"Shu Daren dan Cempaka benar-benar menyayangi kenapa Cempaka mengambil langkah begini?"tanya Pipit. Ann Di menepuk belakang Pipit dengan lembut.

"Kerana sayang Sara bertindak begini. Pipit ingat tak bila Cempaka yang sebenarnya terjaga dan tidak mengenali siapa PIpit?"

Pipit memandang Ann Di dan mengangguk.

"Boleh Ann Di tanya apa perasaan Pipit ketika itu?"tanya Ann Di lagi. Lama PIpit menyusun kata di fikirannya.

"Pipit merasa dunia Pipit berubah dan terasa seperti tidak diperlukan. Pipit begitu sedih dan kerana itu Pipit kembali ke tanah Ming. Kerana di situ Pipit hilang tuan Pipit,"jawab PIpit perlahan. Ann Di memandangnya dan tersenyum. 

"Pipit sayangkan Sara seperti seorang kakak, seorang guru bukan?"tanya Ann Di lagi. Pipit mengangguk. "Bayangkan tamparan kepada Shu Wu JI yang menyayangi Sara sepenuh hati?"

Pipit tersenyum melihat Ann Di.

"Ok, sekarang PIpit faham keputusan Cempaka untuk kembali ke Melaka. Dia mahu Shu Wu JI melupakannya,"balas Pipit sambil menghela nafasnya. "Tapi sekiranya Cempaka akan hilang seperti dulu, Pipit akan cuba menjadi orang yang Cempaka boleh banggakan," janji PIpit. Ann Di mengangguk melihat kematangan Pipit. Dia mengalihkan pandangannya kepada Sara yang sudah berjalan sayup mata memandang.

"Xiankong," panggil Wei Young apabila melihat Shu Wu JI pulang ke rumah keluarga Shu. Dia sedang bermain dengan bayi mereka Yi er.

"Wei Young, panggil aku Shu Xiaoye. Aku bukan lagi suamimu," kata Shu Wu JI bersahaja lalu duduk di kerusinya. Wei Young terdiam.

"Maafkan Wei Young, xiaoye," balas Wei Young sopan. Dia hanya boleh mengeluh di dalam hatinya.

"Yi er sihat?"tanya Shu Wu Ji. Wei Young mengangguk dan pergi mendapatkan Yi er di buai.Dia membawa bayi yang montel seputih salji itu kepada Shu Wu JI. Shu Wu Ji menyambut Yi er dan menatap wajah anak itu. Dia mengagah bayi itu dan bayi itu tersenyum.

"Xiao ye datang hendak melihat Yi er?"tanya Wei Young.

"Ya hari tu, Shu Furen datang bersama dan berbual dengan kau bukan?"tanya Shu Wu Ji. Wei Young mengangguk. "Aku nak kau beritahu aku, apa yang kau berdua bualkan," tanya Shu Wu JI. Wei Young mengambil semula bayinya dan memberikannya kepada pengasuh. Pengasuh itu membawa keluar Yi er dari ruang tamu itu.

"Wei Young merayu agar tidak dipisahkan Yi er dan Wei Young. Dan Shu Furen membenarkan Wei Young bersama dengan Yi er. Dia berkata, Wei Young dan Yi Er tidak perlu ke mana-mana hanya tinggal di sini."

"Ada dia cakap apa-apa lagi tak?'tanya Shu Wu Ji. Woo Wei Young memandang wajah panglima yang segak dan dia amat menyukai Shu Wu ji dari mereka kecil. "Wei Young," panggil Shu Wu JI lagi mengejutkan dia dari lamunannya.

"Dia tidak cakap apa-apa tapi ada seseorang hantarkan hadiah dari Shu Furen seminggu yang lepas."

"Apa yang Shu Furen hantarkan?"tanya Shu Wu JI. Wei Young meminta diri untuk pergi mengambil hadiah pemberian Sara di biliknya. Dia balik ke ruang tamu dan memberikan sekotak kayu yang sederhana kecil. Shu Wu JI membukanya dan dia terkejut kerana tag jed atau yupe Zheng Shuang berwarna merah jambu terlukis lambang gah keluarga Zheng dan cincin perkahwinan mereka. Wajah Shu Wu JI berubah. 'Kau nekad meninggalkan aku bukan,Sara,'bisik hatinya. 

"Cincin itu begitu cantik dan ini surat Shu Furen. Dia memberikan cincin itu kepada Wei Young dan yupe itu kepada Yi er. Tapi Wei Young tidak pernah lagi menyarungkan cincin itu, xiaoye," terang Wei Young. Shu Wu JI membaca nota ringkas Sara kepada Wei Young.

"Wei Young, LI Hua menyukai Wei Young sejak pertama kita berjumpa. Kau adalah wanita terbaik untuk Wu Ji. Apabila kau membaca nota ini, aku berada jauh dari sini. Jaga Yi er, jaga diri. Jangan ke mana-mana. Yi er ialah pewaris keluarga ini. Ada jodoh kita akan bertemu lagi. Mo LI Hua-Hangzhao."

Shu Wu JI terduduk apabila membaca nota ringkas itu. Dia mengurut kepalanya dan cuba menahan airmatanya yang bergenang di tebing mata. 

"Xiaoye," tegur Wei Young. Shu Wu JI menenangkan dirinya. Dia berdiri dan memberikan nota itu kepada Wei YOung semula. 

"Aku dan Ah Chan akan ke Melaka dalam setahun mungkin baru kita bersua semula. Cincin ini aku ambil semula mungkin Shuang er tertukar dengan cincin lain,"kata Shu Wu JI. 

"Apa? Xiaoye hendak belayar lagi?"tanya Wei Young. Shu Wu JI mengangguk.

"Dalam dua hari ini, aku akan belayar. Aku sudah berikan mandat kepada ketua Lin untuk memberikan wang saku kepada kau seperti biasa. Perbelanjaan Yi er, kau jangan risau. Shu Furen tiada pada waktu sekarang, akaun rumah ini kau uruskan dulu. Nanti bila Shu Furen pulang, dia akan mengambil tugas itu," terang Shu Wu JI. Wei Young mengangguk. Dengan seriusnya wajah Shu Wu JI sekarang dia tidak berani hendak bertanyakan khabar angin bahawa Shu Furen masih belum ditemui.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now