"Shu daren, Shu daren!" kedengaran suara wanita memanggil Shu Wu JI. Shu Wu JI yang sedang bertarung itu memandang ke arah suara itu.

"Wang xiaojie!" panggil Shu Wu JI. Salah seorang lanun itu memeluk dan memerangkap gadis muda yang jelita itu. Shu Wu JI menyerang lanun yang memegang wanita muda itu.

"Sara," panggil Ann Di.

"Aku tahu tak perlu kau katakan,"ucap Sara. Pipit kau pergi selamatkan semua kanak-kanak, Ann Di kau bantu tentera laut menyelamatkan wanita-wanita di sini," arah Sara. 

"Kau?"tanya Ann Di. Sara mengenyitkan matanya.

"Aku nak minta autograph kapten Jack Sparrow," jawab Sara melawak. Ann Di memegang lengannya.

"This is not a game," bantah  Ann Di serius.

"Of course,"balas Sara mengenyitkan matanya. Dia melihat cincin-cincin yang baru diperolehi dari dek 1 tadi. 

"Sara,"panggil Ann Di.

"Ann Di, we got this. Jangan bimbang!" pujuk Sara.

"Apapun, don't get killed."

"Kau menyumpah aku ke ni?"tanya Sara balik. Dia menepuk bahu Ann Di sambil tersenyum. "Kalau aku boleh tangkap ketuanya, semua ini akan tamat," ucap Sara. Ann Di mengangguk.

"Tolong hati-hati," Ann Di mengingatkan. 

"Pipit kau dan Ann Di bekerjasama ok?"kata Sara dan dia pun menyelinap ke hujung kapal yang paling dekat dengan kapal lanun itu. Gandingan PIpit dan Ann Di tidak mengecewakan. Dalam sekelip mata ramai lanun yang tewas di hujung pedang mereka. Pipit dan Ann Di membawa keluar wanita-wanita dan anak-anak dengan pantas meminta mereka bersembunyi di bilik masing-masing. Suasana masih kedengaran bunyi besi dan suara manusia bersahutan. Ann Di dan Pipit telah dapat menyelamatkan sejumlah penumpang dan mereka menuju ke arah Shu Wu Ji.

"Sara mana?"jerit Shu Wu Ji masih lagi melawan musuh. Ann Di memandang Pipit dan menghalang Pipit dari menjawab soalan itu. "Shuang er ne?!" jerit Shu Wu JI lagi.

"Dia ada di belakang menjaga yang sudah terselamat," jerit Ann Di meneruskan perjuangan. Dia membawa Pipit jauh dari Shu Wu JI kerana dia tidak mahu Shu Wu JI tahu tindakan merbahaya Sara. Sara yang memerhatikan cara lanun-lanun itu naik ke kapal Maharaja adalah melalui tali yang terikat di tiang kapal. Dia menunggu peluang dan dia dapat peluang itu apabila ada seorang lanun menggunakan tali untuk berhayun ke kapal maharaja. Dia menyorok dan menanti lanun itu mendarat. Dia dengan pantas memukul kepala lanun itu dengan kayu dan lanun itu pengsan di situ. Sara memeriksa alam sekeliling. Tiada menghiraukannya dan ketua lanun itu hanya berdiri keseorangan di situ dengan teropongnya. Dia mengambil tali dan menghayunkan dirinya ke kapal lanun. Dengan sekelip mata dia sudahpun berada dalam kapal itu.

"Uwek, busuk kot kapal ni. Kepam semacam je ni," omel Sara yang menyorok di celah-celah tong. Dia menyembunyikan dirinya di situ. Dia memeriksa sekitar kapal dan dia sangat terkejut kerana walaupun sudah ramai lanun di atas kapal maharaja, yang tinggal bersama kapten lanun itu juga masih memenuhi ruang utama. Dia memandang ke belakang dan melihat ada dua  orang lanun duduk di hujung tiang memantau rakan sekerja mereka. Sara mengeluarkan sumpit dan menyumpit kedua orang tersebut sekaligus. Apabila mereka jatuh, itu mengejutkan mereka di situ.  Sara masih lagi menyorok dan dalam kekalutan itu dia dapat mendengar perbualan mereka.

"Ketua, Jim, Lam sudah mati,"beritahu salam satu lanun itu. Ketua lanun itu mengerutkan dahinya.

"Bagaimana mungkin?"tanya ketua lanun itu. Kalau orang dari kapal maharaja, belum tentu dart beracun ini sampai ke sini. Fikir lelaki 20an itu. "Kita ada penceroboh pergi cari sekarang!"arah ketua lanun itu. Keadaan yang tenang menyaksikan detik kemenangan mereka kini satu kapal mencari penceroboh yang membunuh rakan mereka. Sara masuk ke dalam tong kayu kosong. Dia dalam melihat di belahan tong kayu tersebut mereka mencarinya.

"Ketua, tiada penceroboh dijumpai!" beritahu wakil lanun-lanun di situ. Ketua lanun itu menjadi berang dan melibas pedang ke kaki lanun tersebut. Sara menggelengkan kepalanya. 'Apa bodoh cederakan orang kau sendiri,'kata hati Sara. 

"Ketua, Zhen Hu sudah dapat Wang Xiaojie!" kata lanun yang berdiri di sisi lanun tersebut. Dia memberikan teropong panjang kepada ketua lanun. Tiba-tiba ketua lanun itu ketawa besar. "Hao! Bawa perempuan itu ke kapal ini!" arah ketua itu. Oleh kerana semua sudah tertumpu kepada Wang Xiaojie jadi Sara dapat keluar dari tong tanpa dikesan. Langkah Sara terhenti kerana ada pedang di lehernya. Dia melihat itu adalah tentera laut maharaja. Sara menunjukkan yupe keluarga Zheng He dan tentera itu meletakkan pedang dia kembali. Sara menjeling sahaja kepada tentera itu kerana hampir membuat dia melatah tadi. 

"Mereka ini bukan mahu merompak tetapi menculik Wang Xiaojie,"bisik Sara. Tentera itu mengangguk.

"Bawa pengawal dia sekali. Aku ingin sekali bertemu mata dengan panglima kesayangan Zheng He,"jerit Ketua Lanun itu. Dengan titi kayu Shu Wu JI dan Wang Xiaojie dibawa ke kapal lanun dengan tangan terikat. Tentera yang bersama Sara ingin menyerang tetapi ditahan oleh Sara.

"Bukan sekarang," bisik Sara.

"Haiya, Wang Xiaojie," tegur ketua lanun itu sambil mendekati gadis muda itu. "Memang benar bagai dikata, sangat cantik rupawan," kata ketua lanun itu lagi. Dia memegang wajah kecil Wang Xiaojie. "Apakata kau jadi isteri aku sahaja malam ini?"  Shu Wu JI meronta apabila mendengarkan kata-kata keji dari ketua lanun itu. "Wah, garangnya. Shu Daren, biarpun panglima ternama katanya hebat nampaknya mempunyai perasaan kepada Wang He Lan."

"Mana dia tahu nama Wang Xiaojie?"bisik Sara sendiri. 

"Ketua lanun ini ialah adik Yong Qi saudagar-"

"Yong qi?"sebut Sara dia memandang tentera itu. Tentera itu mengangguk.

"Seluruh keluarga Yong dihukum mati kerana cuba menculik Wang LI Bao gongju," bisik tentera itu. Sara menggelengkan kepalanya tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now