[ Hearttrobs ]

595 106 76
                                    

I hope you guys enjoy this chapter a lot😂❤️







"Langut sikit." Roselle segera melarikan matanya sebaik sahaja dagunya ditolak Jungkook supaya melangut. Siap dipinkan helmet lebih yang Jungkook sedia bawa, Roselle menghela nafas lega. Berdebar betul dada ini tak dapat menahan fangirl dalam hati.

Saat dia bergerak ke belakang, matanya merenung seat motorbike Jungkook yang kecil ruangnya dan agak tinggi. Bibirnya dikemam sambil tersenyum pasrah. Nasib baik dia pakai seluar harini sebab training tadi. Sebelah tanganya memegang seat motorbike dan sebelah lagi teragak-agak untuk dia pegang bahu Jungkook.

"Naik la cepat." Saat Jungkook berkalih dadanya semakin berdegup kencang. Menggeletar perlahan tangannya ingin menyentuh bahu Jungkook yang berlapik dengan baju sukan sekolah. Akhirnya selepas beberapa saat Roselle berjaya duduk di tempat duduk belakang.

Matanya memandang ke arah ruang antaranya dengan Jungkook. Shit. Matanya dipejam dan dikuatkan hatinya untuk memegang bahu Jungkook kerana tak mahu memeluk pinggang lelaki itu. Sepanjang perjalanan mereka ingin ke mall, Roselle hanya mampu menahan malu walaupun tak ada benda yang nak dimalukan.

"Kau nak makan dulu ke apa kejap lagi?" Spontan Roselle bersandar ke belakang bila Jungkook berkalih memandangnya tiba-tiba. Tengah-tengah traffic lights ni juga kau nak berkalih pandang aku ya?

"Uh-uhm, nak. Aku lapar." Roselle cuba bersandar ke belakang lagi bila Jungkook menegakkan badannya sebab traffic lights terlalu lama jadinya dia lenguh bongkokkan badan. Keluhan dari bibir Roselle buatkan matanya bergerak memandang gadis itu dari cermin sisi.

"Kau nak jatuh ke apa?" Tegurnya tanpa berkalih. Disebabkan tiada jawapan dari Roselle, tangan gadis itu yang sedari tadi berada di bahunya dicapai, dan dibawa ke pinggangnya. Tangan Roselle ditarik lagi agar memeluk pinggangnya buatkan badan mereka bersentuhan.

Roselle hanya mampu berdoa agar jantungnya tak terkeluar dan bergolek di atas jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Roselle hanya mampu berdoa agar jantungnya tak terkeluar dan bergolek di atas jalan raya. Bibirnya dikemam sambil menarik dan menghembus nafas melalui hidung supaya dadanya bertenang. Sebaik sahaja mereka masuk ke kawasan parking di mall, Roselle segera melepaskan pinggang Jungkook dan kalut-kalut dia turun.

Pin helmet cuba dibuka dan ditarik-tarik tapi tak terbuka pula. Sedang dia struggle sendirian, datang Jungkook membantunya buatkan pipinya terasa hangat. Matanya hanya mampu memandang dada Jungkook bagi mengelakkan matanya bertemu dengan mata lelaki itu.

"Dah." Rambutnya dibetulkan. Tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar sukannya dan berjalan mengikut Jungkook masuk ke dalam mall. Tanpa melengahkan masa, mereka berdua singgah ke McD terlebih dahulu untuk mengisi perut. Roselle diminta duduk dan Jungkook pula memesan makanan di kaunter.

Sedang dia menunggu Jungkook, matanya memerhati sekeliling. Roselle kecilkan mata bila terlihat seseorang yang mungkin dikenalinya.

"Ryu Yeonmi?"

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now