Bab104~[Intense Battle]

Start from the beginning
                                    

"Argh!" Scaret meledakkan kemrahannya lalu dalam sekelip mata, semua jam yang ada di sekelilingnya hancur dan menghilang.

Namun begitu, dia masih tersangkut di dalam dunia yang tidak diketahuinya itu.

Pada masa yang sama, di dunia luar pula, Isaac terkejut dengan kuasa yang dihasilkan oleh Alexa. Dia menoleh pada tempat ibunya berada untuk meminta bantuan, namun kelibat wanita itu langsung tidak kelihatan.

"Kau pandang ke mana tu?" Alexa tiba-tiba muncul di depan mata Isaac.

Mata kanan gadis itu berwarna merah menyala dan kedua-dua belah buku limanya menghasilkan kuasa api.

"Jangan sesekali kau berpaling dari aku!" Alexa menumbuk Isaac dan lelaki itu tercampak jauh.

"Arean!" Dragna dan Iezrin mendapatkan Arean.

"Kita kena bawa dia ke Athilia dengan segra," cadang Dragna dengan riak risau.

"Tak apa, aku boleh sembuhkan Arean dari istana. Lagipun aku yakin, Alexa nak Arean ada bersama dengannya." Athilia bersuara dari istana.

Iezrin dan Dragna memandang ke arah Alexa.

Remaja perempuan itu berdiri tegak degan kedua-dua belah buku limanya berapi.

"Alexa perlukan Arean untuk menenangkan dia." 

BUM!

Lava tiba-tiba muncul berhampiran dengan mereka.

Nasib baik Iezrin cepat bertindak dengan melindungi mereka bertiga.

"Untuk hentikan ni, kita kena hentikan Alexa."

Iezrin mengangguk faham.

"Lakukannya, Athilia." Iezrin mengeluarkan arahan.

Tika itu juga, tubuh Arean bercahaya dan proses pemulihan dijalankan.

*****

Scarlet memandang sekeliling  dan dalam masa yang sama, dia berjaga-jaga jika adanya serang hendap dilakukan.

"Scarlet."

Marcus muncul entah dari mana.

"Kau masih hidup?"

Mereka berdua berbalas pandangan.

"Pulangkan semula hak Iezzi. Kau tak layak untuk mengawalnya."Marcus bersuara dengan tegas.

Scarlet tersenyum sinis.

"Cubalah dapatkan kalau mahu."

Serangan bayang keluar dari belakang badan Scarlet dan ia menerpa ke arah Marcus.

Marcus memejamkan matanya kejap dan membukanya semula. Pada tika itu, terhasillah pentagram masa pada kedua-dua belah mata Marcus.

Serta-merta serangan Scarlet terhenti di udara lalu terbatal begitu saja.

Scarlet terkejut. Dia tidak pernah tahu bahawa kuasa masa yang dulunya pernah dimiliki oleh Iezzi mampu melakukan sesuatu seperti itu.

"Apa yang kau buat?" Scarlet bertanya dalam nada marah.

"Selamat datang ke Dunia Masa." Tika Marcus memperkenalkan dunia itu pada Scarlet, tiba-tiba latar bertukar putih dan sekali lagi, mereka dikelilingi oleh jam dan nombor-nombor.

"Aku lupa nak beritahu kau, Scarlet. Tak semua kuasa yang aku peroleh dulu mampu melakukan apa yang diakukan oleh Marcus." Iezzi membisikkan kata-kata sinis itu pada Scarlet.

Scarlet mengetap gigi mendengarnya.

"Argh! Kau boleh mati dengan dunia kau!" Semua jenis kuasa dikeluarkan dan serangan terus dilakukan secara rawak.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now