tun Ishak terkejut.

"Sedap karipap ini,"kata Tun Ishak. "Tapi Shuang er nanti orang menunggu kita di pintu istana,"kata Tun Ishak lembut.

"Ye tui. Marilah kita pergi,"kata Sara. Selang seberapa tapak dia berhenti lagi. "Satu je lagi. Sara janji,"kata Sara kepada Tun Ishak tanpa sedar dia membahasakan dirinya Sara. Hati Tun Ishak seperti jatuh ke lantai. 'Biar benar, Sara..adik abang sudah kembali?'bisik hatinya. Sara menarik Ann Di ke gerai menjual lempeng dan sambal tumis ikan bilis. "Hamba hendak beli semua!"kata Sara ceria. Pekedai itu cepat-cepat membungkus lempeng tadi dalam daun pisang. Sara mengambil sekeping untuk merasa. "Ann Di, nah,"kata Sara menyuapkan secubit kepada Ann Di.

"Hmm, sedap!"balas Ann Di. Sara berpaling kepada Tun Ishak. Dan Tun Ishak membuka mulutnya untuk Sara menyuapkan lempeng dan sambal itu. Sara dengan gembira menyuapkan kepada Tun Ishak yang penuh di tangan bungkusan makanan.

"Sedap kan?"tanya Sara kepada Tun Ishak. Tun Ishak mengangguk. "Gila sedap. Esok ingatkan Sar-Shuang er beli lagi di sini ya?"pinta Sara. Dalam beberapa suapan habis lempeng di tangannya. "Makcik ada air basuh tangan?"tanya Sara. Pekedai itu memberikan secawan air untuk membasuh tangan. "Hiiiiisss,pedas!"kata Sara sendiri. "Hah air kelapa!"tunjuk Sara. 'Janganlah dia beli habis, tak cukup tangan nak bawa ni,'bisik hati Tun Ishak mengetawakan dirinya sendiri.

"Nak air kelapa muda dua,"minta Sara. Pekedai itu meletakkan air itu dalam buluh yang dibuat cawan. "Ann Di kau kongsi dengan aku,"kata Sara dia memberikan cawan itu kepada Ann Di dan Ann Di meneguk air kelapa yang sangat sedap itu. "Nah, Datuk,"kata Sara tetapi Tun Ishak menunjukkan tangannya sudah berjuntaian bungkusan makanan. Sara menyuapkan air kelapa itu kepada Tun Ishak. Kalau orang lain mungkin dia menolak tetapi jika benar,ini adalah Sara lima tahun dulu. "Sedap?"tanya Sara. Tun Ishak mengangguk. Sara menghabiskan minuman yang dikongsi dengan Ann Di.

"Dah kenyang kan?Jalan..."perintah Ann Di.

"Ok!Jom,"jawab Sara. 'Ok?'tanya Tun Ishak dalam hatinya. 'Sara,'panggilnya dalam hati. Mereka meneruskan perjalanan dan sampai ke pintu gerbang istana.

"Ke mana kamu berdua pergi?Lama kami menanti,"tanya Wang He Lan. Sara menjeling kepada Wang Hang Lan tanpa menjawab.

"Li gugu, tadi saya membeli makanan untuk orang-orang saya.Maafkan saya,"ucap Sara. Dia memandang Shu Wu Ji yang kurang senang dengan kelewatannya.

"Tak apa, kami pun baru sahaja di sini,"jawab Li Gugu. "Jemputlah,"ucap Li Gugu.

Sara memandang Tun Ishak yang sarat dengan makanan dan ketawa.

"Lai ren,"panggil Sara dan dua orang askar datang dengan segera. "Ini makanan kongsilah ya.tinggalkan sedikit untuk Pipit,"arah Sara. Dua askar itu mengangkat hormat dan mengambil makanan yang banyak itu. Liu Lu memandang Zhen Hwang Di dan tersenyum. Zheng Shuang sudah ada yang punya dan dia masih bersedih.

"Silakan, Shuang er,"jemput Tun Ishak. Shu Wu Ji agak terkejut kerana Tun Ishak memanggil nama Sara seperti kawan. Sara memandang Tun Ishak dan ketawa. Ada saki baki sambal di tepi bibinya. "Kenapa Shuang er ketawa?"

"Tu ada sambal kat sini,"kata Sara sambil menunjukkan di tepi bibir.

"Mana?"tanya Tun Ishak merapati wajah Sara.

"Bukan hamba lah. Datuk tu,"tegur Sara ketawa dan dia terus mengambil saputangan dan membersihkan kesan sambal tadi di tepi mulut Tun Ishak. Darah Shu Wu Ji agak mendidih melihat kemesraan Sara dengan sesiapa saja. Liu Lu juga merasa terkejut.

"Maafkan hamba,"kata Tun Ishak.

"Silakan,"jemput Sara dan Ann Di ke dalam.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now