15 minit selepas itu mereka keluar dari fitting room serentak.

Syafiqah melihat Aaira, dia terpegun dengan baju yang Aaira pakai, nampak simple tapi sangat menarik dengan manik manik yang tak sarat, baju itu berwarna krim pekat sesuai dengan kulit Aaira yang cerah

"cantiknya baju kau babe" puji Syafiqah

"yeke babe nampak okay tak?" Aaira bertanya untuk meminta kepastian sekali lagi

"iya, serious kau cantik" Aaira tersenyum puas

"baju kau pun cantik juga tapi tak boleh lawan yang bakal bertunang esok lah" Syafiqah tergelak

"of course, kalau tak baik aku je yang tunang esok" mereka ketawa bersama

"ya allah cantiknya" puji Elly yang datang dari arah kanan mereka

"macam mana okay tak baju? nak i alter mana mana bahagian?" tanya Elly

"okay sangat dah ni" Syafiqah turut mengangguk, mengiyakan kata kata Aaira

"okay you all masuk tukar baju balik, nanti i suruh pekerja i bungkuskan baju ni" kata Elly

"lamanya kamu berdua pergi, risau mama, kami tu dah la darah manis" balik saja dari butik terus datin Haisya menerpa ke arah mereka

"ya allah ma memang la lama sikit, sebab nak fitting lagi" jawab Aaira, semenjak dia nak betunang, mamanya terlalu paranoid kalau dia balik lambat sikit dari tempat kerja, mesti datin Haisya akan telefon dia tanya di mana.

Kalau dia nak keluar pergi beli barang atau keluar saja saja mesti mamanya akan paksa abangnya ikut sekali kalau abangnya kerja mesti Syafiqah akan jadi mangsa.

Kadang kadang Aaira kesian juga dengan Aarif dan Syafiqah tapi nasib baik mereka ikutkan saja

"mama risau la, tak kan mama tak boleh risau pasal anak mama sendiri" Aaira dah garu garu kepala kemudian dia memandang Syafiqah, meminta sahabatnya itu membela

"alaaa aunty kan Aaira dah balik ni, aunty jangan risau nanti kalau aunty banyak fikir lepastu sakit kepala kitaorang pula yang tak tentu arah" Syafiqah cuba menenangkan datin Haisya

"yela, aunty bukan apa Iqa esok dah la Aaira nak bertunang kalau boleh aunty tak nak bagi dia keluar langsung" adu datin Haisya

"ye Iqa faham aunty jangan risau ya, Iqa tolong tengok tengokkan Aaira ni, mana dia pergi Iqa ikut" Syafiqah cuba bergurau

"ish kamu ni, perli aunty lah tu" datin Haisya memukul bahu Syafiqah perlahan, kemudian mereka sama sama ketawa











Keesokan harinya

SELEPAS solat subuh berjemaah tadi di ruangan solat yangberada dalam rumah dato Hisyam.

Aaira pecah rekod tak tidur semula seperti rutin kebiasaannya yang lepas solat subuh mesti katil akan dicari sementara menunggu pukul 7 untuk dia mandi dan bersiap ke tempat kerja.

Walaupun dah berbuih mulut mamanya membebel yang rezeki tak masuk kalau tidur lepas waktu subuh, dia tetap buat tak tahu.

Dia turun ke dapur untuk membantu ibu saudaranya membuat sarapan

"kak macam mana perasaan harini nak bertunang?" tanya Aliya sepupu kepada Aaira belah papanya

"nervous tapi masih boleh dikawal" jawab Aaira ketika itu mereka sedang menyediakan pinggan dan cawan untuk sarapan.

Jangan tanya Syafiqah di mana, wanita itu masih lagi tidur di atas kerana cuti solat, lepas subuh tadi nak je Aaira simbah dengan air tapi bila memikirkan balik, malam tadi bertungkus lumus Syafiqah menyiapkan hantarannya, tak jadi tanduk nak tumbuh di atas kepala

"Liya teringin sangat nak tengok muka abang Luth, mesti dia handsome kan" Aaira tersenyum

"mestilah dia handsome bukan handsome je baik dan bekarisma" kata Aaira bangga memuji bakal tunangnya

"akak ada gambar abang Luth tak? Liya nak tengok" Aliya teruja

"tak ada, mana boleh tunjuk sekarang tak suprise  tunggu time akak kahwin nanti biar terbeliak mata Aliya tengok abang Luth" kata Aaira

"kedekut la akak ni, yela yela" Aliya akur sahaja dengan kakak sepupunya










JAM menunjukkan tepat pukul 12, Aaira sudah siap dalam pakaian busana berwarna krim pekat, rambutnya pula di sanggul kemas dan dia turut memakai veil.

Syafiqah setia menemaninya di dalam bilik, tapi wanita itu asyik dengan phonenya lepastu bila masuk notification tersengih sorang sorang, bila Aaira tanya siapa, dia hanya senyum dan balas 'adalah'.

Aaira masih melihat lihat phone di atas meja menunggu mesej dari Luth tapi hampa telefonnya langsung tak berbunyi, kemudian dia terdengar bunyi pintu bilik dibuka, datin Haisya masuk ke dalam

"Aaira, family Luth dah sampai mungkin sekejap lagi kamu akan turun, nanti mama naik atas semula panggil kamu" Aaira balas dengan anggukan, bila mamanya dah cakap macam tu barulah si Syafiqah meletakkan telefonnya di atas meja solek Aaira

"ha dah habis chat boyfriend kau" sindir Aaira geram

"jangan la marah marah, kau bakal di raikan harini plus sekejap lagi kau nak turun, senyum sikit please" pujuk Syafiqah.

Aaira hanya balas dengan jelingan, nasib baik dia sayang dengan Syafiqah ni kalau tak...

"ni Luth ada whatsapp kau tak?" sebaik sahaja dia mendengar pertanyaan itu, terus hati Aaira jadi panas kembali

"ha yang tu satu lagi aku geram daripada semalam tak chat aku langsung, sakit hati ni tahu tak" bebel Aaira

"ya allah sabar Aaira think positive mungkin dia busy, tu yang dia tak whatsapp kau" pujuk Syafiqah sekali lagi.

Aaira mendegus marah, dia cuba fikir positif, dia cuba

"Aaira jom turun" datin Haisya masuk sekali lagi ke dalam bilik tapi kalini memanggil Aaira turun.

hilang segala marah tadi yang muncul perasaan gemuruh dan tangannya sudah mula mengeluarkan peluh dingin.

Dia sempat mengambil tisu untuk mengesat tangannya sebelum turun ke bawah.

Sampai sahaja di bawah, semua mata tertumpu ke arahnya automatik dia tersenyum dan berjalan dengan seseopan mungkin ke pelamin kecil yang dibuat oleh ibu ibu saudaranya.

Puan Haliza datang ke arah pelamin dan duduk di sebelah Aaira untuk sesi menyarung cincin pertunangan.

Kemudian sesi bergambar yang paling lama sebab ramai yang nak mengambil gambar dengannya.

Hafiz dan Darren juga tak terlepas menghadiri majlis pertunangan sahabatnya termasuk juga kak Afiya dan abang Hanif yang nampak sedondon dalam busana bewarna biru lembut, perut kak Afiya juga sudah kelihatan baby bump.

Mereka semua turut bergambar.

Aaira jadi lupa akan marahnya pada Luth kerana terlalu gembira melihat orang di sekeliling yang meraikan hari pertunangannga dengan begitu meriah.

Tapi selepas selesai majlis ini, dia bakal buat perhitungan dengan Luth, jangan ingat Luth boleh terlepas macam tu saja

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now